Pagi tadi tengok roti ada sikit je lagi. Kalau beli baru takut yang lama ni anak-anak tak pandang pulak. Selalunya macam tu la, lepas tu kena simpan roti yg lama dalam peti sejuk sementara tunggu ada mood nak fikir apa nak buat dengan roti lama tu.

Jadi aku pun buat cheesy sausage rolls untuk anak-anak sarapan pagi ni. 


Cheesy sausage roll
Cheesy sausage roll in the making

Tak ambik masa yang lama pun nak buat. Aku tumpang makan seketul-dua sebab cheese yang meleleh tu nampak sedap pulak! Lepas tu makan sebiji epal. Selebihnya anak-anak dan Suami Terchenta yang habiskan.


Cheesy sausage roll
Dah siap... makan cicah dengan sos. Tengok la meleleh-leleh cheese dia!


Resipi Cheesy Sausage Roll / Sosej Gulung Berkeju

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti
  • 5 keping keju
  • 5 batang sosej (direbus)
  • Sebiji telur (dipukul dan campur dengan mixed herbs kalau nak lagi sedap)
  • Serbuk roti / cornflakes hancur (kalau ada)
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

  1. Penyekkan roti menjadi nipis menggunakan rolling pin.
  2. Letakkan sekeping keju atas roti.
  3. Letakkan sosej di hujung roti. Pada hujung satu lagi, sapukan sedikit telur yang dah dipukul tadi.
  4. Gulung kemas sosej dalam roti.
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Salutkan roti yang dah digulung dalam telur, lepas tu salut dalam serbuk roti / cornflakes.
  7. Goreng dalam kuali bila minyak dah panas. Balik-balikkan bila dah nampak kekuning-kuningan.
  8. Bila keju dah meleleh, angkat dari kuali. Sedia untuk dihidang dengan sos pilihan.


Yang ni pun roll jugak, cuma yang ni kucing yang bergulung dan tergolek pagi-pagi acah-acah terpaling penat

32 comments:

  1. Kalau ada cheese Dania suka sangat ni Carneyz. Boleh cuba....

    ReplyDelete
  2. Kena buat la ni, geram tengok cheese meleleh tu. Roll yang kat last pic tu lagi geram tengok, rasa nak kunyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, patutnya tak boleh makan sbb kena pantang benda2 berkeju sbb masin, tapi masuk jugak la seketul dua dalam mulut bila tgk cheese meleleh ni hehe. Roll yang last tu rasa nak penyek2 pun ye jugak.

      Delete
  3. cehhh igt kan yg tergolek melintang patah tu dok tolong kat dapur...
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Selalu yg tukang masak memang masuk mulut dia dulu 😂 Alah, gebunya kucing gulung tu 🩷

    ReplyDelete
    Replies
    1. QC kata kan... 🤭 Kucing tergolek (rolling) tu mmg gebu, rasa nak pijak perut kadang2 tu hehe

      Delete
  5. ni fav anak2 MA ni..but x letak cheese pun kadang2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kan nak buat MA. Pagi2 kalau takde idea nak bekal apa boleh buat ni.

      Delete
  6. i jrg masak2 apa2 yg berasaskan roti kecuali roti sardin ajer laaa (letak dlm sandwich toaster tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita... selalunya roti ni sapu dgn jem / kaya je, tak pun bakar toast makan cicah dgn air teh. Tapi pagi tadi ter-rajin pulak buat roll hehe

      Delete
  7. untungnya anak-anak...

    ada borang untuk jadi anak angkat? Uncle angkat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, resipi ni celah gigi Aunty je Uncle hehe. Cer propose Aunty buatkan.

      Delete
  8. kreatif.. barulah roti tak membazir kan.. ldy pun ade bbrp keping lg yg duk bertapa dalam peti.. bolehlah dicuba nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tu la selongkar peti sejuk jumpa cheese, telur, teringat baru beli sosej. Tu yg terfikir buat sausage roll

      Delete
  9. Terus nampak sedap .. lagi-lagi dicicahkan bersama sos .. selera terus

    ReplyDelete
  10. menarik resepi roti ni.. saya nak try buat untuk diri sendiri dulu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba... senang sangat nak buat & cepat pulak tu, sesuai kalau nak something yg ringkas pagi2.

      Delete
  11. Nang menggoda bila ada cheese leleh gia.. polah k roti paratha pun nyem... kmk mun roti (bread) dah nak expired suka polah roti planta tabur gula... masuk oven... laku keras di umh... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok kadang2 polah ya juak tapi pagi2 mun dpt xmok berik sidaknya makan benda bergula takut sugar crash hehe. Kebetulan marek nang tgh prepare breakfast juak ya lah terpikir molah cheesy sausage roll.

      Delete
  12. Sedapnya!
    Nanti nak buat juga ☺️
    Yang kat lantai tu terpaling sedap tu buat gomol² aha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi idea dkt PH utk bekal sekolah anak2 sbb cepat & mudah nak sediakan :)
      Yang kat lantai tu hari2 bergolek, memang seronok dipicit2!

      Delete
  13. Biasa yang rajin buat gini Yana laa, haritu dia buat roll sardin adoii sedap gilerr! Dah lerr peminat sardin… nanti nak suruh dia biatkan cheese ni pulak hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sardin mesti sedap jugak. Tapi budak2 ni tak minat sardin 😅

      Delete
  14. bdk2 kalo ada cheese mmg suka sgt...pernah juga buat camni tp jenis yg sosej potong bulat2lps tu ltk cheese

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. yg ni versi nak cepat dan mudah hehe. Susun2 je atas roti dan gulung.

      Delete
  15. Aisssh sedaaaap 😍😍😍😍. Nak bikin. Roti digulung begini, lalu celup telur dan bread crumb, dia tak akan terurai gulungannya ya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terurai pun sebab telur tu dah 'gam' gulungan tu hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .