Buat Pancake Untuk Minum Petang

Lepas jemput anak-anak dari sekolah, dieorang bagitau masih lapar lagi sebab minum petang di sekolah cuma biskut je.

Tengok bahan-bahan apa yang ada kat dapur - tepung, telur, susu. OK, jom buat pancake.

Sebenarnya kebanyakan resipi pancake ada menggunakan mentega, tapi aku tak guna sebab nak buat versi lebih sihat. Susu aku gantikan dengan susu soya, jadi adunan lebih cair tapi rasa sama je.

Resipi pancake:

  1. 2 biji telur
  2. 2 sudu besar gula
  3. 200 ml susu (atau gantikan dengan susu soya)
  4. 1 1/4 cawan tepung
  5. 2 sudu teh serbuk penaik
  6. 2 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula sampai kembang (aku guna blender je sebab senang nak cuci kemudian)
  2. Masukkan susu ke dalam adunan dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan esen vanila. Pukul sampai sebati.
  4. Panaskan sedikit mentega / minyak masak.
  5. Masak pancake atas api kecil.
  6. Hidang bersama madu / maple syrup.

healthy pancake
Adunan cair sikit bila guna susu soya tapi lebih sihat

healthy pancake
Buat mini pancake, susun atas pinggan dan tuang maple syrup. Sedapnya!


healthy pancake
Sugar free maple flavored syrup untuk lebih sihat

Isnin yang Sendu

Salam Isnin korang,

Hari ni agak sendu sikit. Bangun pagi tadi dengan tengkuk yang sakit sebab salah bantal huhu... 

Alhamdulillah lepas sapu EO peppermint dah kurang sikit sakit dan sakit kepala pun beransur-ansur hilang. 

Rutin harian macam biasa. Kemas rumah, vakum, mop lantai dan masak tengahari. Lepas tu termenung tengok kotak-kotak ni haa...

Barang-barang yang aku angkut balik dari Bintulu bulan Mac dulu takde tempat nak letak, terpaksa letak dalam bilik tidur.

Lepas tu barang-barang untuk rumah baru macam sinki, hood & hob pun dah sampai, tapi kontraktor tak bagi simpan di rumah baru takut hilang katanya. Terpaksa la simpan di balkoni rumah.

Dah macam gudang aku tengok rumah ni. Stress jugak nengok sebab aku biasa tengok rumah kemas je.

Sabar je la. Sebulan dua lagi Insha Allah. *tarik nafas dalam-dalam & hembussss*

clutters


Nota kaki: Tengah contact Unearth Malaysia untuk let go barang-barang besar yang tak dipakai dan tak nak bawak pindah nanti macam kerusi ofis, kotak simpan mainan, car seat dan booster seat kanak-kanak.

Resipi Kari Sayur Cina Ringkas

Hari Selasa lepas aku masak nasi Arab untuk makan dengan lamb shank yang kiteorang tapau dari Restoran Chef Faez Ahad lalu. 

Tapi nak buat salatoh tak cukup bahan-bahan pulak. Hmm. Aku ni sejenis kena ada sayur kalau tak, rasa tak lengkap je menu tu.

Buka peti sejuk, aku cuma ada kacang buncis, tomato dan kentang. So tercetus la idea nak buat kari sayur Cina. Jangan salah maksud ye, yang dimaksudkan kat sini ialah masakan kari tu ala Cina, bukannya sayur tu, sayur Cina 😜


Chinese vegetable curry
Sorry gambar tak lawa sebab kena keluar ambik anak-anak balik sekolah awal gara-gara ada cikgu-cikgu kena Covid

Bahan-bahan Kisar
1 inci halia
4 biji buah keras (tapi kalau ada kentang boleh abaikan)
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
3-4 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah lagi atau tukar dengan cili padi)
2 inci lengkuas
2 biji cili kering
4 sudu minyak masak

Bahan-bahan Lain
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari ayam / daging
Satu tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
200ml santan
100ml stok sayur / 1 kiub stok ayam
Sayur ikut suka (biasanya sayur terung, lobak merah, tomato, kacang panjang, kentang etc.)
Tauhu (potong dadu) / tauhu bulat goreng

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari.
3. Masukkan daun kari dan daun limau purut.
4. Masukkan santan dan stok sayur. Kalau guna kiub, masukkan air sama banyak dengan santan.
5. Masukkan sayur-sayuran dan tauhu. Masak sehingga empuk dan kuah pekat ikut citarasa masing-masing.
6. Perasakan dengan garam dan gula.

Senang bangat kan? Sebab ia hidangan kari, memang sesuai sangat dengan nasi Arab aku tu.

No.10 Cafe Sentul Timur

Petang semalam keluar rumah kejap jumpa kontraktor nak bincang pasal perubahan layout kabinet dapur. Aku bawak anak-anak sekali sebab dieorang dah habis PDPR (cikgu-cikgu kena Covid jadi belajar melalui PDPR minggu ni).

OK, dah settle meeting dengan kontraktor kiteorang melencong ke No.10 Cafe di Bangunan D7 dekat Sentul Timur. Anak-anak ajak minum petang so aku layan je la.

Reka dalaman kafe ni santai dan retro, sesuai kalau nak minum petang dengan kawan-kawan atau keluarga. 

Kat sini menu minum petang yang ada ialah pastri seperti wafel dan croissant, roti bakar, kek, sandwich, kentang goreng, nuget ayam dan lain-lain. Tapi dieorang ada jugak menu berat macam nasi dan pasta.  


No.10 cafe

No.10 cafe

strawberry waffle

roti bakar

Dah namanya minum petang, dieorang ni pilih nak makan wafel dengan krim putar dan strawberry. Dieorang enjoy je makan sampai licin, rasanya sedap la tu kot.

Aku pulak ambik roti bakar inti kaya dan butter. Butter dia tebal, puas hati.

Suka suasana santai di kafe ni sebab pemandangan hijau kat luar kafe. Feeling minum petang kat obersi. Kalau tukar matawang ke pound sterling, murah kot makan kat sini. Tiber 😆