Makan Malam di Kelab Kidurong Bintulu (KKB)

Asal balik ke Bintulu je, ni la salah satu restoran yang wajib kiteorang singgah sebab anak-anak suka sangat menu di restoran ni. Masing-masing ada menu favourite - Khayla suka steamed cod fish dan Khadeeja pulak suka butter prawn dan sayur cangkuk manis tumis telur. Suami Terchenta pulak suka ayam kampung goreng Taiwanese style.

Kiteorang ni dah boleh dikira sebagai pelanggan setia sampaikan setiap kali kiteorang datang je, staff restoran yang dah senior akan sambut kiteorang dengan soalan - 'Bila sampai dari KL? Menu biasa ke?' 🤭 Belum buat pesanan lagi dieorang dah tau kiteorang nak apa hihi.


Kelab Kidurong Bintulu
Kelab Kidurong Bintulu


Kelab Kidurong Bintulu
Nama restoran ni Yam Catering. Dulu masa aku masih bekerja di Bintulu, kalau ada company event / VP kiteorang turun dari KL untuk bermesyuarat, restoran ni la selalu jadi pilihan lokasi makan malam

Antara menu yang kiteorang biasa order di sini:

Kelab Kidurong Bintulu
Butter prawn - kadang-kadang aku dan Khadeeja akan berebut serdak telur atas udang tu sebab sedappp

Kelab Kidurong Bintulu
Steamed cod fish - Khayla suka kuah ikan ni. Aku pernah try buat dekat rumah tapi tak sama rasanya padahal nampak macam tak banyak je bahan-bahannya

Kelab Kidurong Bintulu
Ayam kampung goreng Taiwanese style - yang ni sedap dengan aroma serai dan daun kari, ada rasa kicap, sos tiram dan selebihnya aku tak tau 😅

Kelab Kidurong Bintulu
Sayur cangkuk manis tumis telur kesukaan Khadeeja. Aku lebih suka yang di restoran nasi ayam tempoh hari


Kelab Kidurong Bintulu
Peria salted egg ni pun sedap tapi aku dan mak je yang makan, yang lain semua tak reti makan sebab pahit. Yang lebih kiteorang tapau bawak balik

Kelab Kidurong Bintulu
Burp, alhamdulillah! 

Kalori keluar, kalori masuk...

Bila asyik makannnn je kan, tetiba rasa insaf, rasa macam  kena buat sesuatu untuk bakar kalori berlebihan dalam badan - dalam erti kata lain, lelemak yang dah mula buat aku ghisauuuu...

Maka sekali lagi aku pergi brisk walk di Tanjung Batu pagi Isnin lepas. Alhamdulillah berjaya dapat 10 ribu langkah. 

 
Rasa segar badan lepas mengeluarkan peluh pagi-pagi. Ni bukti aku tak statik tau, tengok background selfie tu lokasi lain-lain 😝

Bintulu
Hello, Tanjung Batu!

arca anak Bintulu
Kebetulan air surut pagi tu, boleh la aku memanjat bukit kecik ni untuk melawat arca burung bangau dekat atas nun

Burung bangau
Bangau mendoniaaa...

Lepas berjaya dapat 10 ribu langkah, maka timbullah rasa ujub dan takbur dalam diri, konon-konon dah kurang la berat tu so boleh la self-reward dengan makan laksa Sarawak semangkuk 😂. Haiiiii... Carneyz, Carneyz! Bila la nak kurus macam ni? 😜

Mula-mula nak singgah repeat mee kolok di Mangkok Bocor tapi rupa-rupanya dieorang tutup hari Isnin! Jadi kiteorang melencong ke restoran Dapo Bonda yang tak jauh dari situ. Dapo tu ialah perkataan 'dapur' dalam bahasa Melayu Sarawak.


Dapo Bonda
Kuah laksa sedap tapi yang lain-lain so-so je. Sambal tu takde rasa udang kering so agak hambar. Instead of daun ketumbar, dieorang letak daun sup. Hmm. Kurang menepati citarasa aku.

Dapo Bonda
Mee kolok ayam - Khayla kata sedap dan dia suka versi yang ni dari mee kolok di Mangkok Bocor

Dapo Bonda
Roti canai tsunami pilihan mak aku. Yang ni sedap so kalau ke sini lagi aku nak order roti canai dieorang je, taknak dah repeat laksa

Macam tu la aktiviti aku di Bintulu. Lepas penat-penat bakar kalori, masukkan balik kalori yang baru. Balik KL nanti mesti diet!

Aktiviti Hari Ahad

Selepas Subuh, kiteorang keluar untuk aktiviti brisk walking di Tanjung Batu. Kali ni anak-anak pun ikut sekali sebab dieorang nak bermain di tepi pantai. Sementara anak-anak ambil angin di tepi pantai dengan Suami Terchenta, aku pulak pergi brisk walk sorang-sorang. Sambil berjalan aku layan view cantik sepanjang laluan brisk walk:


Langit yang cerah tanpa tompokan awan memantulkan warna biru ke permukaan air laut

Sampan nelayan di gigi air

Imej pokok di atas permukaan air seakan-akan pantulan cermin

Terapi mata...

Selesai brisk walk, aku pun join dieorang lepak di tepi pantai sambil menikmati suasana tepi laut. Suami Terchenta dan Khadeeja tengah melempar batu ke dalam air bertanding batu siapa yang paling banyak 'melompat' atas air sebelum tenggelam. Dua beranak ni pantang jumpa air tak kira la air laut ke, air sungai ke, memang tu la aktiviti kegemaran dieorang.


Aktiviti anak-beranak bila lepak di tepi pantai

Bila hari dah semakin panas, aku ajak dieorang ke pasar tamu sebab nak cari udang galah lagi, tapi kali ni nak cari udang galah bersaiz besar dengan penyepit biru. Alhamdulillah kali ni langkah kanan, dapat la beli sebekas (6 ekor semuanya) dengan harga kayangan - terbang RM100 untuk sebekas udang galah ni 😅 Takpe, sekali-sekala kan...


Seekor ni sebesar tapak tangan aku, uolls!

Terjumpa ulat sagu / ulat mulong jugak di pasar. Yang ni harga mur-mur pun tak sanggup aku nak beli 😅

Rezeki aku terjumpa peniaga menjual telur ikan terubok jugak. Ni pun benda 'rare', susah nak dapat. Sebekas harganya RM10. 

Balik dari pasar tamu, kiteorang singgah sarapan pagi di restoran Mangkok Bocor. Aku pesan mee kolok tendon, yang lain pesan mee kolok daging. Rasanya ok la, walaupun daging tendon tu kenyal sikit. Boleh repeat tempat ni lain kali.


Mee kolok tendon di Mangkok Bocor

Tengahari tu, mak masak udang galah cincang untuk makan tengahari. Menu ni favourite kiteorang adik-beradik dari kecik lagi. Disebabkan udang galah ni mahal sejak azali, jadi nak bagi setiap orang dapat merasa udang galah, mak cincang daging udang galah supaya isinya banyak. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan sedikit belacan yang dah blend halus sampai naik bau, lepas tu masukkan daging udang galah yang dah dicincang tadi tu ke dalam tumisan. Yang bagi hidangan ni nampak kemerah-merahan ialah dari otak udang tu yang mak dah keluarkan dari kepala udang. Masa mak masak udang galah cincang ni, semerbak bau dekat dapur tau! Memang kelaut la diet aku sepanjang di kampung 😂.


Udang cincang ni resipi yang arwah nenek turunkan kepada mak dan seterusnya mak turunkan dekat aku dan adik-beradik lain (siapa yang rajin ke dapur laaa)

Udang galah cincang ni gaul dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah-tambah nasi dibuatnya 🤭. Tambah-tambah lagi ada sayur midin dan telur ikan terubok masin goreng 😋. Alhamdulillah, tercapai hajat aku nak menikmati hidangan air tangan mak ni.

Sebelah malam pulak, kiteorang menghantar Suami Terchenta dan Khadeeja ke airport sebab flight dieorang malam tu. Aku dan Khayla pulak balik petang Selasa. Alhamdulillah, dieorang selamat sampai ke rumah pukul 12.45 pagi. Esoknya dah nak sekolah. Nasib baik la Khadeeja sekolah sesi petang 😅.


Bye, Khadeeja!

Pesta Gudi (Pesta Layang-layang) @ Bintulu International Kite Festival (BIKF)

Salam Isnin kawan-kawan,

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak. Cuti seminggu ni rasa sekejap je kan. Pejam celik pejam celik, dah habis cuti. Suami Terchenta dan Khadeeja dah balik ke KL malam tadi. Aku dan Khayla pulak ada urusan dan akan pulang ke KL pada hari Selasa ni, Insha Allah.

Kebetulan masa kiteorang balik ke Bintulu cuti sekolah baru-baru ni, berlangsungnya Pesta Layang-layang (atau dalam bahasa Sarawak, Gudi) yang sekarang ni dikenali sebagai Bintulu International Kite Festival (BIKF). Seramai 160 peserta dari 29 buah negara menyertai BIKF pada tahun ni. Meriah kan?


Pesta Layang-layang Bintulu
Bintulu International Kite Festival 2025 yang berlangsung dari 17 - 21 September 2025

Acara ni diadakan pada bulan September setiap tahun. Tak pasti pulak bila ianya mula-mula dianjurkan, tapi dulu masa aku masih menetap dan bekerja di Bintulu, setiap tahun memang tak pernah fail bawak anak-anak ke BIKF menyaksikan layang-layang dari seluruh pelusuk dunia. 


Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Masa ni umur Khadeeja baru setahun lebih, sekarang dah tingkatan satu ☺️

Alhamdulillah tahun ni keadaan cuaca dan angin memberikan kerjasama yang baik walaupun 2-3 hari selepas aku sampai dari KL cuaca asyik hujan je dari pagi ke tengahari 😅. Tapi bila pesta ni bermula, helokkk pulak panas terik dan berangin. Mungkin sebelum penganjur menetapkan tarikh pesta, dieorang dah rujuk dengan pakar meteorologi dan ramalan kaji cuaca terlebih dulu kot.


Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Pemandangan layang-layang gergasi berterbangan di langit biru di landasan lapangan terbang lama Bintulu

Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Macam-macam binatang ada - ikan paus, cicak, buaya, ikan pari...

Pesta Layang-layang Bintulu
Close-up view

Selain dari pertunjukan layang-layang, ada jugak persembahan layang-layang 'menari' berirama. Yang ni memerlukan koordinasi antara pemain layang-layang untuk membuat pusingan serentak macam kita tengok pertunjukan udara jet pejuang masa acara perbarisan Hari Kebangsaan.


Pesta Layang-layang Bintulu
Layang-layang ni 'menari' mengikut lagu yang dimainkan

Tahun ni ada sedikit kelainan sebab sebelah malam ada pertunjukan layang-layang dengan lampu LED. Tapi kiteorang malas nak keluar tengok sebab dah pergi siang hari. Korang boleh cari je dekat reel Instagram atau Tiktok.


Pesta Layang-layang Bintulu
Ni la masanya nak tengok sotong terbang 😂 Nasib baik bukan lembu atau oink oink terbang!

Pesta Layang-layang Bintulu
Layang-layang ikan pari dengan corak Jalur Gemilang. Berapa lama la agaknya masa diperlukan untuk buat layang-layang gergasi bermacam-macam bentuk ni?

Pesta Layang-layang Bintulu
Di seberang jalan ada banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan terutama makanan dan minuman untuk menarik lebih ramai pengunjung ke BIKF, selain menjana pendapatan peniaga tempatan

Pesta Layang-layang Bintulu
Wide lens view. Alhamdulillah cuaca elok dan langit pun cantik je dengan tompokan awan putih


Pesta Layang-layang Bintulu
Selfie sekeping sebagai bukti kedatangan tahun ni 😄

Ke Pasar Tamu Bintulu Sekali Lagi

Pasar Tamu Bintulu

Lepas orang servis aircond datang ke rumah, aku dan mak ke pasar tamu sebab nak beli bahan-bahan untuk masak tengahari. Kali ni dah ramai peniaga di pasar tamu. Jom tengok apa yang menarik dijual di sini:


Sayur paku segar dipetik dari hutan. Sedap tumis dengan belacan Bintulu 👍🏻 Yang kat bawah tu aku tak tau daun apa, lupa nak tanya mak 😜

Sayur midin seikat RM3. Makan dengan linut dan sambal belacan sedap! 🤤


Cuba teka ni apa? Hint: Kalau dimakan mentah, boleh mabuk dibuatnya
  
Sayur yang lazim di Sarawak - ensabi Iban / sawi Iban. Rasanya pahit sikit. Sama ada ditumis atau diawet untuk dibuat pekasam, ada yang gelar sayur yang dah diawetkan ni 'kimchi Iban'.

Buah engkalak susu - jarang jumpa yang warna putih ni. Biasanya jumpa engkalak warna pink. Cara penyediaan - rendam dalam air panas sampai isinya lembut. Gaul dengan garam dan makan. Rasanya berlemak macam avokado, sebab tu dapat jolokan nama avokado Malaysia

Yang dalam bakul hijau tu ialah bawang dayak, menurut peniaga. Aku pun first time tengok bawang ni. Bila aku Google, rupa-rupanya banyak khasiat bawang dayak dan dijadikan sebagai ubat atau dicampur dalam masakan

Umbut kelapa ni mesti tak asing lagi dengan korang kan? Susah betul nak jumpa dekat sini, selalunya orang jual umbut nipah. Tetiba terus teringin nak makan umbut kelapa masak lemak 😋

Udang ni kiteorang panggil 'bubuk' - selalunya dijemur untuk buat belacan Bintulu

Selain dari sayur-sayuran dan hasil tangkapan sungai / laut, ada jugak gerai yang menjual hasil kraftangan anyaman. Cantik-cantik semuanya, harga pun berpatutan

Sebelum balik, singgah jugak di PUB mencari ikan kelapa. Ikan favourite aku ni, manis isinya. Biasanya aku gaul dengan serbuk kunyit dan garam, lepas tu goreng. Harga ikan ni RM6 sekilo. Memang ikan untuk rakyat marhaen.


Ikan kelapa

Kejadian hasil tangkapan di pasar tamu dan PUB. Alhamdulillah, sedap air tangan mak ❤️. Aku goreng ikan je 🤭

Aku beli udang galah jugak sebab teringin nak makan udang galah panggang. Malam tu Suami Terchenta tolong panggangkan udang dan sosej. Manis dan segar isi udang galah ni sebab udang yang ditangkap di sungai di Sebauh, bukan udang bela dalam sangkar.


Semerbak bau udang galah panggang ni 😍