Salam Isnin kawan-kawan,
Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak. Cuti seminggu ni rasa sekejap je kan. Pejam celik pejam celik, dah habis cuti. Suami Terchenta dan Khadeeja dah balik ke KL malam tadi. Aku dan Khayla pulak ada urusan dan akan pulang ke KL pada hari Selasa ni, Insha Allah.
Kebetulan masa kiteorang balik ke Bintulu cuti sekolah baru-baru ni, berlangsungnya Pesta Layang-layang (atau dalam bahasa Sarawak, Gudi) yang sekarang ni dikenali sebagai Bintulu International Kite Festival (BIKF). Seramai 160 peserta dari 29 buah negara menyertai BIKF pada tahun ni. Meriah kan?
 |
| Bintulu International Kite Festival 2025 yang berlangsung dari 17 - 21 September 2025 |
Acara ni diadakan pada bulan September setiap tahun. Tak pasti pulak bila ianya mula-mula dianjurkan, tapi dulu masa aku masih menetap dan bekerja di Bintulu, setiap tahun memang tak pernah fail bawak anak-anak ke BIKF menyaksikan layang-layang dari seluruh pelusuk dunia.
 |
| Masa ni umur Khadeeja baru setahun lebih, sekarang dah tingkatan satu ☺️ |
Alhamdulillah tahun ni keadaan cuaca dan angin memberikan kerjasama yang baik walaupun 2-3 hari selepas aku sampai dari KL cuaca asyik hujan je dari pagi ke tengahari 😅. Tapi bila pesta ni bermula, helokkk pulak panas terik dan berangin. Mungkin sebelum penganjur menetapkan tarikh pesta, dieorang dah rujuk dengan pakar meteorologi dan ramalan kaji cuaca terlebih dulu kot.
 |
| Pemandangan layang-layang gergasi berterbangan di langit biru di landasan lapangan terbang lama Bintulu |
 |
| Macam-macam binatang ada - ikan paus, cicak, buaya, ikan pari... |
 |
| Close-up view |
Selain dari pertunjukan layang-layang, ada jugak persembahan layang-layang 'menari' berirama. Yang ni memerlukan koordinasi antara pemain layang-layang untuk membuat pusingan serentak macam kita tengok pertunjukan udara jet pejuang masa acara perbarisan Hari Kebangsaan.
 |
| Layang-layang ni 'menari' mengikut lagu yang dimainkan |
Tahun ni ada sedikit kelainan sebab sebelah malam ada pertunjukan layang-layang dengan lampu LED. Tapi kiteorang malas nak keluar tengok sebab dah pergi siang hari. Korang boleh cari je dekat reel Instagram atau Tiktok.
 |
| Ni la masanya nak tengok sotong terbang 😂 Nasib baik bukan lembu atau oink oink terbang! |
 |
| Layang-layang ikan pari dengan corak Jalur Gemilang. Berapa lama la agaknya masa diperlukan untuk buat layang-layang gergasi bermacam-macam bentuk ni? |
 |
| Di seberang jalan ada banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan terutama makanan dan minuman untuk menarik lebih ramai pengunjung ke BIKF, selain menjana pendapatan peniaga tempatan |
 |
| Wide lens view. Alhamdulillah cuaca elok dan langit pun cantik je dengan tompokan awan putih |
 |
| Selfie sekeping sebagai bukti kedatangan tahun ni 😄 |
comel jer gudi cicak..hehehehehe
ReplyDeleteHaha. Macam2 binatang ada Kak Fzy 😆
DeleteKembali ke rutin
ReplyDeleteBesttt nya cantikkk layang2
Teringatt pula zaman kanak2 musim angin aktivitinya mesti majn layang2 buat dgn kertas je
Memang best, setiap tahun pesta ni menarik ramai pengunjung yg datang nak tengok layang-layang gergasi. Dulu masa anak2 kecik, rajin ler kiteorang belikan layang2 utk dieorang main sekali dekat situ.
DeleteMenariknya! Kita tengok layang2 dekat Taman Metropolitan Kepong tu pun dah rasa meriah, ini kan pula festival macam ni kan...
ReplyDeleteEh eh, baru teringat Taman Metropolitan Kepong tu tempat main layang2. Dulu masa anak2 masih kecik pun pernah bawak dieorang main layang2 dekat situ. Suasana dekat Pesta Gudi. ni memang meriah setiap tahun sis 😄
Deletemcm2 bentuk layang2 tu
ReplyDeleteSeronok tengok macam2 rupa & gaya layang2 dekat pesta ni 😄
Deleteteringat tahun lepas saya mai bintulu tgh berlangsung pesta layang-layang ni.. tapi tak singgah, tengok sambil lalu je dari dalam kenderaan. sebab otw nak masuk ke long mekapan.. done follow
ReplyDeletetengok sambil lalu pun seronok jugak. Kiteorang pun tak lama kat situ sebab cuaca panas terik. Setakat ambik gambar dan tengok persembahan layang-layang terbang berirama je, lepas tu balik 😄
DeleteFirst time tengok cicak terbang! chomel!
ReplyDeleteCicak, buaya, sotong, ikan paus, ikan pari semuanya berterbangan masa pesta ni hehe
DeleteMeriahnyerr uollls main layang2.. hehe
ReplyDeleteKat sini dah jadi acara tahunan Wak, bulan September je mesti ada Pesta Gudi ni
DeleteCantiknya layang2 ni. Jadi berwarna warni kat atas tu. Tak pernah tengok layang2 sebanyak ni lagi.
ReplyDeleteNi memang acara tahunan dekat tempat saya sis Ezna. Memang cantik tengok layang2 pelbagai rupa & saiz berterbangan
Delete1st time dgr perkataan 'gudi'. cute2 belaka la layang2 tuuu
ReplyDeleteGudi tu layang-layang dalam bahasa Sarawak hehe
DeleteSungguh luar biasa, pesertanya banyak sekali
ReplyDeleteModel atau bentuk layangannya juga ini dan menarik
Ya, pesta ni menarik kedatangan ramai orang dari dalam dan luar negara. Macam-macam layang-layang yang dipamerkan semasa pesta ni 😃
Deletebestnyaaaa...macam- amcam jenis dan bentuk layang- layang ada...seronok...
ReplyDeletebest sangat SA. Setiap tahun acara ni yang ditunggu2 oleh orang kat Bintulu 😄
DeleteSelain cara buatnya, saya juga terpikir macam mana cara menerbangkannya 🤣. Saya pernah main layangan, kecil saja, itupun susah sangaaaat nak terbang ,🤣🤣🤣. Trakhir menonton festival layangan saat masih sekolah dasar, di Bali.
ReplyDeleteLayang2 perlu angin yang kuat untuk terbang. Saya pun tak pasti macamana dieorang terbangkan layang2 gergasi ni. Tapi di sini memang anginnya sangat kuat, sebab dulu tempat ni ialah landasan bandara lama.
Delete