| Louis tak suka la Bapak kacau Louis nak tidur ni! |
Louis dah makin gebu-gebas sekarang ni berbanding dengan masa mula-mula kami adopt dia di SPCA.
Aku baru tau sebenarnya ada carta yang mengukur kategori berat kucing dipanggil 'Chonk Chart':
![]() |
| Sumber imej: www.sunnyskyz.com |
Louis dalam kategori mana? Masa mula-mula di adopt, Louis dalam kategori 'He Chomnk':
![]() |
| Louis masa di SPCA lagi memang dah gebu... |
Awal-awal dulu dia suka meneroka setiap inci rumah - belakang katil, bawah kabinet, dalam kabinet dan semua ceruk yang sempit tu la.
Sekarang ni ceruk-ceruk tu dah tak muat untuk dimasuki oleh Louis. kami semua sependapat sekarang Louis dalam kategori 'A Heckin' Chonker':
| Bila kakak pergi sekolah, dia lepak dalam bilik kakak |
| Dah bosan dalam bilik lepak pulak atas kerusi meja makan |
Budak ni pantang dengar makanan dia keluar dari auto-feeder, gebu-gebas tu pun laju jugak dia berlari bila time makan. Itulah keistimewaan si Louis ni. Telinga dia extra peka bab-bab makanan keluar. Lepas makan dia cari port lepak dan tidur.
| Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati... |
Dah petang-petang sikit dia macam tau-tau je kakak-kakak dia nak balik sekolah. Masa tu dia akan lepak depan pintu tunggu kakak balik.
| Sat gi kaki terkepit dekat penyendal pintu baru tau erti penyesalan Louis! |
Apapun, dialah penyeri rumah ni. Tukang sibuk (aku bersenam depan TV time tu jugak dia sibuk nak baring-baring dekat kaki, ada gak terpijak perut tu karang Louis oi!), tukang buat bising iya jugak (sejenis kucing yang suka melayan berborak. Setiap kali aku tanya soalan, dia akan mengiau balik). Tapi dia pantang kena ambik dan suruh duduk atas pangku. Dia tak suka. Silap hari bulan dia cakar kalau cuba letak dia atas pangku.
Korang yang ada bela kucing, apa tabiat kucing korang yang paling menghiburkan?






