Moxy Putrajaya

Akhirnya merasa jugak menginap di hotel baru, Moxy Putrajaya. Hotel ni baru je dibuka pada bulan Februari lepas. Lokasi strategik iaitu bersebelahan dengan IOI City Mall Putrajaya.


Marriott Bonvoy
Lobi Moxy Putrajaya

Hotel ni ialah sebahagian daripada jenama bawah portfolio Marriott Bonvoy, jadi boleh la aku kumpul Elite Night dan Elite Points dekat sini. Dengan menginap di sini satu malam, berjayalah aku mencukupkan 5 malam bawah kempen bermalam 5 malam untuk dapatkan 15 ribu points tambahan. Points tu dah selamat masuk akaun pun hihi. Lepas ni boleh redeem points untuk dapat bilik percuma.

Sepanjang aku menjadi ahli Marriott Bonvoy, boleh disimpulkan hotel Marriott ni terbahagi kepada dua kategori - hotel untuk staycation dan hotel untuk sekadar bermalam dan lengkap dengan kemudahan yang selesa. Selalunya bilik dalam kategori kedua ni sesuai untuk business travellers atau pelancong luar / out-of-town travellers yang datang untuk melancong dan tak spend banyak masa dalam bilik.

Moxy Putrajaya ni jatuh dalam kategori kedua. Saiz biliknya tak terlalu besar (dan tak terlalu kecik macam di Hotel Fairfield) dan kemudahan dalam bilik pun basic je.


Marriott Bonvoy
Bilik Moxy Queen

Marriott Bonvoy
View hallway

Berlainan dengan Hotel Fairfield yang sesuai untuk business travellers, my impression hotel Moxy Putrajaya ni lebih sesuai untuk travellers yang datang untuk bersantai. Sebabnya kawasan lobi hotel ni memang happening dengan meja snooker, meja panjang untuk lepak, meja permainan congkak dan kerusi untuk bersantai sambil dengar live band performance. Design bilik pulak lebih kepada untuk 'rest & recharge' daripada untuk lepak-lepak staycation


Marriott Bonvoy
Bilik hotel Moxy Putrajaya yang cosy
 
Marriott Bonvoy
Tempat bancuh teh / kopi tapi takde coffee maker ye

Apa yang buat aku tertarik dengan hiasan dalaman bilik hotel Moxy Putrajaya ni ialah elemen santai dalam bilik ni contohnya ada mini Harley Davidson di sudut atas TV dalam bilik dan jugak bentuk telefon bilik yang antik.


Marriott Bonvoy
Elemen unik dan quirky dalam bilik

Bilik air Moxy Putrajaya ni bersaiz sedang-sedang, just nice. Design 'black & white' bilik air ni buatkan bilik air nampak moden dan sleek.


Marriott Bonvoy
Tetiba rasa macam nak buat bilik air macam ni 😅

Dari segi hospitality, layanan hotel Moxy Putrajaya ni bagi aku agak standard kepada ahli Marriott Bonvoy. Untuk ahli Silver Elite, dalam bilik pihak hotel sediakan complimentary snacks dan nota bertulis tangan (hampir semua hotel Marriott Bonvoy akan bagi something extra kepada ahli Silver dan ke atas dalam bilik).


Marriott Bonvoy
Comel je notanya hihi...

At least ada effort untuk buatkan tetamu rasa lebih dialu-alukan dengan nota macam ni, kan:


Marriott Bonvoy


Cuma dari segi responsiveness, kena ada penambahbaikan kot sebab bila aku request air botol tambahan bila air botol dah habis, aku kena follow up request air botol tu sebab tak sampai-sampai lepas 30 minit aku tunggu. 

Overall, hotel yang selesa, lokasi yang strategik sebab bersambung dengan IOI City Mall dan harga pun dalam mid-range

Mendurian di Tepi Rumah

Minggu lepas balik dari grocery shopping, ternampak gerai durian ni tak jauh dari rumah kiteorang. Terus bagi hint dekat Suami Terchenta, "Dah lama la kita tak mendurian..." Tak sangka pantun dibalas, "OK, jom la makan durian..." 🤣 🤣

Durian kat sini cuma ada durian kampung. Takpe la janji durian. Harga pun tak mahal - 2 biji RM26. 


durian kampung
Kiteorang mintak tolong pilihkan durian

durian kampung
Ada durian longgok jugak

Makan berdua je sebab anak-anak tak nak ikut. Tapi sebelum balik Suami Terchenta tapaukan jugak 2 biji durian untuk anak-anak dara kat rumah tu.


durian kampung
Sedap isi duriannya, manis-pahit sikit

durian kampung
Sebiji sorang durian 😅

Alhamdulillah merasa la jugak makan durian. Kali terakhir makan durian kalau tak silap bulan lepas, beli dekat pasar malam. Sejak kena diabetes ni tak boleh makan selalu. Kalau tak habis la haywire gula dalam darah!

Sambal Ikan Bilis, Kentang dan Tempe dan Sayur Cekur Manis Dengan Labu

Semalam masa blogwalking dekat blog Sislin, terbaca entry dia buat sambal ikan bilis, kentang dan tempe. Terus terliur dibuatnya haha. Tapi lepas tu terfikir, eh kan ada kentang, tempe dan ikan bilis kat rumah, why not aku buat menu ni untuk makan malam?

Maka terhasillah sambal ikan bilis, kentang dan tempe versi aku pulak:


Sambal Ikan Bilis, Kentang dan Tempe
Sambal Ikan Bilis, Kentang dan Tempe


Warna dia totally lain dari versi Sislin padahal ikut resipi dekat blog dia hihi. Tapi lantak la, janji sedap ]🤭. 

Untuk sayur pulak, aku masak sayur cekur manis dan labu, cara masakan orang Sarawak. Style kiteorang tak bersantan dan bahan tumis tu guna udang kering, bukan ikan bilis. Tumis bahan-bahan kisar (bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili) guna minyak, dah naik bau masukkan labu, lepas tu tambah air dan biar mendidih sampai labu lembut. Lepas tu baru masukkan sayur cekur manis dan masak sampai layu. Perasakan. Haa.. macam tu la style masakan sayur ni di Sarawak selain dari tumis dengan telur.


Sayur cekur manis dengan labu
Sayur cekur manis dengan labu

Korang masak apa malam tadi?

Sekat Iklan Tak Sopan Yang Keluar di Blog

Semalam sis Ezna mesej bagitau dia ternampak iklan Google yang tak sepatutnya keluar dekat blog aku. Sempat dia screenshot dan share iklan yang keluar tu.


Apakehal keluar iklan minyak pengasih kat blog aku? 😡😡

Rasanya aku dah blocked kategori iklan yang berbaur politik, s*ksual, judi dan sebagainya. Tapi kenapa masih ada iklan yang macam ni keluar? Hmm... pening sis dengan Google Adsense ni.

Sekali lagi terpaksa la aku godek Google Adsense check kot-kot ada iklan tak sopan yang terlepas dari filtered ads:

Langkah pertama: Login akaun Google Adsense > Brand Safety > Content > Blocking Controls > Sensitive Categories:



Langkah kedua: Brand Safety > Content > Ad Review Centre: 

Dekat sini kena check satu-persatu iklan yang keluar di blog kita. Mana yang tak sopan dan tak sesuai dengan blog aku, aku terus block macam iklan-iklan kat bawah ni:




Terima kasih buat Sis Ezna yang tolong alert kan pasal iklan tak sopan yang lalu-lalang dekat blog aku yang family-friendly ni. Dah la iklan benda khurafat, lepas tu tak sesuai langsung dengan blog aku yang innocent ni 😤

Tamat Modul Python, Masuk Modul HTML Pulak...


Lepas setahun Khadeeja belajar Python programming, akhirnya dia berjaya menghabiskan modul Python programming! 🎉🎉

Sekarang dia dah masuk modul kedua pulak iaitu bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). Lega sikit sebab HTML ni boleh la aku & Suami Terchenta tolong kalau dia tak tau. 

Berlainan dengan Python programming sebab ni bahasa pengaturcaraan yang baru, benda yang aku dan Suami Terchenta tak pernah belajar. Sebab tu kalau Khadeeja ada masalah kod tak boleh run / ada error, dua-dua tak boleh nak tolong! Kena pergi ke lab setiap minggu untuk mintak tolong tutor ajar Python. 

Apapun semoga Khadeeja terus semangat belajar coding! Mana tau satu hari nanti boleh buat software yang boleh jual harga juta-juta! 🤩