Hari Selasa lepas aku masak nasi Arab untuk makan dengan lamb shank yang kiteorang tapau dari Restoran Chef Faez Ahad lalu. 

Tapi nak buat salatoh tak cukup bahan-bahan pulak. Hmm. Aku ni sejenis kena ada sayur kalau tak, rasa tak lengkap je menu tu.

Buka peti sejuk, aku cuma ada kacang buncis, tomato dan kentang. So tercetus la idea nak buat kari sayur Cina. Jangan salah maksud ye, yang dimaksudkan kat sini ialah masakan kari tu ala Cina, bukannya sayur tu, sayur Cina 😜


Chinese vegetable curry
Sorry gambar tak lawa sebab kena keluar ambik anak-anak balik sekolah awal gara-gara ada cikgu-cikgu kena Covid

Bahan-bahan Kisar
1 inci halia
4 biji buah keras (tapi kalau ada kentang boleh abaikan)
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
3-4 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah lagi atau tukar dengan cili padi)
2 inci lengkuas
2 biji cili kering
4 sudu minyak masak

Bahan-bahan Lain
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari ayam / daging
Satu tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
200ml santan
100ml stok sayur / 1 kiub stok ayam
Sayur ikut suka (biasanya sayur terung, lobak merah, tomato, kacang panjang, kentang etc.)
Tauhu (potong dadu) / tauhu bulat goreng

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk kari.
3. Masukkan daun kari dan daun limau purut.
4. Masukkan santan dan stok sayur. Kalau guna kiub, masukkan air sama banyak dengan santan.
5. Masukkan sayur-sayuran dan tauhu. Masak sehingga empuk dan kuah pekat ikut citarasa masing-masing.
6. Perasakan dengan garam dan gula.

Senang bangat kan? Sebab ia hidangan kari, memang sesuai sangat dengan nasi Arab aku tu.

4 Comments

  1. Nampak menyelerakan, makan cecah dengan roti jala sodap tuuu

    ReplyDelete
  2. Kalau nak kari versi vegetarian mmg sedap hehe

    ReplyDelete
  3. Wangi tu kari sayur cina, siap ada daun kari dan daun limau purut.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .