• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, September 18, 2025

Jalan-Jalan ke Pasar Pagi dan Tamu Bintulu

Salam pagi Khamis kawan-kawan semua,

Pejam celik pejam celik, ehhhh dah hari Khamis rupa-rupanya. Tak terasa masa berlalu bila balik kampung 🤭,

Pagi semalam lepas Subuh aku dengan semangatnya ajak Suami Terchenta dan mak pergi ke Tamu Bintulu. Ingatkan pasar kat sini bukak awal pagi macam dekat pasar Chow Kit, tapi bila kiteorang sampai dekat Tamu Bintulu tengok peniaga baru nak keluarkan dan susun sayur-sayuran 😅. Mak aku kata silap pasar kau pergi ni, pagi-pagi lagi peniaga selalunya berkumpul di pasar pagi dulu. Hairan jugak kenapa dieorang tak terus berniaga di Tamu Bintulu je. 


Bintulu market
Sendu je Tamu Bintulu pagi-pagi

Kalau kat Bintulu orang ajak korang pergi PUB, korang jangan cepat melatah tau. Kemungkinan besar dieorang ajak cari ikan dekat Pasar Utama Bintulu, bukan ke kelab malam 😆

Mak cerita asalnya pasar pagi tu untuk pemborong sayur-sayuran beli sayur dari petani secara pukal, tapi lama-kelamaan dah jadi pasar tani biasa pulak. Apapun yang bestnya dekat pasar pagi ni konsepnya ala-ala-ala drive-thru. Customer beli ikut tingkap kereta, lepas tu peniaga hantar barang ke kereta 😅. Kau haderr??


Tak payah turun dari kereta, drive-thru aje!

Tapi kiteorang takde la drive-thru sebab mak aku suka berjalan-jalan sambil meninjau sayur-sayuran yang dijual kat sini. Terapi mata katanya. Arum bulak (kata orang Sarawak, bermaksud cakap besar atau secara exaggerate), setiap pagi dia singgah di pasar pagi ni cuci mata tengok sayur-sayuran.


pasar pagi bintulu
Antara sayur-sayuran yang dijual di pasar pagi. Kat sini penjual hampar atas jalan raya je, senang nak angkut bawak balik lepas pukul 9 pagi

kulat sawit
Favourite aku ni - kulat sawit. Masak rebus letak belacan, bawang merah, ikan bilis dan cili padi. Sedappp

Balik dari pasar pagi, kiteorang singgah di restoran Jom Ngeteh. Jangan tanya kenapa nama kedai ni macam bahasa Semenanjung, sebab aku pun tak tau 😅. Mungkin owner pernah kerja di sana. Tujuan utama kiteorang ke sini ialah nak singgah sarapan mee sapi Ahim, satu lagi makanan favourite aku setiap kali balik kampung.


halal food
Mungkin sebab cuti sekolah, suasana lengang je. Kalau hari biasa, susah nak dapat meja kosong kat sini sebab biasanya staff Petronas / kontraktor singgah sarapan di sini lepas habis syif malam 

mee kolok
Mee sapi Ahim yang legend di Bintulu dan ada fan base tersendiri 😄

Read more »
on Thursday, September 18, 2025 14
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities, Journal, Places, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, September 17, 2025

JJCM: Mee Udang Kuala Tatau, Rain Tree Cafe & Momoyo

Salam kawan-kawan,

Macamana cuti Hari Malaysia korang? Seronok tak? Ada tak yang dah masuk kerja hari ni? Apapun, long weekend memang seronok kan, sama ada pergi bercuti-cuti di dalam / luar negara atau sekadar berehat di rumah.

Cuma dalam keseronokan menikmati cuti panjang, terselit juga berita duka di Sabah yang ditimpa bencana tanah runtuh baru-baru ni sehingga mengorbankan 13 nyawa. Salam takziah diucapkan buat mangsa-mangsa tanah runtuh yang kehilangan harta benda dan juga ahli keluarga tercinta dalam tragedi pada ambang Hari Malaysia. Semoga mangsa-mangsa tabah menghadapi dugaan ni 😢.

Berbalik kepada cerita balik kampung. Semalam kiteorang drive all the way ke Kuala Tatau semata-mata nak makan mee udang. Restorannya dah berpindah ke lokasi baru selepas jambatan Kuala Tatau. Dulu restoran ni terletak atas air / tepi sungai Kuala Tatau. Sambil makan, boleh menikmati pemandangan bot nelayan yang lalu-lalang atau ikan-ikan dalam sungai. Mungkin atas faktor keselamatan, dieorang berpindah tempat, atau sebab nak luaskan lagi restoran kot.


JJCM #1: Restoran Mee Udang Kuala Tatau

Apapun, mee goreng basah udang galah dekat sini memang sedap. Aku sebenarnya nak pesan mee kuah tapi dah habis pulak. Udang galah pun tinggal yang saiz kecik dan sederhana je. Yang besar semua dah habis.


mee goreng basah udang galah
Mee goreng basah undang galah. Udang galah tu digoreng dulu sebelum dimasukkan dalam kuah mee tu


Suami Terchenta pesan mee tomyam udang galah dan anak-anak pulak nak makan nasi goreng udang galah

JJCM #2: Momoya

Dekat Bintulu rasanya belum ada lagi cawangan Mixue. Tapi tak jadi masalah, sebab dekat Boulevard Bintulu ada Momoya 😅 Rasa aiskrimnya lebih kurang je dengan Mixue. Aku masih tak boleh move on dengan aiskrim sundae di Chicken Delight. Sayangnya restoran tu dah tutup tengah tahun ni selepas 40+ tahun beroperasi.


aiskrim
Momoyo @ Boulevard Bintulu

JJCM #3: Rain Tree Cafe


Rain Tree Cafe Bintulu
Rain Tree Cafe & Restaurant

Sebelah malam pulak kiteorang ke Rain Tree Cafe untuk makan malam. Restoran ni terletak di Medan Jaya Bintulu, tak jauh dari Farley. Suka sangat restoran ni sebab dalamnya estetik dan makanan pun sedap-sedap semuanya.


Rain Tree Cafe Bintulu
Khadeeja posing dengan latar belakang restoran yang estetik

Rain Tree Cafe Bintulu
Suami Terchenta tengah layan Whatsapp kerja sambil tunggu makanan sampai


Servis di restoran ni cepat dan portion pun besar, berbaloi dengan harga. Aku pesan sirloin steak, Suami Terchenta pesan nasi daging blackpepper, Khayla pesan mac & cheese dan Khadeeja pulak pesan meatball spaghetti. Sambil tunggu main course sampai, kiteorang order truffle parmesan fries jugak.


Rain Tree Cafe Bintulu
Makanan semua sedap, restoran estetik dan servis pantas - sis bagi 5 🌟

Macam tu la pengisian kiteorang setiap kali balik ke Bintulu. Memang asyik makannnn je 🤣 🤣. Hmm... tolonggg camane nak diet ni??

Akhir sekali, ni pun aktiviti berkaitan makan jugak - makan angin di Tanjung Batu 😆


Malaysian beach
Petang-petang menikmati angin laut sambil tengok sunset di Tanjung Batu

Tanjung Batu Bintulu
So tenang hidup di Bintulu ni tau, hari-hari boleh healing tengok pantai 😄


Tanjung Batu Bintulu
Khayla dan Suami Terchenta duduk sambil layan view laut

Harap-harap esok pagi tak hujan sebab aku nak ajak mak cari udang galah di pasar pagi. Lepas tu nak sarapan pagi mee sapi Ahim di Jom Ngeteh. Ahaks. Amboi nafsu kemain lagi dia eyhhh. Babap karang! 😆

Read more »
on Wednesday, September 17, 2025 24
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities, Food, Journal, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, September 16, 2025

Dah Selamat Sampai Di Kampung Halaman...

Salam Hari Malaysia kawan-kawan!

Tahun ni kiteorang sambut Hari Malaysia di kampung @ Bintulu. Seawal pukul 5 pagi lagi dah gerak dari rumah adik aku di Putrajaya dan dia tolong hantar kiteorang ke KLIA. Alhamdulillah barisan check-in di kaunter MAS tak terlalu panjang macam yang aku tengok dekat medsos hari Sabtu lepas. Pendapat aku la kan, ni dah tahun 2025 kita kena biasakan diri dengan perkhidmatan layan diri / self-service check-in. Dalam kes kiteorang, terpaksa jugak ke kaunter sebab tiket Khayla dibeli guna akaun pelajar jadi nak tak nak kena jugak ikut berbaris di kaunter. Kalau tak, aku lagi suka check-in dekat apps MAS je. Tapi aku husnuzon, mungkin ada yang jarang atau tak pernah travel guna flight jadi dia belum biasa dengan proses ni.


MAS
Macam biasa kalau dari KL, aku lebih suka naik MAS / Batik Air bila ambik flight awal pagi sebab terminal KLIA tak sebesar KLIA2. Kalau ambik AA, silap-silap awal pagi dah kena berlari maraton nak ke pintu perlepasan nun di hujung dunia! 😂

MAS
Hidangan sarapan dalam flight pagi tadi - mee goreng (atas) dan scrambled egg (bawah)

Alhamdulillah, perjalanan 2 jam dari KL ke Bintulu lancar dan tak banyak gegaran di awan biru. Sebelum berlepas aku ada terbaca thread Khairul Aming yang flight dia naiki untuk balik ke KB dalam cuaca ribut sangat menakutkan sebab angin kuat sampai kapal terbang tak boleh mendarat. Flight dia cuma boleh mendarat dengan selamat selepas 4 jam dan percubaan ke-3, tu pun kena divert ke Pulau Pinang untuk isi minyak sebelum terbang semula ke KB. Huhu. Kalau aku pun kecut perut kot.

Sampai di Bintulu, mak datang ambik kiteorang kat airport dan terus balik ke rumah kiteorang yang dah 3 bulan ditinggalkan. Perkara pertama yang kiteorang buat ialah membersihkan dalam dan luar rumah sebab berhabuk / kotor. 


house cleaning
Suami Terchenta tengah gigih menyental lantai di luar rumah

Lepas setel aktiviti membersihkan rumah, kiteorang membersihkan diri, solat dan keluar makan tengahari di restoran nasi ayam favourite kiteorang. Aku pesan nasi ayam kukus, yang lain nak nasi ayam roasted. Selain tu, aku pesan sayur cangkuk manis goreng telur. Sedapnya! Aktiviti makan memang aktiviti kegemaran aku bila balik kampung hehe.


nasi ayam sedap
Nasi ayam favourite dari zaman aku kecik dulu sampai sekarang, betapa legend nya nasi ayam ni!

Lepas makan tengahari yang sedap, kiteorang singgah membeli barang-barang sikit sebelum balik ke rumah. Tengahari tu masing-masing keletihan sebab tak cukup tidur jadi kiteorang tak kemana-mana sebab nak berehat.

Sebelah malam pulak, kiteorang keluar makan di kafe favourite anak-anak pulak, iaitu Coffee Code. Kali ni pilih menu ringan je sebab masih kenyang makan tengahari tu. Suami Terchenta pilih shakshuka dan aku pilih souffle pancake.


Coffee Code Bintulu
Makan malam kami

Penat tapi seronok balik kampung. Hari ni mungkin aku akan berjalan-jalan di Tanjung Batu pulak dan kalau kedai Mee Sapi Ahim bukak, mungkin nak bersarapan di situ. Balik nanti, confirm berat aku naik sbb asyik makan je! 😜

Korang pulak, apa aktiviti kegemaran korang bila balik kampung?

Read more »
on Tuesday, September 16, 2025 18
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities, Journal, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, September 14, 2025

Pengisian hujung minggu kami

Salam uolls,

Cuti sekolah dah bermula dan minggu ni pulak long weekend. Ramai yang ambik kesempatan bercuti-cuti Malaysia / luar negara. Jalan raya sesak dengan kenderaan yang nak keluar KL untuk bercuti-cuti. Dengar cerita, di KLIA pun sesak jugak dengan orang yang nak keluar KL menaiki kapal terbang.  

Tapi di KL pulak keadaan agak tenang. Semalam di Jalan Raja Chulan, jalan raya lengang je. Boleh lenggang-kangkung melintas jalan 😆. Best la siapa yang duduk KL tak kemana-mana cuti ni, tak pening kepala hadap jem kan?

Sebelum balik kampung, sempat la mengisi hujung minggu dengan aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga.


Sabtu - Breakfast Date & Birthday Party.

Pagi Sabtu, aku dan 2 orang kawan baik ada temujanji di Banglo 289. Dah lama tak lepak sama-sama sebab dieorang tengah busy dengan restructuring exercise. Tapi memandangkan minggu ni minggu birthday Nurul, maka wajiblah celebrate dengan keluar makan sama-sama hihi. Aku hadiahkan tudung Fazura dekat Nurul, alhamdulillah dia suka warna dan corak yang aku pilihkan tu 🥰.


Malay breakfast
Happy birthday Nurul!


Aku decide ke sana naik monorel dan turun di stesen Raja Chulan. Dari situ berjalan kaki ke Banglo 289 sejauh 350 meter je. Tak sampai 2 ribu langkah dah sampai 🤭.


breakfast spot KL
Penuh tempat letak kereta depan Banglo 289 ni, nasib baik aku tak drive ke sana

Dah lama sebenarnya tak singgah makan di Banglo 289. Dekat sini terkenal dengan lauk-pauk Melayu. Dulu aku pernah pergi dengan kakak aku untuk makan tengahari dekat sini, not bad la makanan kat sini. Waktu pagi pulak ada banyak pilihan makanan Melayu - korang pilih je sama ada nak lauk berat macam nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, lontong dan soto; atau sarapan ringan kuih-muih, lempeng dan ubi kayu rebus. Menu Western (big breakfast) pun ada tapi kawan aku kata not recommended. Lebih baik ambik menu tempatan.


Malaysian cuisine
Lauk-pauk sarapan pagi di Banglo 289

ubi rebus dan lempeng sambal ikan bilis
Ubi rebus dan lempeng kelapa dengan kelapa parut kukus dan sambal ikan bilis hijau ni kiteorang share buat raso-raso. Rasa cili hijau tu kuat sangat, aku lebih suka sambal ikan bilis biasa.

lontong
Aku pesan lontong - sedap, cuma kuah cair sikit bagi aku. Tapi overall, ok je. Portion sesuai untuk orang yang kengkonon diet macam aku 🤭

Sementara aku lepak dengan BFF, Suami Terchenta pulak jadi supir menghantar anak-anak ke birthday party ex-classmate Khadeeja di Melawati Mall. Balik dari menghantar anak-anak, Suami Terchenta bagitau jalan raya sesak sampai dieorang ambik masa sejam untuk sampai ke Melawati Mall yang biasanya cuma ambik masa 15 minit je dari rumah kiteorang. Penangan cuti sekolah + aktiviti balik kampung. 

Birthday party tu dibuat di indoor theme park dalam Melawati Mall. Seronok la dieorang bermain segala jenis permainan dalam theme park tu. Khadeeja paling seronok sebab dapat jumpa BFF dia masa di sekolah rendah dulu. Sekarang masing-masing bersekolah di sekolah berbeza. Khadeeja sejenis yang sangat susah buat kawan sebab dia pemalu dan walaupun dah masuk bulan September, dia masih lagi tak berkawan sangat di sekolah. Sebab tu bila dapat jumpa BFF dari sekolah lama, kemain happy lagi dia.


school friends
Khadeeja dan kawan-kawan. Birthday girl yang duduk dalam gambar atas sekali

Ahad - Breakfast Date Dengan Suami Terchenta & Mengemas Rumah

Pagi tadi pulak aku dan Suami Terchenta keluar bersarapan di Restoran Pelita tak jauh dari KLCC. Disebabkan malam tadi kiteorang tak makan, jadi pagi tadi masing-masing tamak haloba order nasi beriyani dengan ayam bawang sepinggan seorang. Sudahnya menyesal sebab nasinya banyak sangat! 😂 Sepatutnya ambik sepinggan je nasi beriyani lepas tu ambik la peha ayam seketul seorang 😆.


beriyani ayam bawang
Sarapan pagi tadi

beriyani, ayam bawang
Nasi beriyani dan ayam bawang di Restoran Nasi Kandar Pelita ni aku kasi 👍🏻 👍🏻

Sebelum balik kiteorang tapaukan cheese naan dan air sirap untuk anak-anak. Balik dari sarapan pagi, mulalah aktiviti mengemas rumah / spring-cleaning sebelum balik kampung. Anak-anak pulak aku suruh siapkan kerja rumah sebab malas nak mengangkut buku-buku sekolah naik flight. Lepas siapkan kerja rumah, dieorang kena seterika baju sekolah siap-siap sebab kiteorang akan balik ke KL semula pada malam Ahad. Jadi taknak la kelam-kabut esoknya nak sekolah kan. 

Nasib baik tak payah kemas pakaian sebab kat rumah sana kiteorang dah tinggalkan pakaian masa cuti sekolah bulan Jun lepas. Esok ke KLIA kita lenggang-kangkung je macam naik bas 😆.

Tup-tup si Khadeeja bagitau cikgu suruh siapkan projek Reka Bentuk Teknologi untuk hantar bila bukak sekolah! 😭 Dah kena siapkan hari ni jugak sebelum balik kampung. Suami Terchenta check makanan anak-anak bulu pulak dah habis huhu. Terpaksa la pergi ke kedai haiwan belikan stok kibbles untuk bekalan dieorang sepanjang kiteorang balik kampung ni.

Tapi apapun, petang ni kena kasi setel semuanya sebab malam ni kiteorang akan tidur di rumah adik di Putrajaya. Adik aku akan hantar kiteorang ke KLIA awal pagi esok sebelum Subuh lagi sebab kena print boarding pass untuk Khayla. Aku baru tau dia kena pergi ke kaunter untuk ambik boarding pass sebab dia beli tiket bawah akaun MHexplorer (beli tiket harga student, agaknya kena tunjuk IC untuk verify status dia sebagai pelajar kot).

Korang pulak buat apa hujung minggu ni?

Read more »
on Sunday, September 14, 2025 20
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities, Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, September 12, 2025

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Chateau de Versailles

Salam Jumaat geng blogger kesayangan!

Harap-harap korang tak muntah la tengok gambar-gambar selfie dekat Istana Versailles ni hahaha! Sumpah serius, tempat ni memang idaman Instagrammers seluruh dunia sebab semua biliknya estetik. 

Sebelum tu, korang yang belum follow lagi cerita dalam siri jalan-jalan ke Eropah musim panas ni boleh klik dekat link ni:

  • Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Stopover di Istanbul
  • Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Welcome back to London!
  • Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London Hari Ke-2
  • Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London/UK Hari Ke-3
  • Jalan-Jalan Ke Eropah Musim Panas: London/Paris

Hall of Mirrors - tarikan utama di Istana Versailles

Agenda pertama kiteorang ialah melawat Istana Versailles atau Chateau de Versailles yang terletak di luar Paris. Nak masuk ke Chateau de Versailles kena tempah tiket awal-awal dekat website rasmi Chateau de Versailles. Harga tiket bergantung dengan kawasan yang kita nak pergi - memandangkan kiteorang cuma ada separuh hari je, jadi kiteorang ambik tiket lawatan istana je (€21 seorang). 

Dari stesen Gare du Nord, kiteorang kena ambik line RER B ke stesen Saint-Michel Notre-Dame sebelum bertukar ke line RER C menuju ke stesen Versailles Château Rive Gauche. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dan since kiteorang pilih sesi pertama pagi tu iaitu pukul 9 pagi jadi kiteorang keluar pukul 7.30 pagi. Kiteorang sampai di Versailles dalam pukul 8.30 pagi. Dari stesen keretapi kiteorang berjalan kaki dalam 10 minit je untuk sampai ke Chateau de Versailles. 


Tren RER ke Versailles Château Rive Gauche ni ada 2 tingkat. Dalamnya lawa sangat, ala-ala hiasan di Istana Versailles 🤩 

Bahagian luar stesen Versailles Château Rive Gauche. Dari sini seberang jalan dan berjalan 10 minit untuk ke Istana Versailles

Walaupun baru pukul 8.40 tapi barisan dah panjang. Aku terus masuk queue di Pintu A sementara kawan-kawan aku pergi cari croissant dekat bakery terdekat. Masa tengah beratur tu, staff datang check tiket dan kiteorang pun tunjuk tiket dekat phone. Ada jugak orang yang ingat kalau dia datang awal boleh masuk awal tapi sebenarnya kat sini staff akan bagi masuk ikut timing slot yang kita dah tempah. A few visitors kena halau masuk ke barisan pukul 9.30 pagi dan 10 pagi sebab dieorang nak cuba nasib masuk barisan pukul 9 pagi 😆. "Please follow the time on your ticket!"


Bahagian luar Istana Versailles

Sejarah ringkas tentang Chateau de Versailles - dibina pada abad ke-17, asalnya istana ni ialah rumah persinggahan Raja Perancis iaitu Raja Louis XIII masa baginda datang berburu di Versailles. Oleh sebab Raja Louis XIII suka sangat dengan kawasan Versailles, jadi baginda pun bina sebuah istana lengkap dengan taman yang mewah dan indah. Raja Louis XIII mengupah ramai artis untuk melukis mural-mural di siling istana dan selepas baginda mangkat, kerja-kerja pengubahsuaian dan menghias istana ni diteruskan oleh anaknya, Raja Louis XIV yang kemudiannya membuat keputusan untuk menjadikan Istana Versailles ni sebagai kediaman diraja sepenuh masa. Dan pewaris-pewaris seterusnya pun buat benda yang sama - upah artis-artis dan arkitek berbeza untuk menghias dalam istana. Oleh sebab banyak sangat artis dan arkitek yang buat istana ni, jadi dalamnya agak caca merba sikit tapi still cantik. Sejak tahun 1979, Istana Versailles diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia dan salah satu pencapaian terbaik Perancis dalam seni pada abad ke-17. Istana Versailles mempunyai 2,300 buah bilik, tapi idok ler aku nak feature semua bilik dalam blog ni haha. Aku just highlight bilik-bilik tertentu je ye.

Istana Versailles terbahagi kepada beberapa bahagian - Grand Apartment / State Apartment, Apartment peribadi Raja dan Ratu, Royal Chapel, Royal Opera, Hall of Mirrors dan Galeri Muzium Sejarah Perancis. Lawatan dimulakan dari Grand Apartment / State Apartment yang menempatkan beberapa bilik dengan tema mitos Yunani (Greek) dan Rom, antaranya:


Bilik Hercules / Hercules Salon

Bilik yang paling epik dalam istana memaparkan 142 figura dalam lukisan di silingnya, ianya mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan.


Hercules Salon

Bilik Venus / Venus Salon

Dinamakan sempena dewi Yunani, bilik ni berfungsi sebagai bilik resepsi / lobi Grand Apartment, di mana ahli istana (royal courtiers) berkumpul pada sebelah petang dan hidangan ringan disediakan.


Venus Salon

Salon of Abundance

Bilik ni asalnya ialah bilik untuk menempatkan barang-barang koleksi peribadi Raja Louis XIV (Cabinet of Curiosities or Rarities).


Salon of Abundance

Bilik Mercury / Mercury Salon

Pada zaman pemerintahan Raja Louis XIV, kehidupan sehariannya dipertontonkan kepada khalayak ramai bermula dari acara bangun pagi sampai la ke acara masuk tidur (getting-up / getting-to-bed ceremonies), walaupun sebenarnya baginda tak tidur di bilik ni, tapi ada bilik peribadi sendiri. Aku dapat bayangkan Raja Louis XIV ni boleh jadi pempengaruh yang berjaya pada abad ni, hari-hari buat video "A Day In The Life of a King" sebab setiap aktiviti harian baginda dihadiri dan disaksikan sehingga 100 penonton pada satu-satu masa. Cuma penonton-penonton masa tu hadir live dalam bilik tidur sekali 😆. Dari bangun tidur, mandi, pakai baju, makan, masuk meeting sampai la masuk tidur sebelah malam, semuanya live depan orang awam. Tapi lepas orang ramai bersurai, baginda akan pulang ke apartment peribadi untuk sambung tidur atas katil sendiri. Begitulah rutin harian Raja XIV.


Mercury Salon
Potret Marie Leszczyńska, isteri Raja Louis XV

Grand Couvert Antechamber Of The Queen Apartment

Bilik ni dinamakan "Grand Couvert" sebab dekat sini la raja dan ratu akan makan di khalayak ramai. Acara ni menjadi simbol kekuasaan Raja dan Ratu Perancis. Ratu Marie-Antoinette menuntut muzik dimainkan sepanjang setiap hidangan. For that purpose, sebuah pentas untuk pemuzik dipasang di dalam bilik.


Grand Couvert Antechamber of the Queen Apartment

Bilik Pertabalan / Coronation Room

 Bilik ni didedikasikan untuk Napoleon I dan memaparkan sebuah lukisan pertabalan Napoleon.


Coronation Room

Gallery Of Battles

Galeri memaparkan lukisan-lukisan kegemilangan Perancis dalam peperangan.

Gallery of Battles

Lukisan dalam Gallery of Battles

Wajib la selfie banyak-banyak dekat sini 🤭





Versailles Hallway

Versailles Hallway

Sebelum balik, kiteorang singgah di Angelina Cafe dalam Istana Versailles ni, tak jauh dari Versailles Hallway. Angelina ialah salah satu kafe yang wajib singgah bila di Paris untuk merasai pastry dan hot chocolate yang sedap. 


Port wajib singgah for Parisian dessert - Angelina

Next entry, jalan-jalan di Paris city pulak.
Read more »
on Friday, September 12, 2025 21
Share this!
Tags
International, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...

Blog Favourite

  • .:: My Life & My Loves ::.
    5 minutes ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    40 minutes ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    40 minutes ago
  • KasihkuAmani
    1 hour ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    2 hours ago
  • Anies♥You
    3 hours ago
  • My Small World
    4 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    4 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    5 hours ago
  • SURIA AMANDA
    5 hours ago
  • mrhanafi.com
    5 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    5 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    7 hours ago
  • Miles of smiles
    8 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    17 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    18 hours ago
  • Titian Perjalanan
    22 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    23 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    1 day ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 day ago
  • anajingga
    2 days ago
  • orangbukit
    2 days ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Sunah Sakura
    3 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    3 days ago
  • Ako Tetap Ako
    5 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    6 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    6 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • Drawing the Words
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Sodep
    5 weeks ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Blog Anamizu™
    1 month ago
  • Mreneyoo
    1 month ago
  • Afzan Sidi
    2 months ago
  • Blog Sal
    5 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.