Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik

Teacher's Day


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik tak kira guru taska, guru sekolah maupun para pensyarah! Tak terbalas jasa guru-guru yang mendidik kita dengan ilmu dunia dan akhirat hingga kita berjaya hari ni. Semoga ilmu yang dicurahkan dengan penuh ikhlas dan sabar menjadi asbab guru-guru kita masuk ke syurga. Ameen YRA! 🤲🏻 

Nota kaki:

Selamat Hari Guru buat rakan-rakan blogger yang memilih kerjaya sebagai pendidik antaranya Kak Amie, Abam Kie, Kakmim, Mama Zharfan dan jugak Mama Sara Nur / Cik Nor 🌸

Teka-teki Matematik

brain teaser
Soalan trivia dalam penerbangan AirAsia KCH-BTU baru-baru ni

Masa dalam flight dari Kuching ke Bintulu, ternampak teki-teki matematik ni di belakang tempat duduk penumpang depan. Bagus jugak idea ni, bagi kita sibuk berfikir jawapan kepada teka-teki ni.

Siapa yang dapat jawapannya? Letak dekat komen ye.

Buat Cheesy Sausage Roll Untuk Breakfast Anak-anak

Pagi tadi tengok roti ada sikit je lagi. Kalau beli baru takut yang lama ni anak-anak tak pandang pulak. Selalunya macam tu la, lepas tu kena simpan roti yg lama dalam peti sejuk sementara tunggu ada mood nak fikir apa nak buat dengan roti lama tu.

Jadi aku pun buat cheesy sausage rolls untuk anak-anak sarapan pagi ni. 


Cheesy sausage roll
Cheesy sausage roll in the making

Tak ambik masa yang lama pun nak buat. Aku tumpang makan seketul-dua sebab cheese yang meleleh tu nampak sedap pulak! Lepas tu makan sebiji epal. Selebihnya anak-anak dan Suami Terchenta yang habiskan.


Cheesy sausage roll
Dah siap... makan cicah dengan sos. Tengok la meleleh-leleh cheese dia!


Resipi Cheesy Sausage Roll / Sosej Gulung Berkeju

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti
  • 5 keping keju
  • 5 batang sosej (direbus)
  • Sebiji telur (dipukul dan campur dengan mixed herbs kalau nak lagi sedap)
  • Serbuk roti / cornflakes hancur (kalau ada)
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

  1. Penyekkan roti menjadi nipis menggunakan rolling pin.
  2. Letakkan sekeping keju atas roti.
  3. Letakkan sosej di hujung roti. Pada hujung satu lagi, sapukan sedikit telur yang dah dipukul tadi.
  4. Gulung kemas sosej dalam roti.
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Salutkan roti yang dah digulung dalam telur, lepas tu salut dalam serbuk roti / cornflakes.
  7. Goreng dalam kuali bila minyak dah panas. Balik-balikkan bila dah nampak kekuning-kuningan.
  8. Bila keju dah meleleh, angkat dari kuali. Sedia untuk dihidang dengan sos pilihan.


Yang ni pun roll jugak, cuma yang ni kucing yang bergulung dan tergolek pagi-pagi acah-acah terpaling penat

Celebrate Hari Ibu

mother's day
Digital artwork oleh Khayla


Hari Ahad lepas kiteorang keluar ke Sunway Putra untuk makan-makan sempena Hari Ibu. Walaupun Hari Ibu untuk menghargai seorang ibu, tapi anak-anak aku yang pilih tempat makan🤭. OK la tu, kalau ikutkan nafsu mentekedarah emak dieorang ni, takut mintak nak ke Me'nate pulak haha! Nasib baik tengah pantang tak makan daging sampai bulan depan jadi kita lupakan je la nafsu tu!


Menu pilihan kiteorang di Dolly Dim Sum

Anak-anak tanya aku nak hadiah apa untuk Hari Ibu. Aku pun jawab - Mommy nak korang belajar berdikari, tu je. Setengah jam lepas tu dieorang bersiap pakai tudung. Nak ke mana? Aku tanya. Mommy kata nak kiteorang berdikari, jadi kiteorang berdikari pergi ke Sunway Putra sendiri tanpa Mommy atau Bapak temankan. Wowww! 👏🏻 👏🏻 Bangga pulak aku dengar jawapan dieorang sebab selama ni bila dieorang nak kemana-mana mintak kiteorang temankan. Jadi Suami Terchenta dan aku pun biar dieorang naik LRT sendiri pergi ke Sunway Putra.

Tapi tak lama lepas tu Suami Terchenta ajak ke Sunway Putra. Rasanya Bapak dieorang masih tak percaya dieorang boleh berdikari, biasalah bapak kan protective sikit bila melibatkan anak-anak perempuan. Itulah ceritanya sambutan Hari Ibu yang tak dirancang. Takpelah janji fefeeling disambut! 🤣

Terima kasih Khayla dan Khadeeja, menceriakan hari mak korang ni. Terima kasih jugak atas pemberian hadiah Hari Ibu dekat Mommy. Dua-dua Mommy suka ♥️.


Mother's Day gift
Hadiah Hari Ibu dari anak-anak tersayang

Cara-Cara Naik MRT Turun di Stesen LRT KLCC

Kalau sebelum ni naik MRT nak ke KLCC, aku akan berhenti di stesen MRT Persiaran KLCC. Tapi dari stesen MRT Persiaran KLCC nak menapak ke KLCC jauh mat. Dalam 700m kalau tak silap aku. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah nak ke KLCC kalau naik MRT. 

Langkah 1: Pastikan turun di stesen MRT Ampang Park

Stesen Ampang Park ni selang satu stesen je dengan stesen Persiaran KLCC. Bila turun di stesen MRT Ampang Park, korang kena naik ke atas dan keluar ikut Jalan Ampang. Korang akan nampak signboard ke stesen LRT Ampang Park. Ikut je signboard tu.


KLCC
Ikut anak panah menuju ke stesen LRT Ampang Park

KLCC
Anak panah ni akan bawak korang menyusuri kaki lima berbumbung di tepi bangunan stesen MRT dalam beberapa meter


MRT Ampang Park
Korang akan nampak beberapa kiosk di sebelah kiri ni laluan pejalan kaki

KLCC
Dah sampai di stesen LRT Ampang Park (anggaran masa berjalan kaki dari stesen MRT dalam 5 minit je)

Langkah 2: Naik LRT dari stesen Ampang Park ke stesen KLCC melalui platform 2 (Putra Heights)


Dah sampai di stesen LRT Ampang Park, korang turun escalator menuju ke stesen LRT bawah tanah. Nak ke stesen KLCC kena naik LRT laluan Kelana Jaya di platform 2 menuju ke Putra Heights. Stesen KLCC ni selang satu stesen je dengan stesen Ampang Park.

Nak penerangan beserta gambar yang lebih terperinci, boleh rujuk di SINI.

Semoga membantu terutama buat warga luar KL yang belum familiar dengan laluan MRT di KL. Aku yang duduk di KL ni pun baru tau yang stesen LRT Ampang Park ni dekat je dengan stesen MRT Ampang Park, lengkap dengan laluan pejalan kaki berbumbung. Kenapalah tak sambung je dua-dua stesen ni macam dekat stesen Titiwangsa, kan lebih senang.