Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid

Semalam sekolah anak-anak menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid untuk tahun ni. Khayla pun salah seorang pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum, maka excited la mak dan bapak dia datang untuk tengok dia terima anugerah tu.


Majlis Anugerah Kecemerlangan  Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid
Ketibaan VIP terdiri dari wakil dari PDRM, YDPA PIBG, Pengetua, guru-guru kanan dan wakil PIBG disambut dengan tabik hormat dari Kadet Remaja Sekolah

Sepanjang majlis tu, meriah betul dengan persembahan oleh anak-anak di atas pentas. Majlis bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 12 tengahari, tapi tak rasa bosan pun sebab banyak selingan persembahan dari pelajar-pelajar termasuk Khayla.


Tarian tradisional Melayu
Persembahan pembukaan majlis - tarian tradisional dari kelab tarian

Tarian tradisional Melayu
Tarian tradisional dari pelajar-pelajar PPKI

Angklung
Adipatra buat persembahan yang dieorang menang masa pertandingan IYC bulan Ogos lepas


Dan acara yang paling kiteorang tunggu - Khayla terima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum 😍. Tahniah buat anak Mommy sebab berani menonjolkan diri dalam bidang ko-kurikulum tahun ni! 🥳 Momen ni akan menjadi kenangan terindah buat aku dan Suami Terchenta bila tengok penat lelah Khayla selama ni terbalas jua akhirnya bila dia terima anugerah ni 🥰.


Anugerah ko-kurikulum
Tahniah Khayla! 💖

Sebenarnya bukan Khayla seorang je penerima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum ni. Semua pelajar yang terlibat dalam pertandingan IYC tu pun terima anugerah yang sama sebab dieorang muncul juara dan mengharumkan nama sekolah.

Anugerah tertinggi ialah tokoh ko-kurikulum dan tokoh sukan di mana pelajar-pelajar yang terima anugerah tu berjaya mendapat tempat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pun ada jugak. Tahniah buat anak-anak yang mendapat anugerah tokoh tu. Hebat didikan ibu bapa dieorang! 👏🏻👏🏻 Semoga menjadi inspirasi buat Khayla dan Khadeeja untuk bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pada masa yang sama cemerlang dalam bidang akademik jugak 🤲🏻.

Makan-makan Sepanjang Bulan Oktober

Orang kata makan la selagi masih boleh makan tapi pastikan makan berpada-pada. Zaman masih muda dan baru mula bekerja, tak cukup duit nak makan sedap-sedap. Nanti dah tua takde selera pulak nak makan sedap-sedap. Jadi kena makan sekarang ni sementara masih dikurniakan nikmat untuk makan 🤪. 

Haha betul ke tak nasihat tu, aku pun tak pasti. Yang pasti aku bersyukur setiap hari ada je makanan depan mata untuk mengisi perut kosong. Ramai saudara kita yang takde makanan dan kena berlapar berhari-hari, lagi-lagi rakyat Palestin di Gaza. Kalau boleh kirim makanan kat dieorang melalui skrin hp ni, dah lama aku buat. Tapi tak boleh, jadi bagi bantuan ke tabung untuk Gaza je la dengan harapan sampai dekat dieorang.

Anyway, memandangkan tajuk tentang apa yang aku makan bulan ni, ni la antara juadah yang aku / kami makan:


Pes tomyam
Tomyam ayam guna pes yang aku beli dekat Hat Yai. Pes nya sedap cuma masam sikit


Nasi ayam Yat
Nasi ayam Hainan. Aku suka nasi ayam dekat UTC Sentul dari gerai Nasi Ayam Yat sebab Chinese-style tapi owner gerai ni Melayu

Restoran Onde-Onde
Kari laksa Nyonya dekat restoran Onde-onde. First time aku makan kari laksa ni. Sedap rupa-rupanya gabungan kuah kari bersantan dengan bahan-bahan laksa. Bila hirup kuahnya dapat rasa ada bunga kantan dicampur dalam kuahnya. Sis suka!

dipndip TRX
Ni bukan aku yang makan sebenarnya. Ni anak-anak yang craving nak chocolate crepe dekat Dipndip. Masa staff tu hantar ke meja siap buat gaya lagi masa tuang coklat cair atas crepe tu hehe. Sejak dah tak pegang title golongan belia, dah tak gemar benda-benda manis leting yakmat macam ni, tapi kita layan je la tekak anak-anak yang masih remaja ni 🤭

Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang ni je gambar yang aku snap sebelum makan. Biasanya kalau makanan sampai, aku dah tak toleh kiri kanan terus la ngap lepas baca doa makan. Lepas tu baru terfikir, eh eh, tak ambik gambar lagi la 😆. Nampak nau gelojoh kan.

KL Lockdown Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Notis penutupan pusat bandar KL sempena sidang kemuncak ASEAN ke-47

Bermula dari semalam sampai Selasa depan, pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bagi laluan konvoi rasmi. Langkah ini dibuat bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sidang kemuncak ASEAN ke-47 yang akan diadakan di Kuala Lumpur tahun ni.

Orang awam dinasihati merancang perjalanan lebih awal, menggunakan pengangkutan awam untuk memasuki Kuala Lumpur dan memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan trafik demi kelancaran serta keselamatan bersama. Pihak berkuasa juga meminta orang awam untuk tidak memasuki pusat bandar tanpa urusan penting semasa tempoh penutupan jalan.

Untuk maklumat dan penjelasan terperinci, boleh lawati laman web ecentral.my .

Nota kaki: Bila baca lockdown ni teringat pulak zaman PKP dulu. Nak masuk ofis, kena ada surat dari HR. Apapun, semoga mesyuarat ASEAN ni membuahkan hasil yang positif untuk kelangsungan ekonomi Malaysia.

Lirik Nasyid Hubb Ennabi (Maher Zain)

Salam Jumaat kawan-kawan,

Setiap kali aku layan nasyid dalam bahasa Arab, aku akan cari terjemahan lirik kata sebab nak menghayati maksud setiap bait lirik dalam nasyid tu. Dan bila aku hayati lirik 'Hubb Ennabi' ni, terasa sangat rasa cinta dan rindu dengan Rasulullah SAW

Lirik nasyid "Hubb Ennabi" (Cinta kepada Nabi) oleh Maher Zain adalah ungkapan kerinduan dan kecintaan yang mendalam kepada Nabi Muhammad SAW. Jom kita sama-sama menghayati lirik "Hubb Ennabi" ni sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW.


Makam Rasulullah SAW
Semoga ada rezeki berjumpa dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW...

حب النبي Hubb Ennabi (Maher Zain) - Mencintai Nabi Muhammad SAW

[Korus] 
حب النبي رحمة و دوا
Hubb ennabii rahmatun wa dawa 
Cinta kepada Nabi adalah rahmat dan penawar
Loving the Prophet is a mercy and a cure

والقلب من نوره ارتوى
Wal qalbi min nuurihi ertawaa 
Dan hati ini terpuaskan dahaganya oleh cahayanya
My heart's thirst was quenched by his light

ملك الحبيب روحي , روحي
Malakal habiibu ruuhii ruuhii 
Sang Kekasih menguasai jiwaku, jiwaku
The Beloved rules over my soul, my soul

(لك الحبيب روحي)
(Malakal habiibu ruuhii) 
(Sang Kekasih menguasai jiwaku)
(The Beloved rules over my soul)

سبحانُه رَبي كمِّلُه
Subhaana rabbii kamma-luh 
Maha Suci Tuhanku, Dialah yang menyempurnakannya
Glorified be the Lord Who perfected his character

وبنوره ربي جَمِّلُه
Wa bin-nuuri rabbii jammaluh 
Dan dengan cahayaNya, Tuhanku menyempurnakan keindahannya
And with His light, He has perfected his beauty

يا روح إليه روحي , روحي
Yaa ruuhi ilaih ruuhii, ruuhii 
Wahai jiwaku, terbanglah padanya, jiwaku
O soul! Fly to him, o soul!

(يا روح إليه روحي)
(Yaa ruuhi ilaih ruuhii) 
(Wahai jiwaku, terbanglah padanya)
(O soul! Fly to him, o soul!)

(Ulang korus)
حب النبي رحمة و دوا
Hubb ennabii rahmatun wa dawa 
Cinta kepada Nabi adalah rahmat dan penawar
Loving the Prophet is a mercy and a cure

والقلب من نوره ارتوى
Wal qalbi min nuurihi ertawaa 
Dan hati ini terpuaskan dahaganya oleh cahayanya
My heart's thirst was quenched by his light

ملك الحبيب روحي , روحي
Malakal habiibu ruuhii ruuhii 
Sang Kekasih menguasai jiwaku, jiwaku
The Beloved rules over my soul, my soul


[Pra-Korus] 
صلوا عليه أفضل صلاة
Shallu 'alayh afdhalah salaa 
Sampaikanlah selawat ke atasnya, selawat yang terbaik
Send the best salutations upon him

صلوا يزيد الشوق صلة
Salluu yiziidush-shawqa silaah 
Berselawatlah, kerana ia menambahkan ikatan rindu padanya
It will increase your longing and bring you closer to him

ده حبيبي بيْرُد السلام
Daa habiibii bi-yuruddu-ssalaam 
Kekasihku itu akan menjawab salam kita
Our beloved does answer our greetings

والمولى بيزيد الصلاة
Wal-Mawlaa bi-yiziidush-shalaah 
Dan Tuhan akan melipatgandakan selawat kita
And the Almighty multiplies our prayers manifold


(Ulang Pra-korus)


[Rangkap]
الحب في القلب اشتياق
Al-Hubbu fil-qalbi ishtiyaaq 
Hatiku penuh cinta dan rindu padanya
My heart is full of love and longing for him

ده الحب بلسم كل داء
Dah-al hubbu balsamu kulli daa' 
Sungguh, cinta adalah penawar bagi setiap penyakit
Love is a cure for every malady

وأنا يا نبي مليان حنان
Wa-anaa yaa Nabiyy mallyan hanaa 
Dan aku, wahai Nabi, dipenuhi dengan kerinduan
O Prophet, I'm filled with longing

مَا يْحِسهُوش غير اللي داق
Maa yihis-suhuus ghayru-lliy daa' 
Tidak akan merasakannya melainkan dia yang telah menempuhinya
But no one can feel it unless he has endured it

(Ulang Rangkap)
(Ulang Pra-korus x 2)
(Ulang korus)

(Kredit terjemahan bahasa Inggeris: lyricstranslate.com



Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)

Weekend lepas memandangkan kiteorang tak ada rancangan bercuti di luar KL, jadi kiteorang pun singgah ke Festival Taman Kuala Lumpur 2025 di Taman Tasik Titiwangsa. Ni kali kedua kiteorang ke festival ni - kali pertama dulu tahun 2023. Nak tau apa tu Festival Taman Kuala Lumpur, boleh baca dekat posts aku sebelum ni dekat sini, sini, sini dan sini. Since aku dah cerita panjang tentang pameran di festival ni sebelum ni, jadi entry kali ni aku buat ringkas je la ye hihi. Dasar pemalas nak mengarang cerita! 😜


KL Park Festival 2025
Tema KL Park Festival tahun ni ialah ASEAN Unity in Diversity
 
KL Festival Park 2025
Belakang tulisan ni cantik berlatar belakangkan bangunan-bangunan ikonik KL

Pergi masa weekend memang ramai la umat manusia sampai banyak kereta yang terpaksa park atas bahu jalan. Nasib baik kiteorang pergi dengan motor, ajaibnya parking motor tak penuh pulak.


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Festival Taman Kuala Lumpur bermula dari 15 hingga 26 Oktober (Ahad ni)

Macam biasa, bila ada festival ada la gerai makanan dan food truck sebab rakyat Malaysia ni suka makan termasuk la kami. Tapi takde la yang jual nasi berlauk, kebanyakannya jual fast food dan makanan ringan macam sosej, roti, keropok lekor, panna puri, latok, aiskrim, popcorn, kopi dan sewaktu dengannya. Agaknya senang nak makan dan tak bersepah kot. Selain makanan ada jugak yang jual kraftangan, keropok kering dan buah-buahan tempatan. 

Ada jugak agensi kerajaan yang bukak booth pameran macam PPZ, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Jabatan Muzium. Eh, random sungguh kan. Tak pasti la sama ada penganjur panggil jabatan-jabatan ni je atau dieorang ni je yang boleh datang bukak booth kat sana.


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Antara gerai jualan dan pameran yang dibuka di KLFP2025

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Booth Jabatan Muzium Malaysia menarik ramai pengunjung sebab ada aktiviti permainan tradisional

Jabatan Muzium Malaysia
Suami Terchenta tunjuk skill bermain sepak bulu ayam. Khadeeja pulak mencuba permainan kaki gajah dan rampanau (atau kaki hantu)

Dah namanya festival taman, mestilah tarikan utamanya ialah bunga-bungaan hihi. Peminat flora, sila munculkan diri di KLPF2025 ni, pasti korang tak menyesal!  Peminat bunga dan pokok tanaman tak melepaskan peluang membeli pokok-pokok bunga, buah-buahan dan tanaman untuk masakan di KLPF2025.


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Bahagian tempat jualan pokok-pokok hiasan dan tanaman lain


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Khas untuk tatapan mata peminat-peminat orkid

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Cantik-cantik kan kaktus mini ni

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Ada banyak lagi pokok hiasan lain tapi masa ni bateri phone aku dah panas so terpaksa berhenti kejap ambik gambar

Setiap sudut dalam taman tasik ni ada segmen-segmen dengan tema tersendiri:


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Environmental Arts - pameran arca yang dibuat menggunakan bahan-bahan terpakai
Garden of Haven - pameran laman rumah
ASEAN sculpture Gardens - pameran ukiran dalam taman

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Antara arca yang dipamerkan di pelbagai lokasi dalam taman tasik Titiwangsa. Gambar kanan atas ialah Malaysian Heritage Garden

Dah alang-alang kat Taman Tasik Titiwangsa, kiteorang ambik kesempatan naik paddle boat. First time bawak anak-anak naik paddle boat ni hihi. Kemain dieorang suka. Cuaca pun baik, berangin je tengah-tengah tasik tu. Rasa nak terlelap je layan mata sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.


Taman Tasik Titiwangsa
Naik paddle boat dekat Tasik Titiwangsa. 

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Singgah tengok pertandingan tarian tradisional, salah satu acara menarik di KLPF2025


Festival ni sampai Ahad ni je tau. Siapa yang ada dekat area KL minggu ni, boleh la singgah ke Taman Tasik Titiwangsa sebab serius lawa giler Taman Tasik Titiwangsa sepanjang festival ni, boleh 'fefeeling' macam bersiar-siar dekat taman di luar negara!


Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Antara lanskap yang menarik di KLPF2025

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Bunga lavender macam dekat overseas pulak

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Khadeeja kagum macamana orang gantung pokok-pokok hiasan dekat pokok besar ni 😅 

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF2025)
Family selfie!

Kalau datang weekend ni eloklah ambik pengangkutan awam kalau takde plan nak memborong pokok-pokok jualan di sini takut jem giler. Korang boleh naik MRT dan turun di stesen Hospital KL. Dari stesen MRT ni boleh jalan kaki je ke Taman Tasik Titiwangsa.