Breakfast date minggu lepas

Setahun lepas aku tender resignation, aku beranggapan lepas ni hubungan dengan colleagues akan menjadi renggang. Sangkaku, dieorang pastinya akan semakin lama menyisihkan aku sebab kami dah takde lagi hubungan kerja dan kehidupan masing-masing pun dah berbeza. 

Ni semua berdasarkan pengalaman aku masa ambik cuti tanpa gaji setahun lepas Khadeeja lahir. Masa tu takde siapa pun yang bertanya khabar atau ajak keluar makan bersama-sama, so my life revolved only around my small children. Nak ajak Suami Terchenta berborak pun ditanya sepatah dijawab sepatah (sebab dia bukan seorang yang talkative, sampaikan aku yang kena mengorat dia mula-mula dulu haha!). Sebab tu bila aku come across confessions ibu-ibu beranak kecik suri rumahtangga mengadu betapa life dieorang sunyi, aku sangat memahami perasaan dieorang sebab dah pernah melaluinya.

So bila aku resign setahun lepas, aku dah bersiap-sedia mentally dan emotionally untuk lalui balik pengalaman tu.  Tapi syukur alhamdulillah, kali ni my circle of colleagues (sekarang ex-colleagues) bukan macam yang dulu. Itulah hikmahnya aku berpindah ke Bintulu lepas habis cuti tanpa gaji. Aku dipertemukan dengan rakan-rakan ofis yang sangat baik dan hubungan kami ibarat keluarga. Tipulah kalau kata takde bergaduh langsung hal-hal kerja. Ada! Gaduh sampai bermasam muka, tak bertegur-sapa, dipanggil masuk ofis kena marah boss semua tu berlaku. Tapi umpama carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum semula hubungan kami akan pulih dan krisis tu akan jadi bahan usikan dan gelak tawa sekarang.

Jarang jumpa kawan-kawan ofis yang lepas habis waktu bekerja pun akan lepak bersama. Memandangkan aku single mom dengan 2 orang anak kecik sepanjang menetap di Bintulu (Suami Terchenta sekali-sekala balik), selalu la dinner dengan kawan ofis merangkap BFF bila suaminya bekerja syif malam. Kadang-kadang bila meeting kami habis lewat, kawan-kawan ofis kaum mak-mak ni akan tolong ambikkan anak masing-masing di taska atau di sekolah. Contohnya meeting aku habis lewat, BFF aku akan ambikkan Khayla & Khadeeja dan bawak anak-anak balik ke rumah atau keluar makan. Cikgu taska pun dah masak dengan perangai kami.

Bila Hari Raya pulak, kami akan berkonvoi beramai-ramai bertandang ke rumah masing-masing untuk beraya. Sampai jadi tradisi wajib kami bertahun-tahun sampai la Covid melanda. Memang meriah raya bila group Whatsapp kecoh dengan plan rumah siapa dulu yang kami akan serang. 

Bila pindah ke KL, hubungan rapat ni terbawak-bawak ke KL. Masih lagi keluar bersama, dieorang masih lagi include aku dalam Whatsapp group alumni ofis Bintulu. Dan sekarang bila aku dah berhenti kerja dieorang masih ajak aku keluar lepak bersama-sama macam sebelum ni. Aku sangat beruntung berjumpa dengan orang yang baik-baik di tempat kerja. Semoga persahabatan kami terus kukuh sampai bila-bila.

16 Comments

  1. memang best juga bersilaturrahim dengan geng ofis....apatah lagi sudah menjadi ex-colleagues

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila geng ofis dah anggap macam ahli keluarga,walaupun dah tak sama tempat kerja ukhwah tu terus berkekalan.

      Delete
  2. alhamdulillah..dpt kawan2 yg baik pun rezeki jugak..moga berkekalan ukhwah yg terbina tu...aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen... mmg rezeki jumpa org baik2 di tempat kerja sbb kebanyakan masa dihabiskan di tempat kerja selain di rumah.

      Delete
  3. Alhamdullilah.. seronok kan dapat kawan-kawan yang baik macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga ukhuwah kami berpanjangan ameen YRA…

      Delete
  4. Seronoknya masih berterusan. Buat konvoi teringat pula masa sekolah. Konvoi naik basikal beraya bersama-sama. Hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..salah satu bentuk rezeki.

    Ehh..ada terselit kisah cinta! Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajam mata Kak Ujie baca part tu ye hehe. Alhamdulillah kawan2 yg baik ialah rezeki istimewa.

      Delete
  6. Alhamdulillah. Semoga ukhuwah berkekalan

    ReplyDelete
  7. Lah baiknya kawan-kawan...

    Lah cantiknya bekas air pink tu....

    ReplyDelete
  8. Mempunyai sahabat baik memang satu rezeki.
    Biasanya kalau saya rasa stress di tempat kerja, saya rasa berat hati hendak datang kerja. Tetapi apabila teringat ada kawan-kawan, stress itu berkurangan.

    ReplyDelete
  9. Susah nak jumpa kawan-kawan macam ni, Carneyz. Rejeki tu... :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .