Sejak anak-anak pindah sekolah di Titiwangsa, rutin harian aku ialah menghantar dieorang pagi-pagi ke sekolah lepas tu singgah ke Taman Tasik Titiwangsa.

Selalunya awal pagi cuaca redup je, bila brisk walk pun tak cepat rasa penat. Sambil brisk walk, aku suka dengar lagu-lagu yang rancak supaya berjalan pun rasa bersemangat jugak haha!

Tapi semalam cuaca panas sikit, tapi yang bestnya lighting cantik jadi boleh ambik gambar lawa macam ni:


Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa

10 tahun lepas, kalau tanya aku prefer Taman Tasik Perdana atau Taman Tasik Titiwangsa, aku akan cakap aku suka Taman Tasik Perdana sebab lebih cantik dan kids' friendly.

Tapi sejak pindah KL balik, aku rasa banyak sangat penambahbaikan kat Taman Tasik Titiwangsa berbanding sebelum aku pindah. Dan aku mula suka singgah ke sini. Tapi kalau nak datang, kena datang awal pagi sebab petang-petang nak cari parking memang susah especially hujung minggu.


Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa
Suka lalu dekat pergola ni sebab feel kat overseas gitu...

Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa
Tangga menuju ke Kanopi Banjaran Titiwangsa. Dulu ada semburan 'mist' dekat sini kalau ambik gambar nampak macam berkabus je tapi sejak akhir-akhirnya dah takde huhu...

Rutin Pagi di Tasik Titiwangsa
Masa ambik gambar ni taman permainan kanak-kanak dan taman air ni belum dibuka kepada orang awam lagi disebabkan SOP Covid

Biasanya aku akan pusing sekeliling tasik sampai aku dapat achieve 10,000 langkah. Bukan senang untuk spesies aku ni yang lebih suka jadi ikan paus terdampar depan tv 😂

Tapi disebabkan tahun ni aku berazam nak jadi lebih aktif, jadi kenalah paksa diri berjalan setiap hari. Ye la, diet makan susah nak kawal at least pergilah bersenam 😜

P/S: Nak mencontohi Rebel Wilson yang berjaya langsing lepas dinasihati oleh doktor beliau untuk berjalan selama sejam setiap hari...

12 Comments

  1. Best juga dapat brisk walk kat tempat macam nie tiap hari kan..

    Salam kenal dari Kak Sue.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kak Sue, terima kasih singgah kat blog kita. Ye, memang best brisk walk pagi-pagi kat sini. Tak ramai orang, nak buka face mask pun tak risau.

      Delete
  2. Cantik gambar dengan langit biru tu. Suka gak dengan laluan pergola tu. Cantik dihiasi pokok hijau menjalar. Bagus amalkan gaya hidup sihat. Semoga terus istiqomah dan sihat selalu. Kagum dengan Rebel Wilson tu. Dah kurus nampak lain sikit rupa dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik pemandangan di tepi Tasik Titiwangsa bila cuaca baik. Tapi saya suka berjalan bila cuaca redup sebab kurang panas hehe. Betul, harap2 dapat la kurangkan lemak badan ni sebelum raya huhu.

      Delete
  3. Ciknur suka dtg sini utk berbasikal hehee
    skrg dah cantik tt ni. Byk dah upgrade berbanding 20 thn zaman ank2 ciknur kecik2. Masa tu seminggu sekali mesti bw budak2 ni main kat playground sini.
    pusing tasik, sempatlah naik bot air he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ciknur. Tempat ni dah makin lawa berbanding 10 tahun lepas. Playground dia pun best. Yang naik bot air tu macam dah takde je.

      Delete
  4. Kitrg gi weekend slalunya.. Mmg kena pegi awal pagi.. Ada plan nak khelah kt situ.. Jom nnt kita plan nak.. Bkfs lepak2 hahaha kt titiwangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak Ret, kita plan piknik kat sini before puasa nak?

      Delete
  5. lepas ni boleh try ni dapatkan 10000 langkah kat sini. tak pernah sampai lagi sini. selalu pergi tasik cyberjaya. pastu skrg dah tak pergi tasik dah, sama la terdampar atas katil sambil scroll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnya kat Cyberjaya. Dengar citer dekat Putrajaya dah ada pantai buatan. Seronoknya dah lama tak berkelah tepi pantai.

      Delete
  6. Makin lawa.. lama tak datang sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan rumah dekat dengan Taman Tasik Titiwangsa, jadi selalulah singgah di sini. Kalau duduk jauh mungkin tak rajin jugak nak datang sebab nak ke sini pagi2 pun jem jugak dengan orang turun kerja.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .