Mulalah bercakap dengan pokok-pokok. Sambil-sambil menyiram, membebel jugak dengan pokok-pokok tanaman ni. Bukan apa, dah lama kiteorang tanam, kasi baja, siram air beras / air basuhan ikan tapi hasil tarak. Kiteorang pun nak jugak merasa buah tomato / cili / halia dari kebun sendiri. Sabar je la.

2 minggu lepas hari-hari bercakap dengan pokok cili ni. Tahun lepas dia dah berbuah sebiji capsicum (tapi bantut tak masak dah jatuh buahnya, kempunan la nak merasa...)

Lepas tu kena pulak serangan kutu pokok. Suami Terchenta hilang sabar dicabutnya pokok ni katanya baik tanam baru.

Tapi Khadeeja simpati teruk dengan pokok (dia pencinta alam sikit budak tu), dikutipnya & ditanam balik. Maka aku pun dengan gigih dan sabar buang la kutu-kutu yang merayap, buang daun2 yang putih dengan telur dan sarang kutu pokok ni. Kasi racun tak jalan pulak. Kebal kot.

Dalam sebulan dua lepas tu pokok ni sihat balik. Banyak pulak keluar bunga tapi bila dah layu tangkainya terus tertanggal. Kecewa lagi.

Suami Terchenta kata mungkin sebab kiteorang duduk di kondo jadi lebah tak sampai nak tolong proses pendebungaan (kita kasi ayat biologi sikit). Pasrah je la...

Tup-tup 2 hari lepas aku belek-belek - eh, pokok cili dah berbuah la!

Yang ajaibnya... Kenapa yang keluar ni nampak macam cili api pulak?? Bukan ke dulu yang keluar ialah capsicum? đŸ˜² Musykil sis...


Pokok cili
Pokok cili jadian

Pokok cili
Ni masa berbuah tahun lepas. Ke ada 2 pokok dalam pasu tu? Misteri...

Pokok cili
Penampakan 3 biji cili api

Alhamdulillah... kita bersyukur dengan rezeki yang diberi Allah SWT. Capsicum ke, cili api ke, tak kisah. Yang penting ada hasil untuk dimasak!

14 Comments

  1. seronok nya tgk pokok hijau2 segar. leyla hari tu time wfh cuba jugak tanam pokok. pastu baru naik 10cm kucing makan sampai patah. kesian pokok, dah la yg hidup 2 3 pokok je. pastu give up. memang jenis tak reti nak menanam, asal tanam je mesti mati pokok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Leyla. Kalau mak kita tanam, pokok dia lebat je dan hasil pun banyak padahal sama je bagi air basuhan beras dengan basuhan ikan. Pokok kiteorang pulak macam mati segan hidup tak mau huhu...

      Delete
  2. Alhamdulillah, ada hasil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... harap2 kali ni dapat la merasa cili yang ditanam.

      Delete
  3. Alhamdulillah.. akhirnya dia berbuah juga.. berkat kesabaran.. walau buah lain dari yang sepatutnya.. hehehe.. semoga membesar dan boleh dituai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah musykil sungguh bila tengok buah yang keluar ni lain dari yg sebelumnya hehe.

      Delete
  4. Uncle kalau takde kerja , cakap dengan kucing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing pun best jugak ajak bersembang, selalunya dia buat tak endah je tak pun terus tido zzzz

      Delete
  5. He hee pokok pendengar setia kita utk.bercakap jga selain kucing.
    jenis pokok cili ni sis pun fedup dah nk tanam. Tak penah jd mengikut yg kita nak. Musohnya byk emm mcm2 cara tp x menjadi
    Berbanding pokok2 lain pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la byk org ckp tanam cili ni susah sikit. Kalau tak kena caranya mmg sia-sia je. Kita tanam sbb bila masak guna cili, suka kumpul biji2 cili dan tabur dalam pasu.

      Delete
  6. Kadang begitulah, rasa stress kalau tanam apa tak menjadi. Tapi tu lah, ada hari gigih jugak cuba tanam lagi dan lagi. Syukur sangat kalau berhasil. Tapi pelik sangat tu, capsicum ke cili sebenarnya pokok tu. Kecelaruan identiti pulak. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik kan? Mati2 kita igt tahun lepas pokok ni keluar buah capsicum (dah letak gambar kat atas), tup2 kali ni keluar cili api pulak. Tak tau la mungkin dalam pasu tu ada 2 pokok cili yg berlainan kot (tapi masih lagi ragu2 hehe).

      Delete
  7. Dah membesar nanti dia melayut ke bawah la tu kot. Saya tanam cili padi je. Sebab duk flat. Ruang terhad. Terima kasih ye singgah di blog saya.

    ReplyDelete
  8. Kak Sue pun suka juga cakap dengan pokok.. hehehe..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .