Trip ke London ni asalnya takde dalam perancangan tapi bila BFF aku yang duduk di London ajak ke rumah (haha, macam dekat je kan rumahnya tu) jadi aku pun usha la tiket ke London. Jumpa harga tiket penerbangan bajet dalam RM3k untuk kami berempat, jadi seterusnya check pulak harga Airbnb untuk 3 hari di sana (lebih dari 3 hari bangkrap la Suami Terchenta!) jumpa pulak rumah dalam harga 200 pound semalam (total semuanya 600+ pound untuk 3 malam atau lebih kurang RM3.9k). Selepas dicampur dengan kos public transport, makan, aktiviti berbayar (Christmas light tour naik bas double-decker ~ RM400+) semuanya tak sampai RM10k. Lagipun kiteorang dah jimat banyak dekat penginapan di Istanbul (nanti aku cerita) jadi Suami Terchenta pun setuju untuk masukkan London dalam destinasi percutian kiteorang.


Lewisham, London
Pemandangan di luar rumah Airbnb yg kiteorang sewa

Asalnya ni ialah planned itinerary kiteorang untuk hari pertama tapi bila flight dah delay malam sebelumnya, masing-masing kepenatan pagi esoknya. Kiteorang akhirnya keluar rumah pukul 9 pagi. Sepatutnya 7.30 pagi dah keluar. Sudahnya ada tempat yang kiteorang tak sempat pergi antaranya Stamford Bridge Stadium (stadium pasukan bola sepak Chelsea - boleh agak la kan siapa yg sebenarnya nak ke sini hehe), Dark Sugars Chocolate (famous dengan hot chocolate yang mewah) dan Hyde Park Christmas Market (sebab dah tak larat + kena bayar untuk masuk, which is tiada dalam bajet memandangkan bajet kecemasan dah habis dekat Uber dari airport). 


London itinerary
Itinerari London (hari pertama)

Airbnb kiteorang ni terletak di Zon 2 iaitu di Lewisham, sebab tu harganya agak murah (untuk standard London la, jangan convert dalam duit Malaysia memang menangis beb!). Yang best tu, lokasi dekat je dengan stesen metro (lebih kurang 5 minit je) dan ada kedai serbaneka dekat sebelah jadi senang nak beli barang-barang untuk memasak (masak simple je untuk sarapan pagi, selalunya telur, susu, cheese dan roti). Untuk bergerak di London menggunakan public transport, wajib beli kad Oyster (harga sekeping ialah 15 pound, lepas tu kena top up). 

Nasib baik ada kawan di Malaysia bermurah hati pinjamkan kad Oyster dia & suami, jadi kiteorang cuma perlu beli 2 kad Oyster untuk Khayla dan Khadeeja (jimat lagi dekat situ). Keistimewaan bila duduk dekat Zon 1 dan 2 di London ialah tambang pengangkutan awam dekat sini ada daily price cap contohnya £8.10 sehari - bila dah sampai jumlah maksimum, perjalanan seterusnya ialah percuma. Ikut kiraan kasar, jumlah keseluruhan kos pengangkutan kiteorang (tak termasuk Uber dari London Gatwick) adalah dalam RM1k.


Oyster card
Cara top up sama macam top up kad TnG

Dari Lewisham, naik metro (atau London Overground Rail) ke stesen Charing Cross dan tukar pulak ke London underground menuju ke South Kensington untuk ke destinasi pertama - Natural History Museum.


London underground
Bergambar dekat papan nama stesen dan dalam underground train

Cromwell Road
Dari stesen South Kensington, berjalan kaki sikit ke Cromwell Road tempat terletaknya Natural History Museum ni

Natural History Museum
Dari luar kagum tengok kecantikan bangunan Natural History Museum ni!

Natural History Museum
Mengabadikan kenangan di pintu masuk Natural History Museum, London

For info, kiteorang pilih ke Natural History Museum ni atas 2 sebab - pertama, masuk adalah percuma (cuma kena tempah slot masa melalui laman web je) dan kedua, anak-anak peminat tegar dinosour! Dekat section sejarah dinosour tu je sejam kiteorang kat situ sebab semua exhibit dieorang nak ambik gambar dan baca.


