Hari Raya 80an

Aku dan bapak tak rapat. Kali terakhir aku ingat bermain dan bergurau dengan bapak ialah waktu aku seusia Khadeeja. Bila meningkat remaja dan dewasa, hubungan kami jadi janggal.

Bapak aku jenis pendiam dengan anak-anak (tapi dengan kawan-kawan dia jauh berbeza), aku pulak jenis introvert (ye, ada juga HR introvert). Bila duduk bersama, takde idea nak dibualkan last-last masing-masing diam tengok TV. Entahlah, mungkin sebab personaliti kami tak 'klik'. 

Tahap kejanggalan ni memang aku akui kami jarang bertelefon dan bertanya khabar. Sedangkan duduk bertentang mata pun jarang bercakap, apa lagi nak bercakap di telefon. Kalau contact pun, untuk hal-hal penting je.

Tapi dengan cucu-cucu (anak-anak aku), dia mesra dan rajin melayan bawak jalan-jalan. Hahaha, mungkin dia sejenis bapak yang tak pandai melayan anak-anak yang dah remaja dan dewasa.

Walaupun kami tak rapat, aku sayang bapak aku. Setiap kali selepas solat, aku doakan mak dan bapak sebagai tanda kasih sayang aku.

Hari ni ulangtahun ke-65 bapak. Selamat Hari Lahir bapak! Semoga bapak sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia selalu.

8 Comments

  1. Sama tidak berapa mesra dengan abah.
    Itulah kena cari topik boleh bualkan.
    Alhamdulillah doakan untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain pulak dgn mak, kiteorg mmg sekepala & boleh buat geng. Betul tu, tapi sekejap je lepas tu mati akal balik hehe.

      Delete
  2. semoga bapa Carneyz sihat2 selalu. Bapa tu sygkan anaknya cuma dia x tunjuk aje. Believe me....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak memang sayangkan anak-anaknya Abam Kie.

      Delete
  3. samalah kita, arwah ayah jg pendiam, akk pun introvert jg, mmg kurang interaksi dgn bapa....semoga bapak Carneyz sihat2 sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. terasa kekok je nak berborak2 bila dua2 jenis berat mulut. Amin... terima kasih atas doanya nohas.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .