Lepas jemput anak-anak dari sekolah, dieorang bagitau masih lapar lagi sebab minum petang di sekolah cuma biskut je.

Tengok bahan-bahan apa yang ada kat dapur - tepung, telur, susu. OK, jom buat pancake.

Sebenarnya kebanyakan resipi pancake ada menggunakan mentega, tapi aku tak guna sebab nak buat versi lebih sihat. Susu aku gantikan dengan susu soya, jadi adunan lebih cair tapi rasa sama je.

Resipi pancake:

  1. 2 biji telur
  2. 2 sudu besar gula
  3. 200 ml susu (atau gantikan dengan susu soya)
  4. 1 1/4 cawan tepung
  5. 2 sudu teh serbuk penaik
  6. 2 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula sampai kembang (aku guna blender je sebab senang nak cuci kemudian)
  2. Masukkan susu ke dalam adunan dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan esen vanila. Pukul sampai sebati.
  4. Panaskan sedikit mentega / minyak masak.
  5. Masak pancake atas api kecil.
  6. Hidang bersama madu / maple syrup.

healthy pancake
Adunan cair sikit bila guna susu soya tapi lebih sihat

healthy pancake
Buat mini pancake, susun atas pinggan dan tuang maple syrup. Sedapnya!


healthy pancake
Sugar free maple flavored syrup untuk lebih sihat

6 Comments

  1. wah... inovasi makei soya bean... mmg xda rasa kah soya nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik da, mungkin sbb rasa vanilla ya kuat hehe

      Delete
  2. Lama tak buat sejak takde anak pergi sekolah pagi hahahaha... kalau Ayah dia tak minat..

    ReplyDelete
  3. Ada jual ye, maple syrup? Saya tak pernah jumpa kat supermarket sini. Alahai, nampak benor saya dok kampung. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg jarang jumpa maple syrup ni dkt supermarket biasa. Kat tempat saya dulu (Bintulu) pun susah jumpa. Klu pernah order breakfast hotcakes dekat McD, rasanya sama dgn syrup yg dihidang dgn hotcakes tu :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .