Salam Isnin korang,

Hari ni agak sendu sikit. Bangun pagi tadi dengan tengkuk yang sakit sebab salah bantal huhu... 

Alhamdulillah lepas sapu EO peppermint dah kurang sikit sakit dan sakit kepala pun beransur-ansur hilang. 

Rutin harian macam biasa. Kemas rumah, vakum, mop lantai dan masak tengahari. Lepas tu termenung tengok kotak-kotak ni haa...

Barang-barang yang aku angkut balik dari Bintulu bulan Mac dulu takde tempat nak letak, terpaksa letak dalam bilik tidur.

Lepas tu barang-barang untuk rumah baru macam sinki, hood & hob pun dah sampai, tapi kontraktor tak bagi simpan di rumah baru takut hilang katanya. Terpaksa la simpan di balkoni rumah.

Dah macam gudang aku tengok rumah ni. Stress jugak nengok sebab aku biasa tengok rumah kemas je.

Sabar je la. Sebulan dua lagi Insha Allah. *tarik nafas dalam-dalam & hembussss*

clutters


Nota kaki: Tengah contact Unearth Malaysia untuk let go barang-barang besar yang tak dipakai dan tak nak bawak pindah nanti macam kerusi ofis, kotak simpan mainan, car seat dan booster seat kanak-kanak.

8 Comments

  1. mcm x byk je brg2 dlm kotak tu adalah tempat dlm rumah nk letak., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi kotak2 di balkoni tu Wak. Byk kotak2nya nak bukak pintu gobok pun kena buka separuh je.

      Delete
  2. Sesekali tengok keadaan rumah yang tak berapa kemas memang boleh sesak nafas dibuatnya ye. Tak apalah, tak lama nanti sedaplah mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Rasa serabut je tgk rumah yang tak kemas. Tgh bersabar, harap2 tak delay la renovation rumah baru tu.

      Delete
  3. Samaaa la dua hari sakit leher ni salah bantal kot huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangun pagi, sapu minyak angin kat tengkuk sambil2 tu buat senaman leher perlahan-lahan Insha Allah hilang sakit tu

      Delete
  4. Ko sama Sis, kalau tong ke, kotak ke, naik rimas mata, tapi tu lerr biasa Laki punya barang, rasa nak humban jer hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. ni lagi la simpan kotak2 ni dalam bilik tido. Celik2 mata je dah serabut kepala hotak huhuhu…

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .