Aktiviti Hari Ahad

Selepas Subuh, kiteorang keluar untuk aktiviti brisk walking di Tanjung Batu. Kali ni anak-anak pun ikut sekali sebab dieorang nak bermain di tepi pantai. Sementara anak-anak ambil angin di tepi pantai dengan Suami Terchenta, aku pulak pergi brisk walk sorang-sorang. Sambil berjalan aku layan view cantik sepanjang laluan brisk walk:


Langit yang cerah tanpa tompokan awan memantulkan warna biru ke permukaan air laut

Sampan nelayan di gigi air

Imej pokok di atas permukaan air seakan-akan pantulan cermin

Terapi mata...

Selesai brisk walk, aku pun join dieorang lepak di tepi pantai sambil menikmati suasana tepi laut. Suami Terchenta dan Khadeeja tengah melempar batu ke dalam air bertanding batu siapa yang paling banyak 'melompat' atas air sebelum tenggelam. Dua beranak ni pantang jumpa air tak kira la air laut ke, air sungai ke, memang tu la aktiviti kegemaran dieorang.


Aktiviti anak-beranak bila lepak di tepi pantai

Bila hari dah semakin panas, aku ajak dieorang ke pasar tamu sebab nak cari udang galah lagi, tapi kali ni nak cari udang galah bersaiz besar dengan penyepit biru. Alhamdulillah kali ni langkah kanan, dapat la beli sebekas (6 ekor semuanya) dengan harga kayangan - terbang RM100 untuk sebekas udang galah ni 😅 Takpe, sekali-sekala kan...


Seekor ni sebesar tapak tangan aku, uolls!

Terjumpa ulat sagu / ulat mulong jugak di pasar. Yang ni harga mur-mur pun tak sanggup aku nak beli 😅

Rezeki aku terjumpa peniaga menjual telur ikan terubok jugak. Ni pun benda 'rare', susah nak dapat. Sebekas harganya RM10. 

Balik dari pasar tamu, kiteorang singgah sarapan pagi di restoran Mangkok Bocor. Aku pesan mee kolok tendon, yang lain pesan mee kolok daging. Rasanya ok la, walaupun daging tendon tu kenyal sikit. Boleh repeat tempat ni lain kali.


Mee kolok tendon di Mangkok Bocor

Tengahari tu, mak masak udang galah cincang untuk makan tengahari. Menu ni favourite kiteorang adik-beradik dari kecik lagi. Disebabkan udang galah ni mahal sejak azali, jadi nak bagi setiap orang dapat merasa udang galah, mak cincang daging udang galah supaya isinya banyak. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan sedikit belacan yang dah blend halus sampai naik bau, lepas tu masukkan daging udang galah yang dah dicincang tadi tu ke dalam tumisan. Yang bagi hidangan ni nampak kemerah-merahan ialah dari otak udang tu yang mak dah keluarkan dari kepala udang. Masa mak masak udang galah cincang ni, semerbak bau dekat dapur tau! Memang kelaut la diet aku sepanjang di kampung 😂.


Udang cincang ni resipi yang arwah nenek turunkan kepada mak dan seterusnya mak turunkan dekat aku dan adik-beradik lain (siapa yang rajin ke dapur laaa)

Udang galah cincang ni gaul dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya 🤭. Tambah-tambah lagi ada sayur midin dan telur ikan terubok masin goreng 😋. Alhamdulillah, tercapai hajat aku nak menikmati hidangan air tangan mak ni.

Sebelah malam pulak, kiteorang menghantar Suami Terchenta dan Khadeeja ke airport sebab flight dieorang malam tu. Aku dan Khayla pulak balik petang Selasa. Alhamdulillah, dieorang selamat sampai ke rumah pukul 12.45 pagi. Esoknya dah nak sekolah. Nasib baik la Khadeeja sekolah sesi petang 😅.


Bye, Khadeeja!

12 comments:

  1. besar2nya udg galah tu! juadah udg cincang tu nampk sgt sedap laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, puas hati finally jumpa jugak udang galah besar dengan penyepit biru dekat tamu 😄 diet tolak belakang hihi

      Delete
  2. Boleh tahan besar udang galah tu...fresh nampaknya...tapi kat rumah SA, SA sorang je yang boleh makan...yg lain macam- macam hal, sakit perut la..sakit kepala la kalau makan udang...tapi bagus gak..SA sorang puas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo yang lain tak suka udang galah ye SA? Terbalik pulak family kiteorang semua suka udang galah kecuali Khayla. Sedap udang galah ni bakar mcm tu je pun sedap 😋

      Delete
  3. Telur ikan terubuk masin tu macammana nak masak dia? Basuh lepas tu goreng macamtu je ke? Pernah orang bagi, tapi tak reti nak masak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur ikan terubuk ni dah siap2 diperap dengan garam, tinggal nak goreng je macam goreng ikan masin. Nak lagi sedap perah limau dan letak cili padi sekali. Tak boleh makan banyak sgt klu ada darah tinggi 😅

      Delete
  4. Kalau udang, kena berebut dengan kak M.. hahaha...
    Tapi, Linda beli yang sederhana je..tak pernah lah beli udang galah, tak suka sangat udang besar² nie...
    Ooo,balik separuh separuh..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang galah besar ni kiteorang suka buat lauk udang cincang halus2 macam yg mak saya masak ni. 6 ekor udang ni boleh buat lauk utk 5 orang, 2x makan, tengahari & malam. Puas makan udang dekat kampung 😋

      Delete
  5. Sedapnya udang galah tu Carneyz. Memang sedap tu.....ulat mulong?. Ngeri....masak apa selalunya tu?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang galah tu fresh isinya, baru tangkap di Sg Sebauh pagi tu. Ulat mulong tu ada org makan hidup2 macam tu, tapi selalunya org buat panggang atau goreng dalam minyak dan kuali yang panas. Arwah nenek pernah cakap rasa macam ayam tapi lagi sedap. Kiteorang memang tak reti la makan ulat mulong ni 😅

      Delete
  6. Oh jadi udang galahnya tak ada digoreng tepung ya itu? Tadi saya pikir sempat digoreng dulu baru campur dengan tumisan bawang. Beuuugh Carneyz, baru bayangkan saja dah drooling sangat nih 🤤😂.

    Ulat sagu ini saya penasaran, tapi seram. Temen ada yg pernah ke Papua, lalu disana trekking masuk hutan. Diajak oleh orang lokal Papua untuk coba ulat sagu langsung dari kayu nya. Saat dibelah, langsung merinding badan saya, banyak sangat ulat sagu di dalam, gemuk2 🤣🤣. Dimakan langsung hidup2. Kata teman saya rasanya gurih, Umami, lembuuut. Tapi sorry lah, saya tak sanggub rasanya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak sanggup makan ulat mulong 😂 membayangkan ulat ni bergerak dalam mulut buat tekak rasa kembang hihi. Tapi ternyata ulat mulong ni banyak khasiat terutama sumber protein. Dulu2 kan ayam, lembu dan kambing tu mahal, jadi mereka cari sumber protein alternatif dari batang pokok nipah yang dah reput iaitu ulat mulong ni sebab mudah, banyak dan sedap (kata mereka)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .