Salam Jumaat - Solat Sebelum Kamu Disolatkan

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. 

Perkara pertama yang dihisab dari amalan hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Solat itu tiang agama, dan janganlah kamu meninggalkannya.


Salam Jumaat semua,

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang mendirikan dan menjaga solat. 

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻


Tapi Kiera, bukan tu arah kiblat kita 😅...

Jawapan Kepada Teka-Teki Matematik Semalam...

Masih ingat tak teka-teki matematik semalam? Soalan macam ni sebenarnya tahap sekolah rendah zaman sekarang. Agaknya ini yang dikatakan soalan KBAT. Dalam flight aku pun dok ralit mengira dan mencongak jawapan. Selepas disemak dengan jawapan yang memang sedia ditampal dekat belakang meja tu jugak, ternyata kemahiran matematik aku masih lagi tersimpan rapi dalam otak 😜. Hehe. Tapi zaman sekolah dulu, Matematik dan Prinsip Akaun antara subjek kegemaran aku berbanding subjek menghafal macam Sejarah atau subjek sains (serius, aku memang blur je bila masuk kelas Fizik, Biologi dengan Kimia sepatah apa pun aku tak faham tapi mujur tak fail masa SPM). Tapi Add Maths aku benci pulak hahaha!

OK, tanpa membuang masa meh aku kongsikan jawapannya:

Untuk dapatkan nilai ⛑️:

  1. ⛑️ + ⛑️ + ⛑️ = 12 (yang ni senang je, 12 bahagi 3) = 4

Untuk dapatkan nilai 🔑:

  1. 🔑 + 🔑 x ⛑️ = 50 👉🏻 untuk yang ni kita kena gunakan ilmu algebra sikit. Tukarkan ⛑️ = 4;
  2. 🔑 + 🔑 x 4 = 50
  3. 🔑 + 4🔑  = 50
  4. 5🔑  = 50
  5. 🔑  = 50 / 5 = 10

Untuk dapatkan nilai 🛞:

  1. 🛞 x 🛞 + 🔑 = 35
  2. 🛞² = 35 - 10  (tukarkan kepada nilai 🔑 =10) 
  3. 🛞² = 25
  4. 🛞 = √25 (punca kuasa dua) = 5

Jadi, ⛑️ = 4, 🔑 = 10, 🛞 = 5:

10 + 2(5) x 2(4) (ramai tak perasan yang ⛑️ dan 🛞 tu ada 2, jadi mungkin berlaku kesilapan di situ)
= 10 + [10 x 8] (ikut tatatertib matematik, kena selesaikan darab dulu baru tambah)
= 10 + 80
= 90
✌🏻

Bila minat subjek Matematik, sekali-sekala jawab trivia matematik ni seronok jugak. Korang pulak masa zaman sekolah dulu suka subjek apa? Cer komen sikit.



Selamat Hari Guru Buat Warga Pendidik

Teacher's Day


Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik tak kira guru taska, guru sekolah maupun para pensyarah! Tak terbalas jasa guru-guru yang mendidik kita dengan ilmu dunia dan akhirat hingga kita berjaya hari ni. Semoga ilmu yang dicurahkan dengan penuh ikhlas dan sabar menjadi asbab guru-guru kita masuk ke syurga. Ameen YRA! 🤲🏻 

Nota kaki:

Selamat Hari Guru buat rakan-rakan blogger yang memilih kerjaya sebagai pendidik antaranya Kak Amie, Abam Kie, Kakmim, Mama Zharfan dan jugak Mama Sara Nur / Cik Nor 🌸

Teka-teki Matematik

brain teaser
Soalan trivia dalam penerbangan AirAsia KCH-BTU baru-baru ni

Masa dalam flight dari Kuching ke Bintulu, ternampak teki-teki matematik ni di belakang tempat duduk penumpang depan. Bagus jugak idea ni, bagi kita sibuk berfikir jawapan kepada teka-teki ni.

Siapa yang dapat jawapannya? Letak dekat komen ye.

Buat Cheesy Sausage Roll Untuk Breakfast Anak-anak

Pagi tadi tengok roti ada sikit je lagi. Kalau beli baru takut yang lama ni anak-anak tak pandang pulak. Selalunya macam tu la, lepas tu kena simpan roti yg lama dalam peti sejuk sementara tunggu ada mood nak fikir apa nak buat dengan roti lama tu.

Jadi aku pun buat cheesy sausage rolls untuk anak-anak sarapan pagi ni. 


Cheesy sausage roll
Cheesy sausage roll in the making

Tak ambik masa yang lama pun nak buat. Aku tumpang makan seketul-dua sebab cheese yang meleleh tu nampak sedap pulak! Lepas tu makan sebiji epal. Selebihnya anak-anak dan Suami Terchenta yang habiskan.


Cheesy sausage roll
Dah siap... makan cicah dengan sos. Tengok la meleleh-leleh cheese dia!


Resipi Cheesy Sausage Roll / Sosej Gulung Berkeju

Bahan-bahan:

  • 5 keping roti
  • 5 keping keju
  • 5 batang sosej (direbus)
  • Sebiji telur (dipukul dan campur dengan mixed herbs kalau nak lagi sedap)
  • Serbuk roti / cornflakes hancur (kalau ada)
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:

  1. Penyekkan roti menjadi nipis menggunakan rolling pin.
  2. Letakkan sekeping keju atas roti.
  3. Letakkan sosej di hujung roti. Pada hujung satu lagi, sapukan sedikit telur yang dah dipukul tadi.
  4. Gulung kemas sosej dalam roti.
  5. Panaskan minyak dalam kuali.
  6. Salutkan roti yang dah digulung dalam telur, lepas tu salut dalam serbuk roti / cornflakes.
  7. Goreng dalam kuali bila minyak dah panas. Balik-balikkan bila dah nampak kekuning-kuningan.
  8. Bila keju dah meleleh, angkat dari kuali. Sedia untuk dihidang dengan sos pilihan.


Yang ni pun roll jugak, cuma yang ni kucing yang bergulung dan tergolek pagi-pagi acah-acah terpaling penat