SOALAN:

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram? Terima kasih ustaz.


JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Para ulama khilaf dalam masalah ini.

Pertama: Haram

Pendapat bahawa kucing ini haram dijual-beli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.
Riwayat Muslim (1569)

Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.
Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)

Kedua: Halal

Pendapat jumhur termasuk Mazhab Syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual-beli kucing.


Tarjih:
Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.

Wallahuaʿlam

Sumber:
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan KL


Nota Untuk Diri-Sendiri:

1. Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau pun menerangkan benda yang sama, iaitu haram jika tujuannya untuk dimakan oleh orang bukan Islam ataupun jika kucing tu ialah kucing liar yang tiada manfaat untuk dijual, sebaliknya dibenarkan jika kucing tu jinak dan tujuannya untuk dibela kerana cantik dan untuk dibuat teman.

2. Kalau perniagaan kucing tu mengandungi unsur kekejaman dan penindasan terhadap haiwan kesayangan sahabat Nabi contohnya dipaksa mengawan dan mengandung untuk diambil anak-anaknya dan dijual walaupun anak-anak kucing masih lagi belum putus susu, seeloknya kita menjauhkan diri dari terlibat dengan perbuatan mendera haiwan sebab perbuatan tu ialah haram.

14 Comments

  1. Saya tidak pernah terfikir isu ini.
    Alhamdulillah belum pernah beli atau jual kucing.
    Apapun kena hati-hati apabila buat sesuatu.
    Tq kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah lagi beli kucing, tapi pernah bela kucing bulu panjang yang kawan bagi sebab dia kena berpindah.

      Delete
  2. Replies
    1. Saya pun baru tau sebab kebetulan masa bersembang dengan kawan dia cerita pasal ni.

      Delete
  3. ramai yg beli jual kucing zaman skrg ni kan... kena tau tujuan asal nak bela kucing nipun iye juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Kak Ret, kena tau niat nak beli kucing ni utk apa. Belum lagi hukum beli ikan laga (tapi yg tu tak cek lagi sebab mmg tak penah minat nak beli ikan laga)

      Delete
  4. So far belum lagi membeli kucing dan menjual, orang nak Sis bagi jerr.. ni ilmu baru, kena amik tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang tgh pening nak pindah rumah baru Khadeeja dah mintak nak beli kucing mcm kucing bela kiteorg dapat dari kawan sblm ni. Mana nak kutip tepi jalan? hahaha

      Delete
  5. Terima kasih kongsi perkara bermanfaat ini. Seingat saya dulu-dulu memang pernah diuakan persoalan jual beli kucing, tapi saya tak ambil tahu sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sebab timbul topik beli kucing ni masa borak2 dgn kawan, mmg saya pun tak tau Amie. Sama2 kita belajar benda baru

      Delete
  6. islam bukan agama yg zalim, semestinya kalau penjualan untuk penindasan x dibolekan. indahnya islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam ni indah sbb dalam serba-serbi perkara ada panduan diberikan supaya kita dpt hidup harmoni sesama makhluk.

      Delete
  7. terima kasih berkongsi ilmu..tak pernah beli kucing, kawan2 ofis ramai yg bela kucing, depa just bagi free je kat kawan2 yg nak bela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya depa. Anak2 saya tgh fasa nak mintak bela kucing tapi saya kata tunggu pindah rumah sendiri dulu.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .