Sarapan di Restoran Ummi @ Pertama Complex

Hari Jumaat lepas, Suami Terchenta ambik cuti akhirnya. Sehari je pun, tapi malam tu dia kena masuk ofis pulak huhu. Begitulah kehidupan seorang pekerja IT. Aku dah tak mampu nak berword-word lagi, dah habis daya mentazkirahkan Suami Terchenta tentang kepentingan bercuti untuk kesihatan mental. Cuma mampu doakan semoga Suami Terchenta dipermudahkan urusan kerjanya supaya dia tak terlalu stress.

Eh melalut pulak. Cerita sebenarnya nak bagitau kiteorang mencuba menu sarapan pagi di sebuah restoran di Pertama Complex. Pertama kali aku jejak kaki ke Restoran Ummi. Sebenarnya aku tertarik dengan menu sarapan pagi yang dipamerkan di luar restoran ni. Lately aku suka menu tradisional macam ni. Faktor usia agaknya.


Restoran Ummi
Restoran Ummi di Pertama Complex


Restoran Ummi
Menu sarapan pagi di Restoran Ummi

Bahagian dalam restoran selesa dan ada aircond. Nampaknya kiteorang pelanggan pertama pagi tu. 


Restoran Ummi
Selesa duduk dalam restoran ni sebab ada aircond

Sebelum duduk, kena pesan dan bayar makanan di kaunter dulu. Aku pilih lempeng kelapa dan ubi rebus. Suami Terchenta pulak ambik nasi lemak ayam berempah. Menu sarapan pagi tak banyak sangat di sini, nampaknya restoran ni lebih kepada menu makan tengahari. 


Restoran Ummi
Menu di Restoran Ummi

Servis boleh dikatakan agak cepat cuma air je lambat sampai. Aku pesan hazelnut latte dan Suami Terchenta pulak pesan teh tarik. Aku rasa hazelnut latte tu macam yang dalam sachet tinggal tuang dan campur dengan air panas je. Tapi tak tau kenapa lambat pulak nak membuatnya.

Ni la gambar-gambar makanan yang kiteorang pesan:


ubi rebus
Ubi rebus dengan kelapa parut dan gula merah

lempeng kelapa
Lempeng kelapa dengan sambal. Sambalnya agak manis tapi, boleh la...

nasi lemak ayam berempah
Nasi lemak ayam berempah. Ayamnya rasa macam ayam goreng biasa je.

Bagi aku biasa-biasa je la menu sarapan kat sini. Lempeng kelapa tu dah sedap tapi sambalnya pulak tak cukup 'ummph' dan takde ikan bilis. Ubi rebus tu aku tak habis makan jadi tapau balik. Mungkin tak repeat lagi kedai ni sebab takde yang 'wow' bagi aku 😅. Mungkin sebab tu tak ramai orang makan kat sini.


Perdana Menteri Malaysia
Ambik gambar Perdana Menteri Malaysia dari PMI sampai PMX untuk tunjuk dekat anak-anak

The Chic Clique @ The Five KPD

Salam Selasa kawan-kawan,

Sejak hari Jumaat mood blogging terbantut sebab PMS teruk sikit bulan ni - sakit kepala, sakit pinggang, cramp, rasa nak muntah, tak tentu tidursemua ada. Ke sebab aku baru ambik supplement EPO bulan ni? Entah la. Yang pasti aku rasa nak baring kat katil je sebab setiap kali bangun, kepala rasa berdenyut-denyut. Tengok hp pun pening. Hmm.

Alhamdulillah hari ni dah rasa elok sikit jadi aku nak buat throwback post masa jalan-jalan di acara The Chic Clique awal bulan ni. Aku tau pasal acara ni sebab aku pernah beli kasut dari ELLE Shoes yang organise event ni.


The Chic Clique poster
The Chic Clique

Kebetulan aku memang tengah nak cari sandal baru, jadi aku pun ajak Khayla teman aku pergi ke The Five KPD (Kompleks Pejabat Damansara) untuk survey kot-kot ada sandal yang aku berkenan kat sini. Bila kiteorang sampai kat acara ni, nampak macam tak ramai orang je. Mungkin sebab hari bekerja kot. Agaknya kalau hujung minggu, mesti ramai yang datang.

Selain dari jenama ELLE Shoes, ada lagi jenama kasut lain yang dipamerkan iaitu My Ballerine dan Millot & Co. Kali ni ELLE Shoes menampilkan koleksi kasut suede jugak.


The Chic Clique
Koleksi kasut suede ELLE

Sandals and flats
Yang ni pulak sandal dan flat shoes


Shoes and handbags
Kasut jenama Millot & Co ni lebih sesuai untuk orang-orang muda

Millet & Co.
Selain dari kasut, jenama ni ada koleksi beg tangan jugak

My Ballerine
Koleksi kasut My Ballerine


Selain dari pameran koleksi kasut, ada jugak booth yang menjual produk kosmetik, pakaian dan barangan penjagaan diri, cuma aku tak ambik gambar sebab malas 😅. Ada beberapa aktiviti untuk menarik pengunjung yang datang contohnya melukis dan mewarnakan mason jar tapi cuma untuk pengunjung yang membeli kasut dari jenama My Ballerine. Kalau beli kasut dari ELLE Shoes pulak, dapat tote bag percuma. Setiap pembelian akan dapat satu token untuk mesin gashapon dan dalam bebola kapsul tu ada baucer untuk diskaun pembelian melalui online.

End up aku beli sepasang sandal dari ELLE Shoes (dalam gambar bawah ni). Sebenarnya aku suka design ELLE Shoes ni sebab ada logogram emas berbentuk 2 huruf E yang nampak elegan. Selain tu, material kasut ni water resistant jadi tak kembang bila kena air. Nak jaga pun senang, cuma lap dengan kain lembap.


The Chic Clique
Sekitar acara The Chic Clique. Kiri, bawah: Sandal yang aku beli di sini

Ni kali kedua aku beli kasut dari ELLE Shoes. Sebelum ni, aku pernah beli kasut Mary Jane, pun sebab ada logogram ni jugak:


Mary Jane Shoes
Kasut yang aku beli dari koleksi kasut Mary Jane ELLE Shoes (sumber: ELLE Shoes)

Dapat bawak balik tote bag yang comel ni. Boleh la sumbat dalam beg tangan untuk dipakai bila beli barang di kedai.


Parisian Dreams
Tote bag Parisian Dreams

Terlalu Dekat Memori FB...

Salam Khamis kawan-kawan,

Aku sebenarnya kan, dah tak aktif kat FB. Cuma aku sayang nak delete akaun sebab banyak kenangan masa anak-anak masih kecik yang aku coret di FB zaman aku dah tak aktif blogging. Sekali-sekala aku bukak jugak FB cuma untuk tengok memori lama. Jadi kalau request jadi friend di FB, minta maaf la ye, aku memang tak akan accept sebab dah tak aktif. Jangan pulak korang kecik hati tau 😅.

Anyway, memori masuk akhbar The Star ni lalu dekat wall FB aku bulan ni. Dah lama pun sebenarnya, lebih dari 10 tahun lepas. Eh, tak sangka dah 10 tahun aku dan Suami Terchenta konvo sesama! 😱 Cepatnya masa berlalu...


MBA graduate
Keratan akhbar ni kiteorang simpan lagi sampai sekarang, bukan selalu muka masuk surat khabar kan? 😂

Pengalaman ambik Masters dengan pregnant 2x, beranak 2x, tangguh semester 2x, fuuhhh! Memang takkan dilupakan! Pernah berlari keluar dewan exam gara-gara morning sickness dan nak termuntah tengok soalan exam 🤣. Beberapa kali kena pecut balik KL dari outstation business trip sebab kena masuk kelas malam tu (ambik part-time dan kelas weekdays sebelah malam setiap hari). Tu belum lagi struggle menyiapkan final research project sambil bekerja, terpaksa korbankan masa tidur siapkan report sebelum deadline untuk hantar ke supervisor. 

Tipu la kalau kata takde rasa nak give up langsung sepanjang tempoh tu. Banyak kali nak give up! Tapi aku selalu ingatkan diri-sendiri kiteorang buat ni untuk anak-anak. Untuk jadi motivasi dieorang bila dah besar kelak.

Alhamdulillah, dapat lecturers yang memahami kekangan pelajar yang dah berkeluarga macam kiteorang masa tu. Dan jugak boss yang memahami, bagi keluar meeting awal sebab nak berkejar ke kelas. Terima kasih jugak KWSP bagi kiteorang keluarkan duit dari akaun 2 untuk bayar yuran pengajian 😆. Kalau tak, rasanya dah sangkut tengah jalan dan tak dapat la nak graduate 🥹.

OK tu je la nak cerita pengalaman mengusik jiwa sebab penuh pancaroba nak menghabiskan pengajian di UM satu masa dulu 🤭. Semoga menjadi sumber kekuatan anak-anak bila tiba giliran dieorang pulak untuk saambung belajar di peringkat universiti, Ameen YRA! 🤲🏻


Graduation photo
We were in this journey together (yang 2 ketul tu literally 'in me' masa tu 🤣)

Lepak Dengan Geng Blogger di KLCC

Semalam berpeluang berjumpa dengan Fanny dan beberapa kawan blogger yang lain di KLCC. Bila blogger Mama Zharfan (Suzi) ajak jumpa Fanny sama-sama, aku terus setuju sebab dapat la jumpa MZ dan Sis Ezna sekali. Barulah meriah 😄. 

Masa aku post entry pasal makan di O'Briens, Fanny ada tinggalkan komen yang dia teringin nak cuba sandwich di O'Briens sebab di Indonesia belum ada cawangan O'Briens. Jadi kiteorang decide untuk berjumpa di O'Briens.

Alhamdulillah, MZ belanja kiteorang semua Classic Tripledecker Sandwich dengan minuman jus oren yang sedap. Semoga murah rezeki you, dapat travel ke Europe tahun depan 🤲🏻 😉. Eh, semalam lupa pulak nak tunjuk gambar-gambar Amsterdam dekat MZ sebab excited sangat berborak pasal benda lain 😅. Insha Allah nanti sambung update blog tentang jalan-jalan di Amsterdam (Ya Allah, bagi la aku kekuatan dan mood untuk edit gambar2 di Amsterdam tu! 😂😂).

Sementara tunggu makanan sampai, kiteorang bertukar-tukar buah tangan dan macam biasa la, bak kata sis Ezna, takde gambar takde la update blog sebagai bukti hehe:


blogger Malaysia dan Indonesia
Dengan Fanny, MZ dan Sis Ezna (kredit foto: sis Ezna)

Terbaik la gambar yang diambil guna kamera sis Ezna ni, lighting cantik dan tak perlu edit pun. Gigih dia mengangkut kamera DSLR naik ERL dan LRT untuk merakam kenangan kiteorang lepak sesama ni hehe. Tukang ambik gambar ni ialah suami Fanny, Raka. Kiteorang mengusik Fanny, ni mesti Fanny dah trained Raka ambik gambar cantik-cantik haha!

Ingatkan cuma kiteorang berempat + Raka je yang berjumpa, sekali Fanny bagitau Afif (pemilik blog Travel My Way) pun datang sekali. Alamak, maaf la Afif 😅. Tak tau pulak dia join sekali. Kalau tau, bawak buah tangan siap-siap untuk dia sekali. Takpe, kita tangkap gambar sama-sama je la ye:


O'Briens KLCC
Dengan Afif pulak. Masa Fanny sebut nama Afif, masing-masing blur, tapi bila Fanny sebut Time Traveller, terus semua, "ooo... yang tu ke? Kenal2!" 😆 (Kredit foto: Sis Ezna)

Sayangnya MZ tak dapat join kiteorang lepak lama-lama, sebab ada kelas pukul 3 - 5 petang. Nanti kita sambung discuss short trip ke Jakarta dengan sis Ezna sekali ye, tahun ni kuota melancong ke luar negara dah penuh pulak 😅.


O'Briens KLCC
MZ sempat lagi bagi 'love' sebelum dia gerak balik ke UIA

Dari O'Briens, kiteorang sambung lepak di Nyonya Colors sebab tekak teringin nak makan dessert pulak. Eh mengada-ngada betul tekak ni, patut la hancuss diet 🤭. Tapi seronok la dapat dengar macam-macam cerita travel Afif sambil menikmati kuih nyonya dan Tham Thim Krub (ala-ala cendol versi Thai kot). Kesian Afif tak habis bercakap lagi asyik kena potong sebab bertubi-tubi kiteorang tanya soalan tentang travel dekat dia 😅. Bila lagi dapat lepak dengan otai pengembara antarabangsa ni kan? 🤭.


Nyonya Colors
Rasanya sejam jugak kiteorang lepak di Nyonya Colors

Yang kelakarnya masa kiteorang bercerita tentang kes buli sampai budak letupkan bom dalam masjid di sekolah dekat Indonesia, kiteorang dok sebut-sebut la perkataan bom sampai mat saleh yang duduk meja belakang kiteorang tu tertoleh-toleh je kat meja kiteorang 😂. Ghisauuuu agaknya. Eh, sibuk je dia nak dengar perbualan kiteorang, entah-entah kiteorang tengah cakap pasal kuih bom ke, roti bom ke, mana dia tau? Tapi agaknya kalau kat negara dia, lama dah dia report kiteorang kat polis kot hihi. Nasib baik kat Nyonya Colors.

Sebelum balik, kiteorang ambik gambar sekali lagi depan kedai ni. Serius cantik betul kualiti gambar kamera sis Ezna ni. Spill sikit brand dan model apa ni sis? Kot-kot tergerak hati nak beli untuk ambik gambar travel hehe.

Memandangkan Fanny bawak balik banyak buah tangan yang besar-besar dan berat-berat, jadi aku offer hantar Fanny dan Sis Ezna ke KL Sentral untuk ambik ERL balik ke Putrajaya. Raka dah gerak dulu sebab dia ke TRX masa kiteorang masih lepak di O'Briens lagi.


Nyonya Colors
Gambar last sebelum berpisah (kredit foto: Sis Ezna)

Terima kasih semua, bagi buah tangan dan luangkan masa lepak bersama-sama. Ni la salah satu tujuan aku aktif semula dekat blog sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Nak jumpa one-to-one segan pulak hihi. Tapi kalau jumpa ramai-ramai macam ni aku suka 😍 😍.

Petang tu Fanny cakap dia nak berjumpa Kak Mulan dan Uncle Gedek, sayangnya tak dapat ikut sekali sebab dieorang berjumpa di Putrajaya. Harap-harap ada peluang berjumpa dengan geng-geng blogger lain yang selalu singgah dekat blog tinggalkan komen 😊.

Semaknya Tengok Laci Dapur...

Setiap kali aku bukak laci dapur, rasa serabut betul tengok isi laci ni. Dengan pelapiknya yang dah tercabut, sudip dan pisau berterabur... I is kenot. Mulalah perangai OCD aku ni menghasut aku untuk bukak Shopee cari jalan penyelesaian kepada masalah mata aku yang semak memandang laci ni!


kitchen drawer organiser
Keadaan laci dapur yang berselerak sebelum kita makeover kan dia...

Dan lepas scroll bahagian kitchen organiser di Shopee, maka aku pun terbeli la organiser:


Shopee
Keadaan selepas. Boleh la, nampak kemas sikit. Sudu garpu pakai buang tu akhirnya aku keluarkan terus dari laci dan simpan dalam bekas plastik sebab nampak menyemak pulak.

OK la, berbaloi la bayar RM30+ untuk drawer organiser ni. Kot-kot ada siapa yang menghadapi masalah yang sama dengan aku ni, boleh la letak kod ni dekat bahagian Search di Shopee: AJE-ZET-TFU atau tekan link ni 😉.