Sibuk la Kiera Nak Temankan Mommy Blogging!

Dak kecik Kiera ni kan, time mommy nak update blog la dia sibuk lalu-lalang depan laptop. Kalau duduk diam tak pe jugak, ni kejap-kejap bangun libas-libas ekor dia kat muka aku! Adoi, geram nau! Lepas tu jalan-jalan atas keyboard, mengiau-ngiau mintak perhatian dan mundar-mandir atas meja. Last-last aku paksa jugak dia duduk dekat tepi laptop sambil perhati mommy karang entry blog. Tapi tak lama, dalam 5 minit je dia behave. Lepas tu sambung lagi mundar-mandir mintak perhatian!


SPCA cat
Kiera suka kena belai sekarang ni, jauh berbeza dengan Kiera masa kiteorang mula-mula adopt dulu

Kejap lagi sambung buat entry pasal pergi Ekspo Kucing di WTC Ahad lepas. Rugi pulak tak bawak Kiera & Louis bersosial dengan kucing-kucing dekat situ 🤭.

Dapat Hadiah Dari Anies! 🌸

Tengahari semalam aku dapat mesej dari abang Poslaju bagitau ada parcel untuk diambil di bilik parcel. Aku pun macam pelik sebab aku rasa aku tak de order apa-apa pun recently. Ke abang Poslaju salah nombor? Entah-entah scammer ni, kata aku dalam hati.

Tup-tup tak lama lepas tu, dapat mesej dari Anies bagitau dia ada hantar parcel kat aku. Laaaa... Anies rupa-rupanya yang hantar parcel tu. So tengahari tadi lepas hantar Khayla ke sekolah, aku drop by dekat bilik parcel untuk ambik kiriman dari Anies.


Ini betul-betul, bukan cobaan...

Tadaaaa! Ni la hadiah yang Anies bagi, siap dengan kad comel lagi 😍. Semua hadiah ni aku suka sangat! Ni tudung Fazura kedua yang aku terima dari kawan-kawan blogger, tak sabar nak pakai tudung ni sebab coraknya sweet sangat. Scrunchy warna bendera Palestin tu cantik teruk, bak kata gen Z sekarang, 'very demure', 'very mindful' 😄.  Baru nak tambah stok face mask, dah ada Anies kasi. Tapi yang paling ajaib tu, camane Anies tau aku tengah cari lip balm ni? Akan kupakai setiap hari dan setiap malam sebelum tidur supaya bibir sentiasa lembap. Suka sebab ada SPF20, PA++ dan yang paling penting, bau vanila yang lembut!


Terima kasih Anies, atas pemberian yang cukup lumayan!

Terima kasih Anies, semoga Allah murahkan rezeki Anies sampai mencurah-curah dan mengalir tanpa henti. Terharu sangat dapat hadiah yang tak disangka-sangka ni 💕.

Kalau sesiapa yang belum kenal dengan Anies, boleh la melawat blog dia dekat sini: https://aniesandyou.blogspot.com/ 

Anies ni seorang kaki travel dan juga peminat bola sepak (team favourite dia ialah Liverpool FC). Boleh follow blog dia sebab dia suka bercerita tentang kisah jalan-jalan di luar negara, review makanan best dan macam-macam lagi.

Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) Peringat Kebangsaan 2024

Bulan lepas, aku dan Khadeeja pergi ke Festival Nasyid & Khat Sekolah-sekolah (FNKSS) peringkat kebangsaan 2024 yang dianjurkan pada 9-12 Ogos. Sebabnya, anak BFF aku terpilih mewakili Sarawak dalam pertandingan nasyid kategori sekolah rendah jadi kiteorang pun datang bagi sokongan.

Kiteorang sampai lewat sikit jadi terlepas nak tengok persembahan dari kumpulan 1 & 2. Sempat tengok kumpulan ke-3 sampai ke-7 je, lepas tu majlis berhenti untuk rehat dan disambung pulak tengahari tu untuk sesi ke-2. Wakil Sarawak pulak ialah giliran ke-5 pada sesi pertama.

Ni antara sebahagian dari kumpulan nasyid yang kiteorang tonton masa sesi pertama, kalau tak silap dari negeri Kedah, Selangor dan Sarawak. Maaf la lupa pulak dalam gambar ni dari negeri mana satu sebab masa emcee umumkan kumpulan ni keluar pun tak disebut dari negeri mana, mungkin protokol dah begitu.

Setiap kumpulan nasyid membawa 2 buah lagu nasyid. Memang power la sebab lagu nasyid tu digubah sendiri oleh jurulatih kumpulan nasyid ni.


Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) Peringat Kebangsaan 2024
Kumpulan ke-3

Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) Peringat Kebangsaan 2024
Kumpulan ke-4

Akhirnya tiba giliran kumpulan yang ditunggu-tunggu iaitu wakil Sarawak, iaitu kumpulan nasyid Ar-Rayyan Gen Z dari SK Agama (Majlis Islam Sarawak) Bintulu. BFF aku bagitau yang kumpulan nasyid dieorang ni dilatih oleh cikgu vokal yang pernah melatih seorang artis terkenal. Memang hebat la. Sebab tu dieorang boleh sampai ke peringkat kebangsaan.


Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) Peringat Kebangsaan 2024Kumpulan nasyid Ar-Rayyan Gen Z dari SK Agama (Majlis Islam Sarawak) Bintulu

Festival Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (FNKSS) Peringat Kebangsaan 2024
Persediaan yang cukup mantap termasuk dengan background pentas

Bukti datang bagi sokongan untuk BFF aku

Walaupun memberikan persembahan yang mantap, sayangnya takde rezeki untuk wakil Sarawak mendapat johan dalam pertandingan kali ni. Johan keseluruhan bagi kategori sekolah-sekolah rendah ialah negeri Selangor. Tahniah kepada Selangor atas kejayaan merangkul johan keseluruhan!

Nota kaki: Dah lama tak join aktiviti-aktiviti macam ni.

Moxy Putrajaya

Akhirnya merasa jugak menginap di hotel baru, Moxy Putrajaya. Hotel ni baru je dibuka pada bulan Februari lepas. Lokasi strategik iaitu bersebelahan dengan IOI City Mall Putrajaya.


Marriott Bonvoy
Lobi Moxy Putrajaya

Hotel ni ialah sebahagian daripada jenama bawah portfolio Marriott Bonvoy, jadi boleh la aku kumpul Elite Night dan Elite Points dekat sini. Dengan menginap di sini satu malam, berjayalah aku mencukupkan 5 malam bawah kempen bermalam 5 malam untuk dapatkan 15 ribu points tambahan. Points tu dah selamat masuk akaun pun hihi. Lepas ni boleh redeem points untuk dapat bilik percuma.

Sepanjang aku menjadi ahli Marriott Bonvoy, boleh disimpulkan hotel Marriott ni terbahagi kepada dua kategori - hotel untuk staycation dan hotel untuk sekadar bermalam dan lengkap dengan kemudahan yang selesa. Selalunya bilik dalam kategori kedua ni sesuai untuk business travellers atau pelancong luar / out-of-town travellers yang datang untuk melancong dan tak spend banyak masa dalam bilik.

Moxy Putrajaya ni jatuh dalam kategori kedua. Saiz biliknya tak terlalu besar (dan tak terlalu kecik macam di Hotel Fairfield) dan kemudahan dalam bilik pun basic je.


Marriott Bonvoy
Bilik Moxy Queen

Marriott Bonvoy
View hallway

Berlainan dengan Hotel Fairfield yang sesuai untuk business travellers, my impression hotel Moxy Putrajaya ni lebih sesuai untuk travellers yang datang untuk bersantai. Sebabnya kawasan lobi hotel ni memang happening dengan meja snooker, meja panjang untuk lepak, meja permainan congkak dan kerusi untuk bersantai sambil dengar live band performance. Design bilik pulak lebih kepada untuk 'rest & recharge' daripada untuk lepak-lepak staycation


Marriott Bonvoy
Bilik hotel Moxy Putrajaya yang cosy
 
Marriott Bonvoy
Tempat bancuh teh / kopi tapi takde coffee maker ye

Apa yang buat aku tertarik dengan hiasan dalaman bilik hotel Moxy Putrajaya ni ialah elemen santai dalam bilik ni contohnya ada mini Harley Davidson di sudut atas TV dalam bilik dan jugak bentuk telefon bilik yang antik.


Marriott Bonvoy
Elemen unik dan quirky dalam bilik

Bilik air Moxy Putrajaya ni bersaiz sedang-sedang, just nice. Design 'black & white' bilik air ni buatkan bilik air nampak moden dan sleek.


Marriott Bonvoy
Tetiba rasa macam nak buat bilik air macam ni 😅

Dari segi hospitality, layanan hotel Moxy Putrajaya ni bagi aku agak standard kepada ahli Marriott Bonvoy. Untuk ahli Silver Elite, dalam bilik pihak hotel sediakan complimentary snacks dan nota bertulis tangan (hampir semua hotel Marriott Bonvoy akan bagi something extra kepada ahli Silver dan ke atas dalam bilik).


Marriott Bonvoy
Comel je notanya hihi...

At least ada effort untuk buatkan tetamu rasa lebih dialu-alukan dengan nota macam ni, kan:


Marriott Bonvoy


Cuma dari segi responsiveness, kena ada penambahbaikan kot sebab bila aku request air botol tambahan bila air botol dah habis, aku kena follow up request air botol tu sebab tak sampai-sampai lepas 30 minit aku tunggu. 

Overall, hotel yang selesa, lokasi yang strategik sebab bersambung dengan IOI City Mall dan harga pun dalam mid-range

Mendurian di Tepi Rumah

Minggu lepas balik dari grocery shopping, ternampak gerai durian ni tak jauh dari rumah kiteorang. Terus bagi hint dekat Suami Terchenta, "Dah lama la kita tak mendurian..." Tak sangka pantun dibalas, "OK, jom la makan durian..." 🤣 🤣

Durian kat sini cuma ada durian kampung. Takpe la janji durian. Harga pun tak mahal - 2 biji RM26. 


durian kampung
Kiteorang mintak tolong pilihkan durian

durian kampung
Ada durian longgok jugak

Makan berdua je sebab anak-anak tak nak ikut. Tapi sebelum balik Suami Terchenta tapaukan jugak 2 biji durian untuk anak-anak dara kat rumah tu.


durian kampung
Sedap isi duriannya, manis-pahit sikit

durian kampung
Sebiji sorang durian 😅

Alhamdulillah merasa la jugak makan durian. Kali terakhir makan durian kalau tak silap bulan lepas, beli dekat pasar malam. Sejak kena diabetes ni tak boleh makan selalu. Kalau tak habis la haywire gula dalam darah!