Jamuan Raya Fasa Pasca Pandemik

Pejam celik2, eh dah masuk hari terakhir di bulan Syawal. Syukur Alhamdulillah, raya tabun ni disambut dengan meriah di samping keluarga besar dan sahabat-handai. Ramai juga yang ambik kesempatan buat open house, kami pun tak kurang jugak.

Tahun ni open house kami berbeza sikit. Walaupun kita dah di fasa endemik, kiteorang taknak ambik risiko. Bincang punya bincang dengan Suami Terchenta, last2 kiteorang setuju untuk jemput kawan-kawan rapat je, itu pun bukan serentak. Setiap keluarga kami beri slot masa supaya takde kontak rapat antara tetamu. Slot dibahagikan selama sejam setengah - 12.30 - 1.30 tengahari untuk adik-beradik, 2 - 3.30 petang untuk tetamu kedua, 4 - 5.30 petang untuk tetamu ketiga, 5.30 - 7.00 petang untuk tetamu keempat dan 8 - 10 malam untuk kawan-kawan ofis lama. Setengah jam antara setiap slot tu ialah masa untuk prayer break, panaskan lauk dan sanitize meja makan dan sofa (Penyembur Dettol dah standby kat tepi pintu).

Walaupun tetamu tak diwajibkan buat ujian COVID sebelum datang (masing-masing sepatutnya dah tau kalau bergejala tak boleh la keluar rumah), tapi kiteorang sebagai tuan rumah pilih untuk buat dan hantar keputusan ujian COVID kepada para tetamu pada pagi tu. Kiteorang jugak pakai penutup muka bila bersembang sementara tetamu-tetamu makan.

The only time kiteorang tanggalkan penutup muka ialah masa ambik gambar je. 

Menu jamuan raya kiteorang simple je - nasi hujan panas, rendang, lemang, ketupat, kek lapis Sarawak (beli je tak sempat nak buat huhu) dan kek cheese Oreo. Alhamdulillah, walaupun ringkas rendangku laku keras hehe. Sudahnya terpaksa order rendang daging dari Madam Kwan's KLCC kat GrabFood. Mujur ada perkhidmatan food delivery zaman sekarang! Kalau tak, terpaksa la keluar mencari rendang untuk tetamu sebelah malam pulak memandangkan rendang memang licin.

open house raya
Nasi hujan panas guna pewarna apa je ada di rumah. Kek lapis lupa nak keluarkan dari peti sejuk masa ni. Lemang tu ala-ala seni la hidang dalam buluh hehe

OK la, takde modal lagi nak cerita, kita layan gambar-gambar dari open house kami:

open house raya
Ex-team member jugak satu masa dulu

open house raya
Rakan baik dari Bintulu (anak2 kiteorang dulu satu kelas)

open house raya
My sisters and daughters

open house raya
My ex-team

open house raya
Abaikan pemandangan serabut di sebalik sliding door hihi

Jadi dengan ni, berakhir la sambutan raya kami tahun ni. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk meraikan tetamu-tetamu kami pada jamuan raya tahun depan Insha Allah...

Monday Blues - 11 Cara Mengatasinya

Salam Isnin semua, ada yang tengah Monday blues ke tu?


Kredit foto: blog.playo.co


Monday blues ni ialah satu terma yang dikaitkan dengan perasaan negatif atau 'down' bila tibanya hari Isnin selepas berehat 2 hari pada hujung minggu sebelumnya. Rasa malas, lemau dan tak 'look forward' untuk bekerja la secara ringkasnya.

Bagi sesetengah individu, Monday blues ni boleh dirasai sejak hari Ahad lagi, dan ada juga yang mengalami keresahan melampau (anxiety) pada malam Ahad disebabkan memikirkan hari Isnin esoknya. Dahsyat kan penangan Monday blues ni?

Macam aku dulu pun, bila tiba hari Ahad je perasaan happy di hujung minggu tu semakin lama semakin hilang sampai malamnya aku dah mula mengeluh memikirkan workload di ofis esoknya dan jugak kesibukan menguruskan anak-anak ke sekolah.

Bagi yang mengalami Monday blues, mungkin anda boleh mencuba kaedah-kaedah ni untuk mengatasi atau mengurangkan perasaan tak best ni:


1. Kenalpasti punca.

Kenapa anda rasa susah hati bila tiba hari Isnin? Adakah disebabkan anda tak suka dengan kerja anda? Atau anda mempunyai rakan sekerja atau persekitaran kerja yang negatif yang perlu dihadapi? Bila dah kenalpasti punca, senanglah untuk mencari jalan penyelesaiannya.


2. Bersiap-sedia untuk hari Isnin pada minggu sebelumnya.

Mungkin anda memikirkan beban kerja yang bertimbun pada hari Isnin. Untuk mengatasinya, cuba selesaikan beban kerja yang besar pada minggu sebelumnya iaitu sebelum anda meninggalkan pejabat untuk bercuti di hujung minggu, supaya anda tak perlu lagi menghadapi beban kerja tu pada hari Isnin berikutnya. Contohnya, anda kena membuat panggilan telefon yang sukar atau menyelesaikan isu tertangguh. Sebaik-baiknya jangan tangguhkan pekerjaan yang mencabar ni, sebaliknya menyelesaikannya secepat mungkin supaya anda tak perlu lagi memikirkannya di hujung minggu.


3. Senaraikan perkara-perkara yang mengujakan anda di tempat kerja

Anda suka makan dan lepak-lepak dengan kawan-kawan sepejabat? Atau suka kemudahan minuman / makanan percuma di pantri pejabat? Senaraikan perkara-perkara yang mengujakan anda pada malam Ahad supaya anda boleh menukarkan perasaan Monday Blues ni kepada positif.


4. 'Unplug' semasa hujung minggu

Elakkan dari memeriksa email kerja atau pesan kepada rakan sekerja atau boss supaya tak meninggalkan Whatsapp / pesanan ringkat berkaitan kerja apa lagi jika perkara kerja tu cuma boleh dibuat pada hari Isnin berikutnya. Sekiranya ada perkara mustahak, lebih baik telefon anda supaya anda tak resah memeriksa telefon setiap masa. Ingat, rest day ialah hak anda yang termaktub dalam Akta Pekerjaan! 


5. Tidur secukupnya dan bangun awal

Semestinya bila anda tak cukup tidur, anda akan rasa mengantuk dan letih untuk menghadapi hari bekerja. Jadi, dapatkan tidur yang cukup dan bangun awal supaya tak kelam-kabut. Lebih baik jika dapat selitkan 'me time' sebelum mula bekerja sama ada bersarapan dengan rakan sepejabat atau pasangan, tak pun membaca akhbar sambil bersarapan sebelum waktu bekerja bermula. Jadi anda akan lebih tenang dan bersedia di pagi Isnin.


6. Pakaian Kerja yang Membangkitkan Keyakinan Diri Anda

Kenapa bila kita nak menghadiri sesi temuduga, kita akan berpakaian dengan pakaian terbaik kita? Ini supaya meningkatkan keyakinan dan seterusnya mempamerkan keterampilan diri yang menarik supaya berjaya dalam sesi temuduga, betul tak? Bila kita rasa dan tampil lebih yakin, kita akan lebih positif dan bertenaga menghadapi masalah dan cabaran kerja terutama pada hari Isnin.


7. Jadilah Orang yang Positif

Mulakan hari Isnin dengan perasaan bersyukur kerana kerja kita ialah sumber rezeki kita. Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak rezeki yang tertarik kepada kita. Elakkan merungut-rungut atau berkeluh-kesah, dan jauhkan diri anda dari orang-orang sebegini di tempat kerja. Jika kurang rasa positif, 'recharge' tenaga positif anda dengan cara mendengar lagu-lagu kesukaan anda yang menggembirakan anda. Lebih baik lagi, semaikan perasaan positif di kalangan kawan-kawan sepejabat supaya boleh mencipta suasana positif dan gembira bagi menghilangkan Monday Blues di kalangan anda.


8. Gembirakan Orang Lain

'Energy received, energy returned'. Maksudnya, bila anda menggembirakan orang lain, anda akan merasa gembira. Puji rakan sekerja, berbuat baik dengan pelanggan atau belikan makanan kegemaran ahli keluarga yang sudah lama diidam-idamkan. Perkara ini akan menimbulkan perasaan positif dalam diri anda. 


9. Elak Penuhkan Jadual Kerja pada hari Isnin

Sekiranya boleh, pastikan jadual hari Isnin anda tidak terlalu padat supaya anda tak berasa stress. Sekiranya anda perlu mengadakan mesyuarat, seelok-eloknya adakan pada hari Selasa atau Rabu. Jadikan Isnin hari untuk anda membuat kerja-kerja rutin.


10. Hiburkan Diri-sendiri di Tempat Kerja

Jika anda suka acara makan-makan, anda boleh mengajak kawan-kawan makan di tempat baru atau jika anda suka memasak, mungkin anda boleh masak untuk rakan-rakan pejabat dan bawa pada hari Isnin untuk dikongsi bersama. Tak pun, anda boleh mengatur sesi bersembang hari Isnin dengan rakan-rakan baik untuk berkongsi tentang hujung minggu anda. Yang penting, lakukan perkara yang menghiburkan anda di tempat kerja.


11. Rancang Aktiviti Santai Selepas Waktu Bekerja

Kebanyakan kita rasa letih dan tak berdaya selepas seharian bekerja. Apa kata kembalikan tenaga anda dengan merancang aktiviti santai dengan rakan-rakan atau pasangan, contohnya menonton wayang selepas waktu bekerja atau bersukan bersama-sama supaya hari Isnin anda diakhiri dengan perasaan gembira dan positif.


Sumber asal: "11 Ways to Beat the Monday Blues" by Jacquelyn Smith, Forbes.com

First Time Solat di Surau Sunway Putra

Salam Jumaat kepada rakan-rakan yang dikasihi. Sedar tak sedar, bulan Syawal dah nak berlalu. 

Semalam ajak Suami Terchenta buka puasa di Sunway Putra Mall sebab lepas tu nak beli barang sikit. Anak-anak tak nak ikut, sudahnya kiteorang berdua je la dinner date di Dolly Dimsum. 

Lepas berbuka puasa, kiteorang pun pergi cari surau untuk solat Maghrib sebelum shopping. Surau mall ni terletak di tingkat 5.

Bila dah sampai di surau, dalam hati kata - Wow, Subhanallah, cantiknya surau kat sini! Bertemakan kehijauan alam serta flora dan fauna. Bila lalu je di laluan ke surau ni, boleh dengar bunyi burung berkicauan dari speaker kat siling. Di sepanjang laluan ke surau ada kata-kata hikmah yang dipamerkan. Memang tenang je rasa melangkah di sepanjang laluan ke surau.   


Surau Sunway Putra

Maaflah, gambar tak berapa cantik sebab aku berhenti sekejap je ambik gambar sebelum mengejar Maghrib.

Surau Sunway Putra
Peringatan buat orang-orang yang sibuk

Surau Sunway Putra
Mesej Islamik yang terpampang di sepanjang laluan ke surau

Automated Parking dengan Setel

Semalam aku drive ke KLCC, plannya nak ke Machines untuk tukar bateri iPhone yang dah makin uzur lepas 3 tahun guna phone ni, tapi rupa-rupanya kena tinggalkan phone seminggu kat situ baru dieorang order bateri baru. Adeh. Macam la kita ni pakai 2-3 bijik phone boleh tinggalkan seminggu kat kedai.

Anyway, sampai je kat KLCC, macam biasa aku guna kad Touch N Go. Lepas parking, tiba-tiba Suami Terchenta wassap tanya aku kat KLCC ke? Alkisahnya dia dapat notification dari apps Setel:

Setel PETRONAS

Setel PETRONAS


Eh, laaa... baru tau sepatutnya takyah pun tap TnG tadi. Turns out, Suami Terchenta dah register kereta kiteorang dalam apps. Patutlah dia yang dapat notification.

Cara-cara nak enjoy automated parking dekat KLCC:

1. Daftarkan nombor plet kereta dalam apps
2. Masuk lorong Setel, tunggu sistem kamera baca nombor plet kereta. Palang akan dibuka bila nombor plet kereta matched.
3. Bila keluar, tunggu sistem baca nombor plet kereta dan palang akan dibuka secara automatik

Setel PETRONAS

Setel PETRONAS


So lepas ni takyah la nak bukak tingkap kereta ambik parking card atau 'tap' kad untuk bayar parking. Kita pandu lalu jee...

Wordless Wednesday: My Ideabook

 


Akhir-akhir ni aku minat tengok design rumah yang trending sekarang di IG. Siap follow lagi influencers yang renovate rumah lawa-lawa. Sambil-sambil tu buat buku idea rumah idaman, mana tau dapat buat rumah lawa macam rumah dieorang jugak, Insha Allah ameen...

Buku idea ni aku guna apps GoodNotes. Aku dah guna apps GoodNotes ni sejak 2017 lagi sejak zaman bekerja, sebab senang buat nota masa meeting lepas tu boleh search balik nota walaupun tulisan tangan. Sekarang dah jadi pengurus rumahtangga, aku pakai untuk tulis resipi / rancang percutian keluarga.