Kenny Hills Coffee @ KL East Mall

Kenny Hills ni memang tak asing lagi buat penggemar cafe scene di KL. Throwback masa bawak anak-anak buat aktiviti wall climbing cuti sekolah lepas, kiteorang singgah makan tengahari di Kenny Hills Coffee yang terletak di seberang Camp 5. Curious jugak nak tengok perbezaan dengan Kenny Hills Bakers yang aku pernah pergi di Bukit Tunku.


Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Kenny Hills Coffee @ KL East Mall


Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Highlight kat sini semestinya minuman kopi

Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Deko brick wall dengan dark wood menampilkan vibe yang eksklusif

Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Memandangkan pergi waktu tengahari ramai la orang makan kat sini

Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Menu kat sini tak sebanyak di Kenny Hills Bakers dan lebih kepada western food


Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Salah satu tarikan di Kenny Hills ialah pastri dan keknya yang sedap 

Harga makanan kat sini semestinya standard kafe hipster, lagi-lagi kafe dalam mall. Tapi yang penting makanan sedap di tekak. Lupa nak ambik gambar makanan anak-anak, kalau tak silap dieorang order spaghetti meatballs (adik) dan truffle mac and cheese (kakak). Aku pulak pesan truffle and raclette toastie sandwich. Besar giler portion, tak habis siap tapau balik. Lepas tu adik pantang tengok pavlova nak makan pavlova jugak tapi aku pesan satu je la kongsi kiteorang bertiga. 


Kenny Hills Coffee @ KL East Mall
Pavlova, sandwich truffle and mushroom melt dan watermelon cooler (adik punya). Kakak order susu panas (takde dalam gambar)

cafe latte
Kopi susu

Tapi yang paling menarik ialah kopi susu yang aku pesan ni. Kopi tu dihidang dalam bentuk kiub ais. Lepas tu nak minum kena tuang susu suam tu then kacau. Dari segi rasa, macam minum kopi susu ais hehe. Kalau nak manis kena mintak air gula. Aku tak mintak pun sebab minum sambil makan pavlova yang dah manis leting tu. 

Kesimpulannya, Kenny Hills Bakers lebih banyak pilihan makanan dan pastri since it's both a bakery and a cafe. Kenny Hills Coffee pulak lebih fokus pada produk minuman kopi dengan menu makanan kafe sebagai sampingan.

Resipi Sayur Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe dan Suhun

Dah menjadi kebiasaan waktu petang lepas anak-anak balik sekolah, aku akan ajak dieorang untuk menolong di dapur. Kadang-kadang Suami Terchenta pun akan join sekali kalau dia balik awal atau bekerja di rumah dan dah habis meeting

Sambil menyediakan bahan-bahan memasak, aku ajak anak-anak bercerita tentang hari dieorang di sekolah. Kalau ada masalah (contohnya anak sulung bagitau kawan di sekolah ejek slang dia bercakap dialek Sarawak), kiteorang sama-sama bincang macamana nak respon dalam situasi ni. Si adik biasanya akan bagi idea untuk kakak balas balik dengan jawapan yang menyakitkan hati ('kakak jawablah ada aku kesah?') dan aku/Suami Terchenta pulak akan nasihatkan untuk ignore je orang macam ni. 

Bila dah asyik berbincang anak-beranak, tau-tau dah siap semua bahan-bahan untuk masak makan malam. Petang semalam aku masak hidangan kacang panjang goreng dengan tempe dan suhun. Dah lebih kurang sambal jawa kan, tapi tak letak kicap, tauhu dan tauhu kering je.


sayur kacang panjang goreng dengan tempe dan suhun
Kacang panjang goreng dengan tempe dan suhun

sayur kacang panjang goreng dengan tempe dan suhun
Makan dengan sambal sardin... yummy!

Resipi Sayur Kacang Panjang Goreng Dengan Tempe dan Suhun

Bahan-bahan:
  • 8-10 batang kacang panjang dihiris menyerong
  • Tempe dipotong kiub
  • Sayur lobak merah potong julienne
  • Segenggam suhun (rendam dalam air suam sampai lembut)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Setengah biji cili 
  • Sejemput udang kering (direndam dalam setengah jam lepas tu kisar dengan bawang merah, bawang putih dan cili)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air setengah cawan

  1. Perap tempe dengan garam dan kunyit selama 10 minit dan gorengkan. Angkat dan toskan minyak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
  3. Masukkan sayur lobak dan tumis dalam 3 minit.
  4. Masukkan kacang panjang dan tumis dalam 3 minit lagi.
  5. Masukkan air dan biarkan mendidih sekejap.
  6. Bila nampak sayur agak kering, masukkan tempe yang sudah digoreng tadi dan gaulkan.
  7. Masukkan suhun dan gaul mesra.
  8. Perisakan dengan garam / serbuk cendawan.
  9. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras

Salam Jumaat buat kawan-kawan semua,

Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ni, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan, keamanan dan keringanan penderitaan rakyat Palestin yang sedang menghadapi kezaliman dari rejim zionis. Semoga ada doa di antara kita yang dimakbulkan oleh Allah SWT, Ameen Ya Rabbal Alameen... 🤲🏻

Boleh sesak dada bila tengok berita perang kat sana. Untuk alihkan fikiran sekejap, aku nak kongsi cara-cara naik MRT dari Sentul Timur dan turun betul-betul di stesen MRT yang bersambung dengan MyTown Cheras.


Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 1: Naik LRT dari stesen LRT Sentul / Sentul Timur dan turun di Stesen Titiwangsa. Kalau dari stesen Sentul, cuma 1 stop je dan dari stesen Sentul Timur pulak, 2 stop

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 2: Ikut arah ke stesen MRT untuk pertukaran ke laluan MRT

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 3: Cari Pintu A dan turun eskalator di sini

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Eskalator sini memang tinggi ye tuan2 dan puan2... Gayat kita dibuatnya haha!

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 4: Turun satu lagi eskalator ke Platform 1

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Di sebelah kiri ialah laluan MRT ke Putrajaya (Platform 1) dan sebelah kanan pulak laluan ke Kwasa Damansara (Platform 2)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 5: Tunggu MRT di laluan Putrajaya

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 6: Naik MRT sampai ke stesen Tun Razak Exchange (selang 6 buah stesen dari Titiwangsa)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 7: Turun MRT dan pergi ke laluan bertentangan (laluan Kajang)

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Langkah 8: Turun selang satu stesen iaitu di stesen Cochrane dan naik eskalator ke sambungan menuju ke MyTown Cheras 

Cara-Cara Naik MRT Turun Betul-betul di MyTown Cheras
Kemudahan dalam stesen MRT ni boleh dikatakan lengkap dan memuaskan. Cuma kat tandas dan kat surau, aku tertanya-tanya - kenapa banyak lipas? Kena panggil pest control la sebab aku ni kalau ternampak lipas confirm menjerit macam nampak hantu! 

Dah alang-alang sampai MyTown Cheras, boleh la pergi makan meatball IKEA jugak sebab sebelah MyTown je kan. Ni gambar throwback masa pergi ke sana dengan my mom & my sister. Psst... chicken wing tu pun best tau.


IKEA Meatball
My favourite dekat restoran IKEA

Kalau tak pasti nak turun dekat stesen mana, boleh muat turun aplikasi Moovit untuk rujukan laluan-laluan pengangkutan awam di KL. Insha Allah tak sesat!

Restoran Ayla Steakhouse @ Sunway Putra Mall

Sunway Putra Mall
Restoran Ayla Steakhouse di tingkat 4, Sunway Putra Mall

Belek punya belek galeri phone, eh ada lagi gambar keluar makan bulan Julai lepas yang aku belum publish kat blog lagi! 😂

Tak silap aku, masa ni kiteorang baru lepas habis tengok filem animasi 'Elemental' di panggung TGV.  Keluar dari panggung, si adik mengadu lapar. Tahap lapar dia tu, dia nak makan steak katanya huhu... Yang kakak pulak nak makan mac & cheese. Cari punya cari tempat yang boleh accommodate demand dieorang berdua ni, terjumpalah restoran ni.

Ayla Steakhouse
Kalau makan kat restoran di mall, standard la harga begini

Ayla Steakhouse
Restoran ni serius lawa


Jom tengok apa yang kiteorang order:


Ayla Steakhouse
Mac & cheese (RM24.90), seafood aglio olio (RM24.90), signature steak (RM29.90) dan grilled chicken chop (RM21.90)

Ayla Steakhouse
Adik pesan strawberry milkshake, kakak nak oreo milkshake, Suami Terchenta pesan ice lemon tea dan aku pulak lupa nama minuman yang aku pesan tu yang penting gelasnya unik hihi...

Walaupun harganya mahal tapi portion makanan agak besar dan berpatutan la dengan harganya. Rasa pun ok, not bad. Takde la wow sangat, tapi boleh diterima tekak.

Tapi kalau nak pergi berkali-kali memang idok ler kan hehe... Bocor dompet dibuatnya. Sekali-sekala keluar makan dengan keluarga boleh la.

World Mental Health Day - Menangani Percubaan Bunuh Diri / Suicide Attempts

World Mental Health Day
Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun

Semalam merupakan World Mental Health Day. Bercakap tentang mental health / kesihatan mental ni, bulan lepas aku join webinar bertajuk "Shining a Light on Suicide Prevention" yang dianjurkan oleh Naluri. Webinar ni percuma je, jadi apa salahnya kita menimba ilmu tentang kesihatan mental dari pakar kesihatan mental kan.


Bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi di kalangan anak muda lingkungan usia 15 - 29 tahun dalam Malaysia

Tau tak korang, kematian dari perbuatan bunuh diri merupakan punca kematian keempat tertinggi di kalangan anak muda lingkungan usia 15 - 29 tahun dalam Malaysia? Kes bunuh diri di Malaysia meningkat dari 10% ke 13.1% dalam masa 5 tahun kebelakang. Menurut satu kajian WHO dan kajian tempatan, bagi setiap kes kematian akibat bunuh diri, terdapat 10 - 20 percubaan bunuh diri yang terjadi. 


prevalence of suicidal behaviour
Kecenderungan tingkah laku bunuh diri di kalangan remaja (sumber: Sinniah, A., Maniam, T., Sidi, H., & Oei, T. (2014). Suicide ideation and intent in Malaysia: A review of the literature. Comprehensive Psychiatry, 55(1), 95- 100.)

Faktor-Faktor Mendorong Tindakan Bunuh Diri

Antara faktor-faktor yang mendorong seseorang untuk bertindak membunuh diri ialah:

  1. Masalah hubungan (pasangan, ibu bapa, rakan-rakan) 
  2. Menghidapi penyakit mental (kemurungan, stress dan keresahan) 
  3. Faktor-faktor sosial (etnik, ketiadaan pekerjaan tetap dan media (Internet dan media sosial).

Terdapat kajian yang mengaitkan seseorang yang menghabiskan masa yang banyak di hadapan skrin (TV / gajet) lebih berisiko untuk membunuh diri! 

Sebenarnya, individu yang mempunyai tingkah laku bunuh diri ni secara tak sedar menunjukkan tanda-tanda sebelum dia mengambil tindakan. Jadi kawan-kawan atau ahli keluarga yang berada di sekeliling perlu peka dengan tanda-tanda seperti kerap menjauhkan diri, tidak suka bergaul, perubahan sikap yang mendadak (contohnya dari ceria kepada murung atau perubahan emosi mendadak/mood swings), bertanya soalan yang pelik dan berkisar tentang kematian atau kehilangan, memberikan barang-barang yang dihargai kepada orang lain dan banyak lagi tanda-tanda lain yang di luar kebiasaan seseorang yang kita kenal.


Pendekatan Mencegah Dari Tindakan Bunuh Diri

Macamana kalau orang yang berniat nak bunuh diri tu ialah diri-sendiri atau ahli keluarga terdekat? Menurut pakar psikologi, kebanyakan kes bunuh diri boleh dicegah. Antara pendekatan yang boleh diambil untuk mencegah dari tindakan bunuh diri ialah:

  1. Peka terhadap perubahan sikap yang ditunjukkan. Bila seseorang menunjukkan perubahan sikap, dapatkan pertolongan pakar / kerap bertanya khabar individu tersebut.
  2. Berterus-terang. Sekiranya kita perasan seseorang tu menunjukkan tingkah laku membunuh diri, tanya secara terus-terang sebab mungkin ini akan menyelamatkan nyawanya.
  3. Sekiranya tidak mampu memberi nasihat / pertolongan, dapatkan bantuan dari orang lain / bantuan khidmat profesional untuk memberi pertolongan kepada rakan / ahli keluarga yang berisiko.
  4. Tanya soalan dan dengar. Tanyakan situasi mereka dan dengar luahan perasaan mereka supaya mereka tahu yang mereka tidak berseorangan di dunia ini.
  5. Bantu mereka mencari sebab untuk meneruskan kehidupan. Ingatkan mereka tentang sebab kenapa mereka perlu meneruskan kehidupan dengan memberi galakan kepada mereka.
  6. Bantu mereka untuk membuat perancangan selamat. Rancang aktiviti selamat (contohnya berkurung dalam bilik kosong tanpa ada peralatan berbahaya) dan senaraikan kontak rapat untuk dihubungi sekiranya mereka terdetik untuk menamatkan riwayat.

Itulah serba-serbi maklumat yang disampaikan oleh pakar psikologi dalam webinar yang aku sertai tu. Semoga perkongsian ni membantu sekiranya ada orang yang kita kenali berdepan dengan masalah-masalah peribadi sampai terfikir nak menamatkan riwayat hidup.

*Hubungi talian bantuan Befrienders di 03-79568145 sekiranya berdepan dengan situasi percubaan / rancangan membunuh diri.