Daripada Usamah bin Zayd RA berkata, Rasulullah SAW berpesan dalam sabdanya:


مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفٌ، فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا، فَقَدْ أَبْلَغَ فِيْ الثَّنَاءِ.

Maksudnya: Sesiapa yang diperlakukan kepadanya sesuatu kebaikan, maka ucapkanlah kepada orang yang melakukan kebaikan kepada kamu dengan ungkapan: Semoga Allah membalasnya dengan segala kebaikan. Maka sesungguhnya dia telah menerima pujian yang terbaik.

(Hadis Riwayat At-Tarmidhi)


Nota kaki:
Masa kecik-kecik dulu, aku gemar baca buku Enid Blyton sebab banyak pelajaran tentang tingkah laku dan adab yang terselit di sebalik cerita-cerita fantasi beliau. Salah satunya ialah hikayat tentang bila seseorang yang ditimpa masalah diberikan pertolongan, dia bertanya, 'How can I repay you?' dan orang yang menolong menjawab, 'Pass the kindness around'. Seterusnya orang yang ditolong tu menolong orang lain sampai akhirnya pertolongan tu sampai kepada orang yang mula-mula menghulurkan pertolongan. 

Pendek kata - What goes around, comes around.

14 Comments

  1. Yaa betul. Masih ingat orang yang buat baik.
    Jadi sentiasa doakan dia dalam kesejahteraan.

    ReplyDelete
  2. buat baik dibalas baik. In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. Good sharing.. buat baik, nanti datang pun yang baik-baik juga kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi andai buat baik tapi dibalas jahat, itulah ujian untuk menguji sejauh mana kita ikhlas dalam beramal. Insha Allah kalau buat baik dengan ikhlas, balasan yg baik-baik jugak yang akan diperolehi.

      Delete
  4. Thanks dear!
    Being kind is never wasted.

    ReplyDelete
  5. Tertarik dengan mesej yang disampaikan oleh Enid Blyton. Beliau ini salah seorang penulis yang saya suka sejak tahu menbaca buku cerita zaman kanak-kanak dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku2 Enid Blyton tinggi imaginasi & byk mesej bermoral utk kanak2. Sayangnya anak2 skrg tak suka membaca & tak dapat menghargai karya beliau.

      Delete
  6. setuju tu. bila orang buat baik dengan kita, kita buat baik dengan orang lain pulak. biar jadi rantaian

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .