• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, April 23, 2024

Dah Lama Tak Berenang!

kolam renang
Seronoknya Khadeeja berenang!

Memandangkan 2 minggu lagi kena jumpa gynae aku yang garang tu, jadi aku pun paksa diri-sendiri untuk turun memanfaatkan fasiliti di kondo ni hihi. Bak kata Suami Terchenta, dah bayar maintenance fee mahal-mahal tapi taknak pakai... Alah, dia pun 2x5 jugak, bila ajak ke gym mengelat! 😜 

Lagi-lagi lepas balik beraya, aduhai berat betul rasa badan ni. Berat pun dah nak balik ke sebelum bulan puasa. Walaupun balik beraya tu ada la jugak yang komen badan dah nampak kecik sikit (nasib baik takde yang komen makin besar) tapi realitinya bila ditimbang hmm, berat mata memandang (sila sambung...)

Hujung minggu tu, kiteorang turun berenang. Tak ramai orang di kolam renang (syukurrrr) mungkin sebab ramai masih sibuk beraya atau ke open house. Dekat 2 jam jugak dihabiskan di kolam renang, fuhhh memang best sebab dah lama tak berenang kan. Bila dah keluar dari kolam renang, baru terasa lenguh-lenguh badan. Ye la, bila dalam air tak terasa sangat berat badan sebab lemak-lemak tolong mengapungkan badan hehe. 

Teringat masa ambik sijil PADI certified diver dulu (tapi lepas tu tak pernah pergi menyelam!), orang-orang saiz macam aku ni bukan main lagi kena pakai pemberat 3-4 biji sebab kalau tak pakai pemberat, confirm tak tenggelam! Orang yang kurus pulak ada yang tak perlu pakai pemberat pun sebab badan dieorang kurang lemak jadi tak mudah terapung. Kesimpulannya kalau jatuh dalam air, orang gemuk tak payah risau lemas ok. Kita ada lemak sebagai pelampung semulajadi kihkih...

Tapi yang tak syoknyaaaa... lepas berenang kena salin baju dekat bilik persalinan / bilik air common area (sebab tak boleh masuk kawasan lift dalam keadaan basah). Bab ni aku tak kisah sangat, cuma yang aku geram bila lepas mandi, kita ni dalam keadaan tak menutup aurat keluar dari bilik shower nak pakai baju dekat kawasan kering di luar, tapi ada pulak orang yang takde common sense bawak anak lelaki masuk dalam bilik persalinan perempuan! 

Aku jeling tajam dekat mak budak tu, cepat-cepat dia bawak anak dia keluar berdiri depan pintu masuk bilik persalinan. Walaupun anak dia dalam lingkungan darjah 1-2 dan belum mumaiyiz, tapi takkan dia tak faham bilik persalinan perempuan tak dibenarkan bawak anak lelaki? Please la, have some respect dengan penghuni lain yang tak selesa bila ada budak lelaki dalam bilik air perempuan. Aku yang ada anak perempuan tengah mandi dalam bilik mandi, memang rasa tersinggung betul sebab mak macam ni tak fikir kehormatan anak perempuan orang lain, sesuka hati bawak anak lelaki dia masuk bilik persalinan perempuan! 

Lepas dah salin baju, aku terus report benda tu dekat makcik security supaya dia pantau dan tegur penghuni-penghuni lain supaya jangan sesekali bawak anak lelaki masuk bilik persalinan perempuan. Kalau nak tunggu anak perempuan mandi, anak lelaki ni suruh tunggu di luar. Bukan ada orang nak culik pun. Kalau budak tu baby atau toddler, takpe lagi aku faham la. Ni budak yang dah besar panjang dan ada akal, boleh je tinggalkan kat luar. Haish, geram betul bila terkenang semula kejadian tu. 😤

Read more »
on Tuesday, April 23, 2024 32
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, April 20, 2024

Mencuba Nasi Padang di Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru

Ni cerita sebelum bulan puasa tempoh hari, dalam bulan Februari. Kira dah lama jugak la perap dalam galeri foto phone hehe. Kisahnya aku terbaca dekat blog sis Suria Amanda pergi makan nasi padang di Restoran Nasi Padang Kampung Baru. Petang tu, aku tiba-tiba teringin nak makan nasi padang jugak hehe. Kan aku ni sejenis cepat terpengaruh bab-bab makan ni 😜.

Tapi aku tak pergi restoran tempat SA pergi, sebab bila aku google restoran nasi padang, ramai orang review Restoran Sederhana (SA) ni sedap. Especially gulai urat keting dieorang. Oh my. Aku ni pulak sejenis peminat urat keting, jadi let'sss go!

Restoran Sederhana (SA) ni terletak di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru. Betul-betul tepi jalan utama, tapi ada tempat letak kereta dalam pekarangan restoran, cuma limited la. Kiteorang pulak naik motor (berdua je since anak-anak taknak ikut).


masakan padang
Restoran ni tak jauh dari restoran D'lala Seafood which is another tempat favourite kiteorang, seberang jalan je

Since kiteorang sampai petang, lauk pun dah hujung-hujung dekat nak habis. Tapi gulai urat keting masih ada, yeay!


Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Antara lauk-pauk masakan padang yang ada di sini

Lepas buat pesanan lauk apa yang kiteorang nak, kiteorang pun duduk di meja makan. Dekat sini ada tempat duduk berhawa dingin jugak jadi kiteorang pilih makan dekat dalam bilik berhawa dingin. Tak lama lepas tu, pekerja restoran pun bawak pesanan kiteorang dalam pinggan-pinggan kecik. 


Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Antara lauk yang kiteorang pilih - terung balado, ayam cili merah, gulai urat keting, rendang daging dan teri tempe kacang balado

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Nampak banyak tapi portion 2 orang makan jadi kiteorang boleh je habiskan

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Semua lauk kat sini sedap-sedap, tak sia-sia mencuba masakan padang kat sini


Alhamdulillah semua lauk yang kiteorang ambik ni sedap-sedap belaka. Cuma rendang tu rasa macam hangit sikit, agaknya terlebih dipanaskan kot. Semua licin kiteorang makan, kecuali urat keting yang agak liat la. Lain kali boleh repeat makan kat sini lagi.

Kalau nak try boleh datang ke sini:

Restoran Sederhana (SA) Kampung Baru
Alamat: 89, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi - 9 malam (setiap hari)
IG: @restorant_sederhana_kl

Read more »
on Saturday, April 20, 2024 26
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, April 19, 2024

Tempat Lepak Baru Louis dan Kiera...

Salam Jumaat semua,

Semoga dipermudahkan urusan korang pada hari yang penuh berkat ni dan ceria selalu (mesti la ceria kan, esok dah cuti hehe).

Dah lama Louis dan Kiera tak bersiaran di blog ni kan. Sekarang ni port lepak favourite dieorang yang baru ialah di bilik ofis Suami Terchenta. Kalau tetiba senyap je rumah ni, dah tau kat mana dieorang ni lepak - mesti atas meja kiteorang.


funny cats
Pantang tengok atas meja clear, mesti dieorang datang lepak

funny cats
Kemain korang ye, berkasih sayang dalam bilik ofis bapak korang...

Kiera the Cat
Ni aksi Lion King ke, Kiera? Suami Terchenta dah pasrah bila kerusi dia dijadikan tempat mengasah kuku oleh Kiera

Tahun ni Louis tak meroyan kena tinggal di rumah sepanjang kiteorang balik ke kampung sebab dah ada geng (Kiera). Sebelum tinggalkan anak-anak bulu ni kat rumah, kiteorang test botol air dan bekas makanan tu tahan berapa lama, dan yang terpenting toilet kayangan dieorang tu mampu bertahan ke tak sepanjang tempoh kiteorang balik ke kampung. Alhamdulillah, semuanya OK. Tapi mungkin sebab tahun ni balik seminggu je, jadi masih boleh bertahan lagi. Kalau lebih dari seminggu, memang kena hantar ke pet boarding jugak macam yang kiteorang buat masa nak ke Istanbul tahun lepas.

Read more »
on Friday, April 19, 2024 24
Share this!
Tags
Daily Life, Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 18, 2024

Selamat Ulangtahun Buat Suami Terchenta (12 April 2024)

Carneyz & Junaidix
Selamat ulangtahun kelahiran ke-45, Suami Terchenta!


12 April lepas, Suami Terchenta menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-45. Setiap tahun sebenarnya kiteorang tak pernah miss menyambut ulangtahun kelahiran Suami Terchenta tapi tahun ni disebabkan birthday dia jatuh pada hari raya ke-3 dan kiteorang pulak travel ke Bintulu masa tu, jadi belum buat sambutan lagi tahun ni.

Tapi sebelum balik beraya hari tu, aku sempat belikan hadiah untuk Suami Terchenta. Dia ni tak pernah mintak hadiah mahal-mahal dari isteri terchentanya ni, asyik isteri je yang mintak hadiah mahal 😜. Kebetulan sebelum ni dia mengadu lanyard dia putus, jadi aku pun belikan hadiah lanyard.

Braun Buffel
Kemain seronok dia balik kerja tengok ada hadiah atas meja.

Buat Suami Terchenta, selamat hari lahir abang! 
Semoga Allah memberkati usiamu, 
mengurniakan nikmat kesihatan dan umur yang panjang, 
kebahagiaan yang berkekalan dan 
melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya ke atasmu dan kita sekeluarga. 
Semoga Allah menjadikanmu sebagai imam rumahtangga 
yang penuh tanggungjawab dan ketaqwaan, 
serta selalu patuh pada ajaran Allah. 
Ameen YRA 🤲🏻
Barakallah fii umrik, ya zawji.

Pantai Tanjung Batu
Semoga impian kita nak bersara di Bintulu, Sarawak 10 tahun lagi tercapai... Best nya hari-hari dapat duduk bawah pokok kelapa menikmati bayu laut sambil dengar deruan ombak 🤭
Read more »
on Thursday, April 18, 2024 28
Share this!
Tags
Celebrations, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 17, 2024

Kisah Perjalanan Balik Ke Kampung Menaiki Syarikat Penerbangan Scoot

KLIA2
Pertama kali balik kampung kena bawak passport antarabangsa

Tahun ni kiteorang mencipta pengalaman baru menaiki penerbangan antarabangsa nak balik ke kampung. Scoot ni ialah anak syarikat Singapore Airlines yang menawarkan perkhidmatan penerbangan tambang murah. Kaunter Scoot ni terletak di KLIA2, jadi kiteorang bertolak awal dari rumah menaiki LRT dan MRT sebelum tukar ke KLIA transit sebab ikutkan pengalaman tahun-tahun sebelum ni, KLIA2 lebih sesak dari KLIA jadi taknak la takut terlepas nak daftar masuk bagasi kiteorang.

Turned out, sebenarnya tak perlu risau pun sebab kaunter yang sesak dan beratur panjang tu ialah kaunter AirAsia sementara kaunter Scoot pulak lebih pendek dan cepat beratur. Dalam 10 minit je dah selesai daftar masuk bagasi. Suami Terchenta terus ajak masuk ke balai berlepas sebab takut barisan panjang sangat dekat pemeriksaan imigresen dan keselamatan.

Sebenarnya tak perlu risau pun sebab balai perlepasan antarabangsa tak seramai di balai perlepasan domestik. Boleh dikatakan sangat lancar walaupun airport security cuma bukak 2 lorong je untuk scan hand luggage. Harap-harap tahun depan tiket Scoot ni masih lagi murah sebab rasa lebih seronok pulak tak payah beratur panjang-panjang di kaunter daftar masuk bagasi dan security screening! 😂

Oleh sebab ada banyak gambar, jadi aku ulas dekat gambar je la ye.


KLIA2
Macam ni la rupa dalam flight Scoot ni, lebih kurang macam dalam kabin AirAsia

Singapore Airlines
Comel je karikatur pramugari Scoot dekat sayap kapal terbang ni

Cloud
Cantik berkepul-kepul je awan senja

Changi Airport
Di Changi, kiteorang sampai di Terminal 1. Terus cari tempat untuk berbuka puasa

Changi Airport
Food court terletak di tengah-tengah terminal, nasib baik dekat dengan prayer room. Lepas bukak puasa terus pergi solat.

Changi Airport
Ada macam-macam stall makanan dekat sini, tapi kena Google tengok mana yang halal sebab takde tampal tanda halal

Changi Airport
Kiteorang curious bila tengok gerai ni siap tersenarai dalam Michelin rated. Jadi aku dan Suami Terchenta pilih untuk menikmati nasi lemak Michelin rated ni di Nasi Lemak Ayam Taliwang

Michelin rated
Macam ni la rupanya nasi lemak Michelin rated tu... Kalau ikutkan tekak aku, aku lebih suka nasi lemak Saleha hihi

Changi Airport
One thing aku suka pasal Changi Airport ialah lantainya fully carpet. Sebabnya malam tu kiteorang kena tidur atas lantai airport sebab kerusi tidur (snooze chair) dah penuh. Part ni aku puji airport di Abu Dhabi sebab sediakan lebih banyak kerusi tidur untuk keselesaan penumpang yang kena bermalam di airport

Changi Airport
Lepas solat jamak dan solat terawih, kiteorang mencari HSBC Rain Vortex yang terletak di Jewel, which is salah satu tarikan di Changi Airport ni. Rupa-rupanya kena keluar lalu imigresen Singapura kalau nak ke sana. Yang best nya passport Malaysia boleh scan je dekat mesin pengimbas dan tak perlu lalu kaunter imigresen. Sebelum tu kena isi white card online walaupun nak keluar sekejap je tengok air terjun dalam airport. Kalau scan passport masa isi white card, pastikan maklumat yang diimbas tu betul, jangan jadi macam Suami Terchenta tak check terus submit, rupa-rupanya phone dia scan nombor '8' jadi huruf 'B'. Terus tak lepas dekat mesin pengimbas passport, kena beratur di kaunter imigresen.

Changi Airport
Air terjun tu terletak di Terminal 1 jugak, ikut je signage JEWEL ni

Changi Airport
Sayangnya kiteorang terlambat! 😔 Rupa-rupanya air terjun ni sampai pukul 10 malam je. Takde rezeki nak ambik gambar berlatarbelakangkan air terjun ni.

Singapore
Lain kali kalau ada rezeki ke sini lagi, kena terus keluar imigresen Singapura sebab kat luar ni pun banyak tempat makan rupa-rupanya. Cuma ambik gambar ni je sebagai bukti dah sampai ke Changi Airport 😂

Changi Airport
Esok paginya bangun sahur pukul 4 pagi dan lepas makan terus ke tandas ambik wuduk dan tunggu masuk waktu solat Subuh. Lepas Subuh je, terus beratur di balai berlepas sebab flight pukul 6.40 pagi

Singapore Airlines
Muka masing-masing kepenatan sebab tak cukup tidur since kena tidur atas lantai airport!

Hmm... yang tak syoknya bila kiteorang sampai di Kuching, ada 2 biji bagasi kiteorang yang tak muncul-muncul. Terpaksa buat laporan beg hilang dan pihak Scoot berjanji untuk cari beg yang hilang tu. Masalahnya dalam beg-beg tu ada baju raya aku dan Khadeeja. Walaupun tahun ni recycle baju raya lama, tapi still rasa terjejas mood beraya sebab esoknya dah nak raya tapi baju raya nan hado... Paling awal pun dieorang boleh terbangkan beg kiteorang (kalau jumpa) ialah hari raya kedua. Terus rasa nak kensel raya gara-gara beg kiteorang hilang oleh Scoot! 😅

Read more »
on Wednesday, April 17, 2024 28
Share this!
Tags
International, Journal, Travel, Travel Stories
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • Blog Begins At Forty
    31 minutes ago
  • SURIA AMANDA
    2 hours ago
  • a m m i
    3 hours ago
  • Blog Anamizu™
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    4 hours ago
  • My Small World
    4 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    5 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    6 hours ago
  • Anies♥You
    6 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    7 hours ago
  • KakmimDotCom
    9 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    10 hours ago
  • Miles of smiles
    11 hours ago
  • Drawing the Words
    20 hours ago
  • Aku Sis Lin
    20 hours ago
  • Travel My Way
    22 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    22 hours ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    1 day ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • Asa Blog
    4 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    5 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    5 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    6 days ago
  • anajingga
    6 days ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • Warisan Petani
    2 weeks ago
  • Sunah Sakura
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    4 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.