Seminggu Sepotong Hadis: Seksaan Kubur untuk Orang Yang Menyebarkan Fitnah

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW melewati dua kubur, maka beliau bersabda, 

"Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan kerana sesuatu yang besar. Salah seorang darinya biasa tidak melindungi diri dari air kencingnya sendiri, sedang yang seorang lagi biasa menyebarkan fitnah."

(Sahih al-Bukhari, 216)

Apa itu fitnah?

Fitnah ialah perbuatan sama ada mereka-rekakan perkara yang tidak ada atau tidak pernah berlaku atau menyebarkan sesuatu berita tanpa memeriksa kebenarannya.

Contohnya bila ada video yang panas je, ada je yang suka-suka nak viralkan tanpa usul periksa dengan tujuan nak dapatkan lebih banyak 'like' dan menumpang populariti.

Kadang-kadang niat orang tu memfitnah bukanlah untuk memalukan seseorang, contohnya dapat hadis palsu dia sebarkan dekat orang ramai tanpa merujuk dulu kitab-kitab atau sumber rujukan yang sahih. Akibatnya orang ramai percaya benda palsu dan sangat bahaya kalau boleh menyebabkan akidah turut terpesong. Biasanya aku jumpa ni dekat group Whatsapp, orang-orang tua suka forward mesej-mesej yang berunsur agama tapi bila diselidik, mesej ni berunsur bida'ah dan boleh memfitnah agama kita sendiri. Jadi elakkan la menyebar perkara yang tidak betul apa lagi jika bertujuan memburuk-burukkan atau menjatuhkan orang lain. Wallahualam.


Nota kaki:

Hari ni lambat sikit update blog sebab pagi tadi hantar anak-anak join aktiviti berkhemah. Kemain seronok dieorang first time join aktiviti bermalam jauh dari rumah dengan kawan-kawan sekolah. Malam ni pulak Suami Terchenta berkampung kat ofis lagi. Ingatkan aku sorang je la tinggal kat rumah (aku ni dah la penakut huhu 👻👻), tup-tup BFF aku ajak teman dia tidur kat hotel since dia outstation. OK, pucuk dicita ulam mendatang. Louis je la jaga rumah nampaknya 😜


Louis kena jaga rumah lagi ke Mommy?

Pemenang Cabaran Tangkap Pageviews ke-500k

First of all, aku pun tak sangka memang laju jugak pageviews kali ni naik berbanding masa baru nak aktif balik blogging beberapa bulan lepas. 

Laju sampai tak seorang pun sempat tangkap pageviews yang ke-500,000 huhu... Jadi kali ni tiada pemenang yang dapat diumumkan. Insha Allah kalau ada rezeki lagi aku buat lagi contest untuk hiburan kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog aku ni.

Tapiiiii... memandangkan hanya seorang je yang mencuba nasib walaupun tak dapat nombor yang ke-500k, aku decide nak bagi jugak hadiah saguhati buat seorang rakan blogger ni. Dia berjaya menangkap pageviews yang ke-499,999. Cantik bangat nombor tu!

Tahniah buat MAMA TISYA kerana terpilih mendapat hadiah saguhati 👏👏 Sila emailkan details untuk penghantaran hadiah ye.



Nasi Kalut Jitra Mai

Korang suka tak nasi kandar? Biasanya kalau sebut nasi kandar mesti aku terbayangkan kuah kari campur, sayur kobis goreng dan pappadam. Lagi satu nasi kandar ni sinonim dengan masyarakat India Muslim.

Ni first time aku jumpa nasi kandar Melayu di gerai Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Jalan Abdullah berhampiran Dang Wangi. Nak jugak tau apa beza dengan nasi kandar yang selalu aku makan.


Nasi Kalut Jitra Mai

Nasi Kalut Jitra Mai
Pakcik baju biru tu bungkus banyak nasi agaknya untuk keluarga di rumah

Nasi Kalut Jitra Mai
Lauk-pauk yang ada

Dari jauh lagi bau ayam goreng berempah dah menusuk hidung. Terus lapar aku dibuatnya haha. Jadi aku mintak 3 bungkus nasi dengan lauk ayam goreng berempah untuk kami anak-beranak. Harga kesemuanya RM38 je.


Nasi Kalut Jitra Mai
Nak makan kat sini pun boleh sebab ada banyak meja kosong

Cengginilah rupa nasi kandar Melayu. Instead of kobis goreng, ada bendi. Kuah banjir tu tetap ada, cuma rasanya bukan macam kuah kari nasi kandar biasa. Lepas tu dapat sebiji telur rebus jugak. Nampak lebih ringkas dari nasi kandar biasa.

Dari segi rasa, kuahnya agak manis sikit. Ayam goreng berempah tu memang sedap, Khadeeja boleh habiskan ayam goreng tu seorang diri (kakak seperti biasa memilih taknak makan ayam). Kalau panas-panas mesti lagi sedap.


Nasi Kalut Jitra Mai

Tapi kalau tanya aku, aku masih prefer nasi kandar kat kedai mamak. Dengar citer nasi kandar paling sedap di KL ni ialah di Restoran Kudu Bin Abdul. Pernah nak try tapi bila tengok barisan panjang giler terus cancel plan! Selain dari tu, aku jugak suka nasi kandar di restoran Original Kayu Nasi Kandar, cuma harganya mahal sikit.

Korang suka nasi kandar yang mana satu?

Jeng... Jeng... Jeng! Siapakah yang akan berjaya menangkap page view ke-500k blog Coffee Break With Me?

<UPDATE> 
Terima kasih atas kunjungan kawan2 semua ke blog ni. Nampaknya page view dah mencecah lebih dari 500k hari ni! Sesuatu yang aku pernah rasakan mustahil awal tahun ni. Kepada sesiapa yang berjaya screenshot page view ke 500k tu, harap boleh hantar screenshot ke email carneyz[at]gmail.com sebelum 12 tengah malam ni ye 😊

Salam Rabu semua,

Wah, pejam celik pejam celik dah Rabu kan. Esok Suami Terchenta akan mula berkampung di ofis untuk projeknya sampai Ahad ni. Hari Jumaat - Ahad pulak anak-anak akan mengikuti aktiviti perkhemahan di Negeri Sembilan. Tinggal aku dengan Louis je la kat rumah. Nasib baik ada Louis sekarang takde la sunyi sangat nanti.

Oh by the way, korang ingat tak aku pernah bagitau nak bagi ganjaran kepada pengunjung blog yang ke 500k

Haa... tak sangka tak lama lagi dah nak cecah 500k pengunjung blog ni. Thanks korang yang sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapa ni! 💖💖💖👏👏👏

Tak sabarnya nak tau siapa pengunjung ke 500,000. Jangan lupa e-melkan screenshot pageview blog aku ke e-mel: carneyz[at]gmail.com. Tinggalkan sekali maklumat nama & alamat blog dan juga nombor telefon korang ye!


Blog pageviews pada 8.36 pagi ni. Sikitttt je lagi tu nak cecah 500k!

Wordless Wednesday: Ekspresi Mural di Jalan Kamunting Chow Kit




Mural hasil karya artis tempatan, Kenji Chai ni pernah mencatat rekod dalam The Malaysia Book of Records sebagai mural tertinggi di Malaysia 



 

Korang suka tak tengok lukisan mural? Aku suka sangat sebab kebanyakan lukisan mural ni menggambarkan suasana yang harmoni, penuh nostalgia serta mengetengahkan identiti tempatan. Satu perkara yang menarik bila aku pindah ke KL ialah usaha menghidupkan kembali lorong-lorong tua dengan mural-mural yang cantik macam yang kiteorang tengok sendiri di Jalan Kamunting.

Nota kaki:
Lain kali nak explore pulak lukisan mural di Jalan Changkat dan Jalan Gereja.