Salam kawan-kawan,
Macamana cuti Hari Malaysia korang? Seronok tak? Ada tak yang dah masuk kerja hari ni? Apapun, long weekend memang seronok kan, sama ada pergi bercuti-cuti di dalam / luar negara atau sekadar berehat di rumah.
Cuma dalam keseronokan menikmati cuti panjang, terselit juga berita duka di Sabah yang ditimpa bencana tanah runtuh baru-baru ni sehingga mengorbankan 13 nyawa. Salam takziah diucapkan buat mangsa-mangsa tanah runtuh yang kehilangan harta benda dan juga ahli keluarga tercinta dalam tragedi pada ambang Hari Malaysia. Semoga mangsa-mangsa tabah menghadapi dugaan ni 😢.
Berbalik kepada cerita balik kampung. Semalam kiteorang drive all the way ke Kuala Tatau semata-mata nak makan mee udang. Restorannya dah berpindah ke lokasi baru selepas jambatan Kuala Tatau. Dulu restoran ni terletak atas air / tepi sungai Kuala Tatau. Sambil makan, boleh menikmati pemandangan bot nelayan yang lalu-lalang atau ikan-ikan dalam sungai. Mungkin atas faktor keselamatan, dieorang berpindah tempat, atau sebab nak luaskan lagi restoran kot.
JJCM #1: Restoran Mee Udang Kuala Tatau
Apapun, mee goreng basah udang galah dekat sini memang sedap. Aku sebenarnya nak pesan mee kuah tapi dah habis pulak. Udang galah pun tinggal yang saiz kecik dan sederhana je. Yang besar semua dah habis.
![]() |
Mee goreng basah undang galah. Udang galah tu digoreng dulu sebelum dimasukkan dalam kuah mee tu |
![]() |
Suami Terchenta pesan mee tomyam udang galah dan anak-anak pulak nak makan nasi goreng udang galah |
JJCM #2: Momoya
Dekat Bintulu rasanya belum ada lagi cawangan Mixue. Tapi tak jadi masalah, sebab dekat Boulevard Bintulu ada Momoya 😅 Rasa aiskrimnya lebih kurang je dengan Mixue. Aku masih tak boleh move on dengan aiskrim sundae di Chicken Delight. Sayangnya restoran tu dah tutup tengah tahun ni selepas 40+ tahun beroperasi.
![]() |
Momoyo @ Boulevard Bintulu |
JJCM #3: Rain Tree Cafe
![]() |
Rain Tree Cafe & Restaurant |
Sebelah malam pulak kiteorang ke Rain Tree Cafe untuk makan malam. Restoran ni terletak di Medan Jaya Bintulu, tak jauh dari Farley. Suka sangat restoran ni sebab dalamnya estetik dan makanan pun sedap-sedap semuanya.
![]() |
Khadeeja posing dengan latar belakang restoran yang estetik |
![]() |
Suami Terchenta tengah layan Whatsapp kerja sambil tunggu makanan sampai |
Servis di restoran ni cepat dan portion pun besar, berbaloi dengan harga. Aku pesan sirloin steak, Suami Terchenta pesan nasi daging blackpepper, Khayla pesan mac & cheese dan Khadeeja pulak pesan meatball spaghetti. Sambil tunggu main course sampai, kiteorang order truffle parmesan fries jugak.
![]() |
Makanan semua sedap, restoran estetik dan servis pantas - sis bagi 5 🌟 |
Macam tu la pengisian kiteorang setiap kali balik ke Bintulu. Memang asyik makannnn je 🤣 🤣. Hmm... tolonggg camane nak diet ni??
Akhir sekali, ni pun aktiviti berkaitan makan jugak - makan angin di Tanjung Batu 😆
![]() |
Petang-petang menikmati angin laut sambil tengok sunset di Tanjung Batu |
![]() |
So tenang hidup di Bintulu ni tau, hari-hari boleh healing tengok pantai 😄 |
![]() |
Khayla dan Suami Terchenta duduk sambil layan view laut |
Harap-harap esok pagi tak hujan sebab aku nak ajak mak cari udang galah di pasar pagi. Lepas tu nak sarapan pagi mee sapi Ahim di Jom Ngeteh. Ahaks. Amboi nafsu kemain lagi dia eyhhh. Babap karang! 😆
Tak sahlah cuti² kalau tak jjcm, kan. Nampak sedap mee udang tu lagi² dihidang dalam pinggan klasik.
ReplyDelete