Tengahari semalam aku bawak Khayla pergi Jabatan Imigresen di tingkat 1, UTC Sentul. Sebelum pergi tu, aku call dulu sebab tak pasti sama ada masih perlu buat temujanji dulu atau tak. 

Rupa-rupanya dah tak perlu temujanji, cuma petang biasanya ramai orang kata pegawai tu.

Ok, marilah aku cerita serba-sedikit pengalaman 3 jam berada di Jabatan Imigresen semalam. Lain kali aku kena renew passport Khadeeja pulak, boleh la rujuk proses kat sini.


Persediaan Sebelum ke Jabatan Imigresen

Sebelum datang ke Jabatan Imigresen, pastikan dokumen cukup dan bawak juga salinan dokumen asal sekeping ya. 

Jangan jadi macam aku, dah beratur panjang, sampai giliran kami rupa-rupanya tak cukup dokumen (aku ingatkan cuma perlu bawak passport lama dan Mykid je). Nasib baik pegawai tu bagi jugak nombor giliran tapi kena patah balik rumah ambik dokumen dulu (boleh la buat macam ni kalau rumah dekat).

Untuk kanak-kanak, dokumen yang perlu disediakan ialah:

  1. Surat beranak kanak-kanak + salinan (Nota: MyKid tak diterima ye)
  2. Sijil perkahwinan ibubapa + salinan (jika masih berkahwin, dan pemohon yang hadir ialah ibu kanak-kanak. Sekiranya pemohon ialah bapa, tak perlu)
  3. Kad pengenalan ibu/bapa + salinan
  4. Passport lama
Tambahan untuk kes tertentu:
  • Surat cerai + salinan (sekiranya ibu bapa telah bercerai)
  • Surat mahkamah hak penjagaan kanak-kanak + salinan
  • Sijil anak angkat dari JPN + salinan (sekiranya anak angkat)
  • Sijil kematian ibu/bapa
  • Surat sumpah hak penjagaan penjaga sah utk anak kematian ibubapa

WAJIB bawak surat beranak dan sijil kahwin original, salinan fotostat je tak diterima.

Perkara yang kena ingat jugak ialah pakaian anak. Kalau anak pakai hijab, pastikan hijab berwarna gelap (seelok-eloknya hitam) dan bukan bercorak. Kalau anak yang tak berhijab pulak pakaikan baju menutup dada (juga berwarna gelap).

Anak berumur 4 tahun ke bawah digalakkan bawak gambar berukuran passport mengikut spesifikasi Jabatan Imigresen.


Kaunter Pertanyaan / Nombor Giliran

Bila sampai di pejabat imigresen, perkara pertama korang akan nampak ialah barisan panjang beratur di kaunter nombor giliran / pertanyaan, tak kira la walk in atau permohonan atas talian. Terus la beratur kat situ ye.

Sampai je depan kaunter, serahkan dokumen untuk disemak oleh pegawai di kaunter. Kalau dokumen lengkap, pegawai akan serahkan nombor giliran.

Seelok-eloknya sementara menunggu giliran, ukur ketinggian anak di sudut mengambil ukuran ketinggian. Boleh jugak ukur siap-siap di rumah.

Terus-terang aku katakan, masa menunggu memang lamaa.... Khayla siap tertido-tido di kerusi, kesian dia. Tak perlu la sekejap-sekejap pergi depan kaunter tanya, 'Lama lagi ke?' sebab pegawai dah cakap masa ambik nombor giliran memang kena tunggu lama. Melainkan datang awal-awal pagi dan jadi orang pertama dapat nombor giliran.

Kesian jugak tengok pegawai letih melayan soalan terutama dari pakcik2 dan makcik2 sekejap-sekejap berdiri tepi kaunter tanya bila nombor dieorang akan dipanggil. Tapi dah namanya kaunter pertanyaan, terpaksa la hadap kan. Bagusnya pegawai tetap berhemah berurusan dengan pakcik2 dan makcik2 ni.


Kaunter Penerimaan

Bila nombor dipanggil, serahkan dokumen-dokumen asal dan salinan kepada pegawai. Pegawai akan mintak sahkan alamat dalam sistem ialah alamat terkini. Lepas tu anak akan diminta imbas cap jari kiri dan kanan dan menurunkan cop jari di atas borang. Ibu/bapa pun kena cop jari dan tandatangan borang ye.

Lepas tu barulah pegawai ambik gambar menggunakan biometric facial recognition camera.

Selesai ambik gambar, pegawai akan mintak slip nombor giliran untuk dikepilkan dengan borang dan dokumen permohonan. Tunggu nombor giliran dipanggil untuk ke kaunter bayaran.


Kaunter Bayaran

Untuk passport kanak-kanak, bayaran yang dikenakan ialah RM100 manakala untuk dewasa ialah RM200. Warga emas, golongan OKU, pelajar overseas dan jemaah haji pun cuma dikenakan RM100. 

Pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit/debit atau wang pos/bank draf berpalang. Selesai buat pembayaran, pegawai akan beri borang menyatakan bayaran penuh telah dibuat. 

Lepas tu kena tunggu passport dicetak, lebih kurang dalam tempoh sejam. Masa ni boleh la pergi makan dulu ke, atau kalau rumah dekat nak balik pun boleh.

Since Khayla kata dia lapar, kiteorang keluar carik tempat makan di UTC tu. Last-last jumpa gerai nasi ayam Kak Na. Nasib la pergi Jabatan Imigresen di UTC, ada la jugak tempat makan sementara menunggu tu.


Kaunter Serahan

Balik semula ke pejabat imigresen, dan tunggu nombor giliran. Bila nombor dipanggil, pegawai akan mintak imbas semula cap jari anak dan cop jari sekali lagi. Ibu / bapa pun sama kena cop jari dan tandatangan borang. Passport lama yang dah dipotong akan diserahkan semula. Sebelum meninggalkan kaunter, pegawai akan mintak ibu / bapa semak maklumat dicetak atas passport baru betul dan takde kesilapan. PENTING SEMAK EJAAN NAMA, NOMBOR MYKID DAN TARIKH LAHIR ADALAH BETUL.

Kalau confirm betul, tahniah! Anak dah dapat passport baru!


Pengalaman Renew Passport Malaysia Kanak-Kanak
Khayla dan passport barunya

Kalau tak silap, boleh jugak hantar permohonan renew passport kanak-kanak secara dalam talian, tapi cuma boleh dibuat oleh ibu/bapa (selain tu tak boleh). Bila dah dapat email dari pejabat imigresen untuk datang ke pejabat imigresen dan ambik passport, kena bawak sekali anak sebab kena ambik cap jari. 

20 Comments

  1. alaa sian dia sampai tertido
    betul lama.menunggu ni
    emmm penat kan camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time nak cuba renew online, tgk jauh beza tak masa menunggu. Semalam saya datang pukul 2.30, ambik passport baru pukul 6.20 macam tu. Dekat.4 jam jugak menunggu.

      Delete
  2. ooo dah boleh walk in eh...nak buat la..passport SA dah mati 2020...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dah boleh walk in tak perlu buat appointment skrg.

      Delete
  3. Sekarang ni masing masing pakat renew passport. Tambah lagi urusan haji dan umrah. Itu yang menunggu lama tu. Jenuh tunggu lama tapi takpe, janji settle dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, klu berurusan dengan imigresen mmg kena allocate setengah hari bukan sebab dieorg lembap tapi sbb ramai org.

      Delete
  4. Passport saya mati tahun lepas. Malas betul nak renew. Tapi terpaksa buat jugalah, mana tahu tiba-tiba tergerak hati nak jalan-jalan ke luar negeri, tidaklah kelam kabut nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya buat online jadi takde la lama sangat menunggu turn nak pergi dari satu kaunter ke kaunter lain. Tak pun pergi waktu pagi supaya jadi org antara yang terawal ambik nombor giliran.

      Delete
  5. masa pergi utc hari ahad, tengok beratur panjang sampai keluar dkt tmpt makan...strict jg, ada code pakaian..rasanya org dewasa takde mcm tu..ntahlah, dah lama x renew passpot...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi pejabat kerajaan mmg ada etika berpakaian i.e. tak boleh pakai seluar pendek / skirt atas lutut etc.

      Hari bekerja pun dah panjang barisan apa lagi hujung minggu kan. Tapi service dorg agak efisyen la, salute dekat immigration.

      Delete
  6. wahh dh ada buku merah tu bolehla mai Jakarta.. hehehe

    ps. maaf tnye kes tertentu tu akak bwk surat apa lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak je renew passport dulu, mak bapak belum lagi hehe.

      Kes tertentu tu utk anak yg ibu bapa bercerai / yatim-piatu / anak angkat etc. Anak saya bukan bawah kes tertentu tu.

      Delete
  7. Gitu, lama jugak urusan renew passport.
    Selalu lalu pejabat imigresen sini, memang ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang memang ramai org tengah renew passport.

      Delete
  8. Okay, dah boleh pi Hatyai laa kita kan... moh laa kita..

    ReplyDelete
  9. Baru je renew passport untuk anak2 di utc sentul. Imigresen hanya perlukan document original dan tidak perlu salinan photocopy. Salinan hanya diperlukan jika memohon buat Kali Pertama Sahaja. Masa renew tadi, imigresen minta original sijil nikah, sijil kelahiran dan mykad jika umur anak 12 tahun dan pernah buat IC. Kalau tak , cukup dengan mykid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kongsi maklumat. Aah, satu lagi klu passport sebelum ni penjaga lain yg buatkan contohnya ibu yg tandatangan, tapi passport yg baru ayah pulak yang buatkan. Itu pun imigresen kat sana bgtau dieorg akan mintak salinan fotostat. So utk selamat bawak je la satu salinan.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .