Salam uolls,
Cuti sekolah dah bermula dan minggu ni pulak long weekend. Ramai yang ambik kesempatan bercuti-cuti Malaysia / luar negara. Jalan raya sesak dengan kenderaan yang nak keluar KL untuk bercuti-cuti. Dengar cerita, di KLIA pun sesak jugak dengan orang yang nak keluar KL menaiki kapal terbang.
Tapi di KL pulak keadaan agak tenang. Semalam di Jalan Raja Chulan, jalan raya lengang je. Boleh lenggang-kangkung melintas jalan 😆. Best la siapa yang duduk KL tak kemana-mana cuti ni, tak pening kepala hadap jem kan?
Sebelum balik kampung, sempat la mengisi hujung minggu dengan aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga.
Sabtu - Breakfast Date & Birthday Party.
Pagi Sabtu, aku dan 2 orang kawan baik ada temujanji di Banglo 289. Dah lama tak lepak sama-sama sebab dieorang tengah busy dengan restructuring exercise. Tapi memandangkan minggu ni minggu birthday Nurul, maka wajiblah celebrate dengan keluar makan sama-sama hihi. Aku hadiahkan tudung Fazura dekat Nurul, alhamdulillah dia suka warna dan corak yang aku pilihkan tu 🥰.
![]() |
| Happy birthday Nurul! |
Aku decide ke sana naik monorel dan turun di stesen Raja Chulan. Dari situ berjalan kaki ke Banglo 289 sejauh 350 meter je. Tak sampai 2 ribu langkah dah sampai 🤭.
![]() |
| Penuh tempat letak kereta depan Banglo 289 ni, nasib baik aku tak drive ke sana |
Dah lama sebenarnya tak singgah makan di Banglo 289. Dekat sini terkenal dengan lauk-pauk Melayu. Dulu aku pernah pergi dengan kakak aku untuk makan tengahari dekat sini, not bad la makanan kat sini. Waktu pagi pulak ada banyak pilihan makanan Melayu - korang pilih je sama ada nak lauk berat macam nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, lontong dan soto; atau sarapan ringan kuih-muih, lempeng dan ubi kayu rebus. Menu Western (big breakfast) pun ada tapi kawan aku kata not recommended. Lebih baik ambik menu tempatan.
![]() |
| Lauk-pauk sarapan pagi di Banglo 289 |
![]() |
| Ubi rebus dan lempeng kelapa dengan kelapa parut kukus dan sambal ikan bilis hijau ni kiteorang share buat raso-raso. Rasa cili hijau tu kuat sangat, aku lebih suka sambal ikan bilis biasa. |
![]() |
| Aku pesan lontong - sedap, cuma kuah cair sikit bagi aku. Tapi overall, ok je. Portion sesuai untuk orang yang kengkonon diet macam aku 🤭 |
Sementara aku lepak dengan BFF, Suami Terchenta pulak jadi supir menghantar anak-anak ke birthday party ex-classmate Khadeeja di Melawati Mall. Balik dari menghantar anak-anak, Suami Terchenta bagitau jalan raya sesak sampai dieorang ambik masa sejam untuk sampai ke Melawati Mall yang biasanya cuma ambik masa 15 minit je dari rumah kiteorang. Penangan cuti sekolah + aktiviti balik kampung.
![]() |
| Khadeeja dan kawan-kawan. Birthday girl yang duduk dalam gambar atas sekali |
Ahad - Breakfast Date Dengan Suami Terchenta & Mengemas Rumah
Pagi tadi pulak aku dan Suami Terchenta keluar bersarapan di Restoran Pelita tak jauh dari KLCC. Disebabkan malam tadi kiteorang tak makan, jadi pagi tadi masing-masing tamak haloba order nasi beriyani dengan ayam bawang sepinggan seorang. Sudahnya menyesal sebab nasinya banyak sangat! 😂 Sepatutnya ambik sepinggan je nasi beriyani lepas tu ambik la peha ayam seketul seorang 😆.
![]() |
| Sarapan pagi tadi |
![]() |
| Nasi beriyani dan ayam bawang di Restoran Nasi Kandar Pelita ni aku kasi 👍🏻 👍🏻 |
Sebelum balik kiteorang tapaukan cheese naan dan air sirap untuk anak-anak. Balik dari sarapan pagi, mulalah aktiviti mengemas rumah / spring-cleaning sebelum balik kampung. Anak-anak pulak aku suruh siapkan kerja rumah sebab malas nak mengangkut buku-buku sekolah naik flight. Lepas siapkan kerja rumah, dieorang kena seterika baju sekolah siap-siap sebab kiteorang akan balik ke KL semula pada malam Ahad. Jadi taknak la kelam-kabut esoknya nak sekolah kan.
Nasib baik tak payah kemas pakaian sebab kat rumah sana kiteorang dah tinggalkan pakaian masa cuti sekolah bulan Jun lepas. Esok ke KLIA kita lenggang-kangkung je macam naik bas 😆.
Tup-tup si Khadeeja bagitau cikgu suruh siapkan projek Reka Bentuk Teknologi untuk hantar bila bukak sekolah! 😭 Dah kena siapkan hari ni jugak sebelum balik kampung. Suami Terchenta check makanan anak-anak bulu pulak dah habis huhu. Terpaksa la pergi ke kedai haiwan belikan stok kibbles untuk bekalan dieorang sepanjang kiteorang balik kampung ni.
Tapi apapun, petang ni kena kasi setel semuanya sebab malam ni kiteorang akan tidur di rumah adik di Putrajaya. Adik aku akan hantar kiteorang ke KLIA awal pagi esok sebelum Subuh lagi sebab kena print boarding pass untuk Khayla. Aku baru tau dia kena pergi ke kaunter untuk ambik boarding pass sebab dia beli tiket bawah akaun MHexplorer (beli tiket harga student, agaknya kena tunjuk IC untuk verify status dia sebagai pelajar kot).
Korang pulak buat apa hujung minggu ni?








Sebab kak Mim dah lama tak BW..Linda angkat barang rumah dari Melaka ke Tronoh bulan 5 ritu..jadi cuti nie, ambik cuti direct untuk mengemas barang pindah hari tu..Hihihi..
ReplyDeleteSelamat bercuti kak Mim sekeluarga..
Linda salah blog ni hihi. Tapi mmg dah lama tak BW so baru tau Linda pindah dari Melaka ke Tronoh. Mesti penat tu tapi bila dah setel rasa puas hati kan.
DeleteNostalgianya makan ubi rebus tu. Cuti ni ke Putrajaya asa majlis kahwin then bercuti di KL sebelum balik Pahang semula.
ReplyDeleteYe, dulu tak pandang pun lauk ubi rebus ni tapi dah masuk umur 40an, ubi rebus nampak lebih menarik dari pancake ke, waffle ke hehe. Selamat bercuti2 di Putrajaya Cie!
DeleteWahhh.. nak balik Sarawak la ni. Bagus jugak dah siap semua kerja sekolah, dah gosok baju sekolah. Lepas tu dah tinggal pulak baju kat kampung, boleh lenggang kangkung naik belon, hihi.
ReplyDeleteAah, supaya tak serabut bila balik dari kampung SK. Seronok balik kampung tak payah packing dan tentunya balik kl nanti tak payah unpack pulak hihi
DeleteSelamat bercuti Carneyz and family, SA mereput duduk rumah jaga PZ dan diri sendiri yg demamwhile suami keluar mencari rezeki..
ReplyDeleteTQ SA 😄 Takpe healing kat rumah pun best jugak. Boleh layan movie dan tak payah hadap jem hehe
DeleteKami pergi MM petang tadi :)
ReplyDeleteSeronoknya nak balik kampung. Confirm tak jammed kan sis, naik flight hehe
Enjoy ya!
Alhamdulillah, queue kat airport pun tak seteruk hari pertama cuti panjang bermula sebab kiteorang balik hari ketiga kan.
DeleteHappy nice day, selamat bercuti ya.memang di KL menarik semua tempat..ibu kota ..alhamdulillah..gembira napak anda happy..hidup kena bahagia..jaga kesihatan juga ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah, jangan sia2kan peluang yg ada utk berjumpa ibu dan bapa di kampung 😄
DeleteTerima kasih doa di laman saya tentang arwah ayah ibu ya..hanya dapat kata terima kasih..
ReplyDeleteSama2..
Deletewahhh balit kampunggg...selamat bercuti kak! adik kamek balit sarawak juak seminggu..alang2 cuti sekolah
ReplyDeleteYalah, nyaman bah balit Sarawak sik pening hadap jem. Tempat healing pun dekat jak, di Tg Batu 🤭 Hari2 boleh pergi tgk sunset tepi pantai hehe
DeleteMenghabiskan masa cuti dengan teman dan keluarga memang terbaik la. Ingatkan banglo apa rupanya tempat makan. 2000 langkah tu boleh tahan juga ya.
ReplyDeleteHa, lama dah tak lepak dgn geng BFF dua orang ni. Nasib baik sempat jumpa sebelum balik ke kampung 😄 Banglo 289 ni dah lama ada, tapi jarang2 pergi. Selalu penuh tempat ni.
DeleteAduhai... terliur! Ada ubi rebus, ada lempeng, ada lontong... semuanya sedap belaka ni Carneyz. Walaupun kuah lonting agak cair tapi sedap juga ye.
ReplyDeleteYa, kat sini menunya lauk kampung / Melayu Kak Amie. Kuah lontong tu cukup rasa cuma agak cair bagi saya.
DeleteBiasanya kalau dalam 1 restoran ada menu lokal dan western, saya LBH pilih lokal. Krn yg western memang seringnya tak sesedap yg lokal. Kecuali restoran itu spesialis western 😄.
ReplyDeletePelita Deket KLCC itu fav saya juga. Dulu masih sering makan nasi kandar dan SOP di sana 😍😍. SOP lidah nya saya sukaaa.
Dah lama tak makan.. pas zaman kuliah lah, pelita selalu jadi tempat fav saya utk mengerjakan assignment 🤣
Bagus kalo semua homework dikerjakan selesai sebelum trip. Tapi kalau guru kasih tugas tambahan mendadak, memang buat pening 😅😅
Ya, sepatutnya pesan yg lokal je, tapi anak kawan saya suka menu Western jadi dia pun pesan Western 😅 langsung tak sedap katanya.
DeleteProjek sudah siap, ingatkan boleh balik dengan aman dan tenang. Tapi bila sampai di kampung dan saya suruh siapkan homework dalam buku, anak no. 2 tu bagitau dia lupa bawak homework balik! 🤦🏻♀️ Mungkin sekolah sudah patut kembalikan hukuman rotan di sekolah biar mereka ni takut dan pandai ingat sendiri tanggungjawab mereka 😒
saya tahu pasal Banglo 289 ni sebab iklan jawatan kosongnya selalu lalu lalang... hehehe...
ReplyDeletehaihhh cikgu niiii tak bagi chance langsung laa anak murid nak bercuti hahahahaha
oo haha. Tak pernah pulak nampak iklan jawatan kosong lalu-lalang dekat feed saya 😅
DeleteOK lagi ni anies, sikit je homework cuti kali ni. Kadang2 mak dieorang risau kenapa sikit sangat kerja rumah dieorang 😂
rutin setiap weekend..my razeen tusyen la (kumon) dan kami main pickleball sekali seminggu
ReplyDeleteBagusnya tiap2 minggu ada aktiviti riadah. Weekend kiteorang ni biasanya tak tetap, kadang2 husband kena kerja. Kalau dia tak kerja boleh la kiteorg keluar jalan2.
Delete