Petang semalam keluar rumah kejap jumpa kontraktor nak bincang pasal perubahan layout kabinet dapur. Aku bawak anak-anak sekali sebab dieorang dah habis PDPR (cikgu-cikgu kena Covid jadi belajar melalui PDPR minggu ni).

OK, dah settle meeting dengan kontraktor kiteorang melencong ke No.10 Cafe di Bangunan D7 dekat Sentul Timur. Anak-anak ajak minum petang so aku layan je la.

Reka dalaman kafe ni santai dan retro, sesuai kalau nak minum petang dengan kawan-kawan atau keluarga. 

Kat sini menu minum petang yang ada ialah pastri seperti wafel dan croissant, roti bakar, kek, sandwich, kentang goreng, nuget ayam dan lain-lain. Tapi dieorang ada jugak menu berat macam nasi dan pasta.  


No.10 cafe

No.10 cafe

strawberry waffle

roti bakar

Dah namanya minum petang, dieorang ni pilih nak makan wafel dengan krim putar dan strawberry. Dieorang enjoy je makan sampai licin, rasanya sedap la tu kot.

Aku pulak ambik roti bakar inti kaya dan butter. Butter dia tebal, puas hati.

Suka suasana santai di kafe ni sebab pemandangan hijau kat luar kafe. Feeling minum petang kat obersi. Kalau tukar matawang ke pound sterling, murah kot makan kat sini. Tiber 😆

15 Comments

  1. Betullah, suka dia punya view duduk makan, tenang ajaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan dan Sis pi tengok kat website dia hahahaha

      Delete
    2. oo ada website ye. mmg tenang je view dia, byk pokok2 hijau sekeliling.

      Delete
  2. menariknya waffle dia...pernah sekali je pegi D7..ngopi di Three Little Birds..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. sama la kita, pegi ngopi petang2 sambil layan tekak anak2.

      Delete
  3. waffle strawberry tu macam sedap jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 cakap sedap, lagi2 ada whipped cream tu.

      Delete
  4. eceh... Sesuai pulak dengan nama blog ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... klu nak pegi coffee break kat sini pun elok sgt sbb suasana santai je.

      Delete
  5. Replies
    1. Selagi ada rezeki makan, kita makan Wak! :p

      Delete
  6. Menariknya tengok waffle dia. Cantik bersusun strawberry-nya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .