Semalam aku drive ke KLCC, plannya nak ke Machines untuk tukar bateri iPhone yang dah makin uzur lepas 3 tahun guna phone ni, tapi rupa-rupanya kena tinggalkan phone seminggu kat situ baru dieorang order bateri baru. Adeh. Macam la kita ni pakai 2-3 bijik phone boleh tinggalkan seminggu kat kedai.

Anyway, sampai je kat KLCC, macam biasa aku guna kad Touch N Go. Lepas parking, tiba-tiba Suami Terchenta wassap tanya aku kat KLCC ke? Alkisahnya dia dapat notification dari apps Setel:




Eh, laaa... baru tau sepatutnya takyah pun tap TnG tadi. Turns out, Suami Terchenta dah register kereta kiteorang dalam apps. Patutlah dia yang dapat notification.

Cara-cara nak enjoy automated parking dekat KLCC:

1. Daftarkan nombor plet kereta dalam apps
2. Masuk lorong Setel, tunggu sistem kamera baca nombor plet kereta. Palang akan dibuka bila nombor plet kereta matched.
3. Bila keluar, tunggu sistem baca nombor plet kereta dan palang akan dibuka secara automatik




So lepas ni takyah la nak bukak tingkap kereta ambik parking card atau 'tap' kad untuk bayar parking. Kita pandu lalu jee...

8 Comments

  1. Wah, senang la camtu. Semakin canggih. Suami saya isi minyak je guna Setel ni.
    Seminggu tanpa telefon, lama juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, baru je buat entry pasal isi minyak guna apple watch je dgn Setel ni. Betul2 mudah.

      Delete
  2. mudah mcm tu....contactless..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, mana yg tangan pendek tu tak yah susah2 nak drive rapat2 kat pengimbas kad :P

      Delete
  3. jamni semua diujung jari je kann., sediakan duit dlm akaun bank je., ;p

    ReplyDelete
  4. iye Wak. Cuma system dia lambat sikit nak baca, kena berenti 5 saat baru palang bukak. penah try kat shopping mall lain kita slow down je palang terus terbukak.

    ReplyDelete
  5. Sangat memudahkan.. semua tekan2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul.. teknologi semakin canggih dan memudahkan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .