Pejam celik pejam celik, ehhh… dah sampai hujung tahun ye. Bermula 10 Disember ni, sekolah-sekolah mula bercuti penggal ke-3. Inilah masa yang ditunggu anak-anak untuk program cuti sekolah dengan keluarga.

Buat parents pulak, mulalah pening nak bercuti ke mana. Tapi kalau ada yang dah plan nak bercuti ke Melaka, boleh la rujuk kat sini lihat apa yang menarik di Melaka sekarang.

Frankly, aku memang impressed giler bila bercuti-cuti ke Melaka pertengahan tahun ni. Dah lama tak jejakkan kaki, rupa-rupanya Melaka banyak tempat menarik baru yang kami pun tak sempat nak jelajah habis kerana plan asal cuma singgah di kenduri kawen adik ex-colleague aku je. Ni yang tak sabar nak berjalan-jalan ke Melaka lagi, tapi kena tunggu Suami Terchenta free baru dapat ajak jalan-jalan.

Tapi kalau korang ada plan nak ke Melaka cuti sekolah ni dan tengah mencari tempat penginapan best yang sesuai untuk seisi keluarga, apa kata korang check out beberapa serviced apartment di Melaka yang ditawarkan oleh Joezanor Homes, iaitu ejen yang menguruskan beberapa penginapan khas untuk mereka yang berminat melancong ke Melaka:

1. The Shore Hotel & Residences, Pinggiran @ Sungai Melaka

Semua sedia maklum nak memandu dalam bandaraya Melaka ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya bila cuti sekolah. Kalau dapat duduk tengah-tengah bandaraya Melaka memang heaven sangat sebab boleh jalan kaki je bersiar-siar ke tempat-tempat tarikan di Melaka.

The Shore Hotel & Residences ni merupakan pilihan tepat buat pengunjung-pengunjung dari luar Melaka yang nak menjelajah bandaraya Melaka. Terletak bersebelahan dengan Kampung Morten, apartment ni dikelilingi oleh Sungai Melaka. Kalau nak ke Bandar Hilir pula cuma perlu memandu lebih kurang 5 minit je.


The Shore Hotel & Residences Melaka
Bilik studio The Shore Hotel & Residences (Sumber imej: Joezanor Homes)

Nak parking pun tak pening sebab kat sini ada parking berbayar dan parking percuma yang banyak. Untuk memudahkan tetamu yang menggunakan parking berbayar, bayaran boleh dibuat sama ada menggunakan kad debit atau kad Touch N Go. Tak perlu bersusah-payah nak cari dan beratur di mesin tiket or sediakan wang tunai untuk bayar parking, mudah kan?

Parents boleh merancang pelbagai aktiviti riadah dengan anak-anak sebab The Shore Hotel & Residences ni terletak betul-betul bersebelahan dengan The Shore Shopping Gallery (sebenarnya satu bangunan je), The Shore Oceanarium, The Shore Sky Tower, Breakout (Escape Room & Spy Game), Wonder Park (indoor family attraction) dan banyak lagi. Anak-anak tak akan rasa bosan sebab ada banyak benda yang boleh dibuat. Malam-malam pulak boleh join Melaka River Cruise sebab The Shore Hotel & Residences ni dekat sangat dengan Sungai Melaka.

Bila dah di tengah-tengah bandaraya tu, tentulah takde masalah nak cari tempat makan sebab sememangnya ada banyak pilihan. Antaranya ialah Pampas Sky Dining, Restoran Chef Wan, Seoul Garden, Starbucks dan banyak lagi.

Kalau dah penat jalan-jalan, apa kata lepak di dalam kawasan The Shore Hotel & Residences je. Ada banyak fasiliti yang menarik dan baru seperti indoor pool, mini theme park pool, gimnasium dan sebagainya.

Di The Shore Hotel & Residences, boleh pilih sama ada nak bilik studio atau apartment 3 bilik. Rate bilik semalam kat sini mengikut jenis apartment iaitu studio atau apartment tiga bilik tidur:

  • Studio : RM160 (Hari biasa) / RM190 (Hujung minggu)
  • 3 bilik tidur : RM300 (Hari biasa) / RM350 (Hujung minggu)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.


Joezanor Homes

2. Atlantis Residences, Kota Laksamana

Serviced apartment di Kota Laksamana ni terletak di kawasan yang strategik dalam bandaraya Melaka iaitu lebih kurang 10 minit memandu ke Bandar Hilir Melaka atau ke Pantai Klebang dan 7 minit je ke Jonker Street.

Kalau bawak anak-anak memang best sangat sebab tarikan utama Atlantis Residences ni ialah kolam renangnya yang terbesar di Melaka. Tak de la bersesak-sesak bila ramai-ramai nak mandi kat pool.

Terdapat juga taman permainan air kanak-kanak yang dilengkapi dengan gelungsur, pancuran air dan kerusi untuk bersantai di dalam dan di sekitar kawasan kolam. Silap-silap anak-anak dengan mak bapak sama-sama tak nak keluar pool bila dah masuk!

Selain dari pool, ada kemudahan-kemudahan lain seperti gimnasium, taman permainan kanak-kanak, sauna, jakuzzi dan banyak lagi. Dari segi keselamatan, tak perlu risau sebab dekat sini mengutamakan privasi dan terdapat kawalan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk utama. Cuma tetamu yang ada access card je boleh masuk ke dalam kawasan apartment ni. 

Kalau berkonvoi dua buah kereta ke sini tak de masalah sebab di apartment ni ada disediakan 2 parking lot. Boleh la angkut adik-beradik atau mak ayah sekali cuti bersama.

Nak cari makan pun tak susah sebab kat sini ada banyak tempat makan menarik yang berdekatan contohnya Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana. Kalau malas nak keluar pun ada perkhidmatan Grabfood atau FoodPanda.

Atlantis Residences mempunyai pilihan sama ada apartment satu bilik tidur, dua bilik tidur atau tiga bilik tidur dengan harga yang berpatutan:

  • 1 Bilik Tidur : RM190 (Hari biasa) / RM220 (Hujung minggu)
  • 2 Bilik Tidur : RM280 (Hari biasa) / RM330 (Hujung minggu)
  • 3 Bilik Tidur : RM350 (Hari biasa) / RM390 (Hujung minggu)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.


Joezanor Homes

3. Silverscape Residences, Melaka Raya

Melaka dari dulu lagi terkenal dengan perairan Selat Melaka yang menjadikan negeri ni sebagai pusat perdagangan dunia beberapa abad lepas.

Kalau korang sukakan pemandangan laut, Silverscape Residences ni memang best sebab menghadap Selat Melaka yang cantik dan juga pemandangan bandaraya Melaka.

Bayangkan sambil lepak-lepak di infinity pool yang menghadap ke laut boleh menikmati pemandangan laut yang sejauh mata memandang, eh boleh release stress macam ni! Selain dari infinity pool yang luas, dekat sini ada jugak disediakan gimnasium, spa, bilik sauna dan pelbagai kemudahan menarik di tingkat 13.

Berdekatan Silverscape Residences ni terdapat panggung wayang tertinggi di Melaka iaitu MBO Element Mall yang terletak di tingkat 11. Rasanya Kat KL ni pun tak de panggung wayang yang tinggi macam tu.

Nak ke mana-mana pun dekat je, hanya 10 minit memandu ke Bandar Hilir, perkampungan Portugis dan kawasan pelancongan Melaka yang lain.

Kalau korang macam aku suka cari hotel yang ada bathtub, SIlverscape Residences ni mesti jadi pilihan sebab bilik mandinya ada disediakan bathtub. Menariknya, sambil berendam tu boleh layan pemandangan laut jugak.

Kat Silverscape Residences ni, korang boleh pilih untuk menyewa sama ada studio apartment atau apartment 2 bilik dengan harga yang menarik:

  • Studio : RM170 (Hari biasa) / RM210 (Hujung minggu)
  • 2 bilik tidur : RM210 (Hari biasa) / RM270 (Hujung minggu)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.

Joezanor Homes

4. Mahkota Hotel Apartment, Melaka Tengah

Jika ke Melaka tak sah kalau tak berjalan-jalan di Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Buat kaki shopping, tempat-tempat ni mesti dalam bucket list tempat wajib pergi kat Melaka kan?

Kalau nak spend lama-lama shopping, apa kata cari tempat penginapan berhampiran iaitu Mahkota Hotel Apartment. Terletak di tepi laut di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka, hotel apartment ni memang betul-betul bersebelahan dengan Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan iaitu kompleks membeli-belah dan pusat hiburan yang paling popular di Melaka. Selain dari tu, boleh berjalan kaki je ke tempat-tempat bersejarah yang menjadi tarikan di negeri ni. Manakala untuk ke Bandar Hilir, jaraknya cuma 12 minit memandu dan 7 minit untuk ke Masjid Selat Melaka.

Nak parking lama-lama takde masalah sebab kat sini parking berbumbung dan terbuka disediakan percuma. Kalau kaum bapa malas nak ikut shopping, boleh lepak-lepak di hotel sebab kat sini pun ada fasiliti kolam renang dan gimnasium.

Joezanor Homes menawarkan apartment 1 bilik tidur dengan kadar berikut:

  • 1 Bilik Tidur : RM160 (Hari biasa) / RM180 (Hujung minggu)
*Nota : Harga ini tidak termasuk untuk cuti am atau cuti sekolah.


Joezanor Homes

Bagi aku tempat-tempat penginapan ni semuanya ada tarikan tersendiri dan budget-friendly jika dibandingkan dengan fasiliti-fasiliti yang disediakan. Bila bercuti dengan budak-budak, aktiviti di kolam renang dah jadi acara wajib dan tempat-tempat ni semuanya ada menawarkan kolam renang dari kolam renang yang terbesar di Melaka sampailah ke infinity pool dengan pemandangan laut.

Untuk membuat tempahan atau bertanya lebih lanjut tentang serviced apartment yang disediakan oleh Joezanor Homes ni, korang contact je Cik Ezza Nur Ain melalui Whatsapp / FB / IG atau Telegram:

Joezanor Homes
Selain tempahan hotel & apartment, Joezanor Homes pun ada menawarkan khidmat teksi / Grab dan pemandu pelancong

Psst… Berita baik untuk pembaca blog Coffee Break With Me, korang boleh dapatkan harga istimewa bila korang quote kod promo ni masa buat tempahan:

PROMO CODE : CARNEYZ

Harga ni istimewa untuk korang je tauuuu... 😉😉


Joezanor Homes
Facebook Page : https://.www.facebook.com/joezanor.homes/
Instagram : http://instagram.com/joezanor.homes
Whatsapp : 011-2802 9694 (Cik Ezza)

26 Comments

  1. minggu pertama cuti sekolah...kita hibernate je kat rumah sbb anak bongsu nak disunatkan.

    minggu kedua kita tengok keadaan dia camna...tp minggu ke-3 confirm kita ke Melaka. ada rezeki kita sebut promo code tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, semoga dipermudahkan urusan berkhatan utk anak bongsu. Aah, call / Whatsapp je nombor tu dan sebut promo code :)

      Delete
  2. the atlantis tu, kalau dpt pak guard kekwat... faham2 je lah hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorg nak pastikan keselamatan guests terjaga kot, dgn pelawat yang bertukar2 setiap hari sbb tu strict sket agaknya hehe #husnuzon

      Delete
  3. Melaka nang best... hotel byk pilihan... walaupun harga standard tp kacakkkk... mkn pun senang carik... tmpt nk dijalan pun byk tp mun pegi cuti sekolah jem ya lah x tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mok jalan2 di melaka kenak bercarik hotel nok boleh jalan kaki jak gi siney2 mcm Mahkota Hotel atau The Shore ya. Baru sik stress jeraya jem hehe

      Delete
  4. cuti sekolah kalo ke melaka...bertabah la jammed nya....lama tk pi melaka...last pegi bln mac aritu...kalau outstation slalunya stay kt mahkota hotel panel company

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu je la slack bila ke melaka.. nak mengharung jem tu adoi... tapi dpt duduk hotel yg dekat2 pun ok sbb boleh jalan kaki je tak yah fikir pasal jem hehe

      Delete
  5. Terlalu lama akak tak jalan-jalan ke Melaka, teringin jugak nak stay hotel tepi sungai Melaka tu. Sambil terbayang babak dalam novel Kunang Pesisir Morten.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka skrg pesat membangun tapi masih mengekalkan ciri2 tradisi di sana. Saya tak puas berjalan2 di tepi sungai melaka, Insha Allah ada rezeki nak ke sana lagi.

      Delete
  6. PH pun dah lama tak ke Melaka. Mmg byk tarikan dengarnya sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala bawa anak2 jalan2 luar KL, apa lagi PH ;)

      Delete
  7. Jap jap.... (sambil jeling-jeling isi dompet...) huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle bawak aunty je laaaa... amik bilik studio hehe

      Delete
  8. Kalau cuti dengan famili memang lagi senang ambil penginapan homestay macam ni dari hotel. Lagipun Melaka senang dapat Grab kalau nak jalan-jalan dalam town tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal. Rasa mcm lagi murah dan selesa ambik homestay dari duduk di hotel klu family ramai.

      Delete
  9. di The Shore hotel tu ada skypark yg ada lantai cermin tinggi tu? hehe

    ReplyDelete
  10. Ini kalau hendak duduk tengah-tengah bansar Melaka. Malas memandu dan ada macam-macam kawasan tarikan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul NA. lokasi mmg sgt convenient utk pelancong dari luar Melaka.

      Delete
  11. Melaka SA suka stay kat Ibis Melaka and Hatten...nanti nak try lain plak la..eh..rasa macam lama plak x pi Melaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania dah belajar kat Melaka lepas ni kena la selalu turun kan SA hehe

      Delete
  12. Pernah stay di Atlantis Residence. Memang best. Luas selesa untuk family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk di hotel apartment mmg lagi selesa dari book hotel biasa kan.

      Delete
  13. lamanya tak ke KL tp kawan yg stay KL memang akan ckp tak pyh dtg la nanti hadap jammed. hehe. semestinya kena cari hotel yg ada pool utk anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau duduk hotel tak de pool rasa mcm tak lengkap je kan. kat kl byk hotel yg menarik :)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .