Ladang Farm Fresh UPM

Sejak dua menjak ni seronok je tengok gambar kawan-kawan bercuti di Kundasang, Sabah. Macam-macam benda baru dah ada kat sana, contohnya bila pergi blog Syuhada Salleh baru tau di Kundasang dah ada tempat glamping. Tapi kalau sebut pergi Kundasang dekat anak-anak, satu je dieorang ingat - Desa Cattle Dairy Farm. Pergi ke sana feel nya ala-ala ke New Zealand dengan suhu sejuk di kawasan gunung. Seronok.

Mujur kat Semenanjung ni dah ada tarikan ladang lembu jugak, tak lain tak bukan Ladang Farm Fresh UPM. Semalam walaupun cuaca panas terik, ramai jugak yang datang bawak keluarga ke sana termasuk la kami.


Ladang Farm Fresh UPM
Welcome to Farm Fresh UPM!

Ladang Farm Fresh UPM ni terletak di UPM, Serdang. Dari awal sampai time gerak balik, aku puji pengurusan tempat ni sebab semuanya teratur dan lancar je flow nya. Parking luas, entrance satu je tapi ada 2 lorong (satu untuk cashless payment, satu lagi untuk bayaran tunai). Cuma biasalah bila ramai orang ni, nak tak nak kena beratur la kat certain tempat dalam ni.

Bayaran masuk untuk dewasa RM15 manakala untuk kanak-kanak RM10. Tapi kalau datang weekdays, murah sikit.

 
Farm Fresh Farm UPM

Tempatnya memang cantik, sesuai sangat untuk sesiapa yang suka ber OOTD. Kat sini bukan setakat boleh tengok lembu malah macam-macam binatang lain seperti arnab, ayam, ikan laga, ikan koi, rusa dan kuda pun ada. 



Ikutkan hati memang nak je teroka semua tempat dalam ni tapi banyak masa dah terbuang kena beratur (beratur beli makanan, cari meja makan, naik kuda, naik traktor dan beli aiskrim. Mujur la anak-anak dah besar kalau tak kena beratur lagi nak naik kids' barrel). 


Ladang Farm Fresh UPM
Macam-macam tarikan ada...

Kalau datang sini lagi, aku akan bawak makanan sendiri dan tikar piknik sebab kat dalam ni susah sangat nak cari tempat untuk duduk dan makan, lepas tu kena beratur lama pulak tu. Nak cari makanan kat susah, masuk-masuk je akan jumpa restoran The Acre @ Farm Fresh. First come first serve basis. Satu lagi, ada gerai makanan menjual mihun goreng dalam bekas, cendol, nasi kukus ayam goreng berempah, burger dan kentang goreng). 

Kalau pilih beli kat gerai, pandai-pandai la cari port nak makan. Adapun meja dan bangku dah di 'conquer' oleh parents yang tunggu anak-anak beratur nak naik kuda ataupun yang dah malas berjalan sebab cuaca yang panas. Siapa yang datang dari pagi, memang banyak masa untuk melawat semua tempat tarikan sini.

Korang layan je la gambar-gambar yang ada ye!

Tak susah cari tempat kat dalam ni sebab ada papan tanda yang membantu

Arnab-arnab ni cuma boleh tengok je kot sebab nak belai tangan tak sampai pulak

Lembu hidup dalam kandang, jadi boleh ambik gambar dengan lembu patung je

Terowong bunga ni tempat berteduh dari panas terik
Pekena aiskrim time panas-panas ni memang awesome


Comel je barrel car untuk kanak-kanak ni

Lepas makan anak-anak nak tunggang kuda pulak

Bayaran dikenakan seorang ialah RM10, tapi kuda pusing dekat-dekat je tak sampai 5 minit pun

Line beratur nak naik traktor

OK, tractor dah sampai jom beratur

Makcik tour guide ni fasih berbahasa Melayu dan tak habis-habis buat jenaka

Posing jap atas bukit

P/S: Cuti-cuti sekolah nak bawak family bercuti ke Melaka? Apa kata korang baca 4 Penginapan Menarik di Melaka ni.

Hukum Jual Beli Kucing

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram? Terima kasih ustaz.


JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Para ulama khilaf dalam masalah ini.

Pertama: Haram

Pendapat bahawa kucing ini haram dijual-beli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.
Riwayat Muslim (1569)

Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.
Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)

Kedua: Halal

Pendapat jumhur termasuk Mazhab Syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual-beli kucing.


Tarjih:
Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.

Wallahuaʿlam

Sumber:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan KL


Nota Untuk Diri-Sendiri:

1. Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau pun menerangkan benda yang sama, iaitu haram jika tujuannya untuk dimakan oleh orang bukan Islam ataupun jika kucing tu ialah kucing liar yang tiada manfaat untuk dijual, sebaliknya dibenarkan jika kucing tu jinak dan tujuannya untuk dibela kerana cantik dan untuk dibuat teman.

2. Kalau perniagaan kucing tu mengandungi unsur kekejaman dan penindasan terhadap haiwan kesayangan sahabat Nabi contohnya dipaksa mengawan dan mengandung untuk diambil anak-anaknya dan dijual walaupun anak-anak kucing masih lagi belum putus susu, seeloknya kita menjauhkan diri dari terlibat dengan perbuatan mendera haiwan sebab perbuatan tu ialah haram.

Selamat Hari Lahir, Bapak

 

Hari Raya 80an

Aku dan bapak tak rapat. Kali terakhir aku ingat bermain dan bergurau dengan bapak ialah waktu aku seusia Khadeeja. Bila meningkat remaja dan dewasa, hubungan kami jadi janggal.

Bapak aku jenis pendiam dengan anak-anak (tapi dengan kawan-kawan dia jauh berbeza), aku pulak jenis introvert (ye, ada juga HR introvert). Bila duduk bersama, takde idea nak dibualkan last-last masing-masing diam tengok TV. Entahlah, mungkin sebab personaliti kami tak 'klik'. 

Tahap kejanggalan ni memang aku akui kami jarang bertelefon dan bertanya khabar. Sedangkan duduk bertentang mata pun jarang bercakap, apa lagi nak bercakap di telefon. Kalau contact pun, untuk hal-hal penting je.

Tapi dengan cucu-cucu (anak-anak aku), dia mesra dan rajin melayan bawak jalan-jalan. Hahaha, mungkin dia sejenis bapak yang tak pandai melayan anak-anak yang dah remaja dan dewasa.

Walaupun kami tak rapat, aku sayang bapak aku. Setiap kali selepas solat, aku doakan mak dan bapak sebagai tanda kasih sayang aku.

Hari ni ulangtahun ke-65 bapak. Selamat Hari Lahir bapak! Semoga bapak sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia selalu.

Seminggu Sepotong Hadis - Gila Kuasa

Gila kuasa
Sumber: https://ismaweb.net/
 

Kalaulah kebanyakan orang yang diberi peluang menjadi pemimpin memandang pada tanggungjawab bukan pada pangkat, mesti tak ramai yang sanggup pikul jawatan pemimpin kan? Pemimpin ni sangat berat hisabnya di akhirat. 

Masa aku jadi HR dulu selalu berdepan dengan orang-orang yang mengejar kenaikan pangkat sebab berkaitan dengan kenaikan gaji. Hari-hari kejar HR tanya bila boleh dapat promotion? Tapi bila dah naik pangkat, banyak masalah yang timbul sebab hakikatnya belum cukup matang dan bijak memimpin jabatan atau jadi penyelia sampai timbul rasa tak puas hati di kalangan orang bawahan. Itulah hakikat dunia, yang tak layak sibuk menjadi pemimpin tapi yang layak kalau boleh tak nak pegang jawatan sebab tak sanggup pikul dan jawab di akhirat kelak.