10 tahun lepas, blogspot tak susah mana pun. Nak tukar template blog macam salin baju - nak tukar setiap minggu pun takpe.

Tapi sekembalinya aku dari hiatus blogging lepas 6 tahun PJJ, tiba-tiba aku rasakan blogspot ni perghhh... complicated baq hang!

Itu la sudahnya mintak tolong Sislin salinkan baju blog ni dan troubleshoot ler apa-apa isu dengan blog ni. 

Setel dah masalah blogspot, sekarang ni aku struggle pulak dengan masalah Google Adsense. Entah kenapalah bila hantar je untuk review blog ni, 10 hari kemudian mesti dapat error ni:

Oh Google Adsense...

Aduh... puaslah aku belek apa salah dan silapnya content blog aku ni sampai kena reject berkali-kali. Nak kata aku post entry orang lain, takde pun. Content aku ori ok. Pastu almost every day pulak aku post, so takkan la low content. Trafik pun Sislin dah troubleshoot, aku tengok Analytics ada je orang yang datang melawat. Bila tengok Youtube Adsense Site Approvals pun masih tak mampu nak baiki isu ni.Apakah masalahnya ni, wahai Google Adsense??

Last-last nak tak nak terpaksa la mintak tolong pakar programmer a.k.a. Suami Terchenta tengokkan apa masalahnya. Digodek-godeknya semua link ni last-last dia buat kesimpulan ni kot puncanya:


Oh Google Adsense...
Apalah serpih roti ni buat sampai blogku sentiasa di 'reject'? Huhu...

Oh Google Adsense...
Ooo.. entri Wordless Wednesday la yang buat masalah ni?

'Ohhh.. kenapa awak buat tajuk entri yang sama? Awak kena bagi tajuk entri yang unik.' Kata pakar programmer, Suami Terchenta. Kesahnya...

Lepas aku betulkan tajuk 2 entri ni, dia pun run inspection sekali lagi dan 'request indexing'.

'Haa... nanti lepas Google dah index balik, awak try la submit sekali lagi site for inspection,' kata Suami Terchenta.

Baiklah, nanti kita tengok berjaya ke tak menyetelkan masalah blog asyik kena reject oleh Google Adsense ni.

Nota kaki: TQ jugak Suami Terchenta tolong betulkan kod html blog supaya bila tekan link blog, dia akan bukak dekat tab yang sama 💋 Kesian dia baru nak rehat dari bekerja keras tengok coding kat ofis, wife mintak pulak tengokkan coding blog 😜

8 Comments

  1. sy pun ada masalah dgn adsense ni. x abis2 kuar error meta crawler. dah betulkan tp masih kuar. Last2 abam kie bior je la. Ada aku kesah? Argghhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi elok je keluar google adsense dekat blog abam kie, tu kira ok la. Ni langsung kena reject balik2 dia bagitau masalah content. Ye la kita nak la jugak merasa sesen dua dari hasil blogging ni hehe.

      Delete
  2. hahhhaha untung ada laki terror coding :p
    pssttt mau kurus lagi si jun, 24 jam ngadap screen je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia terer takpe :P 10 minit je dia godek2 tu dah jumpa error. Tak macam kita, berminggu2 tgk pun tak reti2 lagi huhu...

      Delete
  3. Sekarang ni adsense macam-macam. Strict betul. Silap sikit je mulalah tak keluar iklan. Untung sangat suami tahu coding. Settle masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum setel jugak ni sebab adsense tengah review lagi ni. Lama betul nak review. dulu2 lagi senang, sehari je dah keluar iklan.

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan.. Harapnya boleh selesai.. Sha nak bantu, sha pun tak pandai.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Sha, memang tak reti pun bab2 ni. Aminnn... semoga la dapat merasa earning iklan adsense kat blog ni.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .