Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Paris (Bahagian 1)

Salam Jumaat kawan-kawan,

Tak sangka hari ni dah Jumaat. Rasa baru je balik ke KL hari Selasa lepas. Rabu memang aku flat la. Setiap kali bali dari travel, esoknya mesti aku ambik masa recharge dan betul-betul berehat. Maklumlah dah umur 40an 😜.

Rasanya dah habis cerita pasal trip balik kampung. Kali ni nak sambung cerita pasal girls' trip ke Eropah musim panas lepas. Sambungan dari siri jalan-jalan musim panas di Eropah:


Selepas melawat Chateau de Versailles, itinerary aku berbeza dengan dengan kawan-kawan sebab dieorang nak melawat muzium Louvre, tapi aku pulak nak ke Grande Mosquée de Paris (Masjid Besar Paris). Jadi kiteorang pun berpisah - dieorang turun dekat stesen Musée d'Orsay. dan aku meneruskan perjalanan ke stesen Gare d'Austerlitz.

Masjid Besar Paris ni pun sebenarnya salah satu tarikan pelancong di Paris tapi tujuan utama aku ke sini ialah untuk menunaikan solat jamak Zohor dan Asar. Dari stesen Gare d'Austerlitz ni, aku naik bas tapi lupa laluan bas tu. Satu benda yang aku masih confuse bila naik bas di Eropah ialah bas ni kadang-kadang tak sampai ke destinasi yang tertera dalam map, tiba-tiba separuh jalan bas tu berhenti dan terminate journey kat salah satu stop.  Itulah yang terjadi bila tiba-tiba bas tu berhenti tak jauh dari Jardin des Plantes, sebuah taman botani. End up aku pun menapak la dari Jardin des Plantes tu ke masjid ni dalam keadaan panas lit-lit. Tapi aku tak risau pun sebab ramai je orang lain yang berjalan kaki di sepanjang laluan. Sambil tu aku boleh tengok bangunan-bangunan di sepanjang jalan.

Lepas 15 minit berjalan kaki, akhirnya sampai jugak ke Masjid Besar Paris.


Masjid Besar Paris
Grande Mosquée de Paris

Sejarah penubuhan Masjid Besar Paris

Masjid Besar Paris ditubuhkan pada abad ke-19 bagi mengenang jasa 100 ribu perajurit Muslim yang gugur di medan perang mempertahankan Perancis dari serangan tentara Jerman semasa Perang Dunia Pertama di Verdun. Kebanyakan perajurit Muslim ni datang dari tanah jajahan Perancis di benua Afrika Utara iaitu Algeria, Morocco dan lain-lain.


Grande Mosquée de Paris
Pintu masuk utama ke masjid

Fakta Menarik tentang Masjid Besar Paris

Selepas penubuhan Masjid Besar Paris, ianya berfungsi bukan setakat menjadi pusat ibadah, malah pusat intelektual di mana dialog-dialog antara kepercayaan diadakan, pusat dakwah, pusat pengajian Islam yang dianggap maju dan paling advanced di Eropah masa tu dan pembangunan hubungan diplomasi dengan gereja-gereja Kristian.

Semasa Perancis ditakluk oleh Jerman pada tahun 1940-1944, masjid ni yang mempunyai laluan bawah tanah ke Sungai Bievre, pernah menjadi tempat perlindungan pejuang pemberontak Yahudi termasuk keluarga mereka. Masjid ni jugak mengeluarkan sijil palsu status Muslim untuk melindungi orang Yahudi yang menjadi sasaran tentera Jerman. 

Akhir sekali, Masjid Besar Paris ni tersenarai dalam Guide Michelin Voyage & Cultures selama 2 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2024 dan 2025. Untuk pelancong yang ingin melawat kawasan masjid, bayaran sebanyak €3 dikenakan. Tapi kalau kita nak solat, takde bayaran yang dikenakan cuma tak boleh masuk ke beberapa kawasan seperti kawasan taman masjid, Cour d'Honneur.


Grande Mosquée de Paris
Masjid Besar Paris tersenarai dalam Michelin Guide's Voyage & Cultures 2025, iaitu salah satu tempat yang recommended untuk dilawati 

Sebenarnya kalau dibandingkan dengan masjid-masjid di Malaysia dan Indonesia, Masjid Besar Paris ni tak la terlalu besar. Ruang solat dalam masjid ni mampu menampung seramai seribu jemaah pada satu-satu masa berbanding Masjid Negara di KL yang boleh menampung 15 kali ganda jumlah jemaah.

Reka bentuk masjid ni banyak menerapkan rekabentuk Morocco dalam penggunaan jubin dan bentuk arch kubah dalam ruang masjid ni. Direka oleh arkitek Perancis iaitu Maurice Tranchant de Lunel, ia dibina dalam gaya Hispano-Moor yang diilhamkan oleh tradisi seni bina Alhambra di Granada dan masjid-masjid di Fez.

Sebuah halaman marmar yang luas, Grand Patio yang terletak di tengah-tengah masjid mempamerkan elemen lambang seni hiasan Islam. Mozek, yang dipanggil "zellige", stuko, dan seramik, hasil karya artis dan craftmen yang bekerja dengan tangan, menghiasi dindingnya. Bumbungnya pulak diperbuat daripada kayu dan jubin zamrud. Manakala dalam ruang solat lelaki, dihiasi dengan chandelier besar dan mimbar yang dihadiahkan oleh Sultan Fuad I iaitu Raja kerajaan Mesir.


Grande Mosquée de Paris
The Grand Patio dan ruang solat lelaki

Manakala ruang solat wanita terletak di tingkat bawah dan jauh dari ruang solat lelaki. Walaupun masjid ni kecik, tapi dihidupkan dengan aktiviti-aktiviti seperti ceramah agama, pembelajaran Al-Quran dan majlis zikir. Masa aku datang ke masjid ni, dieorang tengah buat tadarrus Al-Quran. Kebanyakan jemaah yang datang ialah berbangsa Arab.

Dalam pekarangan masjid ni ada satu courtyard yang dipenuhi dengan pokok. Suasana di sini aman dan tenteram je. Best duduk dekat luar ni sambil menikmati angin sejuk dalam cuaca panas terik musim panas. 


Grande Mosquée de Paris
Courtyard masjid

Tarikan utama di Masjid Besar Paris ialah taman masjid ni.


Grande Mosquée de Paris
Taman Masjid Besar Paris (Cour d'Honneur)

Cour d'Honneur ni ialah sebuah taman indah yang terletak dalam laman masjid. Di sebelah timur laman, terdapat galeri yang menuju ke makam Kaddour Ben Ghabrit, pengarah pertama Masjid Agung Paris (1926-1954), dan jugak ke dua buah plak marmar memperingati pengorbanan tentera Islam semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Di selatan laman, terdapat Pintu Es-Salam ("Pintu Keamanan") yang diatasnya diukir dengan ayat-ayat Al-Quran yang diukir dalam batu, dalam salah satu gaya kaligrafi Islam yang tertua.

Pada musim bunga, taman ni sangatlah cantik dihiasi dengan bunga-bunga wisteria. Tapi memandangkan aku pergi musim panas, jadi tak berpeluang nak tengok bunga-bunga wisteria yang mekar di taman ni.



Ok la tu je pengalaman aku melawat Masjid Besar Paris. Next entry aku sambung kisah jalan-jalan di Paris seorang diri sementara tunggu kawan-kawan aku melawat Mona Lisa di Louvre.

Oh ya, satu je pesanan aku kalau korang jenis macam aku ni yang tak kisah lone venture jalan-jalan kat luar negara. Kena sentiasa waspada dengan orang sekeliling. Sebabnya lepas aku keluar dari masjid ni, aku dihampiri oleh seorang lelaki rupa macam orang Arab yang menegur aku dengan memberi salam. Katanya dia dah beberapa hari tak makan dan dia mintak aku belanja dia makan dekat sebuah restoran tak jauh dari masjid ni. Mula-mula aku rasa simpati dan hampir nak ikut dia ke restoran tu tapi lepas tu firasat aku mengatakan jangan ikut orang asing sembarangan takut kena rompak. Jadi aku pun pura-pura tak faham dia cakap apa dan cepat-cepat jalan ke arah yang bertentangan. Mamat ni naik berang dan mula-mula dia ikut aku sambil merayu lepas tu bila dia tengok aku tak nak layan, dia jerit panggil aku ni hipokrit la, munafik la, dan macam-macam lagi. Dia berhenti mengekori aku bila aku dah berada di kawasan yang lebih ramai orang lalu-lalang.

Mungkin dia tau rakyat Malaysia / Indonesia ni kebanyakannya baik hati, cepat rasa kesian dan rasa nak membantu tu bertambah kuat lagi-lagi sesama ummah Islam. Sebab tu dia approach aku kot. Kesimpulannya, jangan cepat terpedaya dengan cerita simpati orang asing lagi-lagi kalau dia nak bawak kita ke tempat lain. Buatnya dia bawak ke tempat yang sunyi lepas tu dirompaknya kita ni huhu. Apapun, setiap kali ke luar rumah / hotel, bacalah doa keluar rumah agar keselamatan kita dan harta-benda sentiasa dalam perlindungan Allah, Insha Allah.


Kredit imej: https://zayan.syok.my/

Makan-makan di Rumah BFF

Salam Khamis kawan-kawan,

Walaupun dah balik ke KL, kisah makan-makan di Bintulu ni belum berakhir ye gais. Kali ni BFF jemput datang ke rumah sebab dia buat makan-makan kat rumah. Saja je, nak memeriahkan rumah katanya. Kitonyo pulak konsep rezeki jangan ditolak hihi 🤭.


Tudiaaa... meriah meja panjang ni dengan bermacam-macam lauk. Semua dia masak sendiri
 
Dari atas kiri ikut pusingan jam: Kacang panjang tumis, sambal mempelam muda, ikan bawal emas kukus dan sambal kerang campur petai

Tapi hidangan utama tak lain tak bukan ialah linut! Sedapnya linut ni makan dengan sayur masak lemak dan sambal mempelam 🤩. Aku memang dah tak toleh kiri kanan lagi bila jumpa linut ni, bertambah-tambah dalam pinggan. Ni sambil menulis pun aku kecur liur bila teringat hidangan linut dan sayur masak lemak dengan sambal mempelam dekat rumah BFF aku ni 🤤.


makanan Sarawak
Nak buat linut ni ada petuanya - tak boleh bercakap masa kacau linut tu kalau tak, tak menjadi 😅 

makanan Sarawak
Kombinasi yang heaven...

Terima kasih buat BFF sebab bersusah-payah buat aktiviti makan-makan di rumahnya. Semoga murah rezeki kawan baik aku ni 🫶🏻. 


TQ sis, jamu kiteorang sekeluarga 🥰

Tamat Cuti Sekolah dan Kembali ke KL

Alhamdulillah, malam Selasa aku dan Khayla dah selamat sampai ke KL. Tamatlah cuti-cuti balik kampung kali ni yang penuh dengan agenda makan 😆. Pagi tadi aku dah timbang berat badan - naik sekilo uollssss 😅. Baru seminggu balik dah naik sekilo. Adudu...


TQ mak, hantarkan kiteorang ke airport...

Kita lupakan kejap hal diet yang kelaut tu 🤭.

Ikut plan asal, kiteorang sepatutnya balik hari Ahad tu sekali dengan Suami Terchenta dan Khadeeja. Tapi hari Khamis 4 hari sebelum kiteorang balik kampung, Khayla forward mesej dari cikgu yang dah boleh semak lokasi untuk menduduki ujian PKSK dekat pautan link yang diberikan. Aku pun bukak link tu dan check - tarikh ujian PKSK Khayla ialah pada 23 September (Selasa) di MRSM Bintulu. Khayla memang request nak apply MRSM di Bintulu, sebab tu aku pilih lokasi ujian dekat sini supaya dia boleh tengok sendiri keadaan sekolah yang dia nak apply tu. Jadi aku pun terpaksa ubah tarikh flight kiteorang balik ke KL pada hari Selasa. Nasib baik beli melalui trip.com dan ambik free cancellation fee. Jadi dapat balik refund tiket yang aku cancel tu untuk beli tiket baru.

Walaupun aku sebenarnya tak suruh dia apply sekolah berasrama penuh (SBP), tapi bila Khayla bagitau dia nak cuba, aku pun tak halang dia untuk hantar permohonan. Sebagai parent, kiteorang support je la apa yang anak nak buat selagi benda tu mendatangkan faedah. Kalau ada rezeki masuk SBP alhamdulillah. Kalau takde rezeki pun tak rasa ralat. Dapat tengok dia depan mata hari-hari sampai tamat sekolah menengah. Haha. Dilema mak anak dua ketul je. Kalau salah sorang anak takde depan mata, rasa tak lengkap family kiteorang 🥹. 


Pukul 7.40 pagi kiteorang sampai ke MRSM Bintulu untuk menghantar Khayla ke ujian PKSK

Aku dan mak drop off Khayla di bangunan pentadbiran untuk pendaftaran sebelum kiteorang balik ke rumah. Sempat la pusing sekolah ni masa nak keluar ke pintu utama. Sekolah ni baru dirasmikan 2 tahun lepas, jadi fasiliti dan bangunan semua masih baru. 


Dah macam kolej di universiti bangunan asrama ni

Bangunan surau terletak antara asrama pelajar perempuan dengan pelajar lelaki

Sementara Khayla menduduki ujian tu, aku pulang ke rumah untuk menghantar baju ke dobi. Lepas tu balik ke rumah untuk mengemas rumah sebelum kiteorang balik ke KL petang tu. 

Pukul 10.45 pagi kiteorang datang semula ambik Khayla lepas tamat ujian. Aku tanya dia, ok tak? Dia jawab ok, sempat siapkan semua soalan dalam tempoh yang diberikan. Tapi bila aku tanya dia apa soalan yang keluar, dia jawab tak ingat 😅. Agaknya penat dan malas nak ingat balik kot hihi. Dalam ramai-ramai yang datang ujian PKSK tadi, dia sorang je student dari luar Sarawak. Kecoh la cikgu-cikgu bila tau dia datang dari KL semata-mata nak duduk ujian PKSK di Bintulu 🤭.


Satu je komen Khayla - soalan yang keluar tak macam soalan dalam buku latihan PKSK yang aku belikan untuk dia praktis. Tak tau sama ada itu statement berbaur positif atau negatif 😜

Hmm... takpe. Yang penting Khayla dah buat yang terbaik dan selanjutnya, kita serahkan kepada Allah. Apapun keputusannya, itulah yang terbaik untuk anak dara aku yang seorang ni ✨.

Sebelum balik ke KL petang tu, aku tunaikan permintaan Khayla nak makan souffle pancake lagi sekali di Coffee Code.


Last sebelum balik ke KL

Dengan itu, tamatlah cuti-cuti di Bintulu. Masa untuk pulang ke KL. Kali ni kiteorang pilih untuk naik Batik Air pukul 6 petang sebab tak nak lewat sangat sampai ke rumah di KL. Tiba di rumah pukul 9 malam. Kalau naik MAS, pukul 8.40 malam baru terbang. Sampai rumah pukul 12 malam. Maka baiklah ambik Batik Air aje. Balik pun lenggang-kangkung bawak backpack je. Sukanya balik ke rumah tak payah nak unpack luggage!


Batik Air

Aku tempah nasi briyani kambing ni. Sedap jugak. Best nya dieorang hidang makanan dalam dulang macam MAS dulu-dulu...

Setakat ni puas hati naik Batik Air sebab jarang-jarang delay (flight dari Bintulu ke KL)

Makan Malam di Kelab Kidurong Bintulu (KKB)

Asal balik ke Bintulu je, ni la salah satu restoran yang wajib kiteorang singgah sebab anak-anak suka sangat menu di restoran ni. Masing-masing ada menu favourite - Khayla suka steamed cod fish dan Khadeeja pulak suka butter prawn dan sayur cangkuk manis tumis telur. Suami Terchenta pulak suka ayam kampung goreng Taiwanese style.

Kiteorang ni dah boleh dikira sebagai pelanggan setia sampaikan setiap kali kiteorang datang je, staff restoran yang dah senior akan sambut kiteorang dengan soalan - 'Bila sampai dari KL? Menu biasa ke?' 🤭 Belum buat pesanan lagi dieorang dah tau kiteorang nak apa hihi.


Kelab Kidurong Bintulu
Kelab Kidurong Bintulu


Kelab Kidurong Bintulu
Nama restoran ni Yam Catering. Dulu masa aku masih bekerja di Bintulu, kalau ada company event / VP kiteorang turun dari KL untuk bermesyuarat, restoran ni la selalu jadi pilihan lokasi makan malam

Antara menu yang kiteorang biasa order di sini:

Kelab Kidurong Bintulu
Butter prawn - kadang-kadang aku dan Khadeeja akan berebut serdak telur atas udang tu sebab sedappp

Kelab Kidurong Bintulu
Steamed cod fish - Khayla suka kuah ikan ni. Aku pernah try buat dekat rumah tapi tak sama rasanya padahal nampak macam tak banyak je bahan-bahannya

Kelab Kidurong Bintulu
Ayam kampung goreng Taiwanese style - yang ni sedap dengan aroma serai dan daun kari, ada rasa kicap, sos tiram dan selebihnya aku tak tau 😅

Kelab Kidurong Bintulu
Sayur cangkuk manis tumis telur kesukaan Khadeeja. Aku lebih suka yang di restoran nasi ayam tempoh hari


Kelab Kidurong Bintulu
Peria salted egg ni pun sedap tapi aku dan mak je yang makan, yang lain semua tak reti makan sebab pahit. Yang lebih kiteorang tapau bawak balik

Kelab Kidurong Bintulu
Burp, alhamdulillah! 

Kalori keluar, kalori masuk...

Bila asyik makannnn je kan, tetiba rasa insaf, rasa macam  kena buat sesuatu untuk bakar kalori berlebihan dalam badan - dalam erti kata lain, lelemak yang dah mula buat aku ghisauuuu...

Maka sekali lagi aku pergi brisk walk di Tanjung Batu pagi Isnin lepas. Alhamdulillah berjaya dapat 10 ribu langkah. 

 
Rasa segar badan lepas mengeluarkan peluh pagi-pagi. Ni bukti aku tak statik tau, tengok background selfie tu lokasi lain-lain 😝

Bintulu
Hello, Tanjung Batu!

arca anak Bintulu
Kebetulan air surut pagi tu, boleh la aku memanjat bukit kecik ni untuk melawat arca burung bangau dekat atas nun

Burung bangau
Bangau mendoniaaa...

Lepas berjaya dapat 10 ribu langkah, maka timbullah rasa ujub dan takbur dalam diri, konon-konon dah kurang la berat tu so boleh la self-reward dengan makan laksa Sarawak semangkuk 😂. Haiiiii... Carneyz, Carneyz! Bila la nak kurus macam ni? 😜

Mula-mula nak singgah repeat mee kolok di Mangkok Bocor tapi rupa-rupanya dieorang tutup hari Isnin! Jadi kiteorang melencong ke restoran Dapo Bonda yang tak jauh dari situ. Dapo tu ialah perkataan 'dapur' dalam bahasa Melayu Sarawak.


Dapo Bonda
Kuah laksa sedap tapi yang lain-lain so-so je. Sambal tu takde rasa udang kering so agak hambar. Instead of daun ketumbar, dieorang letak daun sup. Hmm. Kurang menepati citarasa aku.

Dapo Bonda
Mee kolok ayam - Khayla kata sedap dan dia suka versi yang ni dari mee kolok di Mangkok Bocor

Dapo Bonda
Roti canai tsunami pilihan mak aku. Yang ni sedap so kalau ke sini lagi aku nak order roti canai dieorang je, taknak dah repeat laksa

Macam tu la aktiviti aku di Bintulu. Lepas penat-penat bakar kalori, masukkan balik kalori yang baru. Balik KL nanti mesti diet!