Ada Ni Haa…

… tengah packing beg nak balik kampung besok.

Allah… busy betul hari ni. Alhamdulillah, selepas 2 tahun baru ada peluang balik ke kampung nun jauh di Sarawak.

Dah lama tak buat aktiviti mengemas beg ni, dah rasa noob pulak hehe. Padahal dulu expert je pack baju diri-sendiri, baju anak2, lampin anak, semua muat dalam satu luggage cabin size. Tapi sekarang... Nampak tak ni, 3 ketul beg baru muat!

Lagi satu kiteorg balik ni naik AirAsia yang dulu terkenal dengan perangai kerek tak bagi beg lebih dari 7kg masuk kabin. Hatta terlebih 200g pun disuruhnya check in jugak. Untuk mengelakkan perkara ni, terpaksa la bawak 3 beg (kiranya sorang satu - Suami Terchenta, aku dgn Khayla sorong satu beg sorang).

Tak kisahlah, janji flight tak cancel pulak besok. Itupun AA dah retimed, kiteorg book pagi tapi AA tukar ke petang. Nasib baik tak book lagi hotel kat airport, kalau tak rugi je. AA mana kisah pun penumpang rugi, janji dia untung! #taksukatapiterpaksa

Maaf la tetiba jadi sesi membebel pasal AA pulak. Aku banyak pengalaman tak best naik AA. Pengalaman yang paling aku tak boleh lupa ialah AA pernah reject kiteorang check in stok susu badan untuk Khadeeja (masa tu Khadeeja dijaga mak aku sebab aku kena fokus habiskan master) sebab pack dgn ais (sebab nak bagi susu kekal beku). Staff AA kat kaunter check in suruh keluarkan ais dari icebox baru boleh check in. Sudahnya, Suami Terchenta terpaksa beli tiket lain sebab tak sempat nak keluarkan ais dan pack balik susu. Aku terpaksa terbang dulu dan petang tu baru Suami Terchenta sampai dengan stok susu yang separuh cair. Nak nangis rasanya, bukan main gigih aku pam susu untuk stok Khadeeja 2 minggu tapi hampir rosak gara2 AA takde empati langsung. 

Tu je la luahan perasaan pasal AA kali ni. Harapnya besok flight tak delay / cancel

Nak balik Sarawak sekarang pun dah tak perlu swab test, kuarantin di hotel dan isi borang kemasukan ke Sarawak macam tahun lepas. Cukup isi borang e-health declaration 12 jam sebelum berlepas. Tapi apapun, esok pagi kiteorg akan buat jugak ujian RTK walaupun tak wajib sebab tak nak bawak balik penyakit dan menyebarkan virus dengan penumpang flight yang lain. Mujur kami berempat duduk sebaris, harapnya takde la penumpang lain yang duduk di baris kiteorg.

Semoga Allah melindungi dan permudahkan perjalanan kami esok hari, Aminnn....

Bintulu, aku datang!

Bintulu

 

KL Banjir Kilat Lagi!

Syukur Alhamdulillah, kawasan rumah kiteorang walaupun padat tapi tak banjir. Biasanya petang-petang kat KL memang hujan lebat, sekali-sekala angin kuat sekali dengan pakej kilat dan petir. Mungkin hujan berterusan tiap-tiap hari ni menyebabkan berlakunya banjir kilat di sesetengah kawasan di KL. Salam takziah kepada pemilik-pemilik kereta yang kereta mereka tenggelam dan dengar cerita, ada jugak rumah yang dimasuki air.

Kredit foto: NST

Walaupun kawasan rumah selamat, tapi aku masih mengalami detik mencemaskan bila nak ambik anak-anak balik dari sekolah semalam (sekolah dieorang start semester lambat sikit jadi minggu depan baru start cuti sekolah seminggu).

Masa nak masuk ke simpang sekolah tu, jalan raya habis tenggelam dan paras air agak tinggi. Depan kereta aku, pemandu kereta Mercedes berhenti, mungkin tengah fikir sama ada nak teruskan perjalanan atau tak. Last-last dia pun redah, jadi aku pun ikut redah jugak. Dalam hati, tak putus-putus berdoa dan berzikir supaya selamat sampai ke sekolah anak-anak. Jalan ke sekolah pulak sempit dan kiri kanan ada longkang besar, bila 2 kereta berselisih kena perlahankan kereta supaya tak bergesel. Tapi bila banjir, jalan dan longkang habis tenggelam. Cemasnya sebab takut enjin kereta sangkut atau kereta tergelincir masuk longkang!

Tapi aku kuatkan hati, teruskan pemanduan dengan berhati-hati dan guna gear satu je (kereta manual) sepanjang meredah air tinggi tu. Alhamdulillah selamat jugak sampai ke sekolah, cuma kereta macam tersengguk-sengguk sikit bila tekan minyak.

Nasib baik kawan sekolah tinggi sikit, jadi tak dimasuki air. Bila nak keluar dan redah air banjir di tempat yang sama, bibir tak putus-putus baca doa naik kenderaan dan berzikir. Leganya bila berjaya meredah kawasan banjir tadi.

Kesian dengan parents yang drive kereta kecik dan rendah, aku faham kenapa dieorang tak yakin nak redah. Aku yang bawak kereta Proton Exora ni pun berdebar kemain masa redah banjir.

Semoga rakan-rakan blogger selamat semuanya ya.

Bila Dah Takde Apa Nak Buat…

Mulalah bercakap dengan pokok-pokok. Sambil-sambil menyiram, membebel jugak dengan pokok-pokok tanaman ni. Bukan apa, dah lama kiteorang tanam, kasi baja, siram air beras / air basuhan ikan tapi hasil tarak. Kiteorang pun nak jugak merasa buah tomato / cili / halia dari kebun sendiri. Sabar je la.

2 minggu lepas hari-hari bercakap dengan pokok cili ni. Tahun lepas dia dah berbuah sebiji capsicum (tapi bantut tak masak dah jatuh buahnya, kempunan la nak merasa...)

Lepas tu kena pulak serangan kutu pokok. Suami Terchenta hilang sabar dicabutnya pokok ni katanya baik tanam baru.

Tapi Khadeeja simpati teruk dengan pokok (dia pencinta alam sikit budak tu), dikutipnya & ditanam balik. Maka aku pun dengan gigih dan sabar buang la kutu-kutu yang merayap, buang daun2 yang putih dengan telur dan sarang kutu pokok ni. Kasi racun tak jalan pulak. Kebal kot.

Dalam sebulan dua lepas tu pokok ni sihat balik. Banyak pulak keluar bunga tapi bila dah layu tangkainya terus tertanggal. Kecewa lagi.

Suami Terchenta kata mungkin sebab kiteorang duduk di kondo jadi lebah tak sampai nak tolong proses pendebungaan (kita kasi ayat biologi sikit). Pasrah je la...

Tup-tup 2 hari lepas aku belek-belek - eh, pokok cili dah berbuah la!

Yang ajaibnya... Kenapa yang keluar ni nampak macam cili api pulak?? Bukan ke dulu yang keluar ialah capsicum? 😲 Musykil sis...


Pokok cili
Pokok cili jadian

Pokok cili
Ni masa berbuah tahun lepas. Ke ada 2 pokok dalam pasu tu? Misteri...

Pokok cili
Penampakan 3 biji cili api

Alhamdulillah... kita bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah SWT. Capsicum ke, cili api ke, tak kisah. Yang penting ada hasil untuk dimasak!

Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa

Sejak anak-anak pindah sekolah di Titiwangsa, rutin harian aku ialah menghantar dieorang pagi-pagi ke sekolah lepas tu singgah ke Taman Tasik Titiwangsa.

Selalunya awal pagi cuaca redup je, bila brisk walk pun tak cepat rasa penat. Sambil brisk walk, aku suka dengar lagu-lagu yang rancak supaya berjalan pun rasa bersemangat jugak haha!

Tapi semalam cuaca panas sikit, tapi yang bestnya lighting cantik jadi boleh ambik gambar lawa macam ni:


Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa

10 tahun lepas, kalau tanya aku prefer Taman Tasik Perdana atau Taman Tasik Titiwangsa, aku akan cakap aku suka Taman Tasik Perdana sebab lebih cantik dan kids' friendly.

Tapi sejak pindah KL balik, aku rasa banyak sangat penambahbaikan kat Taman Tasik Titiwangsa berbanding sebelum aku pindah. Dan aku mula suka singgah ke sini. Tapi kalau nak datang, kena datang awal pagi sebab petang-petang nak cari parking memang susah especially hujung minggu.


Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa
Suka lalu dekat pergola ni sebab feel kat overseas gitu...

Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa
Tangga menuju ke Kanopi Banjaran Titiwangsa. Dulu ada semburan 'mist' dekat sini kalau ambik gambar nampak macam berkabus je tapi sejak akhir-akhirnya dah takde huhu...

Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa
Masa ambik gambar ni taman permainan kanak-kanak dan taman air ni belum dibuka kepada orang awam lagi disebabkan SOP Covid

Biasanya aku akan pusing sekeliling tasik sampai aku dapat achieve 10,000 langkah. Bukan senang untuk spesies aku ni yang lebih suka jadi ikan paus terdampar depan tv 😂

Tapi disebabkan tahun ni aku berazam nak jadi lebih aktif, jadi kenalah paksa diri berjalan setiap hari. Ye la, diet makan susah nak kawal at least pergilah bersenam 😜

P/S: Nak mencontohi Rebel Wilson yang berjaya langsing lepas dinasihati oleh doktor beliau untuk berjalan selama sejam setiap hari...

Oh Google Adsense...

10 tahun lepas, blogspot tak susah mana pun. Nak tukar template blog macam salin baju - nak tukar setiap minggu pun takpe.

Tapi sekembalinya aku dari hiatus blogging lepas 6 tahun PJJ, tiba-tiba aku rasakan blogspot ni perghhh... complicated baq hang!

Itu la sudahnya mintak tolong Sislin salinkan baju blog ni dan troubleshoot ler apa-apa isu dengan blog ni. 

Setel dah masalah blogspot, sekarang ni aku struggle pulak dengan masalah Google Adsense. Entah kenapalah bila hantar je untuk review blog ni, 10 hari kemudian mesti dapat error ni:

Oh Google Adsense...

Aduh... puaslah aku belek apa salah dan silapnya content blog aku ni sampai kena reject berkali-kali. Nak kata aku post entry orang lain, takde pun. Content aku ori ok. Pastu almost every day pulak aku post, so takkan la low content. Trafik pun Sislin dah troubleshoot, aku tengok Analytics ada je orang yang datang melawat. Bila tengok Youtube Adsense Site Approvals pun masih tak mampu nak baiki isu ni.Apakah masalahnya ni, wahai Google Adsense??

Last-last nak tak nak terpaksa la mintak tolong pakar programmer a.k.a. Suami Terchenta tengokkan apa masalahnya. Digodek-godeknya semua link ni last-last dia buat kesimpulan ni kot puncanya:


Oh Google Adsense...
Apalah serpih roti ni buat sampai blogku sentiasa di 'reject'? Huhu...

Oh Google Adsense...
Ooo.. entri Wordless Wednesday la yang buat masalah ni?

'Ohhh.. kenapa awak buat tajuk entri yang sama? Awak kena bagi tajuk entri yang unik.' Kata pakar programmer, Suami Terchenta. Kesahnya...

Lepas aku betulkan tajuk 2 entri ni, dia pun run inspection sekali lagi dan 'request indexing'.

'Haa... nanti lepas Google dah index balik, awak try la submit sekali lagi site for inspection,' kata Suami Terchenta.

Baiklah, nanti kita tengok berjaya ke tak menyetelkan masalah blog asyik kena reject oleh Google Adsense ni.

Nota kaki: TQ jugak Suami Terchenta tolong betulkan kod html blog supaya bila tekan link blog, dia akan bukak dekat tab yang sama 💋 Kesian dia baru nak rehat dari bekerja keras tengok coding kat ofis, wife mintak pulak tengokkan coding blog 😜