Bulan lepas aku share pengalaman renew passport kanak-kanak di pejabat Imigresen sebab kanak-kanak bawah 13 tahun memang no choice kena walk in.

Kali ni aku nak share pulak pengalaman isi borang renew passport di portal Jabatan Imigresen sebab jujurnya bila aku mula-mula masuk aku pun terkedu gak tengok borangnya.


Persediaan Sebelum Isi Borang Online

  1. Pergi ke kedai gambar dan bagitau nak buat gambar passport untuk permohonan online. Pastikan pakaian memenuhi syarat Jabatan Imigresen sebelum pergi tangkap gambar (Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada, kalau berhijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka).
  2. Tauke akan tolong adjust gambar dan email soft copy ke email kita. Bila dah dapat gambar, download siap-siap ke dalam komputer / galeri gambar dan save nama kita.
  3. Ada online banking / kad debit / kad kredit untuk buat pembayaran online.
  4. Sediakan buku passport lama masa isi borang.


Cara-cara Mengisi Borang

1. Pergi ke laman web myonline passport.

2. Baca terma & syarat yang tertera kemudian klik butang 'Setuju'.

3. Dekat kategori permohonan, tandakan pemohon 18 tahun ke atas (melainkan pemohon ialah anak yang berusia 13 tahun - 17 tahun).

4. Di maklumat carian, isi nombor passport lama, kategori passport, nombor mykad dan kategori pengenalan diri. Pilih lokasi cawangan Imigresen untuk ambil passport yang dah siap kelak. Tekan butang 'Carian' lepas isi semua maklumat yang diminta:

Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online
Buat rakyat Sabah / Sarawak, pilih kategori passport Malaysia Sabah / Sarawak walaupun anda menetap di Semenanjung Malaysia

5. Muat naik gambar yang telah di save sebelum ni. Pastikan muka kita dalam bulatan biru tu (boleh adjust untuk besarkan / kecilkan). Bila dah puas hati, tekan butang 'hantar'.

6. Klik butang pengakuan pengesahan gambar, bila klik situ kita akan dibawa ke pop up window. Baca dan tick semua pernyataan yang tertera. Klik butang 'Teruskan':


Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online

7. Pastikan alamat rumah betul dan terkini, nama tertera seperti dalam kad pengenalan dan tick di persetujuan perakuan:


Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online

8.  Pembayaran online boleh dibuat sama ada melalui FPX (online banking) atau kad debit/kad kredit. Pembayaran dianggap selesai apabila status transaksi berjaya dan ada nombor rujukan pembayaran. Pastikan anda cetak resit (resit akan dimuat turun dari laman web ke komputer anda) menggunakan printer rumah. Kalau takde printer, ada je servis printing di cawangan Imigresen, biasanya dekat pintu depan tu (berbayar). Penting bawak hard copy resit semasa mengambil passport baru sebagai bukti transaksi pembayaran berjaya.


Panduan Isi Borang Pembaharuan Passport Online

Walaupun sebenarnya boleh je walk in, tapi aku prefer buat online sebab jimat banyak masa. Tapi nanti still kena berbaris ambil nombor giliran untuk ambil passport yang dah siap cuma masa di kaunter serahan passport tak selama menunggu buat passport secara walk in.

OK la, aku harap pengalaman aku ni membantu sesiapa yang nak perbaharui passport secara online. Sekiranya ada maklumat yang bercanggah / kurang tepat, harap boleh bagitau di komen supaya aku boleh betulkan ye.

24 Comments

  1. wahh buku merah baharu ni cikkak nak terbang kemana pulak pasni., hehehe

    ReplyDelete
  2. since balik hari tu, x de pun wat pasport lagi...memang x rajin nak terbang2 ni.. tapi windu gak...naik flight, tarik luggage kat airport...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya buat passport kena bayar 300, jadi sementara caj masih 200 kita renew je la :D

      Delete
  3. Dah boleh walk-in ya untuk renew?
    Akak ada plan nak buat jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah boleh Kak Ujie, tapi klu nak jimat masa buat online pun senang jugak.

      Delete
  4. tq share.. lepas ni bt online lebih senang dan jimat masa dr beratur panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. betul tu, hari tu pegi buat passport anak setengah hari jugak kena tunggu di pejabat imigresen (3ptg - 7ptg). Itu hari biasa, klu hari minggu dengar cerita lagi lama.

      Delete
  5. Kak Sue pun plan nak buat passport jugak, tapi untuk pertama kali. Rasanya kena walk in jugak kan..

    ReplyDelete
  6. Saya kena walk in juga ni. Tak yakin pula nak buat secara online walaupun nampak lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba, belum tahu Kak Amie. Yakin Kak Amie pun boleh buat secara online :)

      Delete
  7. berharap ada juga buat passport nanti...sekarang belum plan lagi nak ke oversea kecuali nak buat umrah atau haji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, semoga tercapai hasrat ke Tanah Suci.

      Delete
  8. buat masa ni passport masih valid. harap masa saya nak renew nanti dah berganda-ganda mudah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Pernah terbaca Finland bakal bertukar ke digital passport so tak perlu nak buat buku passport lepas ni.

      Delete
  9. Oh! still kena ambil gambar juga ya... Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih perlu. Gambar tu kena ambik di foto studio, polaroid atau phone camera tak dibenarkan.

      Delete
  10. Terus rasa, bersyukurnya dah siap renew masa nak gi Umrah tu, Abang Sabar pun dah settle dah.. sekarang makin rumit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu bukan lagi susah ke, nak kena buat appointment dulu?

      Delete
  11. Sekarang semua senang...bahagian kaunter pun senang tak yah buka dah kaunter sebab selama ni pun satu je kaunter buka hehe.
    Tunggu saja nanti zaman guna matawang kripto pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunggu zaman pakai digital passport je hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .