• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, February 21, 2023

Hari Anugerah Sekolah Anak-anak

Ahad lepas, aku dan Suami Terchenta menghadiri majlis penghargaan sekolah anak-anak di mini auditorium MATIC. Walaupun anak-anak tak dapat anugerah pencapaian akademik terbaik, tapi kiteorang tetap gembira sebab dieorang dapat anugerah 'most improved' dalam subjek Islamic Studies dan Bahasa Melayu. Semoga tahun depan akan dapat anugerah pencapaian akademik terbaik pulak.




Khayla jugak dapat sijil penghargaan pengawas sekolah dan anugerah 'Most Talented Teacher's Assistant' sebab dia paling rajin tolong cikgu di sekolah. Sejuk hati mommy dapat tau Khayla terima anugerah ni 😘 Di tadika dulu pun pernah dapat anugerah khas sebab dia rajin tolong cikgu di sekolah, kalau dia nampak cikgu bawak buku-buku berat dia akan offer untuk bawak buku.

Semua pelajar terlibat dalam persembahan majlis. Khadeeja menyanyi koir lagu nasyid manakala Khayla pulak membuat persembahan lakonan bersama-sama rakan-rakan sekelas.

Persembahan koir lagu nasyid oleh Khadeeja dan rakan-rakan sekelas


Akhir sekali semua pelajar turun ke pentas dan bagi sekuntum bunga kepada ibubapa masing-masing sebelum semua naik ke pentas untuk mengambil gambar beramai-ramai.


Kenangan majlis penghargaan sekolah tahun 2022

Tahniah Khayla dah kawan-kawan sebab dah tamat darjah enam! Semoga sukses di sekolah baru masing-masing.


Khayla dah tamat sekolah rendah!

Read more »
on Tuesday, February 21, 2023 16
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, February 20, 2023

Cuti Sekolah dah Bermula!

Kredit: Google

 
Semalam dengan berlangsungnya majlis apresiasi sekolah anak-anak, maka bermulalah cuti akhir tahun persekolahan tahun 2022. 

Buat mak bapak sekalian, bertabah la ye! Tergelak bila baca status FB Sislin pagi tadi katanya jiran di hujung lorong dah mula terpekik terlolong macam tarzan bila anak-anak di rumah 😂 

Korang dah ada plan ke nak bawak anak-anak jalan-jalan atau balik kampung cuti sekolah ni? Kiteorang ni macam biasa, tak de plan sebab Suami Terchenta (macam biasa) sibuk dengan projek di pejabat. Anak-anak pun lebih suka memerap di rumah dari keluar berjalan-jalan.

Apapun, selamat bercuti sekolah buat anak-anak semua. Kita bagi can untuk dieorang merehatkan minda cuti sekolah ni sebelum bermula alam persekolahan tahun 2023 pulak. Hmm... bila la agaknya jadual sekolah akan back to normal iaitu dari bulan Januari - Disember? Pendapat korang, lebih baik back to normal atau ikut jadual sekarang iaitu Mac - Februari?

Read more »
on Monday, February 20, 2023 24
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, February 20, 2023

Mencuba Xiao Long Bao di DIN by Din Tai Fung KLCC

Throwback kisah hujung bulan lepas.


DIN by Din Tai Fung KLCC

BFF Nurul ajak keluar makan lepas habis waktu kerja. Mula-mula pilih nak ke Ben's KLCC. Lepas tu tiba-tiba tukar fikiran pulak, katanya mengidam nak makan kepah di Two Sons Bistro. Tapi aku pulak tak minat Two Sons Bistro. Entah macamana end up ke DIN by Din Tai Fung. OK la, aku pun tak rasa nak makan berat sebelah malam.

(Untuk mengelakkan salah faham, Din Tai Fung ada membuka cawangan DIN by Din Tai Fung di Malaysia yang menyediakan Muslim-friendly food menggunakan bahan-bahan dari sumber yang halal dan kaedah yang halal. Di Indonesia dan negara Timur Tengah pun ada lebih dari 10 cawangan mereka yang Muslim-friendly. Cumanya kalau cari logo halal memang takde sebab sesetengah cawangan ada jual minuman keras dalam tin).


DIN by Din Tai Fung KLCC
Di Sarawak, kami dah terbiasa dengan kedai-kedai makanan laut yang mempamerkan label 'No Pork'

Restoran ni terkenal dengan menu xiao long bao iaitu sejenis dumpling di dalamnya berisi daging ayam dan sup. First time aku makan xiao long bao ialah di hotel di Miri. Masa tu aku tak tau dalam dumpling tu ada sup panas, aku masukkan terus seketul tu dalam mulut lepas tu menggelupur weyh! Melecur lidah kena sup panas dalam dumpling tu. Nasib baik tak telan terus, kalau tak melecur anak tekak.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Xiao long bao, RM16.98 (6 ketul)

DIN by Din Tai Fung KLCC
Baca dulu arahan cara-cara yang betul untuk menikmati xiao long bao

Nak tambah kick, bubuh sikit minyak cili (chilli oil) ni. Tapi bagi aku chilli oil ni tak sesedap chilli oil di Dolly Dimsum. Yang tu memang boleh rasa udang keringnya. Sedap! Mungkin lain kali aku boleh cuba buat sendiri kat rumah.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Chilli oil

Aku pesan xiao long bao dengan air suam. Tu pun dah kenyang. Sup dalam dumpling ni tak sepanas yang di hotel Miri tu. Kalau telan sebiji pun tak melecur mulut. Tapi memang sedap menghirup kuah sup dalam dumpling tu.

BFF Nurul pulak pesan nasi goreng Cina. Nasi goreng kat sini pun sedap jugak, tapi aku rasa sedap lagi nasi goreng Dolly Dimsum, siap ada telur ikan (fish roe) atas tu. Dari segi harga, nasi goreng Cina di Dolly Dimsum ialah RM24.90. Kesimpulannya, lebih berbaloi makan nasi goreng Cina di Dolly Dimsum.


DIN by Din Tai Fung KLCC
Shrimp Egg Fried Rice, RM26.98

Member yang seorang lagi pesan noodle soup tapi aku lupa nak ambik gambar sebab sampai-sampai je dia dah kelaparan tak sempat lunch sebab meeting memanjang. Tak sampai hati nak suruh dia tunggu kejap sementara aku ambik gambar 😅 Yang duduk depan aku tu pulak baru je baik dari batuk lepas balik dari umrah. So dia kurang selera makan, tumpang makan dumpling dan nasi goreng je.

Bagi aku, makanan kat sini not bad dan tak mengecewakan. Xiao long bao ialah menu wajib try kalau singgah ke sini. Bila aku baca review pengunjung yang pernah ke cawangan asal di Taiwan dan di luar negara, rata-rata memuji xiao long bao di DIN by Din Tai Fung sebab rasanya konsisten sama je macam di cawangan-cawangan lain. Maksudnya kawalan kualiti rasa makanan di restoran ni memang sangat tinggi sebab nak bagi rasa tu tak lari jauh di cawangan berbeza memang susah!


Nota kaki:
Buat mereka yang was-was ke tempat yang tiada sijil halal, hukumnya lebih baik meninggalkan (Hadis Riwayat Imam Tarmidzi). 
Read more »
on Monday, February 20, 2023 8
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, February 18, 2023

Hari Terakhir Khayla di Sekolah Rendah

Semalam hari terakhir Khayla di sekolah rendah. Terasa baru semalam dia masuk sekolah rendah, ni dah nak masuk sekolah menengah pulak. Cepatnya masa berlalu.


Hari pertama Khayla masuk sekolah rendah

Khayla masa darjah dua dan Khadeeja di tadika

Sempat lagi mintak aku ambikkan gambar hari terakhir di sekolah sekarang. Pasti menjadi kenangan terindah buat Khayla.


Posing dalam bilik kelas

Depan rak library yang mommy tolong susun ikut warna buku awal tahun ni

Bersama guru-guru yang mengajar kelas Khayla

Selamat tinggal bilik kelas. Selamat tinggal primary school!

Sekolah yang sekarang ni ialah sekolah muslimah. Lepas ni Insha Allah Khayla akan masuk sekolah campur pulak. Harapnya dia tak lupa apa yang dia belajar masa di sekolah sekarang. 

Mommy taknak dengar nanti nak bercinta di bangku sekolah pulak 😂 Dah lama mommy tak jumpa surat / kad dari peminat di sekolah Khayla. Sebelum ni bila mommy jumpa je dalam beg terus mommy report kat bapak, biar sama-sama putih rambut fikirkan kenapa budak-budak zaman sekarang cepatnya matang nak bercinta hahaha! 

Read more »
on Saturday, February 18, 2023 18
Share this!
Tags
Journal, Motherhood & Pregnancy
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, February 17, 2023

Throwback Peristiwa Hari Valentine's Beberapa Tahun Lepas

Bunga dan Suami Terchenta (Kredit foto: freekpik.com)

Kiteorang ni sebenarnya tak sambut Hari Kekasih, tapi setiap tahun bila tiba 14 Februari, aku mesti teringat peristiwa beberapa tahun lepas yang buatkan aku tersengih sendiri.

Kisahnya masa tu Suami Terchenta datang melawat dan kiteorang keluar nak pergi makan. Tiba-tiba Suami Terchenta tunjuk gerai bunga kat tepi jalan sambil bertanya,

'Ada apa orang jual bunga tepi jalan hari ni? Ada konvo ke?'

Terus aku gelak terbahak-bahak. Alahai Suami Terchenta, nampak sangat dia tak ambik port bab-bab romantik ni! 😂 

Hihi... masih terasa lucu bila terkenangkan yang dia betul-betul ingat gerai-gerai tepi jalan jual jambangan bunga tu sebab ada konvo. Lepas tu dia pun sama-sama tergelak bila teringat hari tu ialah Hari Valentine's!

Read more »
on Friday, February 17, 2023 16
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, February 15, 2023

Happy Birthday Kakak & Adik!

 


To the two favourite sisters of mine,

Happy birthday twins by 10 years apart! May God’s blessings shower down on you both today and every day. May you both live long, prosperous life full of love and gratitude. May you both meet your jodoh soon! Praying that you get all the desires of your heart today and always.


Love always & forever more,
Your one & only June baby sister 😘
Read more »
on Wednesday, February 15, 2023 17
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, February 14, 2023

Uruskan Kemasukan ke Sekolah Menengah dari Sekolah Swasta


Semalam Suami Terchenta cuti ganti sebab Ahad tu dia kena kerja seharian. Alang-alang dia bercuti, kiteorang keluar setelkan segala macam urusan dari urusan bank, renew roadtax motor (lepas download aplikasi MyJPJ, dia baru sedar roadtax motor dah tamat tempoh bulan October tahun lepas) dan uruskan kemasukan Khayla ke sekolah menengah kebangsaan dekat dengan rumah kiteorang ni.

Memandangkan Khayla sekarang belajar di sekolah swasta, urusan kemasukan ke sekolah menengah kebangsaan rumit sikit sebab kena berurusan dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan bukannya dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Kalau dari sekolah kebangsaan, cikgu kelas yang akan uruskan melalui sistem e-Daftar, tapi kalau dari sekolah swasta, mak bapak sendirilah yang kena berurusan dengan jabatan pendidikan.

Mula-mula sekali, kiteorang kena sediakan semua dokumen asal untuk kemasukan ke sekolah:

  1. 3 salinan Borang ASBS (Permohonan Kemasukan Murid dari Sekolah Agama Kerajaan Negeri / Sekolah Swasta dan Belajar Semula ke Sekolah Menengah / Rendah Kerajaan / Bantuan Kerajaan)
  2. Surat beranak pelajar
  3. Mykad pelajar
  4. Mykad ibu dan bapa
  5. Sijil berhenti sekolah rendah/menengah
  6. Sijil nikah ibu bapa
  7. Bil utiliti kediaman sekarang
  8. 1 salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan jika ibu bapa bercerai/berpisah (tak berkenaan)
  9. 1 salinan surat daftar anak angkat (tak berkenaan)

Lepas tu kiteorang singgah ke kedai fotostat di Jalan Ipoh untuk buat salinan 2 salinan. Salinan yang satu lagi tu in case sekolah mintak, jadi buat je la salinan ekstra.

Dah dapat salinan fotostat, singgah pulak ke UTC Sentul dapatkan pengesahan dokumen dari Pesuruhjaya Sumpah. Kena bayar RM10 semuanya. Sementara aku jumpa Pesuruhjaya Sumpah, Suami Terchenta pulak pergi renew roadtax di tingkat atas. Senang, sekali harung je setel 2 urusan. Sempat jugak kiteorang makan sekejap di UTC sebelum meneruskan perjalanan ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL.

Lepas register dan dapatkan pas di pondok keselamatan, kena berjalan kaki sikit ke bangunan yang menempatkan Sektor Pengurusan Sekolah (SPS). Sampai-sampai je, terus ambil nombor giliran untuk sekolah swasta. 

Bila nombor giliran dipanggil, kiteorang terus serahkan dokumen kepada staff di kaunter. Kat sini la mula episod yang mengelirukan sikit. 

Mula-mula staff tu bagitau pendaftaran ke tingkatan satu belum dibuka dan suruh kiteorang datang balik awal bulan Mac. Lepas tu dia tanya staff kat sebelah sebab dia macam tak berapa sure jawapan yang diberi. Staff kat sebelah pulak bagitau penempatan cuma akan di confirm kan 2 minggu lepas sekolah dibuka sebab nak bagi keutamaan untuk penempatan pelajar-pelajar dari sekolah  kebangsaan dulu. Tak lama lepas tu, staff tu masuk ke pejabat kat dalam then lepas 10 minit dia keluar dan bagi slip pengesahan terima dokumen. Dia suruh kiteorang datang balik pada 10 Mac untuk ambik result. Eh, so maksudnya tak perlu la Khayla tunggu 2 minggu lepas sekolah dibuka baru tau result kan? Pening kejap kiteorang.

Aku simpan kat sini sebagai rujukan bila nak daftar Khadeeja pulak nanti bila dia dah tamat darjah enam. Harap-harap prosedurnya tak berubah, atau lebih elok, boleh buat online je. Kalau nak renew passport dah boleh buat online sekarang, kenapa tak proses kemasukan anak ke sekolah? Lagipun pergi ke Jabatan Pendidikan pun cuma untuk serahkan dokumen. Entahlah, mungkin ada kekangan bajet sebab tu proses ni tak boleh dibuat secara online. Apapun yang penting kami dah serahkan dokumen untuk register Khayla ke sekolah menengah. Semoga urusan kemasukan ke tingkatan 1 di sekolah pilihan kami ni dipermudahkan.

Read more »
on Tuesday, February 14, 2023 14
Share this!
Tags
Journal, Motherhood & Pregnancy
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, February 14, 2023

Hari Ahad yang Busy...

Salah satu azam aku tahun ni ialah nak ambik sijil profesional. Walaupun aku dah jadi surirumah, tapi mana tau ada gunanya sijil tu nanti. Dulu masa aku bekerja, aku sibuk dan tak de masa nak join kelas. Bila dah tak bekerja sekarang, elok la aku memanfaatkan masa lapang ni ikut kelas hujung minggu.

Minggu lepas, Suami Terchenta pun kena masuk meeting hujung minggu. Jadi sama-samalah kami bangun awal menghadap online meeting masing-masing sepanjang hari tu. 


Home office
Ofis mate hujung minggu, hihi...

Seronok belajar dan refresh balik knowledge dalam bidang kerja aku sebelum ni. Bila dah lama tak belajar, knowledge yang ada sekarang pun dah berhabuk sikit hehe. Ada juga ilmu baru yang aku dapat dalam kelas ni, yang selama ni aku tak aware. Bila ada pindaan akta, maka kenalah belajar pulak perubahan yang dilaksanakan.

Ada 10 minggu lagi kelas sebelum peperiksaan. Ni pertama kali aku belajar takde stress2 hihi. Kali terakhir aku sambung belajar masa bekerja, pregnant dan ada anak kecik at the same time. Banyak benda yang kena juggle masa tu, jadi memang stress. Kali ni aku santai-santai je. Mungkin sebab peperiksaan lama lagi kot. Nanti dah dekat-dekat exam, baru tau stress ke tak hihi.

Read more »
on Tuesday, February 14, 2023 22
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • Antara Doha dan Jakarta™
    24 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    1 hour ago
  • Amie's Little Kitchen
    2 hours ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    3 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    5 hours ago
  • Mreneyoo
    7 hours ago
  • Aku Sis Lin
    7 hours ago
  • Miles of smiles
    10 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    17 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    18 hours ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • My Small World
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    3 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • anajingga
    3 days ago
  • Warisan Petani
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    4 days ago
  • Titian Perjalanan
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    6 days ago
  • orangbukit
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 week ago
  • Asa Blog
    2 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    2 weeks ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 month ago
  • Afzan Sidi
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.