• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, January 13, 2024

Giveaway Sampul Raya Rare 2024

Mendapat jemputan dan titah perintah dari Permaisuri Cuya dari Kerajaan Kelapa untuk join Giveaway ni. Hehe. Kreatif betul seketul budak bernama Cuya ni. Memandangkan dah dapat jemputan, maka aku pun memeriahkan ruangan komen blog beliau dengan penyertaan jugak. Kawan-kawan yang lain, jom la sama-sama kita support GA Cuya!



Syarat-syarat penyertaan:



Pemenang bertuah akan menerima hadiah dari Kerajaan Kelapa:


Read more »
on Saturday, January 13, 2024 17
Share this!
Tags
Blog, Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, January 11, 2024

London (Day 1)

Trip ke London ni asalnya takde dalam perancangan tapi bila BFF aku yang duduk di London ajak ke rumah (haha, macam dekat je kan rumahnya tu) jadi aku pun usha la tiket ke London. Jumpa harga tiket penerbangan bajet dalam RM3k untuk kami berempat, jadi seterusnya check pulak harga Airbnb untuk 3 hari di sana (lebih dari 3 hari bangkrap la Suami Terchenta!) jumpa pulak rumah dalam harga 200 pound semalam (total semuanya 600+ pound untuk 3 malam atau lebih kurang RM3.9k). Selepas dicampur dengan kos public transport, makan, aktiviti berbayar (Christmas light tour naik bas double-decker ~ RM400+) semuanya tak sampai RM10k. Lagipun kiteorang dah jimat banyak dekat penginapan di Istanbul (nanti aku cerita) jadi Suami Terchenta pun setuju untuk masukkan London dalam destinasi percutian kiteorang.


Lewisham, London
Pemandangan di luar rumah Airbnb yg kiteorang sewa

Asalnya ni ialah planned itinerary kiteorang untuk hari pertama tapi bila flight dah delay malam sebelumnya, masing-masing kepenatan pagi esoknya. Kiteorang akhirnya keluar rumah pukul 9 pagi. Sepatutnya 7.30 pagi dah keluar. Sudahnya ada tempat yang kiteorang tak sempat pergi antaranya Stamford Bridge Stadium (stadium pasukan bola sepak Chelsea - boleh agak la kan siapa yg sebenarnya nak ke sini hehe), Dark Sugars Chocolate (famous dengan hot chocolate yang mewah) dan Hyde Park Christmas Market (sebab dah tak larat + kena bayar untuk masuk, which is tiada dalam bajet memandangkan bajet kecemasan dah habis dekat Uber dari airport). 


London itinerary
Itinerari London (hari pertama)

Airbnb kiteorang ni terletak di Zon 2 iaitu di Lewisham, sebab tu harganya agak murah (untuk standard London la, jangan convert dalam duit Malaysia memang menangis beb!). Yang best tu, lokasi dekat je dengan stesen metro (lebih kurang 5 minit je) dan ada kedai serbaneka dekat sebelah jadi senang nak beli barang-barang untuk memasak (masak simple je untuk sarapan pagi, selalunya telur, susu, cheese dan roti). Untuk bergerak di London menggunakan public transport, wajib beli kad Oyster (harga sekeping ialah 15 pound, lepas tu kena top up). 

Nasib baik ada kawan di Malaysia bermurah hati pinjamkan kad Oyster dia & suami, jadi kiteorang cuma perlu beli 2 kad Oyster untuk Khayla dan Khadeeja (jimat lagi dekat situ). Keistimewaan bila duduk dekat Zon 1 dan 2 di London ialah tambang pengangkutan awam dekat sini ada daily price cap contohnya £8.10 sehari - bila dah sampai jumlah maksimum, perjalanan seterusnya ialah percuma. Ikut kiraan kasar, jumlah keseluruhan kos pengangkutan kiteorang (tak termasuk Uber dari London Gatwick) adalah dalam RM1k.


Oyster card
Cara top up sama macam top up kad TnG

Dari Lewisham, naik metro (atau London Overground Rail) ke stesen Charing Cross dan tukar pulak ke London underground menuju ke South Kensington untuk ke destinasi pertama - Natural History Museum.


London underground
Bergambar dekat papan nama stesen dan dalam underground train

Cromwell Road
Dari stesen South Kensington, berjalan kaki sikit ke Cromwell Road tempat terletaknya Natural History Museum ni

Natural History Museum
Dari luar kagum tengok kecantikan bangunan Natural History Museum ni!

Natural History Museum
Mengabadikan kenangan di pintu masuk Natural History Museum, London

For info, kiteorang pilih ke Natural History Museum ni atas 2 sebab - pertama, masuk adalah percuma (cuma kena tempah slot masa melalui laman web je) dan kedua, anak-anak peminat tegar dinosour! Dekat section sejarah dinosour tu je sejam kiteorang kat situ sebab semua exhibit dieorang nak ambik gambar dan baca.


Natural History Museum
Masuk dalam bangunan je mata dah tertumpu dekat rangka ikan paus biru yang dipamerkan di ruang utama

Natural History Museum
Kiri: pemandangan dari tingkat atas. Kanan (atas): pameran burung-burung yang diawetkan di tingkat atas; (bawah): rangka dinosour di bahagian pameran dinosour

Natural History Museum
Bergambar dengan rangka mammoth

Natural History Museum
Yang ni pulak ialah rangka sloth (buat peminat filem animasi Ice Age, mesti ingat Sid the Sloth kan? Haa.. sloth ni sebenarnya besar ye, bukan kecik macam dalam cerita Ice Age tu hihi).

Natural History Museum
Patung dinasour bergerak siap pakai baju sweater dan topi Krismas hihi. Comel je

Kiteorang menghabiskan lebih kurang 4 jam dalam muzium ni. Sebelum keluar, kiteorang bertanyakan ada ruang solat ke dalam muzium ni. Alhamdulillah ada, siap disediakan sejadah lagi. Cuma kena ambik wuduk di tandas je la. Aku bawak portable bidet jadi senang nak basuh kaki.


Natural History Museum
Dekat luar bilik, ditulis 'Reflection Room' 

Selesai solat, kiteorang pun keluar dari muzium. Tapi sebelum meninggalkan muzium kenalah ambik gambar dari luar pulak.


Natural History Museum
Nampak macam takde orang je kat belakang tu kan? Sebenarnya ada, tapi zaman sekarang yang serba canggih, guna Google Photo je untuk remove orang-orang yang lalu-lalang dekat background ðŸ˜…

Dari Natural History Museum, kiteorang bergerak ke Leadenhall Market pulak. Sebabnya tempat ni pernah dijadikan salah satu lokasi penggambaran Harry Potter (sebagai peminat Harry Potter, mestilah nak pergi tengok tempat ni).


Natural History Museum
Dalam perjalanan, terjumpa pondok telefon merah yang tak asing lagi dengan identiti UK 

Monument station
Berhenti di stesen Monument di mana terletaknya sebuah tugu bagi memperingati peristiwa kebakaran besar di London pada tahun 1666 di mana sebuah kebakaran berpunca dari sebuah kedai roti bermula pada 2 September cuma berjaya dipadamkan pada 6 September 1666

Leadenhall Market
Berjalan menyelusuri celah-celah bangunan untuk ke Leadenhall Market

Leadenhall Market
Leadenhall Market

Senibina Leadenhall Market ni memang cantik tapi sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun dekat situ. Banyak restoran dan pub je. Masa kiteorang sampai sini pun dah Maghrib (5 petang). Mula-mula nak cari kedai halal kat sini tapi tak jumpa. Sudahnya kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Poppies Fish & Chips, salah satu restoran yang menyediakan menu fish & chips yang halal (tak guna alkohol dalam tepung salutan ikan).


Hanbury Street
Jalan kaki dari Leadenhall Market ke Hanbury Street mengambil masa setengah jam

halal food UK
Full house! Nasib baik ada meja kosong. Portion fish & chips kat sini besar sangat. Suka sos tartar makan dengan fish & chips tu

Ni je la satu-satunya tempat makan yang paling mahal kiteorang makan kat London. Harga fish & chips tu dalam £20 jadi keseluruhan kos makan malam tu ialah £100 (termasuk minuman) dekat RM600! 🤑 Malam seterusnya kiteorang makan dekat rumah member aku dan malam terakhir pulak, member aku belanja makan pizza di luar. 

Lepas makan, kiteorang pun pergi ke destinasi terakhir dalam itinerary iaitu Tower of London dan Tower Bridge. Tu pun masing-masing dah kepenatan sebenarnya, Suami Terchenta pun dah mula mengadu sakit belakang. Jadi posing berlatar belakangkan dua-dua tempat ikonik pun dah jadi.


London double decker
Naik bas double decker nak ke Tower Bridge

Tower bridge
Underpass yang dipenuhi dengan arts

Tower of London
Atas: Tower of London - kubu yang menempatkan barang-barang berharga keluarga diraja England termasuk mahkota diraja Britain. Bawah (kanan) - belakang tu ialah Tower Bridge tapi Suami Terchenta dah sakit belakang jadi kiteorang bergambar dari jauh je la

Masing-masing pun dah kepenatan hari pertama ni sebab tidur lewat dan bangun awal pagi jadi kiteorang pun bergerak balik ke Airbnb. Nasib baik dari Tower Bridge ni naik tren Southeastern direct je ke Lewisham, tak payah tukar-tukar tren. Sepanjang perjalanan pun dah terlelap sebab kepenatan, tau-tau dah sampai Lewisham (adalah dalam 20 minit perjalanan). Balik rumah jamak solat, mandi dan terus tidur. Cerita seterusnya akan bersambung pada hari kedua di London...

Read more »
on Thursday, January 11, 2024 54
Share this!
Tags
International, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, January 10, 2024

Wordy Wednesday: Amboi, amboi, amboi!

funny cats
Dah pandai lepas atas kaunter dapur ye!


Hari tu baru je aku puji perangai depa berdua ni. Baik sopan tak panjat meja makan dan kaunter dapur - kalau lepak selalunya dekat tepi kabinet atau dekat hallway rumah je. Punyalah baik perangai depa kalau tinggal lebihan makanan atas meja makan / kaunter, Insha Allah selamat sebab depa ni ada adab kesopanan dan kesusilaan tak reti mencuri makanan.

Tapi pagi tadi... haaa! Ambik ko. Lepak atas kaunter dapur tempat mommy sediakan makanan. Dah mula perangai nakal tu. Mula-mula si Kiera yang lepak dulu. Louis elok lagi duduk tepi kabinet tempat lepak biasa.

Lepas balik dari kelas memasak, aku cari Louis takde kat tempat biasa. Rupa-rupanya hari ni dia nak lepak atas katil kakak. Katil kakak takpe lagi. Petang tu pulak, balik dari ambik Khadeeja di sekolah tengok-tengok dua-dua ekor dah atas kaunter dapur mommy! 😡

Memang kena marah la depa ni. Dah kena marah, ingatkan insaf. Takde makna... Lepas mandi aku jumpa lagi seekor atas meja makan, seekor lagi atas kaunter dapur! Sudahnya dua-dua kena babap. Adan uke!

Read more »
on Wednesday, January 10, 2024 48
Share this!
Tags
Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, January 09, 2024

Istanbul Day 2

Baca entri sebelum:

  • Istanbul Day 1


Hari kedua di Istanbul, cuaca mendung dan hujan dari pagi. Jadi perasaan nak keluar tu terbantut. Sudahnya panaskan lauk yang kiteorang bungkus dari kedai makan Hira Lokantasi hari sebelumnya untuk sarapan pagi dan lepas tu lepak-lepak sementara tunggu hujan reda. Sempat la mengeringkan baju yang dibasuh malam tu sebelum berkemas-kemas untuk destinasi seterusnya.

Bila hujan dah reda, barulah kiteorang keluar. Terus siap-siap check out dari apartment. Owner kata boleh tinggalkan beg di lobi. Dia siap tolong panggilkan teksi untuk kiteorang gerak ke Istanbul Airport pukul 2 petang. Ada 4 jam untuk kiteorang bersiar-siar sebelum kena balik ke Airbnb untuk ambik beg dan naik teksi ke lapangan terbang.

Hari kedua ni tak banyak gambar yang aku dan Suami Terchenta ambik sebab hari hujan. Mujur masing-masing bawak payung lipat dari Malaysia sebab mengenangkan member aku bagitau di London kerap hujan. Tapi sepanjang di London, tak hujan pun tapi di Istanbul pulak yang hujan haha.

Lokasi yang dituju ialah Sultanahmet untuk melawat masjid Hagia Sophia (atau orang di sini panggil Ayasofya Camii - Camii tu bermaksud masjid yang besar. Kalau surau pulak contohnya surau dekat airport, dieorang panggil masjid).


Sultanahmet Istanbul Turkiye
Destinasi utama kami - Masjid Hagia Sophia / Ayasofya Camii

Macam biasa mana-mana kiteorang pergi mesti la anak-anak nak singgah belai kucing yang dieorang jumpa tepi jalan.


Sultanahmet Istanbul
Khayla sempat bertegur-sapa dengan kucing depan Hagia Sophia

Tapi tak sempat nak berjalan-jalan sangat sebab lepas ambik gambar depan Hagia Sophia terus hujan lebat. Ditambah pulak dengan perut berkeroncong sebab cuma sarapan lebihan makanan semalam, jadi kiteorang decide untuk cari tempat makan berdepan dengan Hagia Sophia, dekat lorong sebelah belakang. Disebabkan hujan lebat sangat, kasut aku dan Suami Terchenta pun basah sebab kiteorang pakai kasut biasa je. Kasut anak-anak ok lagi sebab kiteorang belikan winter boot untuk dieorang yang kalis air.


Turkiye restaurant
Ambik gambar di restoran sementara tunggu makanan yang dipesan sampai

Turkish dish
Aku tak tau la kenapa, sebab lapar sangat ke aku cuma ambik gambar hidangan telur ni je. Nama menu ni pun aku lupa nak ambik 🤣 Hidangan yang lain pun sama, takde gambar dalam hp.

Makanan dekat restoran di Sultanahmet tu bagi aku OK je la, tak sesedap yang di Hira Lokantasi tempat kiteorang pergi semalamnya. Sepanjang kiteorang duduk menikmati makanan tengahari di situ, hujan memang lebat je. Sekali-sekala ada orang singgah di meja kiteorang menjual payung. Kesian jugak sebenarnya tengok orang di Turkiye ni macam-macam cara dieorang nak survive dalam keadaan kewangan negara dieorang yang tak berapa kukuh dan kadar inflasi yang tinggi.

Anyway, lepas hujan dah reda barulah kiteorang gerak balik ke Fatih. Tapi balik tu Suami Terchenta singgah la ke kedai menjual kasut di tepi-tepi jalan sebab kasutnya dah basah kuyup dan sejuk. Tapi satu pun dia tak berkenan / kasut yang dijual tak kalis air. Sudahnya kiteorang hampir lambat nak balik ke Airbnb sampai owner missed call sebab teksi yang dipanggil dah sampai.

Dari Fatih ke Istanbul Airport bukan main mencabar nak keluar sebab jalan jem teruk! Teksi yang dipanggil pulak bukan jenis teksi MPV yang macam kiteorang ambik dari airport sehari sebelumnya, jadi bersempit-sempit la aku dan anak-anak di belakang dengan pakai jaket winter. Pemandu teksi pulak tak bukak tingkap dan aircond kereta jadi walaupun cuaca kat luar sejuk tapi dekat dalam kereta kiteorang dah kepanasan dan rasa lemas. Dalam 40 minit jugak la terperangkap dalam jem nak keluar dari kawasan bandar je ye. Belum masuk highway lagi. Dekat highway ada sejam lagi perjalanan. Sampai airport je, aku dah rasa mual dan pening sebab lemas dalam kereta tu.

Dalam bangunan airport, terus lalu pemeriksaan keselamatan. Kena bukak jaket semua tapi tak payah keluarkan alat elektronik dari beg. Lepas lalu pemeriksaan keselamatan, kiteorang pergi ke kaunter Wizz Air untuk ambik boarding pass - hanya warga dari negara-negara EU dan UK je dibenarkan masuk dengan e-boarding pass dekat apps. Wizz Air ni salah satu budget airline dekat Eropah yang termurah. Buat sesiapa yang nak travel dengan family naik Wizz Air, aku sarankan korang beli Priority pass lebih berbaloi sebab boleh check-in bagasi 20kg dan boleh bawak masuk dalam kabin bagasi 10kg dan satu lagi beg sandang / beg tangan dan barisan khas untuk penumpang Wizz Priority. 

Macam kiteorang hari tu memang travel light sebenarnya boleh je bawak masuk bagasi dalam kabin tapi nak jugak check in luggage. Tapi mujurlah kiteorang check in, sebab lepas masuk balai berlepas, sekali lagi kena lalu pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat! Beg kena geledah, gajet macam iPad dan hp pun airport security check kot-kot ada bahan kimia yang digunakan untuk buat bom.

Masa beratur dekat kaunter penerbangan tu pun security ambik passport untuk scan dan ditanya tujuan kiteorang masuk ke UK dan ada tiket keluar dari UK ke tak. Lepas tunjuk dekat apps, baru dieorang puas hati dan benarkan kiteorang check in. Bukan main ketat lagi pemeriksaan nak ke UK.

Kiteorang akhirnya melepasi pemeriksaan passport di kaunter imigresen dengan banyak masa untuk mencari pintu pelepasan. Masa ni semua gembira sebab nampak kapal terbang dah tunggu dekat aerobridge.


Wizz Air
Semua beratur nak masuk kapal terbang dengan gembiranya.

Tapi baru je duduk dekat seat masing-masing, tiba-tiba kapten buat announcement tayar kapal terbang pancit! Apakah! Jadi semua kena keluar sementara tunggu dieorang check kot-kot ada tayar spare. Rasa lawak pun ada jugak masa ni. Ingat naik bas ekspres ke apa masalah tayar pancit ni?

Tapi perasaan lawak tu bertukar menjadi tak lawak bila tunggu punya tunggu dari sejam menjadi sejam lebih, dan berlarutan sampai 2 jam. Akhirnya dapat alert dekat apps bagitau flight delay sampai pukul 10.15 malam! Masa ni dalam hati dah ber huhu mengenangkan by the time kiteorang sampai sana, mesti public transport dah berhenti beroperasi. Habis kacau itinerari kiteorang besoknya bila sampai lewat malam dekat London. 


Wizz Air
Dari 7.15 petang ditunda ke 10.15 malam

Syukur alhamdulillah, walaupun lewat sikit (akhirnya bertolak pukul 10.40 malam) tapi takde delay lagi lepas tu. Semua penumpang dah kepenatan masa ni. Bila kiteorang sampai kat sana, mujur pemeriksaan imigresen smooth je. Pegawai imigresen cuma tanya sebab apa datang ke UK dan ada tiket balik ke tak. Bila ada bukti semua, then tak banyak soal terus cop passport kiteorang.


London Gatwick Airport
Selamat tiba di London Gatwick Airport (LGW)

Lepas ambik beg, Suami Terchenta buat keputusan ambik Uber untuk ke Airbnb kiteorang. Masa tu dah tengah malam jadi pasrah je la bayar harga Uber tu. Kalau tak silap, dalam RM400+. Nasib baik memang ada bajetkan contingency plan expenses dalam bajet trip ni. Sampai di Airbnb pukul 2.30 pagi. Fuh, penat betul. Lepas ambik kunci dalam safety box, masuk apartment terus ambik wudu', solat jamak dan tidur. Penat menunggu di airport je masalahnya.

Read more »
on Tuesday, January 09, 2024 40
Share this!
Tags
International, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, January 08, 2024

Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)

Keluar dari hospital, Suami Terchenta suruh aku order makanan pantang macam sebelum ni. Malas nak fikir panjang, jadi aku pun order sekali lagi set makanan pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF). 

Sebab utama aku pilih set makanan pantang dari HCCF ialah makanannya sedap (kebanyakannya), berkhasiat dan paling penting untuk bantu mengawal gula dalam darah untuk orang yang ada diabetes macam aku ni. Nasi yang dibekalkan dalam set pantang ni ialah nasi multigrain organik yang kaya dengan serat, vitamin, mineral dan kandungan antioksida. Semestinya nasi multigrain ni lebih berkhasiat dari nasi putih tapi dari segi rasa tak jauh beza pun. Dua-dua sedap di tekak aku. 

Selain tu, semua bahan yang digunakan ialah halal, organik, bebas dari racun perosak (pesticide-free), daging lembu dan ayam bebas dari antibiotik, hanya menggunakan bahan premium termasuk gula perang organik dan garam Himalaya dan telur kampung yang bebas dari bahan kimia.


Bahan-bahan yang digunakan untuk set makanan pantang HCCF (sumber: www.halalconfinement.shop)

Oleh sebab semuanya serba-serbi organik dan premium, maka harga pun premium. Aku ambik set makanan pantang selama 7 hari dengan harga RM798. Kalau bahagi 7 hari, kos makanan pantang sehari ialah RM114; bahagi pulak dengan 2 (makan tengahari dan makan malam), jadi kos makan tengahari / makan malam untuk sehari ialah RM57. Begitulah bila semua bahan yang digunakan organik dan bebas kimia. Sebab tu nak makan makanan sihat kat Malaysia ni susah yakmat. Bila Allah bagi rezeki order makanan pantang yang sihat, kenalah ucapkan 'Alhamdulillah' selalu. Tapi kalau nak order lebih dari seminggu, di luar kemampuan iolls pulak  😅.

Dekat sini aku nak review makanan pantang yang aku terima setiap hari (nota: ni pendapat peribadi aku dan mungkin berbeza dengan pendapat pelanggan yang lain).

Hari Pertama

Menu hari pertama:  rice tea, 3 cup chicken (menu Taiwan), steamed "Choi Bou" fish, stir-fried Japanese choy sum, multigrain rice.

Makanan hari pertama ni agak hambar dari segi rasa.  Bila aku makan, perasaannya tak teruja sangat nak menikmatinya. Ayam tu aku cuma mampu habiskan separuh dan separuh lagi Suami Terchenta yang habiskan (tapi dia pun tak habiskan jugak mungkin sebab taste kiteorang berdua lebih kurang sama - maksud aku kalau aku rasa tak berapa sangat, dia pun sependapat dengan aku). Cumanya lepas makan menu hari pertama ni, badan aku cepat berpeluh dan terasa darah keluar lebih lancar. Rice tea tu bagi aku sangat sedap. 


Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)
Menu hari pertama

Hari Kedua

Menu hari kedua: Red dates longan tea, Australian grain fed beef with cherry tomatoes, sweet & sour fish, organic spinach with anchovies, multigrain rice.

Menu hari kedua lebih menepati citarasa aku kecuali daging dengan tomato ceri tu. Sebelum ni tak pernah aku jumpa masakan daging yang menggunakan tomato ceri dalam masakan (kecuali kalau kuahnya memang berasaskan tomato macam beef stew atau spagheti bolognese). Jadi agak janggal bila aku makan menu ni.

Tapi aku sukaaaaaa sweet & sour fish untuk hidangan makan malam tu! Rasanya sama macam hidangan di restoran. Ikan yang digunakan ialah fish fillet jadi tak perlu la gigih nak membuang tulang ikan. Sayur bayam semestinya salah satu kegemaran aku lagi-lagi ada ikan bilis. Untuk minuman pulak, bagi aku minuman teh red dates longan ni yang tersedap dalam pakej ni. Kalau dapat hari-hari pun aku tak kisah.


Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)
Menu hari kedua

Hari Ketiga

Menu hari ketiga: Lemograss tea, black vinegar chicken, Saba mackerel with soy & garlic, stir fried nai pak, multigrain rice. 

Menu hari ketiga semuanya menepati citarasa aku terutamanya black vinegar chicken. Sayur nai pak tu segar dan rangup menambahkan selera aku bila dipadankan dengan black vinegar chicken. Untuk ikan tu pulak, boleh tahan sedap jugak sebab ikan tu digoreng / dibakar dulu kot jadi rasanya sedap. Teh serai tu buatkan aku rasa macam dekat spa haha. Biasanya kalau pergi spa, mesti dihidangkan teh serai / teh halia. Sedap la jugak di tekak aku.


Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)
Menu hari ketiga

Hari keempat

Menu hari keempat: Red dates longan tea, bean paste chicken with potatoes, baked salmon, stir-fried Holland peas with Australian Carrot, wild black fungus & mushrooms, multigrain rice.

Kegemaran aku untuk menu hari keempat ni ialah baked salmon, sayur campur dan jugak red dates longan tea. Kuah perapan baked salmon tu sedap sangat sampai licin aku hirup. Tapi kalau nak pilih yang paling sedap antara menu ni, aku pilih sayur campur tu. Sayurnya segar, manis dan cukup rasa. Love sangat.


Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)
Menu hari keempat

Hari Kelima

Menu hari kelima: lemongrass tea, chikuteh, baked fish with mixed herbs, organic baby romaine, multigrain rice.

Menu hari kelima bagi aku sederhana dari segi rasanya. Nak kata tak sedap, tak jugak. Nak kata sedap, mungkin tak berapa kena dengan tekak aku. Jadi nak komen lebih-lebih tak dapat jugak. Kuah chikuteh tu manis sikit sebab dicampur dengan red dates dan goji berries. Kalau ikutkan memang berkhasiat cuma lauk manis ni tak berapa kena dengan tekak aku.


Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)
Menu hari kelima

Hari Keenam

Menu hari keenam: Black bean tea, braised soy sauce chicken, steamed halibut with fried ginger and garlic, compost-grown siew pak choy, multigrain rice.

Bila compare lauk setiap hari yang aku terima, menu hari keenam ni aku nobatkan sebagai pemenang! Sebabnya aku sangat menikmati lauk tengahari dan malam, dua-dua sedap dan menepati selera aku. Sampaikan aku rasa kenapa kecik sangat portion ikan halibut ni, tak puas aku makan hehe.  Black bean tea pun sedap tapi masih tak boleh lawan red dates longan tea. Untuk sayur pulak, agak bosan sebab stail masakannya sama je dan sayur pun lebih kurang sama je. Rasanya yang tahun lepas punya lebih sedap dan bervariasi.


Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)
Menu hari keenam

Hari Ketujuh

Menu hari ketujuh: Rice tea, ginger spring onion Australian beef tender, sesame oil chicken, stir fry Hong Kong kailan, multigrain rice.

Di penghujung set, menu yang diterima semakin sedap. Kalau menu hari keenam ialah pemenang set makanan pantang ni, menu hari ketujuh jatuh di tempat kedua. Hidangan daging tu rasanya mirip dengan masakan daging blackpepper, cuma aku rasa takde lada hitam kot dalam menu ni. Sesame oil chicken cukup wangi dengan bau minyak bijan, ditambah pulak dengan cendawan hitam / black fungus ni memang membuka selera betul. 


Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)
Menu hari ketujuh

Pendapat keseluruhan tentang set makanan pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF):

Perkara yang aku suka:

  1. Portion yang sihat - untuk aku portion yang dibekalkan sangat mencukupi dan kadang-kadang tak habis dan kongsi dengan Suami Terchenta (untuk hidangan ayam dan daging). 
  2. Cara masakan yang sihat - aku boleh tengok makanan yang diterima dimasak menggunakan minyak yang sikit atau cara masakan yang sihat (kukus, stew, panggang).
  3. Dimasak setiap hari - Setiap hidangan ni disediakan segar dan dihantar kepada pelanggan pada hari yang sama. 
  4. Berkhasiat dan sesuai untuk orang yang menjaga diet sihat - untuk aku yang ada penyakit diabetes ni, masakan yang disediakan sesuai untuk menjaga paras gula dalam darah.


Review Makanan Pantang dari Halal Chinese Confinement Food (HCCF)
Portion suku-suku-separuh sesuai dengan saranan KKM; bacaan gula dalam darah yang stabil lepas menikmati set makanan pantang HCCF

Perkara yang aku kurang suka:

  1. Harga terlalu premium - Untuk RM57 setiap kali waktu makan, harga ni semestinya bukan untuk semua golongan. Mungkin target market HCCF ialah golongan profesional dan yang menitikberatkan makanan organik dan makanan sihat dalam pemakanan seharian. 
  2. Kurang variasi masakan - kebanyakan hidangan terutama ayam dan daging yang disediakan berasaskan kicap dan minyak bijan. Walaupun sedia maklum masakan Cina memang banyak menggunakan kicap dan minyak bijan tapi rasanya ada jugak resipi yang berasaskan sup, panggang atau bakar yang lain. Paling ketara hidangan sayur - stail masakan lebih kurang sama je cuma sayur je berbeza. Bila rasa sama je, timbul rasa bosan sikit bila menikmati hidangan sayur. Sebab tu aku suka hidangan sayur campur sebab berbeza dari yang lain.

Kesimpulannya, set makanan pantang HCCF ni sesuai untuk mereka yang gemarkan masakan Cina dan mementingkan bahan berkualiti, organik dan sihat. 

Set makanan pantang Halal Chinese Confinement Food (HCCF) boleh ditempah di sini.

Read more »
on Monday, January 08, 2024 47
Share this!
Tags
Food, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • LIFE WITH LOVE
    19 minutes ago
  • Anies♥You
    1 hour ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 hours ago
  • orangbukit
    2 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    2 hours ago
  • Travel My Way
    2 hours ago
  • My Small World
    3 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    4 hours ago
  • SURIA AMANDA
    4 hours ago
  • Aku Sis Lin
    4 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    4 hours ago
  • a m m i
    5 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    5 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    5 hours ago
  • Miles of smiles
    6 hours ago
  • Drawing the Words
    12 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    15 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    16 hours ago
  • mrhanafi.com
    19 hours ago
  • Titian Perjalanan
    21 hours ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Warisan Petani
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    3 days ago
  • Amie's Little Kitchen
    3 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    6 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.