Akhirnya merasa jugak menginap di hotel baru, Moxy Putrajaya. Hotel ni baru je dibuka pada bulan Februari lepas. Lokasi strategik iaitu bersebelahan dengan IOI City Mall Putrajaya.


Marriott Bonvoy
Lobi Moxy Putrajaya

Hotel ni ialah sebahagian daripada jenama bawah portfolio Marriott Bonvoy, jadi boleh la aku kumpul Elite Night dan Elite Points dekat sini. Dengan menginap di sini satu malam, berjayalah aku mencukupkan 5 malam bawah kempen bermalam 5 malam untuk dapatkan 15 ribu points tambahan. Points tu dah selamat masuk akaun pun hihi. Lepas ni boleh redeem points untuk dapat bilik percuma.

Sepanjang aku menjadi ahli Marriott Bonvoy, boleh disimpulkan hotel Marriott ni terbahagi kepada dua kategori - hotel untuk staycation dan hotel untuk sekadar bermalam dan lengkap dengan kemudahan yang selesa. Selalunya bilik dalam kategori kedua ni sesuai untuk business travellers atau pelancong luar / out-of-town travellers yang datang untuk melancong dan tak spend banyak masa dalam bilik.

Moxy Putrajaya ni jatuh dalam kategori kedua. Saiz biliknya tak terlalu besar (dan tak terlalu kecik macam di Hotel Fairfield) dan kemudahan dalam bilik pun basic je.


Marriott Bonvoy
Bilik Moxy Queen

Marriott Bonvoy
View hallway

Berlainan dengan Hotel Fairfield yang sesuai untuk business travellers, my impression hotel Moxy Putrajaya ni lebih sesuai untuk travellers yang datang untuk bersantai. Sebabnya kawasan lobi hotel ni memang happening dengan meja snooker, meja panjang untuk lepak, meja permainan congkak dan kerusi untuk bersantai sambil dengar live band performance. Design bilik pulak lebih kepada untuk 'rest & recharge' daripada untuk lepak-lepak staycation


Marriott Bonvoy
Bilik hotel Moxy Putrajaya yang cosy
 
Marriott Bonvoy
Tempat bancuh teh / kopi tapi takde coffee maker ye

Apa yang buat aku tertarik dengan hiasan dalaman bilik hotel Moxy Putrajaya ni ialah elemen santai dalam bilik ni contohnya ada mini Harley Davidson di sudut atas TV dalam bilik dan jugak bentuk telefon bilik yang antik.


Marriott Bonvoy
Elemen unik dan quirky dalam bilik

Bilik air Moxy Putrajaya ni bersaiz sedang-sedang, just nice. Design 'black & white' bilik air ni buatkan bilik air nampak moden dan sleek.


Marriott Bonvoy
Tetiba rasa macam nak buat bilik air macam ni 😅

Dari segi hospitality, layanan hotel Moxy Putrajaya ni bagi aku agak standard kepada ahli Marriott Bonvoy. Untuk ahli Silver Elite, dalam bilik pihak hotel sediakan complimentary snacks dan nota bertulis tangan (hampir semua hotel Marriott Bonvoy akan bagi something extra kepada ahli Silver dan ke atas dalam bilik).


Marriott Bonvoy
Comel je notanya hihi...

At least ada effort untuk buatkan tetamu rasa lebih dialu-alukan dengan nota macam ni, kan:


Marriott Bonvoy


Cuma dari segi responsiveness, kena ada penambahbaikan kot sebab bila aku request air botol tambahan bila air botol dah habis, aku kena follow up request air botol tu sebab tak sampai-sampai lepas 30 minit aku tunggu. 

Overall, hotel yang selesa, lokasi yang strategik sebab bersambung dengan IOI City Mall dan harga pun dalam mid-range