Kalori keluar, kalori masuk...

Bila asyik makannnn je kan, tetiba rasa insaf, rasa macam  kena buat sesuatu untuk bakar kalori berlebihan dalam badan - dalam erti kata lain, lelemak yang dah mula buat aku ghisauuuu...

Maka sekali lagi aku pergi brisk walk di Tanjung Batu pagi Isnin lepas. Alhamdulillah berjaya dapat 10 ribu langkah. 

 
Rasa segar badan lepas mengeluarkan peluh pagi-pagi. Ni bukti aku tak statik tau, tengok background selfie tu lokasi lain-lain 😝

Bintulu
Hello, Tanjung Batu!

arca anak Bintulu
Kebetulan air surut pagi tu, boleh la aku memanjat bukit kecik ni untuk melawat arca burung bangau dekat atas nun

Burung bangau
Bangau mendoniaaa...

Lepas berjaya dapat 10 ribu langkah, maka timbullah rasa ujub dan takbur dalam diri, konon-konon dah kurang la berat tu so boleh la self-reward dengan makan laksa Sarawak semangkuk 😂. Haiiiii... Carneyz, Carneyz! Bila la nak kurus macam ni? 😜

Mula-mula nak singgah repeat mee kolok di Mangkok Bocor tapi rupa-rupanya dieorang tutup hari Isnin! Jadi kiteorang melencong ke restoran Dapo Bonda yang tak jauh dari situ. Dapo tu ialah perkataan 'dapur' dalam bahasa Melayu Sarawak.


Dapo Bonda
Kuah laksa sedap tapi yang lain-lain so-so je. Sambal tu takde rasa udang kering so agak hambar. Instead of daun ketumbar, dieorang letak daun sup. Hmm. Kurang menepati citarasa aku.

Dapo Bonda
Mee kolok ayam - Khayla kata sedap dan dia suka versi yang ni dari mee kolok di Mangkok Bocor

Dapo Bonda
Roti canai tsunami pilihan mak aku. Yang ni sedap so kalau ke sini lagi aku nak order roti canai dieorang je, taknak dah repeat laksa

Macam tu la aktiviti aku di Bintulu. Lepas penat-penat bakar kalori, masukkan balik kalori yang baru. Balik KL nanti mesti diet!

20 comments:

  1. heheh tak per asalkan happy! i pun ari tu balik dari main pickel ball, singgah mkn ler, beria order food :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah timbang berat lepas balik ke KL, naik sekilo MZ 🫣

      Delete
  2. Eh masih kat Bintulu ke? ke dah balik ni?terliur tgok mee kolok tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Selasa lepas dah balik SA. Lepas puas makan2 kat sana sampai naik sekilo berat 🥹

      Delete
  3. dh penat bakar kalori..kita tmbah kalori plak kan hehe...sedap tgk Roti canai tsunami tu

    ReplyDelete
  4. Orang Baling pun sebut dapo :D
    Itu biasa sis, lepas keluarkan peluh kena isi perut pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya berat dah naik sekilo sis 😅 Sepatutnya lepas exercise makan yg sihat2 je, ni makan laksa Sarawak semangkuk hmmm

      Delete
  5. Linda pun biasa dengar perkataan dapo tu..
    Yitu biasalah lah, buang kalori tambah kalori...kikiki

    ReplyDelete
  6. Cantik arca burung Bangau. Mee kolok pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayu tu dieorang ambik dari kayu terbuang / kayu hanyut. Kreatif kan? Mee kolok kat sini memang sedap tapi prefer yg dekat Mangkok Bocor / Mee Sapi Ahim.

      Delete
  7. Teringin memang coba laksa Sarawak dan mi Kolok dari kota aslinya 😍😍. Yg di KL kemarin tuh dah sedap, pasti aslinya lebih sedap kan ❤️❤️.

    Tak apa, kalau liburan, walau makan banyak, tapi imbangi saja dengan banyak berjalan juga. Saya pun nanti di KL dan Ipoh nak banyak briskwalk, supaya bisa puas makan 😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni sejenis makan sikit pun naik beratnya tak masuk akal 😂 barangkali cuma boleh makan angin, baru berat tak naik 🥲

      Delete
  8. telur kat atas roti canai tu yang nampak menarik...tu kalau dipecahkan perghhhh mengalir macam larva telur kuning dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu part yang paling best bila order roti tsunami ni hehe 😛

      Delete
  9. benda sedap kannn
    alaa bukan selalu pun
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, macam tu la dalam hati ni berbisik. bukan selalu pun 😜 masalahnya saya ni sejenis yg susah nak lose weight tapi senang nak naik berat huhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .