Salam Maulidur Rasul

 


Hari ni 12 Rabiulawal 1444H merupakan hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya kelahiran baginda Rasulullah SAW memberi rahmat kepada kita umat baginda yang tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu sebelum kelahiran baginda.

Perbanyakkan selawat ke atas baginda sebagai melahirkan rasa syukur dan cinta kepada Rasulullah SAW. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

Demi zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah di antara kamu beriman sehingga aku lebih dicintai daripada orang tua dan anaknya.

(Riwayat al-Bukhari)

Salam Maulidur Rasul, kawan-kawan!


Seminggu Sepotong Hadis - Mendoakan Orang yang Melakukan Kebaikan

Daripada Usamah bin Zayd RA berkata, Rasulullah SAW berpesan dalam sabdanya:


مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفٌ، فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا، فَقَدْ أَبْلَغَ فِيْ الثَّنَاءِ.

Maksudnya: Sesiapa yang diperlakukan kepadanya sesuatu kebaikan, maka ucapkanlah kepada orang yang melakukan kebaikan kepada kamu dengan ungkapan: Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan. Maka sesungguhnya dia telah menerima pujian yang terbaik.

(Hadis Riwayat At-Tarmidhi)


Nota kaki:
Masa kecik-kecik dulu, aku gemar baca buku Enid Blyton sebab banyak pelajaran tentang tingkah laku dan adab yang terselit di sebalik cerita-cerita fantasi beliau. Salah satunya ialah hikayat tentang bila seseorang yang ditimpa masalah diberikan pertolongan, dia bertanya, 'How can I repay you?' dan orang yang menolong menjawab, 'Pass the kindness around'. Seterusnya orang yang ditolong tu menolong orang lain sampai akhirnya pertolongan tu sampai kepada orang yang mula-mula menghulurkan pertolongan. 

Pendek kata - What goes around, comes around.

Wordless Wednesday - Rezeki Berjumpa Colleagues Yang Baik

Breakfast date minggu lepas

Setahun lepas aku tender resignation, aku beranggapan lepas ni hubungan dengan colleagues akan menjadi renggang. Sangkaku, dieorang pastinya akan semakin lama menyisihkan aku sebab kami dah takde lagi hubungan kerja dan kehidupan masing-masing pun dah berbeza. 

Ni semua berdasarkan pengalaman aku masa ambik cuti tanpa gaji setahun lepas Khadeeja lahir. Masa tu takde siapa pun yang bertanya khabar atau ajak keluar makan bersama-sama, so my life revolved only around my small children. Nak ajak Suami Terchenta berborak pun ditanya sepatah dijawab sepatah (sebab dia bukan seorang yang talkative, sampaikan aku yang kena mengorat dia mula-mula dulu haha!). Sebab tu bila aku come across confessions ibu-ibu beranak kecik suri rumahtangga mengadu betapa life dieorang sunyi, aku sangat memahami perasaan dieorang sebab dah pernah melaluinya.

So bila aku resign setahun lepas, aku dah bersiap-sedia mentally dan emotionally untuk lalui balik pengalaman tu.  Tapi syukur alhamdulillah, kali ni my circle of colleagues (sekarang ex-colleagues) bukan macam yang dulu. Itulah hikmahnya aku berpindah ke Bintulu lepas habis cuti tanpa gaji. Aku dipertemukan dengan rakan-rakan ofis yang sangat baik dan hubungan kami ibarat keluarga. Tipulah kalau kata takde bergaduh langsung hal-hal kerja. Ada! Gaduh sampai bermasam muka, tak bertegur-sapa, dipanggil masuk ofis kena marah boss semua tu berlaku. Tapi umpama carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula hubungan kami akan pulih dan krisis tu akan jadi bahan usikan dan gelak tawa sekarang.

Jarang jumpa kawan-kawan ofis yang lepas habis waktu bekerja pun akan lepak bersama. Memandangkan aku single mom dengan 2 orang anak kecik sepanjang menetap di Bintulu (Suami Terchenta sekali-sekala balik), selalu la dinner dengan kawan ofis merangkap BFF bila suaminya bekerja syif malam. Kadang-kadang bila meeting kami habis lewat, kawan-kawan ofis kaum mak-mak ni akan tolong ambikkan anak masing-masing di taska atau di sekolah. Contohnya meeting aku habis lewat, BFF aku akan ambikkan Khayla & Khadeeja dan bawak anak-anak balik ke rumah atau keluar makan. Cikgu taska pun dah masak dengan perangai kami.

Bila Hari Raya pulak, kami akan berkonvoi beramai-ramai bertandang ke rumah masing-masing untuk beraya. Sampai jadi tradisi wajib kami bertahun-tahun sampai la Covid melanda. Memang meriah raya bila group Whatsapp kecoh dengan plan rumah siapa dulu yang kami akan serang. 

Bila pindah ke KL, hubungan rapat ni terbawak-bawak ke KL. Masih lagi keluar bersama, dieorang masih lagi include aku dalam Whatsapp group alumni ofis Bintulu. Dan sekarang bila aku dah berhenti kerja dieorang masih ajak aku keluar lepak bersama-sama macam sebelum ni. Aku sangat beruntung berjumpa dengan orang yang baik-baik di tempat kerja. Semoga persahabatan kami terus kukuh sampai bila-bila.

Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online

Bulan lepas aku share pengalaman renew passport kanak-kanak di pejabat Imigresen sebab kanak-kanak bawah 13 tahun memang no choice kena walk in.

Kali ni aku nak share pulak pengalaman isi borang renew passport di portal Jabatan Imigresen sebab jujurnya bila aku mula-mula masuk aku pun terkedu gak tengok borangnya.


Persediaan Sebelum Isi Borang Online

  1. Pergi ke kedai gambar dan bagitau nak buat gambar passport untuk permohonan online. Pastikan pakaian memenuhi syarat Jabatan Imigresen sebelum pergi tangkap gambar (Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada, kalau berhijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka).
  2. Tauke akan tolong adjust gambar dan email soft copy ke email kita. Bila dah dapat gambar, download siap-siap ke dalam komputer / galeri gambar dan save nama kita.
  3. Ada online banking / kad debit / kad kredit untuk buat pembayaran online.
  4. Sediakan buku passport lama masa isi borang.


Cara-cara Mengisi Borang

1. Pergi ke laman web myonline passport.

2. Baca terma & syarat yang tertera kemudian klik butang 'Setuju'.

3. Dekat kategori permohonan, tandakan pemohon 18 tahun ke atas (melainkan pemohon ialah anak yang berusia 13 tahun - 17 tahun).

4. Di maklumat carian, isi nombor passport lama, kategori passport, nombor mykad dan kategori pengenalan diri. Pilih lokasi cawangan Imigresen untuk ambil passport yang dah siap kelak. Tekan butang 'Carian' lepas isi semua maklumat yang diminta:


Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online
Buat rakyat Sabah / Sarawak, pilih kategori passport Malaysia Sabah / Sarawak walaupun anda menetap di Semenanjung Malaysia

5. Muat naik gambar yang telah di save sebelum ni. Pastikan muka kita dalam bulatan biru tu (boleh adjust untuk besarkan / kecilkan). Bila dah puas hati, tekan butang 'hantar'.

6. Klik butang pengakuan pengesahan gambar, bila klik situ kita akan dibawa ke pop up window. Baca dan tick semua pernyataan yang tertera. Klik butang 'Teruskan':


Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online

7. Pastikan alamat rumah betul dan terkini, nama tertera seperti dalam kad pengenalan dan tick di persetujuan perakuan:


Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online

8.  Pembayaran online boleh dibuat sama ada melalui FPX (online banking) atau kad debit/kad kredit. Pembayaran dianggap selesai apabila status transaksi berjaya dan ada nombor rujukan pembayaran. Pastikan anda cetak resit (resit akan dimuat turun dari laman web ke komputer anda) menggunakan printer rumah. Kalau takde printer, ada je servis printing di cawangan Imigresen, biasanya dekat pintu depan tu (berbayar). Penting bawak hard copy resit semasa mengambil passport baru sebagai bukti transaksi pembayaran berjaya.


Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online

Walaupun sebenarnya boleh je walk in, tapi aku prefer buat online sebab jimat banyak masa. Tapi nanti still kena berbaris ambil nombor giliran untuk ambil passport yang dah siap cuma masa di kaunter serahan passport tak selama menunggu buat passport secara walk in.

OK la, aku harap pengalaman aku ni membantu sesiapa yang nak perbaharui passport secara online. Sekiranya ada maklumat yang bercanggah / kurang tepat, harap boleh bagitau di komen supaya aku boleh betulkan ye.

Layan Cerita Seram

Sebenarnya aku ni spesies penakut. Kalau tengok cerita hantu, mesti berteman. Lepas tu mesti 60% jalan cerita aku sorok muka atau pejam mata. Bila hantu nak keluar je tutup mata. Memang tak berbaloi kalau tengok cerita hantu di wayang.

Akhir-akhir ni boleh pulak aku tergerak hati nak layan cerita hantu kat Netflix. Bila dah tengok sekali, nak tengok lagi yang seterusnya. Ish, buang tebiat betul hehe.

Ni antara cerita hantu yang aku layan lately:

1. Exorcist: The Beginning

Exorcist: The Beginning
Sumber imej: Google

Sinopsis:

Mengisahkan tentang seorang paderi, Father Lankester Merrin yang beralih profesion kepada ahli arkeologi, telah dijemput oleh Gereja Rom untuk mengkaji sebuah penemuan gereja lama di Afrika Timur yang ditadbir oleh pihak British. Pada masa yang sama, pihak gereja mintak Father Merrin untuk dapatkan satu artifak di tapak gereja tu. Selepas memasuki gereja tu, Father Merrin mendapati ia ialah sebuah gereja Byzantin yang dibina di atas tapak yang dikatakan mempunyai unsur jahat, untuk memerangkap kejahatan tu di bawah tanah. 

Kejadian aneh mula berlaku selepas mereka memasuki gereja tu, bermula dengan anak seorang pekerja diserang oleh sekumpulan dubuk dan seorang lagi dikatakan dirasuk oleh syaitan. Pada masa yang sama, isteri ketua kampung telah melahirkan seorang bayi yang telah mati dan berulat. Penduduk kampung kemudian mencari budak lelaki yang dipercayai dirasuk syaitan untuk mengusir syaitan tu tapi malangnya semuanya mengalami patah tulang sebelum berjaya membuat ritual menghalau syaitan.

Plot twist kat sini ialah sebenarnya bukan budak tu yang dirasuk, tapi seseorang yang rapat dengan Father Merrin. Father Merrin terpaksa bertarung untuk menyelamatkan nyawa budak tu, kawannya yang dirasuk dan diri-sendiri.

Review: Boleh layan, ada jugak bab-bab terkejut tapi kali ni aku selamba je tengok hehe. Mungkin sebab cerita ni dah lama jadi efek tu tak de la nampak real sangat. Aku memang minat cerita berunsur exorcism ni senang nak pantau hantu dah keluar ke belum 😂

2. The Exorcist 3

Exorcist 3
Sumber imej: Google

Sinopsis:

Seorang detektif polis, Lieutenant William F. Kinderman menyiasat beberapa kematian yang menyerupai pembunuhan dilakukan oleh seorang pembunuh bersiri yang digelar Pembunuh Gemini. Pembunuh Gemini sebenarnya dah lama dihukum mati selepas didapati bersalah oleh pihak mahkamah. Lt. Kinderman rasa aneh sebab modus operandi pembunuhan kali ni memang betul-betul macam dilakukan oleh Pembunuh Gemini sebab ada beberapa detail pembunuhan yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang awam dan media tapi pembunuh kali ni tau.

Tak lama selepas kematian kawan baiknya iaitu seorang paderi, Lt. Kinderman dibawa berjumpa dengan seorang lelaki yang ditahan di wad sakit jiwa sejak 5 tahun yang lepas. Lelaki gila tu menyerupai Father Karras iaitu seorang paderi yang meninggal dunia selepas ritual exorcism 5 tahun lepas. Yang seramnya, lelaki tu mendakwa dia ialah Pembunuh Gemini dan menumpang dalam badan Father Karras atas bantuan Iblis. Dia nak Lt. Kinderman bagitau semua orang yang Pembunuh Gemini dah datang balik, tapi Lt. Kinderman tak percaya dan enggan menurut permintaannya. Pembunuh Gemini kemudian mengancam nak bunuh anak Lt. Kinderman, tapi seorang paderi di hospital datang untuk menghalang Pembunuh Gemini.

Review: Cerita ni tak seram langsung, dan agak bosan jugak. Macamana nak takut, hantunya diikat di wad sakit jiwa kihkih. Scene nenek merangkak atas siling pun nampak sangat efek CGI, terus terbantut rasa seram. Cerita exorcist yang paling tak seram pernah aku tonton.

3.  The Exorcism of Emily Rose

The Exorcism of Emily Rose
Sumber imej: Google

Mengisahkan seorang paderi, Father Richard Moore yang didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh tanpa niat seorang gadis bernama Emily Rose. Pihak gereja melantik seorang peguam wanita, Erin Bruner untuk membela Father Moore dalam kes ni. Cerita ni agak unik sebab menggambarkan peristiwa Emily Rose dirasuk dari sudut saintifik, di mana pihak pendakwaraya memberikan bukti-bukti yang Emily Rose ni sebenarnya mengalami penyakit psikosis dan boleh diselamatkan kalau dia menerima rawatan dengan doktor psikiatri instead of berjumpa dengan Father Moore. 

Semasa perbicaraan berlangsung, seorang doktor perubatan tampil bagitau Erin yang dia menyaksikan upacara exorcism Emily Rose pada malam Halloween. Dia percaya yang Emily Rose bukanlah menghidap penyakit psikosis seperti yang didakwa. Tapi sebelum sempat Erin memanggil doktor ni sebagai saksi, doktor tu dilanggar kereta dan mati. Pada masa yang sama, Erin diganggu tidurnya setiap kali pukul 3 pagi, contohnya terhidu bau hangus, tape recorder upacara exorcism Emily Rose tiba-tiba berbunyi sendiri dan terlihat kelibat sesuatu dalam rumahnya. 

Review: Cerita ni seram part flashback macamana Emily mula-mula dirasuk dan semasa upacara exorcism Emily Rose berlangsung. Lakonan Jennifer Carpenter sebagai Emily memang mantap sebab dia boleh buat badannya mengerekot masa kena rasuk, macam real. Scene di mahkamah pun menarik bila kedua-dua pihak cuba membuktikan kes masing-masing.

4. KKN Di Desa Penari

KKN Di Desa Penari
Sumber imej: Google

Lama jugak aku debate dengan diri-sendiri nak tengok ke tak, sebab cerita hantu Indon ni memang terkenal seram jugak. Tapi last-last aku decide nak tengok jugak. Didakwa dari kisah benar, filem ni mengisahkan tentang 6 orang mahasiswa yang datang ke sebuah desa terpencil jauh dalam sebuah hutan untuk membuat projek akhir sebagai syarat grad dari universiti.

Salah seorang mahasiswa bernama Nur ada deria ke-6 dalam erti kata lain 'hijab'nya terbuka la. Dia boleh nampak dan rasakan ada makhluk lain di desa tu. Masa dieorang sampai, Pak Prabu iaitu ketua kampung tu ada berpesan supaya dieorang jaga tingkah laku dan melarang keras dieorang pergi ke sempadan desa dengan hutan di mana ada sebuah tempat dipanggil Tapak Tilas. Tapi malangnya salah seorang siswa melanggar arahan sebab terdengar suara dari dalam hutan. Sejak peristiwa tu, dia mula berkelakuan aneh dan tak berkumpul dengan kawan-kawannya.

Gangguan mula berlaku ke atas salah seorang siswi bernama Widya. Dia melihat kelibat seorang penari. Tak lama kemudian Widya dirasuk oleh penari tu. Nur mengesyaki sesuatu berlaku dengan kawan-kawannya tapi penari tu muncul dan bagi amaran dekat Nur supaya jangan masuk campur atau keselamatannya akan diancam. Nur ni sebenarnya spesies alim la, pakai tudung dan tak tinggal solat. Pada masa yang sama dia didampingi oleh jin baik menyerupai seorang perempuan tua yang jaga Nur dari gangguan jin jahat sepanjang dia di desa tu. So, walaupun Nur ni boleh nampak makhluk ghaib di situ tapi dieorang tak berani kacau Nur sebab ada mbah tu.

Bila penari ni muncul dan mengancam Nur, mbah ni pun tak tahan dia rasuk Nur dan bagi amaran dekat Widya yang ada di kalangan dieorang ni yang membuat maksiat dan akan mati jika dieorang tak pergi dari desa tu. Malam tu, dieorang pakat nak stop je Kuliah Kerja Nyata (KKN) dan balik ke universiti walaupun kerja dieorang ni tak habis lagi sebenarnya. Tapi malam tu jugak, dieorang diganggu dengan teruk sampai terpaksa mintak pertolongan Pak Prabu dan Mbah Buyut, dukun di kampung tu.

Review: Tak seseram yang aku sangka. Aku rasa baca cerita ni dekat thread lagi seram. Mungkin sebab hantu penari tu cantik sangat. Ada gak la bab terkejut tapi sikit-sikit je. Ending nya, rasa kesian dekat dieorang tu atas apa yang berlaku.


KKN Di Desa Penari
Hantu penari cantik sangat tak jadi rasa seram