Alhamdulillah, malam Selasa aku dan Khayla dah selamat sampai ke KL. Tamatlah cuti-cuti balik kampung kali ni yang penuh dengan agenda makan 😆. Pagi tadi aku dah timbang berat badan - naik sekilo uollssss 😅. Baru seminggu balik dah naik sekilo. Adudu...
![]() |
TQ mak, hantarkan kiteorang ke airport... |
Kita lupakan kejap hal diet yang kelaut tu ðŸ¤.
Ikut plan asal, kiteorang sepatutnya balik hari Ahad tu sekali dengan Suami Terchenta dan Khadeeja. Tapi hari Khamis 4 hari sebelum kiteorang balik kampung, Khayla forward mesej dari cikgu yang dah boleh semak lokasi untuk menduduki ujian PKSK dekat pautan link yang diberikan. Aku pun bukak link tu dan check - tarikh ujian PKSK Khayla ialah pada 23 September (Selasa) di MRSM Bintulu. Khayla memang request nak apply MRSM di Bintulu, sebab tu aku pilih lokasi ujian dekat sini supaya dia boleh tengok sendiri keadaan sekolah yang dia nak apply tu. Jadi aku pun terpaksa ubah tarikh flight kiteorang balik ke KL pada hari Selasa. Nasib baik beli melalui trip.com dan ambik free cancellation fee. Jadi dapat balik refund tiket yang aku cancel tu untuk beli tiket baru.
Walaupun aku sebenarnya tak suruh dia apply sekolah berasrama penuh (SBP), tapi bila Khayla bagitau dia nak cuba, aku pun tak halang dia untuk hantar permohonan. Sebagai parent, kiteorang support je la apa yang anak nak buat selagi benda tu mendatangkan faedah. Kalau ada rezeki masuk SBP alhamdulillah. Kalau takde rezeki pun tak rasa ralat. Dapat tengok dia depan mata hari-hari sampai tamat sekolah menengah. Haha. Dilema mak anak dua ketul je. Kalau salah sorang anak takde depan mata, rasa tak lengkap family kiteorang 🥹.
![]() |
Pukul 7.40 pagi kiteorang sampai ke MRSM Bintulu untuk menghantar Khayla ke ujian PKSK |
Aku dan mak drop off Khayla di bangunan pentadbiran untuk pendaftaran sebelum kiteorang balik ke rumah. Sempat la pusing sekolah ni masa nak keluar ke pintu utama. Sekolah ni baru dirasmikan 2 tahun lepas, jadi fasiliti dan bangunan semua masih baru.
![]() |
Dah macam kolej di universiti bangunan asrama ni |
![]() |
Bangunan surau terletak antara asrama pelajar perempuan dengan pelajar lelaki |
Sementara Khayla menduduki ujian tu, aku pulang ke rumah untuk menghantar baju ke dobi. Lepas tu balik ke rumah untuk mengemas rumah sebelum kiteorang balik ke KL petang tu.
Pukul 10.45 pagi kiteorang datang semula ambik Khayla lepas tamat ujian. Aku tanya dia, ok tak? Dia jawab ok, sempat siapkan semua soalan dalam tempoh yang diberikan. Tapi bila aku tanya dia apa soalan yang keluar, dia jawab tak ingat 😅. Agaknya penat dan malas nak ingat balik kot hihi. Dalam ramai-ramai yang datang ujian PKSK tadi, dia sorang je student dari luar Sarawak. Kecoh la cikgu-cikgu bila tau dia datang dari KL semata-mata nak duduk ujian PKSK di Bintulu ðŸ¤.
![]() |
Satu je komen Khayla - soalan yang keluar tak macam soalan dalam buku latihan PKSK yang aku belikan untuk dia praktis. Tak tau sama ada itu statement berbaur positif atau negatif 😜 |
Hmm... takpe. Yang penting Khayla dah buat yang terbaik dan selanjutnya, kita serahkan kepada Allah. Apapun keputusannya, itulah yang terbaik untuk anak dara aku yang seorang ni ✨.
Sebelum balik ke KL petang tu, aku tunaikan permintaan Khayla nak makan souffle pancake lagi sekali di Coffee Code.
![]() |
Last sebelum balik ke KL |
Dengan itu, tamatlah cuti-cuti di Bintulu. Masa untuk pulang ke KL. Kali ni kiteorang pilih untuk naik Batik Air pukul 6 petang sebab tak nak lewat sangat sampai ke rumah di KL. Tiba di rumah pukul 9 malam. Kalau naik MAS, pukul 8.40 malam baru terbang. Sampai rumah pukul 12 malam. Maka baiklah ambik Batik Air aje. Balik pun lenggang-kangkung bawak backpack je. Sukanya balik ke rumah tak payah nak unpack luggage!
![]() |
Batik Air |
![]() |
Aku tempah nasi briyani kambing ni. Sedap jugak. Best nya dieorang hidang makanan dalam dulang macam MAS dulu-dulu... |
![]() |
Setakat ni puas hati naik Batik Air sebab jarang-jarang delay (flight dari Bintulu ke KL) |
No comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .