Awal bulan lepas, kawan kami masa sama-sama buat MBA di UM 10 tahun dulu bukak kafe Homebaker@Clover cawangan Damansara. May ialah kawan sekelas dalam subjek Asas Pemasaran dan kami berkenalan semasa sama-sama tengah mencari lokasi surau di bangunan fakulti masa tu.
Lepas dari tu kami selalu buat kerja kumpulan bersama-sama. Bila dah grad, kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar. Sekarang dia tengah sibuk menyiapkan projek PhD pulak. Wah, kelas kau May! Macam la sambung PhD tak cukup sibuk, pegi bukak kafe pulak sekarang!
Jadi sebagai tanda sokongan, minggu lepas since anak-anak cuti peristiwa, aku bawak la anak-anak pegi ke kafe May. Lagipun sejak pindah KL kiteorang belum sempat lagi berjumpa. Aku pergi ni konon-konon nak buat surprise la tapi hampir-hampir tak menjadi sebab May takde kat kafe.
Kafe ni terletak di Menara TH Uptown, nak senang parking je kat basement. Kalau hujung minggu tempat ni agak sesak jadi aku memang tunggu peluang untuk datang hari biasa dengan anak-anak terutama Khadeeja yang sememangnya peminat cinnamon roll.
Dalam kafe agak luas jugak dengan dekor minimalis.
Apa yang menarik di kafe Homebaker@Clover ni ialah ada lebih dari 20 jenis cinnamon roll dijual kat sini. Semuanya nampak menarik dan sedap!
Peminat cinnamon roll mesti rambang mata nak pilih yang mana satu sebab kalau ikutkan hati nak borong semua je hehe.
Terdapat lebih dari 20 jenis cinnamon roll yang ada di Homebaker@Clover |
Bagi yang tak gemarkan kayu manis, boleh pilih sama ada nak cuba sejenis roti atau kek dari Timur Tengah dipanggil ‘babka’ atau ‘bagel’.
Ejaan yang betul sebenarnya ‘babka’ |
Homebaker@Clover ni milik sepenuhnya pengusaha Muslim, Rosli Jaafar. Walaupun berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang teknologi maklumat, minatnya ‘baking’ mendorong dia untuk beralih ke bidang bakeri pada usia 54 tahun. Sekarang dia ada beberapa buah cawangan Homebaker@Clover dan beberapa francais, termasuk yang diuruskan oleh kawan kami, May. Wow, it’s not too late to pursue your passion, guys!
Khadeeja pilih cinnamon roll original dengan aising krim keju |
Khayla & aku mencuba chocolate roll |
Dekat kafe ni pun ada nasi lemak daun pisang kalau tak rasa nak makan roti.
Sedang menghabiskan makanan, tiba-tiba May muncul. Alhamdulillah, ada jugak rezeki berjumpa dengan May. Lama kami bersembang bertanya khabar tentang pensyarah dan kawan-kawan sama kursus dulu. Sempat lagi May bergosip siapa yang tak terkandas tengah-tengah buat Masters, siapa yang dah migrate overseas dan macam-macam lagi topik hihi.
Anyway tahniah buat May atas pembukaan cawangan Homebaker@Clover di Damansara Uptown. Semoga kafe makin maju dan mampu bersaing dengan kafe-kafe di luar sana!
Nota kaki: Sedang berusaha menjadi seorang blogger yang berjaya sebab passion aku ialah menulis hehe.