Natural History Museum
Masuk dalam bangunan je mata dah tertumpu dekat rangka ikan paus biru yang dipamerkan di ruang utama

Natural History Museum
Kiri: pemandangan dari tingkat atas. Kanan (atas): pameran burung-burung yang diawetkan di tingkat atas; (bawah): rangka dinosour di bahagian pameran dinosour

Natural History Museum
Bergambar dengan rangka mammoth

Natural History Museum
Yang ni pulak ialah rangka sloth (buat peminat filem animasi Ice Age, mesti ingat Sid the Sloth kan? Haa.. sloth ni sebenarnya besar ye, bukan kecik macam dalam cerita Ice Age tu hihi).

Natural History Museum
Patung dinasour bergerak siap pakai baju sweater dan topi Krismas hihi. Comel je

Kiteorang menghabiskan lebih kurang 4 jam dalam muzium ni. Sebelum keluar, kiteorang bertanyakan ada ruang solat ke dalam muzium ni. Alhamdulillah ada, siap disediakan sejadah lagi. Cuma kena ambik wuduk di tandas je la. Aku bawak portable bidet jadi senang nak basuh kaki.


Natural History Museum
Dekat luar bilik, ditulis 'Reflection Room' 

Selesai solat, kiteorang pun keluar dari muzium. Tapi sebelum meninggalkan muzium kenalah ambik gambar dari luar pulak.


Natural History Museum
Nampak macam takde orang je kat belakang tu kan? Sebenarnya ada, tapi zaman sekarang yang serba canggih, guna Google Photo je untuk remove orang-orang yang lalu-lalang dekat background 😅

Dari Natural History Museum, kiteorang bergerak ke Leadenhall Market pulak. Sebabnya tempat ni pernah dijadikan salah satu lokasi penggambaran Harry Potter (sebagai peminat Harry Potter, mestilah nak pergi tengok tempat ni).


Natural History Museum
Dalam perjalanan, terjumpa pondok telefon merah yang tak asing lagi dengan identiti UK 

Monument station
Berhenti di stesen Monument di mana terletaknya sebuah tugu bagi memperingati peristiwa kebakaran besar di London pada tahun 1666 di mana sebuah kebakaran berpunca dari sebuah kedai roti bermula pada 2 September cuma berjaya dipadamkan pada 6 September 1666

Leadenhall Market
Berjalan menyelusuri celah-celah bangunan untuk ke Leadenhall Market

Leadenhall Market
Leadenhall Market

Senibina Leadenhall Market ni memang cantik tapi sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun dekat situ. Banyak restoran dan pub je. Masa kiteorang sampai sini pun dah Maghrib (5 petang). Mula-mula nak cari kedai halal kat sini tapi tak jumpa. Sudahnya kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Poppies Fish & Chips, salah satu restoran yang menyediakan menu fish & chips yang halal (tak guna alkohol dalam tepung salutan ikan).


Hanbury Street
Jalan kaki dari Leadenhall Market ke Hanbury Street mengambil masa setengah jam

halal food UK
Full house! Nasib baik ada meja kosong. Portion fish & chips kat sini besar sangat. Suka sos tartar makan dengan fish & chips tu

Ni je la satu-satunya tempat makan yang paling mahal kiteorang makan kat London. Harga fish & chips tu dalam £20 jadi keseluruhan kos makan malam tu ialah £100 (termasuk minuman) dekat RM600! 🤑 Malam seterusnya kiteorang makan dekat rumah member aku dan malam terakhir pulak, member aku belanja makan pizza di luar. 

Lepas makan, kiteorang pun pergi ke destinasi terakhir dalam itinerary iaitu Tower of London dan Tower Bridge. Tu pun masing-masing dah kepenatan sebenarnya, Suami Terchenta pun dah mula mengadu sakit belakang. Jadi posing berlatar belakangkan dua-dua tempat ikonik pun dah jadi.


London double decker
Naik bas double decker nak ke Tower Bridge

Tower bridge
Underpass yang dipenuhi dengan arts

Tower of London
Atas: Tower of London - kubu yang menempatkan barang-barang berharga keluarga diraja England termasuk mahkota diraja Britain. Bawah (kanan) - belakang tu ialah Tower Bridge tapi Suami Terchenta dah sakit belakang jadi kiteorang bergambar dari jauh je la

Masing-masing pun dah kepenatan hari pertama ni sebab tidur lewat dan bangun awal pagi jadi kiteorang pun bergerak balik ke Airbnb. Nasib baik dari Tower Bridge ni naik tren Southeastern direct je ke Lewisham, tak payah tukar-tukar tren. Sepanjang perjalanan pun dah terlelap sebab kepenatan, tau-tau dah sampai Lewisham (adalah dalam 20 minit perjalanan). Balik rumah jamak solat, mandi dan terus tidur. Cerita seterusnya akan bersambung pada hari kedua di London...

50 comments:

  1. Wah dah sampai London!
    Seronok baca dan ikut terasa penat membayangkan. Haha..

    Luas sungguh muziumnya, memang puas berjalan 4 jam dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, hari pertama memang ekstra penat sebab tak cukup tidur malam sebelumnya. Sayang ada tempat yg kiteorg terpaksa korbankan disebabkan kesuntukan masa / keluar lewat. Muzium Natural History ni memang luas, 4 jam tu pun tak cover semua tempat.

      Delete
  2. Boleh faham rasa penat itu. Kitorang pergi Rusia tidur lewat tapi kena naik penerbangan awal pagi, lepas sampai pemandu pelancong terus bawa jalan. Tempat yang dibawa memang jenuh kena jalan jauh. Rasa sakit kaki dan otak kabur jangan cakaplah.
    Apapun tengok Carneyz berjaya potretkan gambar-gambar yang menarik sepanjabg perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan... kalau melancong kena otak fresh baru rasa seronok. Bila badan penat dan otak letih, rasa tak berapa enjoy pulak. Tapi bagus anak2 bagi kerjasama tak merungut sepanjang perjalanan.

      Delete
  3. seronoknya, terima kasih bawak Linda tour ke London jugak..bila ntah nk jejak kaki kt sana x taw lah...hihihi
    baca pun penat, apatah lagi yang berjaln tu...puas hati masuk muzium tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, semoga Linda ada rezeki ke London jugak 🤲🏻 mana tau anak study dekat sana ke hehe. Memang penat tapi rasa berbaloi dapat tengok negara orang.

      Delete
  4. Seronoknya dapat jejak London.
    Saya dua kali plan ke London. Semuanya ke laut hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata orang putih - third time's the charm hehe. Mungkin kali ketiga akan terlaksana impian Kak Amie ke London.

      Delete
  5. Terima kasih bawa kami jalan2 ke London.. :D.. kami terbang ke sana menikmati pemandangan melalui gambar2 di sini :D.. cantik .. muzium nye pun teruja tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, semoga ada rezeki utk sis melancong ke sana. Dalam gambar cantik, live lagi cantik. Best kat sana, muzium semuanya free.

      Delete
  6. sronok tu bila yg tkde dlm plan dpt masuk list kan....rindu holiday london dlu2 thn 2011...pegi masa tisya umur 4 thn kecik lg...ada bff kt london syok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tujuan utama ke sana nak ziarah BFF yg dah duduk kat sana hampir 13 tahun. Dah alang2 ke sana kiteorg pegi jalan2 jugak hehe

      Delete
  7. Hahaha! Santa T Rex tu! Comel la pulak!

    ReplyDelete
  8. Cantik banget yaa bangunan" di kota ini, banyak ukiran dan megah, wah kak Carneyz lengkap betul postingan biaya" selama perjalanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kota London memang kota yg terkenal dan ramai pelancong sebab kecantikan dan kemegahan bangunannya. Harus tulis biaya di sini utk rujukan pembaca / diri-sendiri di masa depan 😊

      Delete
  9. seronoknya..dah sampai London ye. kecik2 lagi dah sampai. auntie dah tua2 tak sampai lagi. hehehe. terasa penat gak ni. memory to bring back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, saya pun dah tua2 ni baru merasa pegi London. Penat tapi seronok tengok negara orang.

      Delete
  10. Cantik bangunan dia. Dalam muzium pun sangat menarik, besar betul tulang ikan paus dan dinasour semua tu. Pengalaman yang berharga ni. Beruntung, dapat jejakkan kaki ke London. Saya pun tumpang seronok tengok gambar. Berapa suhu semasa di sana, Carneyz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhu kat sana masa siang dalam 9-15℃, malam lebih sejuk dalam 4-5℃ tapi bila kita banyak bergerak tak terasa sangat sejuknya.

      Delete
  11. Bestnya jalan- jalan London...bawak SA jalan sini lagi..blom puas..mana tau nanti sampai plak SA ke london..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena pilih & edit gambar tu yg leceh sbb byk ambik gambar haha. Tu yang lambat sikit nak update 🤭

      Delete
  12. Aduh asik membaca cerita dan melihat foto-fotonya serasa saya dibawa jalan-jalan ke London, Mbak
    Musium Natural itu bangunannya antik banget. Bangunan kuno yang masih tetap dipelihara dan difungsikan.
    Kerangka dinosaurus nya sebesar aslinya ya Mbak? Jadi bisa membayangkan betapa besarnya dinosaurus itu.
    Saya terkesan dengan tersedianya ruang shalat di musium, Mbak. Benar-benar bersih dan terawat.

    Saya nantikan cerita lanjutan di London-nya ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kerangka dinosour itu asli Pak Asa. Di UK tidak susah sangat mencari tempat solat sebab di sini ada ramai penduduk Muslim.

      Delete
  13. seronoknya dpt melancong ke London biarpun seketika kerana kos yg mahal. Semua yg tgok dlm gambar boleh dilihat di depan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Abam Kie, memang seronok dapat melancong ke negara orang sebab boleh tengok dan belajar tentang sejarah dan budaya yang berbeza.

      Delete
  14. kalau tahu nak g london sy boleh pinjamkan kad oyster sy. tp x de isi laa dlm nya 🤭😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak terfikir hari tu nak tanya anies tapi segan hihi.

      Delete
  15. salah satu tempat yg sy missed dulu- leadanhall ni laa.. member kepingin sgt nak makan fish & chips tapi sy dah 'lari' gi tempat lain... 😁

    saya fahammm sangat harga makanan mcm tu... dah laa musim sejuk. perut cpt lapar. haihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang pergi ni sebab fish & chips ni consider makanan tempatan macam orang London pegi Malaysia wajib cuba nasi lemak. Gitu la kan haha. Tapi dari segi tepung tu, anak sulung cakap sedap lagi fish & chips dekat Malaysia 😆

      Delete
  16. bestnya. teringin sangat nak ke sini lepas tengok Night at the museum. Ala, kesiannya peminat The Blues tu tak dapat pergi Stamford Bridge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Sal, gara2 flight delay terus kacau itinerary kiteorg first day kat sini.

      Delete
  17. Replies
    1. MZ lagi la best belajar kat UK sebelum ni kan hehe. Mesti dah puas melancong ke London masa belajar dulu.

      Delete
  18. Best eh... nangga gambar ajak pun dah suk... 'reflection room' nama suro tek oo... x juak sidak makei 'musolla' tapi ok lah luas juak bah selesa k solat mun dlm group rami²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, sebab ruang tok bukan utk org Islam jak, tapi utk semua agama (tapi ney ada org lain selain org Islam nok kenak sembahyang setiap hari nak hehe).

      Delete
  19. waahhhh terima kasih bawa kami jalan-jalan london!
    ehhhhhh besar rupanya sloth tu ye akak? ingatkan kecik je..
    wahhh guna google photo boleh select & delete gitu je ke kak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, terkejut tengok rangka sloth tu besar dan tinggi rupa-rupanya. Betul, boleh guna magic eraser dekat google photo.

      Delete
  20. Tadi tiber dah masuk London Part 2, so kita baca sini dulu.. hihi.

    ReplyDelete
  21. Wahhh bestnya tumpang seronok. Dulu tahun 2000 pergi day trip je, sekarang mesti dah berubah banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2000? Wah dah 23 tahun berlalu semestinya banyak perubahan.

      Delete
  22. Tak pernah ke London lagi. Mulanya kat sini percutiannya tapi ditukar saat akhir ke Switzerland sebab London masa tu cuti summer dan harga tiket flight mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak pernah lagi ke Switzerland, teringin nak pergi Switzerland musim sejuk hehe.

      Delete
  23. oh my God, salah satu bucketlist aku, bangunan di London bagus-bagus, museum saja bisa sekeren itu

    ReplyDelete
  24. wah...bestnya cerita di London...selain sejuk tempat ini agak klasik kerana banyak bangunan lama..

    ReplyDelete
  25. Harga tiket RM3k untuk semua seisi keluarga... dari Malaysia ke dari turkey huhuuu.. Alhamdulillah rezeki sgt2 tu :D
    Untuk la boleh bergambar di muzium tu.. dulu kita travel solo.. amik gmbr bangunan tanda gmbr diri sendiri hahaha..

    ReplyDelete
  26. Kakak 3 hari di UK tak rugi. Kalo saya rugi, karenaaaa kami masih harus buat Visa untuk masuk UK 🤣. So, kalo saya ada plan nak ke sana, tak mungkin cuma 3 hari, capek badan, rugi duit visa yg mahal tuh 😂.

    Minimal memang harus 2 Minggu. Makanya saya hrs prepare sangaaat kalo ke UK kak. Tapi kalo kesana dah pasti nak ke Liverpool. Krn ada museum Beatles dan suami nak tawaf di anfield stadium 😄

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .