The Chic Clique @ The Five KPD

Salam Selasa kawan-kawan,

Sejak hari Jumaat mood blogging terbantut sebab PMS teruk sikit bulan ni - sakit kepala, sakit pinggang, cramp, rasa nak muntah, tak tentu tidursemua ada. Ke sebab aku baru ambik supplement EPO bulan ni? Entah la. Yang pasti aku rasa nak baring kat katil je sebab setiap kali bangun, kepala rasa berdenyut-denyut. Tengok hp pun pening. Hmm.

Alhamdulillah hari ni dah rasa elok sikit jadi aku nak buat throwback post masa jalan-jalan di acara The Chic Clique awal bulan ni. Aku tau pasal acara ni sebab aku pernah beli kasut dari ELLE Shoes yang organise event ni.


The Chic Clique poster
The Chic Clique

Kebetulan aku memang tengah nak cari sandal baru, jadi aku pun ajak Khayla teman aku pergi ke The Five KPD (Kompleks Pejabat Damansara) untuk survey kot-kot ada sandal yang aku berkenan kat sini. Bila kiteorang sampai kat acara ni, nampak macam tak ramai orang je. Mungkin sebab hari bekerja kot. Agaknya kalau hujung minggu, mesti ramai yang datang.

Selain dari jenama ELLE Shoes, ada lagi jenama kasut lain yang dipamerkan iaitu My Ballerine dan Millot & Co. Kali ni ELLE Shoes menampilkan koleksi kasut suede jugak.


The Chic Clique
Koleksi kasut suede ELLE

Sandals and flats
Yang ni pulak sandal dan flat shoes


Shoes and handbags
Kasut jenama Millot & Co ni lebih sesuai untuk orang-orang muda

Millet & Co.
Selain dari kasut, jenama ni ada koleksi beg tangan jugak

My Ballerine
Koleksi kasut My Ballerine


Selain dari pameran koleksi kasut, ada jugak booth yang menjual produk kosmetik, pakaian dan barangan penjagaan diri, cuma aku tak ambik gambar sebab malas 😅. Ada beberapa aktiviti untuk menarik pengunjung yang datang contohnya melukis dan mewarnakan mason jar tapi cuma untuk pengunjung yang membeli kasut dari jenama My Ballerine. Kalau beli kasut dari ELLE Shoes pulak, dapat tote bag percuma. Setiap pembelian akan dapat satu token untuk mesin gashapon dan dalam bebola kapsul tu ada baucer untuk diskaun pembelian melalui online.

End up aku beli sepasang sandal dari ELLE Shoes (dalam gambar bawah ni). Sebenarnya aku suka design ELLE Shoes ni sebab ada logogram emas berbentuk 2 huruf E yang nampak elegan. Selain tu, material kasut ni water resistant jadi tak kembang bila kena air. Nak jaga pun senang, cuma lap dengan kain lembap.


The Chic Clique
Sekitar acara The Chic Clique. Kiri, bawah: Sandal yang aku beli di sini

Ni kali kedua aku beli kasut dari ELLE Shoes. Sebelum ni, aku pernah beli kasut Mary Jane, pun sebab ada logogram ni jugak:


Mary Jane Shoes
Kasut yang aku beli dari koleksi kasut Mary Jane ELLE Shoes (sumber: ELLE Shoes)

Dapat bawak balik tote bag yang comel ni. Boleh la sumbat dalam beg tangan untuk dipakai bila beli barang di kedai.


Parisian Dreams
Tote bag Parisian Dreams

2 comments:

  1. saya suka brand elle...saya ada wristwatch brand elle dan ada tote bag brand elle jugak..cuma so far tak pernah lagi beli kasut brand elle (may be sbb tak terjumpa/tak gi butik elle)...anyway kasut MJ Elle kaler brown tu cute sungguh!! i likeeee

    ReplyDelete
  2. Samala.. dalam setahun ni PMS saya dah macam zaman muda dulu. Dah nak menopos agaknya. sakit perut, rasa nak demam, sakit belikat, cery bery, pening semua ada

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .