Makan-makan di Rumah BFF

Salam Khamis kawan-kawan,

Walaupun dah balik ke KL, kisah makan-makan di Bintulu ni belum berakhir ye gais. Kali ni BFF jemput datang ke rumah sebab dia buat makan-makan kat rumah. Saja je, nak memeriahkan rumah katanya. Kitonyo pulak konsep rezeki jangan ditolak hihi 🀭.


Tudiaaa... meriah meja panjang ni dengan bermacam-macam lauk. Semua dia masak sendiri
 
Dari atas kiri ikut pusingan jam: Kacang panjang tumis, sambal mempelam muda, ikan bawal emas kukus dan sambal kerang campur petai

Tapi hidangan utama tak lain tak bukan ialah linut! Sedapnya linut ni makan dengan sayur masak lemak dan sambal mempelam 🀩. Aku memang dah tak toleh kiri kanan lagi bila jumpa linut ni, bertambah-tambah dalam pinggan. Ni sambil menulis pun aku kecur liur bila teringat hidangan linut dan sayur masak lemak dengan sambal mempelam dekat rumah BFF aku ni 🀀.


makanan Sarawak
Nak buat linut ni ada petuanya - tak boleh bercakap masa kacau linut tu kalau tak, tak menjadi πŸ˜… 

makanan Sarawak
Kombinasi yang heaven...

Terima kasih buat BFF sebab bersusah-payah buat aktiviti makan-makan di rumahnya. Semoga murah rezeki kawan baik aku ni 🫢🏻. 


TQ sis, jamu kiteorang sekeluarga πŸ₯°

Tamat Cuti Sekolah dan Kembali ke KL

Alhamdulillah, malam Selasa aku dan Khayla dah selamat sampai ke KL. Tamatlah cuti-cuti balik kampung kali ni yang penuh dengan agenda makan πŸ˜†. Pagi tadi aku dah timbang berat badan - naik sekilo uollssss πŸ˜…. Baru seminggu balik dah naik sekilo. Adudu...


TQ mak, hantarkan kiteorang ke airport...

Kita lupakan kejap hal diet yang kelaut tu 🀭.

Ikut plan asal, kiteorang sepatutnya balik hari Ahad tu sekali dengan Suami Terchenta dan Khadeeja. Tapi hari Khamis 4 hari sebelum kiteorang balik kampung, Khayla forward mesej dari cikgu yang dah boleh semak lokasi untuk menduduki ujian PKSK dekat pautan link yang diberikan. Aku pun bukak link tu dan check - tarikh ujian PKSK Khayla ialah pada 23 September (Selasa) di MRSM Bintulu. Khayla memang request nak apply MRSM di Bintulu, sebab tu aku pilih lokasi ujian dekat sini supaya dia boleh tengok sendiri keadaan sekolah yang dia nak apply tu. Jadi aku pun terpaksa ubah tarikh flight kiteorang balik ke KL pada hari Selasa. Nasib baik beli melalui trip.com dan ambik free cancellation fee. Jadi dapat balik refund tiket yang aku cancel tu untuk beli tiket baru.

Walaupun aku sebenarnya tak suruh dia apply sekolah berasrama penuh (SBP), tapi bila Khayla bagitau dia nak cuba, aku pun tak halang dia untuk hantar permohonan. Sebagai parent, kiteorang support je la apa yang anak nak buat selagi benda tu mendatangkan faedah. Kalau ada rezeki masuk SBP alhamdulillah. Kalau takde rezeki pun tak rasa ralat. Dapat tengok dia depan mata hari-hari sampai tamat sekolah menengah. Haha. Dilema mak anak dua ketul je. Kalau salah sorang anak takde depan mata, rasa tak lengkap family kiteorang πŸ₯Ή. 


Pukul 7.40 pagi kiteorang sampai ke MRSM Bintulu untuk menghantar Khayla ke ujian PKSK

Aku dan mak drop off Khayla di bangunan pentadbiran untuk pendaftaran sebelum kiteorang balik ke rumah. Sempat la pusing sekolah ni masa nak keluar ke pintu utama. Sekolah ni baru dirasmikan 2 tahun lepas, jadi fasiliti dan bangunan semua masih baru. 


Dah macam kolej di universiti bangunan asrama ni

Bangunan surau terletak antara asrama pelajar perempuan dengan pelajar lelaki

Sementara Khayla menduduki ujian tu, aku pulang ke rumah untuk menghantar baju ke dobi. Lepas tu balik ke rumah untuk mengemas rumah sebelum kiteorang balik ke KL petang tu. 

Pukul 10.45 pagi kiteorang datang semula ambik Khayla lepas tamat ujian. Aku tanya dia, ok tak? Dia jawab ok, sempat siapkan semua soalan dalam tempoh yang diberikan. Tapi bila aku tanya dia apa soalan yang keluar, dia jawab tak ingat πŸ˜…. Agaknya penat dan malas nak ingat balik kot hihi. Dalam ramai-ramai yang datang ujian PKSK tadi, dia sorang je student dari luar Sarawak. Kecoh la cikgu-cikgu bila tau dia datang dari KL semata-mata nak duduk ujian PKSK di Bintulu 🀭.


Satu je komen Khayla - soalan yang keluar tak macam soalan dalam buku latihan PKSK yang aku belikan untuk dia praktis. Tak tau sama ada itu statement berbaur positif atau negatif 😜

Hmm... takpe. Yang penting Khayla dah buat yang terbaik dan selanjutnya, kita serahkan kepada Allah. Apapun keputusannya, itulah yang terbaik untuk anak dara aku yang seorang ni ✨.

Sebelum balik ke KL petang tu, aku tunaikan permintaan Khayla nak makan souffle pancake lagi sekali di Coffee Code.


Last sebelum balik ke KL

Dengan itu, tamatlah cuti-cuti di Bintulu. Masa untuk pulang ke KL. Kali ni kiteorang pilih untuk naik Batik Air pukul 6 petang sebab tak nak lewat sangat sampai ke rumah di KL. Tiba di rumah pukul 9 malam. Kalau naik MAS, pukul 8.40 malam baru terbang. Sampai rumah pukul 12 malam. Maka baiklah ambik Batik Air aje. Balik pun lenggang-kangkung bawak backpack je. Sukanya balik ke rumah tak payah nak unpack luggage!


Batik Air

Aku tempah nasi briyani kambing ni. Sedap jugak. Best nya dieorang hidang makanan dalam dulang macam MAS dulu-dulu...

Setakat ni puas hati naik Batik Air sebab jarang-jarang delay (flight dari Bintulu ke KL)

Makan Malam di Kelab Kidurong Bintulu (KKB)

Asal balik ke Bintulu je, ni la salah satu restoran yang wajib kiteorang singgah sebab anak-anak suka sangat menu di restoran ni. Masing-masing ada menu favourite - Khayla suka steamed cod fish dan Khadeeja pulak suka butter prawn dan sayur cangkuk manis tumis telur. Suami Terchenta pulak suka ayam kampung goreng Taiwanese style.

Kiteorang ni dah boleh dikira sebagai pelanggan setia sampaikan setiap kali kiteorang datang je, staff restoran yang dah senior akan sambut kiteorang dengan soalan - 'Bila sampai dari KL? Menu biasa ke?' 🀭 Belum buat pesanan lagi dieorang dah tau kiteorang nak apa hihi.


Kelab Kidurong Bintulu
Kelab Kidurong Bintulu


Kelab Kidurong Bintulu
Nama restoran ni Yam Catering. Dulu masa aku masih bekerja di Bintulu, kalau ada company event / VP kiteorang turun dari KL untuk bermesyuarat, restoran ni la selalu jadi pilihan lokasi makan malam

Antara menu yang kiteorang biasa order di sini:

Kelab Kidurong Bintulu
Butter prawn - kadang-kadang aku dan Khadeeja akan berebut serdak telur atas udang tu sebab sedappp

Kelab Kidurong Bintulu
Steamed cod fish - Khayla suka kuah ikan ni. Aku pernah try buat dekat rumah tapi tak sama rasanya padahal nampak macam tak banyak je bahan-bahannya

Kelab Kidurong Bintulu
Ayam kampung goreng Taiwanese style - yang ni sedap dengan aroma serai dan daun kari, ada rasa kicap, sos tiram dan selebihnya aku tak tau πŸ˜…

Kelab Kidurong Bintulu
Sayur cangkuk manis tumis telur kesukaan Khadeeja. Aku lebih suka yang di restoran nasi ayam tempoh hari


Kelab Kidurong Bintulu
Peria salted egg ni pun sedap tapi aku dan mak je yang makan, yang lain semua tak reti makan sebab pahit. Yang lebih kiteorang tapau bawak balik

Kelab Kidurong Bintulu
Burp, alhamdulillah! 

Kalori keluar, kalori masuk...

Bila asyik makannnn je kan, tetiba rasa insaf, rasa macam  kena buat sesuatu untuk bakar kalori berlebihan dalam badan - dalam erti kata lain, lelemak yang dah mula buat aku ghisauuuu...

Maka sekali lagi aku pergi brisk walk di Tanjung Batu pagi Isnin lepas. Alhamdulillah berjaya dapat 10 ribu langkah. 

 
Rasa segar badan lepas mengeluarkan peluh pagi-pagi. Ni bukti aku tak statik tau, tengok background selfie tu lokasi lain-lain 😝

Bintulu
Hello, Tanjung Batu!

arca anak Bintulu
Kebetulan air surut pagi tu, boleh la aku memanjat bukit kecik ni untuk melawat arca burung bangau dekat atas nun

Burung bangau
Bangau mendoniaaa...

Lepas berjaya dapat 10 ribu langkah, maka timbullah rasa ujub dan takbur dalam diri, konon-konon dah kurang la berat tu so boleh la self-reward dengan makan laksa Sarawak semangkuk πŸ˜‚. Haiiiii... Carneyz, Carneyz! Bila la nak kurus macam ni? 😜

Mula-mula nak singgah repeat mee kolok di Mangkok Bocor tapi rupa-rupanya dieorang tutup hari Isnin! Jadi kiteorang melencong ke restoran Dapo Bonda yang tak jauh dari situ. Dapo tu ialah perkataan 'dapur' dalam bahasa Melayu Sarawak.


Dapo Bonda
Kuah laksa sedap tapi yang lain-lain so-so je. Sambal tu takde rasa udang kering so agak hambar. Instead of daun ketumbar, dieorang letak daun sup. Hmm. Kurang menepati citarasa aku.

Dapo Bonda
Mee kolok ayam - Khayla kata sedap dan dia suka versi yang ni dari mee kolok di Mangkok Bocor

Dapo Bonda
Roti canai tsunami pilihan mak aku. Yang ni sedap so kalau ke sini lagi aku nak order roti canai dieorang je, taknak dah repeat laksa

Macam tu la aktiviti aku di Bintulu. Lepas penat-penat bakar kalori, masukkan balik kalori yang baru. Balik KL nanti mesti diet!

Aktiviti Hari Ahad

Selepas Subuh, kiteorang keluar untuk aktiviti brisk walking di Tanjung Batu. Kali ni anak-anak pun ikut sekali sebab dieorang nak bermain di tepi pantai. Sementara anak-anak ambil angin di tepi pantai dengan Suami Terchenta, aku pulak pergi brisk walk sorang-sorang. Sambil berjalan aku layan view cantik sepanjang laluan brisk walk:


Langit yang cerah tanpa tompokan awan memantulkan warna biru ke permukaan air laut

Sampan nelayan di gigi air

Imej pokok di atas permukaan air seakan-akan pantulan cermin

Terapi mata...

Selesai brisk walk, aku pun join dieorang lepak di tepi pantai sambil menikmati suasana tepi laut. Suami Terchenta dan Khadeeja tengah melempar batu ke dalam air bertanding batu siapa yang paling banyak 'melompat' atas air sebelum tenggelam. Dua beranak ni pantang jumpa air tak kira la air laut ke, air sungai ke, memang tu la aktiviti kegemaran dieorang.


Aktiviti anak-beranak bila lepak di tepi pantai

Bila hari dah semakin panas, aku ajak dieorang ke pasar tamu sebab nak cari udang galah lagi, tapi kali ni nak cari udang galah bersaiz besar dengan penyepit biru. Alhamdulillah kali ni langkah kanan, dapat la beli sebekas (6 ekor semuanya) dengan harga kayangan - terbang RM100 untuk sebekas udang galah ni πŸ˜… Takpe, sekali-sekala kan...


Seekor ni sebesar tapak tangan aku, uolls!

Terjumpa ulat sagu / ulat mulong jugak di pasar. Yang ni harga mur-mur pun tak sanggup aku nak beli πŸ˜…

Rezeki aku terjumpa peniaga menjual telur ikan terubok jugak. Ni pun benda 'rare', susah nak dapat. Sebekas harganya RM10. 

Balik dari pasar tamu, kiteorang singgah sarapan pagi di restoran Mangkok Bocor. Aku pesan mee kolok tendon, yang lain pesan mee kolok daging. Rasanya ok la, walaupun daging tendon tu kenyal sikit. Boleh repeat tempat ni lain kali.


Mee kolok tendon di Mangkok Bocor

Tengahari tu, mak masak udang galah cincang untuk makan tengahari. Menu ni favourite kiteorang adik-beradik dari kecik lagi. Disebabkan udang galah ni mahal sejak azali, jadi nak bagi setiap orang dapat merasa udang galah, mak cincang daging udang galah supaya isinya banyak. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan sedikit belacan yang dah blend halus sampai naik bau, lepas tu masukkan daging udang galah yang dah dicincang tadi tu ke dalam tumisan. Yang bagi hidangan ni nampak kemerah-merahan ialah dari otak udang tu yang mak dah keluarkan dari kepala udang. Masa mak masak udang galah cincang ni, semerbak bau dekat dapur tau! Memang kelaut la diet aku sepanjang di kampung πŸ˜‚.


Udang cincang ni resipi yang arwah nenek turunkan kepada mak dan seterusnya mak turunkan dekat aku dan adik-beradik lain (siapa yang rajin ke dapur laaa)

Udang galah cincang ni gaul dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya 🀭. Tambah-tambah lagi ada sayur midin dan telur ikan terubok masin goreng πŸ˜‹. Alhamdulillah, tercapai hajat aku nak menikmati hidangan air tangan mak ni.

Sebelah malam pulak, kiteorang menghantar Suami Terchenta dan Khadeeja ke airport sebab flight dieorang malam tu. Aku dan Khayla pulak balik petang Selasa. Alhamdulillah, dieorang selamat sampai ke rumah pukul 12.45 pagi. Esoknya dah nak sekolah. Nasib baik la Khadeeja sekolah sesi petang πŸ˜….


Bye, Khadeeja!