nasi lemak RM1
Nasi lemak RM1


Dalam keadaan isu kekurangan bekalan beras putih yang dialami sekarang ni, harga beras dah makin naik dan memaksa penjual lauk bernasi untuk menaikkan harga makanan. Jadi aku agak terkejut bila ternampak gerai nasi lemak yang menjual nasi lemak dengan harga RM1 masa aku hantar Khadeeja ke sekolah baru-baru ni. Mungkin baru lagi akak ni meniaga kat sini sebab sebelum ni tak perasan pulak banner nasi lemak RM1 tu. Bungkusnya nampak kecik comel je tapi alhamdulillah sedap. 

Sebenarnya yang aku nak highlight kan ialah, this is the right portion untuk kita makan tau. Nasi tak lebih dari segenggam tapak tangan. Jadi walaupun tengah diet tapi kalau makan portion nasi lemak macam ni, Insha Allah tak naik berat badan.


nasi lemak RM1
Nasi lemak ni sebesar genggam which is the right portion for me

Dan yes, bila aku makan nasi lemak ni lepas buat IF, tetap rasa kenyang. Mungkin sebab dah lama buat IF jadi perut terbiasa makan portion kecik. Yang penting kena banyakkan minum air.

Tengahari pulak aku singgah beli nasi kukus ayam berempah tak jauh dari sekolah Khayla. Sebelum ni harga sebungkus nasi kukus ni ialah RM3.50, tapi sejak beras naik harga, sekarang dah jadi RM3.70. OK la, masih lagi harga rahmah. Portion nasi ni pun masih banyak macam sebelum ni. Aku suka beli kat sini sebab selain murah, sambalnya pun sedap.


nasi kukus ayam berempah
Nasi kukus ayam berempah harga rahmah (RM3.70)

Semoga Allah meluaskan rezeki peniaga-peniaga ni sebab jual makanan dengan harga mesra rakyat 🀲🏻. Dah la murah, sedap pulak tu.

20 comments:

  1. still ada lagi kan nasi lemak rm 1 ni.. cuba susah la nak jumpa nya pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah terkejut jugak bila nampak ada org jual nasi lemak RM1 dekat KL ni πŸ˜…

      Delete
  2. nasi lemak rmi jrg sgt jmpa...paling2 rm 1.50 tp rata2 kebanyakan rm 2 ke atas dh kan...nasi kukus tu bole tahan juga sbb ayam seketul pun kebiasaan rm4 ke atas kan..okla harga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg elok sgt. Semoga makin murah rezeki penjual nasi lemak & nasi kukus ni.

      Delete
  3. Uish.. Murah sangat tu.. Kat sini memang tak dapatlah harga tu.. Semuanya mahal.. Semoga rezeki kedua-dua peniaga tu dimurahkan.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ψ§َΩ…ِΩŠΩ† يَΨ§ Ψ±َΨ¨َّ Ψ§Ω„ْΨΉَΨ§Ω„َΩ…ِيْΩ† πŸ€²πŸ»
      Gerai nasi kukus tu dah lama bukak, selalu singgah lepas hantar Khayla ke sekolah. Gerai nasi lemak pulak baru je bukak, harap2 dapat bertahan lama.

      Delete
  4. murahhh sgt dah tu. nasi lemak plg x dah rm2. kalau nasi kukus rm5 kompem dlm.tgn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, tapi kalau yg dah terbiasa makan nasi lemak penuh satu pinggan, mungkin kena beli 5-6 bungkus baru puas makan hihi

      Delete
  5. Hehe..comel nasi lemak tu. Berapa suap je agaknya tu Carneyz?
    Betullah bab portion makan tu, kalau selalu makan nasi tapi comel gitu insyaAllah tak ada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4-5 suap macam tu hihi. Alhamdulillah kenyang. Rahsianya, minum segelas air dulu sebelum makan 🀭

      Delete
  6. Nasi lemak kecik macam ni saya suka Carneyz. Sekarang ni susah nak jumpa yang kecik-kecik macam ni. Macam nasi lemak original dulu-dulu. Sekarang ni nasi lemak portion besar2 lepas tu harga mahal sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, skrg ni portion nasi lemak sesuai utk 2-3 org makan sbb kebanyakan rakyat malaysia skrg makan lebih dari portion sepatutnya. Zaman saya kecik dulu, makcik jual nasi lemak siap bungkus ikut harga - 20 sen, 30 sen, 40 sen, 50 sen... Nasi lemak RM1 ni equivalent to nasi lemak 20sen tu la πŸ˜…

      Delete
  7. Kalau di daerah Jawa ada kak namanya nasi / Sego kucing harganya murah meriah, dinamakan nasi kucing karena bungkusannya juga kecil, jadi sedikit seperti makanan buat kucing , mungkin maksudnya begituπŸ˜€

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke πŸ˜… Saya kira kucing saya pun makan lebih banyak dari portion yg dijual ni tapi bagi saya sudah mencukupi πŸ˜‚

      Delete
  8. Ada juak orang jual nasi lemak dengan harga RM3 sebungkus..kalau yang berharga RM2.50 memang potion biasa..rasa ada yang biasa sahaja dan susah mok jumpa yang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mun di Sarawak mungkin sikda nemu agik sbb harga barang di Sarawak kan lebih mahal dari di Malaya πŸ˜… tapi mun pegi pasar tamu ada jak nemu nasi lemak RM1.50 masa gik diam sinun. Sik tauk la lekak covid tok mungkin xda gik harga kedak ya.

      Delete
  9. Kat seremban pun masih ada yang jual nasi lemak RM1, setuju..walau portion kecik tetap kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Portion ni sesuai utk org yg jaga diet tapi teringin nak makan nasi lemak jugak hihi

      Delete
  10. Saya saat ke Penang, nasi lemak yg sering saya beli di dekat komtar, itupun dah tak ada yg seringgit 🀣. Saluuut kakak tu masih jual harga seringgit.

    Betul kak, sejak IF, saya pun jadi gampang kenyang. Jadi porsi segitu cukuplah kalo hanya untuk sarapan. πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang rasa ajaib jugak bila jumpa nasi lemak harga RM1 je di KL ni hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .