Jalan-Jalan ke Pasar Pagi dan Tamu Bintulu
Salam pagi Khamis kawan-kawan semua,
Pejam celik pejam celik, ehhhh dah hari Khamis rupa-rupanya. Tak terasa masa berlalu bila balik kampung ðŸ¤,
Pagi semalam lepas Subuh aku dengan semangatnya ajak Suami Terchenta dan mak pergi ke Tamu Bintulu. Ingatkan pasar kat sini bukak awal pagi macam dekat pasar Chow Kit, tapi bila kiteorang sampai dekat Tamu Bintulu tengok peniaga baru nak keluarkan dan susun sayur-sayuran 😅. Mak aku kata silap pasar kau pergi ni, pagi-pagi lagi peniaga selalunya berkumpul di pasar pagi dulu. Hairan jugak kenapa dieorang tak terus berniaga di Tamu Bintulu je.
 |
Sendu je Tamu Bintulu pagi-pagi |
 |
Kalau kat Bintulu orang ajak korang pergi PUB, korang jangan cepat melatah tau. Kemungkinan besar dieorang ajak cari ikan dekat Pasar Utama Bintulu, bukan ke kelab malam 😆 |
Mak cerita asalnya pasar pagi tu untuk pemborong sayur-sayuran beli sayur dari petani secara pukal, tapi lama-kelamaan dah jadi pasar tani biasa pulak. Apapun yang bestnya dekat pasar pagi ni konsepnya ala-ala-ala drive-thru. Customer beli ikut tingkap kereta, lepas tu peniaga hantar barang ke kereta 😅. Kau haderr??
 |
Tak payah turun dari kereta, drive-thru aje! |
Tapi kiteorang takde la drive-thru sebab mak aku suka berjalan-jalan sambil meninjau sayur-sayuran yang dijual kat sini. Terapi mata katanya. Arum bulak (kata orang Sarawak, bermaksud cakap besar atau secara exaggerate), setiap pagi dia singgah di pasar pagi ni cuci mata tengok sayur-sayuran.
 |
Antara sayur-sayuran yang dijual di pasar pagi. Kat sini penjual hampar atas jalan raya je, senang nak angkut bawak balik lepas pukul 9 pagi |
 |
Favourite aku ni - kulat sawit. Masak rebus letak belacan, bawang merah, ikan bilis dan cili padi. Sedappp |
Balik dari pasar pagi, kiteorang singgah di restoran Jom Ngeteh. Jangan tanya kenapa nama kedai ni macam bahasa Semenanjung, sebab aku pun tak tau 😅. Mungkin owner pernah kerja di sana. Tujuan utama kiteorang ke sini ialah nak singgah sarapan mee sapi Ahim, satu lagi makanan favourite aku setiap kali balik kampung.
 |
Mungkin sebab cuti sekolah, suasana lengang je. Kalau hari biasa, susah nak dapat meja kosong kat sini sebab biasanya staff Petronas / kontraktor singgah sarapan di sini lepas habis syif malam |
 |
Mee sapi Ahim yang legend di Bintulu dan ada fan base tersendiri 😄 |
Mee sapi tu isi dia daging ya?. Ohhhh PUB tu Pasar Utama Bintulu.
ReplyDeleteRasanya inilah juga pasar tempat kami singgah sewaktu jalan-jalan ke Bintulu awal Jun lalu. Pasar Utama Bintulu kan? Di seberang jalan kalau tak silap ada kedai kraftangan.
ReplyDelete