Semalam berpeluang berjumpa dengan Fanny dan beberapa kawan blogger yang lain di KLCC. Bila blogger Mama Zharfan (Suzi) ajak jumpa Fanny sama-sama, aku terus setuju sebab dapat la jumpa MZ dan Sis Ezna sekali. Barulah meriah 😄.
Masa aku post entry pasal makan di O'Briens, Fanny ada tinggalkan komen yang dia teringin nak cuba sandwich di O'Briens sebab di Indonesia belum ada cawangan O'Briens. Jadi kiteorang decide untuk berjumpa di O'Briens.
Alhamdulillah, MZ belanja kiteorang semua Classic Tripledecker Sandwich dengan minuman jus oren yang sedap. Semoga murah rezeki you, dapat travel ke Europe tahun depan 🤲🏻 😉. Eh, semalam lupa pulak nak tunjuk gambar-gambar Amsterdam dekat MZ sebab excited sangat berborak pasal benda lain 😅. Insha Allah nanti sambung update blog tentang jalan-jalan di Amsterdam (Ya Allah, bagi la aku kekuatan dan mood untuk edit gambar2 di Amsterdam tu! 😂😂).
Sementara tunggu makanan sampai, kiteorang bertukar-tukar buah tangan dan macam biasa la, bak kata sis Ezna, takde gambar takde la update blog sebagai bukti hehe:
![]() |
| Dengan Fanny, MZ dan Sis Ezna (kredit foto: sis Ezna) |
Terbaik la gambar yang diambil guna kamera sis Ezna ni, lighting cantik dan tak perlu edit pun. Gigih dia mengangkut kamera DSLR naik ERL dan LRT untuk merakam kenangan kiteorang lepak sesama ni hehe. Tukang ambik gambar ni ialah suami Fanny, Raka. Kiteorang mengusik Fanny, ni mesti Fanny dah trained Raka ambik gambar cantik-cantik haha!
Ingatkan cuma kiteorang berempat + Raka je yang berjumpa, sekali Fanny bagitau Afif (pemilik blog Travel My Way) pun datang sekali. Alamak, maaf la Afif 😅. Tak tau pulak dia join sekali. Kalau tau, bawak buah tangan siap-siap untuk dia sekali. Takpe, kita tangkap gambar sama-sama je la ye:
![]() |
| Dengan Afif pulak. Masa Fanny sebut nama Afif, masing-masing blur, tapi bila Fanny sebut Time Traveller, terus semua, "ooo... yang tu ke? Kenal2!" 😆 (Kredit foto: Sis Ezna) |
Sayangnya MZ tak dapat join kiteorang lepak lama-lama, sebab ada kelas pukul 3 - 5 petang. Nanti kita sambung discuss short trip ke Jakarta dengan sis Ezna sekali ye, tahun ni kuota melancong ke luar negara dah penuh pulak 😅.
![]() |
| MZ sempat lagi bagi 'love' sebelum dia gerak balik ke UIA |
Dari O'Briens, kiteorang sambung lepak di Nyonya Colors sebab tekak teringin nak makan dessert pulak. Eh mengada-ngada betul tekak ni, patut la hancuss diet 🤭. Tapi seronok la dapat dengar macam-macam cerita travel Afif sambil menikmati kuih nyonya dan Tham Thim Krub (ala-ala cendol versi Thai kot). Kesian Afif tak habis bercakap lagi asyik kena potong sebab bertubi-tubi kiteorang tanya soalan tentang travel dekat dia 😅. Bila lagi dapat lepak dengan otai pengembara antarabangsa ni kan? 🤭.
![]() |
| Rasanya sejam jugak kiteorang lepak di Nyonya Colors |
Yang kelakarnya masa kiteorang bercerita tentang kes buli sampai budak letupkan bom dalam masjid di sekolah dekat Indonesia, kiteorang dok sebut-sebut la perkataan bom sampai mat saleh yang duduk meja belakang kiteorang tu tertoleh-toleh je kat meja kiteorang 😂. Ghisauuuu agaknya. Eh, sibuk je dia nak dengar perbualan kiteorang, entah-entah kiteorang tengah cakap pasal kuih bom ke, roti bom ke, mana dia tau? Tapi agaknya kalau kat negara dia, lama dah dia report kiteorang kat polis kot hihi. Nasib baik kat Nyonya Colors.
Sebelum balik, kiteorang ambik gambar sekali lagi depan kedai ni. Serius cantik betul kualiti gambar kamera sis Ezna ni. Spill sikit brand dan model apa ni sis? Kot-kot tergerak hati nak beli untuk ambik gambar travel hehe.
Memandangkan Fanny bawak balik banyak buah tangan yang besar-besar dan berat-berat, jadi aku offer hantar Fanny dan Sis Ezna ke KL Sentral untuk ambik ERL balik ke Putrajaya. Raka dah gerak dulu sebab dia ke TRX masa kiteorang masih lepak di O'Briens lagi.
![]() |
| Gambar last sebelum berpisah (kredit foto: Sis Ezna) |
Terima kasih semua, bagi buah tangan dan luangkan masa lepak bersama-sama. Ni la salah satu tujuan aku aktif semula dekat blog sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Nak jumpa one-to-one segan pulak hihi. Tapi kalau jumpa ramai-ramai macam ni aku suka 😍 😍.
Petang tu Fanny cakap dia nak berjumpa Kak Mulan dan Uncle Gedek, sayangnya tak dapat ikut sekali sebab dieorang berjumpa di Putrajaya. Harap-harap ada peluang berjumpa dengan geng-geng blogger lain yang selalu singgah dekat blog tinggalkan komen 😊.





Moga ukhuwah sesama rakan blogger terus berpanjangan.
ReplyDeleteAmeen YRA. Saya bgtau Fanny tahun depan ke KK boleh contact Kak Amie bawak jalan2 di KK hihi. Pandai2 je saya kan 🤭
DeleteIn syaa Allah. Mudah-mudahan tiada halangan untuk kita jumpa.
DeleteEhhh menariknya....sibuk jugak ni....bestnya kalau ikut. Hahaha
DeleteAlhamdulillah...dapat bertemu di dunia nyata... hihihi...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Linda pulak bila dapat jumpa ye hihi
DeleteAi is malu...🫣🫣
DeleteHaha! Kalau jumpa 1-1 memang malu rasanya. Tapi kalau jumpa ramai2 macam ni seronok 😄
DeleteBestnya jumpa Fanny dan yang lain- lain tu...wah..siap jumpa Afif lagi erk...kalau bagi tau SA awal boleh SA amik cuti and join sekali...hahaha...
ReplyDeleteEh saya takde nombor SA. Kalau ada boleh ajak sekali. Ni pun org mengajak kita onzzz je he 😄
DeleteNampak kat status IG Fanny. Seronok jumpa ramai2 geng blogger.
ReplyDeleteSeronok! Bila nak jumpa Cie pulak ni hihi
DeleteHahhaa sakan fanny bercuti ke malaysia kali ni.. berapa byk luggage dia bawa blk nnt tu hehehe
ReplyDeleteTgk kat IG dia mcm banyak je luggage dia bawak haha!
DeleteUishhh laju update.. Semalam balik rumah pun dah malam.. Terima kasih belanja yer...
ReplyDeleteOh betul la mamat dua org belakang tu pandang pandang kita.. rancak cerita pasal bom kan hahahah :P
Kalau bertangguh takut terkubur je story tu hehe. Sama2. Risau mat salleh tu dgr kita rancak borak pasal insiden bom dekat sekolah di Indonesia tu 🤣
DeleteWah seronoknya rakan blogger berjumpa. Semua rakan blogger jauh drpd tempat Cuya. Tak pernah Cuya jumpa. Nak2 kita pulak budak2 lagi, nak bergaul dgn org dewasa ( budak sngttt 😂)
ReplyDeleteCuya...jangan la gitu....blogger ni bukan kira tua ke muda....walaupun sis ni tahap acik acik dah tapi kita kongsi minat yang sama....
DeleteWah mesti happening ye! Best²...
ReplyDeleteTak sangka Afif pun join ye. Bagus la semua pun kaki travel, banyak yg boleh dibualkan 👍🏻
Lain kali PH join sekali...insya allah jika ada kesempatannya....Fanny kata dia selesa berbual dengan blogger. Kalau kawan yang bukan blogger dia kata tak reti nak bual apa2.....
DeleteTu la tu... kalau boleh nak join grup ni... sebab tau ramai... Apakan daya masa mencemburui kita...
ReplyDeleteMacam mana lah Fanny & Raka uruskan jadual dia kan? Mesti penat ke sana ke mari...
Terasa sama, tapi terlalu singkat masa..tekejar2 time, tak best pula kan wak..Ya Allah best tul nampak tau..
Deletedear carneyz! thanks sbb sudi jumpa2 heheh i suka sgt dpt jumpa u dan semua lah! thanks bg souvenir yg cute!! moga2 kita dpt travel sama2 to jakarta next year! one of the extended weekend should be perfect (kena cari date utk 2026!!) kalau tak de kelas, i memang nak lepak lama2 laaa ..apakan daya, memang hari isnin+selasa, kelas i sampai ptg! if rabu, tak de kelas petang, tp fanny dh bertolak balik lah rabu (hari ni). hingga ketemu lagi soon insya Allah (pnjg plak i mengomen) and yes, lupa la i nak mintak tgk gmbr2 amsterdam dlm hp u tuuuuu
ReplyDeleteTQ jugak MZ, bagi brooch yang comel tu 🥰 seronok kan lepak sama2 dgn geng bloggers? Sayang u tak dpt join dekat Nyonya Colors 😅 situ kiteorg lepak lagi lama borak2 pasal travel hehe. Pasal gambar2 kat amsterdam tu, Insha Allah cerita Amsterdam akan menyusul 🤭
DeleteSubahanallah, rezeki nampak blogger2 terhebat jumpa sakan ya di KLCC, adui ..saya tersenyum nampak anda semua, serius saya happy lah nampak..pasal Hadiah Top Komentar dari saya ada muka dia Blogger Fanny dari Indonesia..so niat saya Allah kabulkan ..ya Allah ..Ustaz Afif juga adakan ..tersenyum manis semua..dapat saya banyangkan kegembiraan tau..
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok berjumpa kawan2 baru yang selama ni cuma bertegur-sapa di blog masing2 je 😄
DeleteKamera yang digunakan bukan DSLR tapi nama dia mirrorless camera jenama Canon EOS M200. Seronoknya jumpa semua....kalau ada rezeki nak jumpa lagi....seronok jumpa blogger yang rajin komen kat blog sis. Hehe....tq semua.....
ReplyDeleteYe ke. Cantik betul kualiti gambar kamera ni. Tergoda pulak nak beli satu 🤭 tapi sejenis malas mengangkut kamera. Tu la seronok kan jumpa ramai2 macam ni.
DeleteJumpa Man bernama Ustaz Afif, ni wow!! rezeki ni..traveling yang sangat terkenal ..
ReplyDeleteMemang hebat orangnya hehe
DeleteAlhamdulillah tumpang seronok tengok gathering di KLCC. Wahh ada plan trip to Jakarta, syok nya.
ReplyDeleteJom la kak Mulan join sekali hihi
DeleteWow selfie pakai kamera! Ingat phone je. Seronok tengok geng2 KLCC gathering sama2. Saya jumpa kak fanny belah malam, dia kata seharian kerjanya asyik makan je. Malam dah kenyang 🤣
ReplyDeleteRajin kan sis Ezna bawak kamera? 🤭 Gambar kamera dia serius lawa tak payah edit lighting dah elok sangat. Aah ada baca kat blog dia. Hehe, tu la ramai org dia jumpa so banyak kali dia kena makan 😂
Deletetuuuu diaaa makan borak... borak makan 🤣🤣🤣 apa bendaain nk buat kannnn bila dah jumpaaa x kn nk main air kt tmn klcc tu kannn🤣🤣
ReplyDeletewahhh siap plan dah tu nk g jakarta. mestiesti sbb RM tgh mengukuh kannn... bloleh daa jumpa. blogger2 Indo lain kat sana nnt..
Dari O'Briens ke Nyonya Colors hihi. Banyak topik perbualan kiteorang tentang travel sbb bila lagi nak jumpa otai travel macam Afif hehe. Insha Allah, belum pernah lagi jejakkan kaki ke Jakarta. Selalu tengok kat IG reel je, macam menarik.
Deletesronok bila dpt jmpa kwn blogger...nk plak yg pertama kali kn...yg jauh yg dkt dpt bertemu
ReplyDeleteTu la, sayang ramai tak dapat join sbb hari bekerja kan. Kalau tak mesti akak pun boleh join jugak, lagi meriah! 😄
DeleteEh ada yaaa mat saleh tuh ? 🤣🤣 Tak sadar pula saya. Kitapun bicarakan bom macam bicarakan nak jalan2, santai sangat 🤣🤣. Kalau mengobrol ttg itu di pesawat, dah habis mungkin langsung diturunkan balik Ama pilot 😅
ReplyDeleteBetuuuul yaaa tahun depan ke jakarta laaah. Tak usah lama pun jadilaaah. Pergi Jumat malam, balik Minggu sore 🤭😄😄. Cuma sempat jalan jakarta saja itu, tapi okelah kaaan. Kalau waktu agak lama, baru bisa ke Bandung atau Jogja atau Solo. Kalau Bali tak payah Dari jakarta, direct langsung dr KL itu 🤣.
Kalau weekend datang, bisa Raka nanti jadi driver kita , bawakan mobil 😄😄.
Ya, sebab Fanny kan duduk membelakangi meja mat salleh tu jadi tak perasan kot. Saya dan Afif menghadap meja mereka, nampak mereka asyik menoleh ke meja kita sebab cerita pasal bom tu 😂
DeleteWah, nanti cari masa weekend pergi ke sana 😍
seronok...ukhwah di alam maya dizahirkan di alam nyata....
ReplyDelete